Wednesday, March 31

Zaman Gile Remaje !

Haiyooo! Uols nak tahu tak? Sekarang ni shaye sangatlah sibuk. Huhu. Banyak sangat kerja nak buat. Nak kena bergerak ke sini, gerak ke sana. Habis lemak-lemak shaye di perut menjadi nipis. Nipis la sangat kan. Adush. Actually shaye nak update cerita pasal shaye sebenarnye baru je beberapa hari lepas ke ladang kambing. Ada assignment project nak diselesaikan. Btw, seronok ok pegi ladang kambing. Nanti shaye cerita lebih ok. Nak cerita sekarang buley, tapi nak tunggu upload gamba tu yang lama sket. Tunggu tau.


Ok,hari ni shaye nak share dengan korang gamba mude-mude shaye. Haha. Tak la mude sangat. Gamba kat poli dulu je. Saje je nak letak kat blog ni. Membe-membe lama yang seploh tahun tak jumpe, confirm tak cam wajah shaye sekarang. Sejak shaye cucuk botox tambah dagu ni. Haha. Pandai-pandai ko je buat cerita kan. Takdelah. Tak tahulah atas faktor ape diorang tak cam. Pandai-pandailah korang bezakan ok? Tapi yang pasti mase lagi mude remaje takpun kecik-kecik dulu, shaye kurus kering pastu kulit shaye hitam. Hoho. Main panas. Dah besar,gemuk la pulak. Adush. Tatap jelah. Gamba zaman kanak-kanak ada kat sini.


Zaman Gile Remaje Cik Nemo


Agak-agak korang, shaye yang mane satu?



Time ni kunun-kunun baru lepas bersukan. Haha.



Chubby kan? Kan?



Tak suke gamba ni! Gemuk kan? kan? Huhu. Jangan gelak ye!



Gamba paling latest, pergi ladang kambing. Gemuk & gelap macam dulu lagi tak?


p/s:
Kepada yang menjejak tu, jangan risau. Ada masa shaye akan jejak anda balik. Tunggu serangan balas je. Haha. Ok, wish me luck! Nak sambung buat kerja!
*Curi mase nak update blog!

Monday, March 29

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Project Alpha Season 2 akan kembali!
Dan siapa yang diplih pada kali ini? Jum kita tinjau.




Ye, bukan shaye. Adush.



Tapi mereka! Nak tahu siapa mereka, klik gambar ok?



Nak jadi Project Alpha TV Star? Bukan sekarang. Tapi untuk Season 3 nanti. Caranya mudah saja. Sila buat satu video (60 saat or less), mengikut kreativiti anda kenapa anda patut berada di Project Alpha!


Untuk audition, sila ikut arahan berikut:

Step 1: Join ruumz takpun kalau dah join, sila login akaun kamu.

Step 2
: Join Project Alpha ruumz group pulak!

Step 3
: Kemudian, sila upload video kamu ke dalam album yang berlabel 'Auditions'. Buatlah video ape2 pun yang buat kamu rasa kamu layak jadi Project Alpha Star yang seterusnya.

Step 4: Jangan lupa masukkan tajuk dan sedikit penerangan pasal video korang tu.
* Tip: Kamu buley tag diri kamu dendiri supaya ia akan terpapar kat kamu punye ruumz profile page. So, senang la orang lain nak tengok. Tak gitu?

Step 5: Untuk meningkatkan peluang dipilih, kumpulkanlah orang-orang kampung ke, kwan-kawan ke untuk vote video kamu dengan pilih "Like"



Hadiahnya :

Pemenang untuk Top 3 akan jadi sebagai guests bloggers dalam Project Alpha musim seterusnya dan juga akan membawa pulang dengan :

Hadiah Utama
- 3 hari 2 malam menginap di 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room berserta sarapan pagi for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Hadiah Kedua & Ketiga
- Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Sunday, March 28

Oh Tidak! Catuan Air di Daerah Batu Pahat.




Sila klik gambar untuk besarkan.


See? See?! Korang nampak tak? Start esok bekalan air kat daerah Batu Pahat ni akan dicatu. Oh tidak. Huhu. Nasib baiklah kawasan UTHM ni dicatu setiap hari dari jam 10malam sampai 10pagi. Dah malam-malam tu kurang sket guna air. Oleh sebab itu, kenalah berjimat cermat guna air ye kawan-kawan. Dengan masalah air yang tak berapa nak bersihnye, air masinnye. Aiyyyoo. Dugaan ok! Korang taknak tanye ke "TAKNAK BALIK KE?" . Haha.



Jawapannye :

Selagi keje tak siap, hal-hal universiti tak selesai, kelas masih berjalan, tak buley balik!




(lari masuk bilik nanges)

Saturday, March 27

Rasai keterujaan di I-City.

Pssstt.. Korang dah pernah pegi I city? Mesti pernah kan? Tipulah tak pernah. Maybe yang bukan duduk area Shah Alam takpun Selangor ade la yang tak pernah pegi kan. Ok2. I City. Apa yang ada kat sana? Ha ini shaye ambil petikan dari Sinar Harian :


"Orang ramai yang hadir ke I-City juga berpeluang untuk menyaksikan keindahan dan limpahan lampu hiasan yang berteknologi tinggi dipasang sekitar bandar i-City,” katanya. Shahrin berkata, lampu itu dihias dan dibentuk merupai beberapa simbol seperti tanglung, pohon buluh dan limau, beruang, burung merak, angsa bangau dan pelbagai lagi. "Limpahan hiasan lampu ini adalah inisiatif I-Berhad selaku pemaju untuk menceriakan suasana sempena sambutan Tahun Baru Cina dan keindahan dan keunikan ini dapat mengangkatkan bandar i-City sebagai satu produk pelancongan di Shah Alam. "Bandar i-City adalah projek infrastruktur berteknologi tinggi berkonsepkan 'plug and play' dimajukan I-berhad, organisasi yang berstatus Malaysia Super Corridor (MSC),” katanya.


Ha, kalau anda semua nak tahu I City ni terletak kat Seksyen 7, Shah Alam di mana ia betul-betul di antara Klang & Shah Alam. Dah memang shaye orang klang, rugilah tak pegi kan. Sampai-sampai terpegun shaye dibuatnye ok. Sangat chantek! Sape cakap tak chantek tipulah. Dah la free. Korang patut jeles sebab shaye pegi sini. Ces. Kat sini korang buley lihat keindahan cahaya-cahaya LED bermacam rupa. Kat situ tak payah cakap la, memang ramai gila yang datang. Better korang datang awal-awal sebab tak pasal-pasal kena park jauh-jauh pastu terpaksa berjalan kaki. Ok, malas nak cerita panjang, korang tatap gamba ok? Kepada yang tak pegi lagi, jangan gigit jari pulak sebab tak dapat pegi. Haha. Layanz!


Tanglung. Maybe sebab sambutan raya cina kot.


I city, adalah satu projek I Berhad. Memang membanggakan.


Cahaya dia chantek kan?


Oppss....!


Tengok. Terujakan shaye?



Hati-hati. Ada Panda bear. Haha


Lampu pokok.


Ye! Itu shaye..!

Itu sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik. Ada bilik pameran untuk hiasan Krismas & CNY. Tapi gamba tak sempat amek dari incikku. Sorry guyz. Korang pegi sendirilah ye? Rasai keterujaannya! Yeay!

Kepada yang masih tak jejak lagi I-City ni, sila-silalah. Rugi tak pegi sebab tempatnya memang chantek. Serious! Ok, kat bawah ni ada map, pandai-pandai korang pegi sendiri tau!

Peta ke I-City

Sila klik pada gambar untuk besarkan.

Dapat Award!



Yeay! Shaye dapat Award lah!
Am I beautiful blogger? Kenape shaye dapat ya?
bagitahu sebab sket...hehe.


Tak faham. Btw, takpelah. Shaye terima dengan hati terbuka. Hehe. Terima kasih banyak kepada jiwakurunsing dan mexureblogZz kerana telah memberikan shaye Award ni.


Tapi ade tugasan la pulak bila dah dapat Award ni. cet. Antaranya :

  1. Thank & link the person that gave you the award.
Dah kan? Btw, Tenkiu again!


2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Emmm..sudah2 dah.


3. Contact said blogs and let them know they've won the award.

Ha, dah3..


4. State 7 thing about yourself.

  • Degil, keras kepala.
  • Macam sombong tapi tak.
  • Penyegan kot.Haha.
  • Suka makan nasi.
  • Suka nyanyi dan dengar lagu.
  • Blogging is a part of my life.
  • Shaye anak sulong.

Wednesday, March 24

Tips: Bertemu Kekasih Lama, apa perlu anda buat?


Gambar sekadar hiasan


Salam semua. Hari ini shaye nak jadi pakar motivasi kejap. Bukan apa, dalam bulan ni ramai teman-teman lama yang shaye jumpa di laman sosial facebook. Begitu juga dengan incikku. Seronok ok! (bagi panas kat incik shaye kejap.haha!) Nampak gayanya laman facebook ni berjaya buat dunia kita macam kecik je kan? kan? Bukan facebook je sekarang ni, dah ade macam-macam dah. Dah tak payah dah masuk rancangan Jejak Kasih, buat iklan kat surat khabar ape semua. Segalanya terletak di hujung jari je sekarang. Ok,itu kalau nak cari teman tapi kalaulah korang terjumpa bekas kekasih lama macam mane? Apa yang patut korang buat? Kalau yang still single tu tak kesah la kan, tapi kalau yang dah berkeluarga takpun ade hubungan cinta dengan orang lain macam mana? Takkan nak tinggal je kot. Kan? Tapi takkan nak hampakan kekasih lama pulak?? Ha, kat sini shaye ada sikit tips untuk korang :


  • Ok, selalunya bila kita terjumpa kekasih lama kat facebook ke atau jumpe depan-depan ke, tahap teruja kita tu akan naik menjulang-julang ke langit. Biaselah tu kan? Dah tentunya korang dan ex korang tu akan mengimbau kenangan-kenangan lama. Tak salah pun semua tu tapi lagi bagus kalau korang tukar topik dan tanya khabar terbaru. Buley kalau nak cerita hal lama, tapi make sure no heart feeling ok! Cerita la kat dia yang korang dah pun kawin anak seploh takpun dah ade orang lain. Senang kan? Melainkan korang memang simpan perasaan kat diorang, tak dapek den nak nolong ai

  • Bila hari ni dah terjumpa, malam tu mesti teringat-ingat pastu terngiang-ngiang kenangan lama. Mula la nak senyum sorang-sorang kan? Tak hingat pulak kenapa korang clash. Haha. Jaat. Takpayah la nak cakap yang korang jatuh chenta sekali lagi. Insaf-insaf la. Kalau yang dah kawen tu ingatlah kat anak sket. Janganlah korang pupuk perasaan chenta korang yang dah mati tu. Hentikanlah dari mengayat ex korang tu balik. Yang dah lepas tu, biarkan jelah. Kalau die yang mengayat, jauhkanlah diri anda. Takpayah contact lagi bagus. Kan? Tapi kalau masing-masing open minded dan takde perasan dah takpe. Tak semestinya kena bermusuh.

  • Pastikan korang berterus terang dengan pasangan korang. Jangan sembunyi. Sebab bila dah kantui, masak la korang. Haha. Perang dunia la jawabnye. Huhu. Masa ni lah terbuktinya kejujuran korang tu. Sebab better kita dapat tahu dari pasangan kita sendiri daripada dengar dari mulut orang lain kan?

  • Ok, yang ni bila dah dapat lampu hijau dari pasangan kita gunakanlah sebaiknya. Mentang-mentang pasangan kita bagi peluang, korang gunakan pulak peluang tu untuk tujuan tak betul. Contohnya ade pulak korang ajak ex korang tu berdating. Maksudnya, keluar berdua-duaan. Marah ok!

  • Last sekali, plez jujur kat diri sendiri. Yakin dan jagalah perasaan masing-masing. Sebabnya mencegah lebih baik dari terbabas ke lembah curang. Hidup ni takkan lari dari karma, hari ni kau kecewakan hati orang esok lusa kau pulak terluka. Lebih kurang macam tulah kan.


Conclusionnya, hargai pasangan anda sebagaimana dia menghargai anda. =)


*pssssttt.. Sebenarnye shaye jumpe ex shaye. Hensem ko. Tapi shaye cakap shaye dah tak suka kat dia sebab die dah bermisai. Hahaha. Nak tengok gamba die? Nah!

Hai semua. Padayappa!

Monday, March 22

haiyaa! kena tag lagi oh.


Tag tag tag!

Again. Kena tag!



Tapi takpe, ada masa sket ni shaye cobe juga buat tag ni. Tak lah shaye dibebani dengan hutang-hutang tag lagi. Ceh3. Hehe. Ok, kali ini shaye di tag oleh cik White Eve. Takpe, tak salah kita saling support mensupport each other kan. kan? Ok, secara direct terus menjawab soalan yang dikemukakan. Ibarat artis pisang panas. Eh betul ke ayat? Artis goreng pisang panas. Eh? Ah, ape-ape jelah.


1) Siapakah diri anda di rumah?
Shaye? Emmm. Shaye seorang kakak yang punya dua adik lelaki yang tingginya melampaui ketinggian kakaknye ini. Adik-adik kena ikut cakap kakak. Kalau tak ikut, kakaknye akan merajuk! Seorang yang degil tapi berhati mulia. Bajet. haha.


2) Siapakah diri anda di samping rakan?
Seorang yang sederhana. Tak la menyerlah mana. Pendiam tapi bila dah rasa serasi, memang tak benti bercakap. Seorang yang gila microphone time karok je. Time present, serta-merta bagi microphone kat orang. Haha. Suka berkawan tapi tengok dulu diorang ikhlas kawan dengan kita ke tak. Takde kawan yang bersebab ok? I tak berminat.


3) 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai.
  • Pegi aquaria yang paling besar sekali dalam dunia. Time tu ada la dalam ratus-ratus gamba yang shaye amek.
  • Laptop kaler putih. Nak sangat!
  • Nak keje dan kumpul duit berkoyan-koyan.
  • Nak jumpa Dato' Siti Nurhaliza. Dari kecik minat tapi tak pernah jumpe.
  • Nak nyanyi 1 lagu masa majlis kawen sendiri..opsss! Haha~

4) Siapakah nama pasangan anda?
Korang pun tahu kan. Incik muaz.


5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda tak suka tentang pasangan anda?
  • Tangkap gamba main-main, pastu delete gamba yang shaye amek dengan alasan tak chantek!
  • Pegi mana-mana tak bagitahu.
  • Berseronok tanpa bawa shaye ikot bersama. Tak aci!
  • Mencari pasal dengan menyebut nama-nama pompuan yang tak wujud
  • Tak senyum.

6) Bila tarikh anda couple..?
Rahsie. Haha~


7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda..?
Accident. Tapi alhamdulilah selamat sampai rumah.


8) Lagu tema cinta anda..
Cari jodoh- Wali Band -lagu febret mimi


9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda..?
Senyum selalu dan kurangkan merajuk.


10) Tag 10 rakan anda yang lain

Malas. haha~

No sweat!

Kaum wanita sekalian!

Sila hindarkan diri anda dengan lelaki-lelaki yang berbau peluh. Berpeluh memang baik untuk kesihatan tapi kalau dah sama bau dengan pakcik janggut ape kes kan? Siapa pakcik janggut? Ada kat entry I Just Love Good Smelling People hari tu.


Untuk anda yang kuat berpeluh, seperti yang shaye hebahkan kepada anda mengenai entry I Just Love Good Smelling People, produk yang patut anda gunakan untuk menghilangkan bau peluh takpun bau ketiak anda ialah :

Adidas Action 3 : Fresh Anti-Perspirant Spray.




Kenapa perlu memilih Fresh Anti-Perspirant Spray? Semuanya terjawab kat atas. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik gambar di atas buley terus ke web dia.


Dan disebabkan Fresh Anti-Perspirant Spray juga, anak pakcik janggut (Jimi bukan nama sebenar) tidak perlu risau lagi. Maaf! produk ni bukan untuk ternakan ye, tapi Jimi ni duduk tengah bandar. Biaselah. semua benda dia nak try. hoho!


Jimi weng weng!


Project Alpha's Faceboo
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Sunday, March 21

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100



Perhatian! Perhatian! Perhatian semua orang kampung!
Kat sini ada orang nak bagi RM 100 kat kite.
Oleh itu jum la ramai-ramai join contest ni. Tapi lagi bagus kalau korang tak join.
Senang sket peluang shaye. Opppsss! Haha. Tapi kalau korang degil nak join jugak, klik je kat banner kat atas ni kalau nak tahu lebih lanjut ya?


Ok, RM 100 tu pada korang ape la sangat kan? kan? Tapi pada shaye bermakne ok. Lagi-lagi bila poket dah kering. Huhu. Sebagai pelajar yang berdedikasi, jika shaye mendapat RM 100 tu, duit itu akan digunakan untuk membeli buku pelajaran, print assignment, nota, dan sebagainya. Gila hipokrit kan? hahaha.


Ok, ni yang sebetulnya. Jika shaye diberi RM 100, wang itu akan shaye gunakan sepenuhnya untuk :


Makan pagi shaye.



Makan tengah hari shaye.



Dan makan malam shaye.


Untuk sebulan. Cukup kan?


Roti canai = RM 0.70 x 30 hari = RM 21.00
Nasi Ayam = RM 3.50 x 30 hari = RM 105.00
TOTAL = RM 126.00


huhu. Tak cukuplah. Up lagi RM20 buley??

Saturday, March 20

Rahsia Aktitviti Sabtu.

Salam semua. Hari ini hari Sabtu. Hari minggu. Hari berehat. Hari bercuti. Hari yang kita tunggu-tunggu. Seronokkan bila dapat cuti macam ni bila dalam seminggu tu kita dah penat bekerja, pergi kelas. Dengan cuti yang tak berapa nak cuti ni patutlah kita manfaatkan sepenuhnya. Supaya tak la membazir masa. 24jam = sehari. Tak cukup rasanya. Kan?


Agak-agak korang tengah wat ape tu? Berseronok bersama keluarga? Berdating? Siapkan kerja yang tertunggak? Hehe. Disebabkan shaye tak balik Klang minggu ni, shaye duk je la hostel ni diam-diam. Pastu takde pulak orang nak ajak jalan-jalan, memang terperuk jelah depan lappy ni.


Bila dah duk depan lappy lagi banyak la pulak aktivitinya. Isyh3.. haha. Antaranya :




Melayan facebook.



Bersihkan ladang kat Farmville.



Edit blog kejap.



Berblogwalking!



Baca paper pulak.



Sambil settlekan assignment yang tertunggak. Oh!



Ada masa lagi, settlekan PSM ku yang tak sudah pulak. huhu



Sambil buat assignment atau online, sambil melayan lagu kat Youtube dengan feelingnye. Haha!


Memang shaye gunakan sepenuh masa mengadap laptop ni.huhuhu. Tapi bila tiba-tiba takde Internet. Oh, malaplah duniaku!


*Hehe.Korang pulak? Macam mana?

Friday, March 19

Kenapa gurls suka pakai heels?




Salam guyz! Tajuk hari ni lebih kepada keperempuanan ya. Biasalah mood tengah hari ni feeling ayu sket. Perempuan. Perempuan dengan kasut tumit tinggi memang susah nak dipisahkan. Begitu juga shaye. Tapi ikot tempat jugak la kan bila nak pakai. Tak sanggup den nak berjalan jauh dengan kasut tinggi. Sengal urat sendi dibuatnya. Ok, agak-agak korang la kan, kenapa perempuan suka sangat pakai kasut tinggi?



1. Nak nampak lagi seksi dan cantik Kasut tumit tinggi bila dipakai memang cantik. Ada sesetengah kasut tu bila kita pakai ia nampak seksi. Lagi satu, postur tubuh kita juga akan nampak lain sket. Maksudnye, ada bahagian-bahagian tertentu yang menonjol daripada biase. Kira nampak lagi seksi la kan. Susahnya nak explain ni. Haha~


2. Lebih yakin berhadapan dengan orang ramai
Seperti yang kita ketahui, orang-orang kat Malaysia ni dah tak ramai dah yang tinggi-tinggi macam galah tu. Perempuan nak nampak tinggi sket, sekurang-kurangnye tak la tenggelam dek orang-orang tinggi. Bila pakai kasut tinggi, akan bertambah keyakinan mereka nak bersemuka dengan orang. Begitulah!


3. Trend Sepanjang Zaman
Dah memang dari zaman mak-mak kita dulu diorang dah pakai kasut tinggi ni. Tak boleh nak elak la kan. Mak-mak kita pun pakai, anak-anak pun nak juge la kan. Ceh!


4.Sebagai objek keselamatan. Yang ni memang buat kasut tinggi tu betul-betul berguna. Sebab? Kalau la berlaku insiden yang agak-agak membahayakan korang. Contoh macam kena ganggu dek mat rempit ke, cabut kasut tu hentak je kat kepala diorang pastu cabut!! Jangan tunggu situ lagi. Haha~


Tapi sedar tak sedar tahu ke korang yang pakai kasut tumit tinggi tu membahayekan anda?

Ini ialah fakta mengenai risiko kasut tumit tinggi :

  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Boleh menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

Tapi ramai yang tak kesah kan, kadang-kadang memang betul pun orang kata. Perempuan rela menahan sakit demi tampil cantik. Apa komen anda?

My Favourite Surfing Spot

Salam semua. Agak-agak masih tak terlambat ke kalau shaye menulis entry post tajuk kat atas ni? Isyh3..hehe. Biarlah. Tak kire! Nak tulis jugak. Hehe. Ok, korang suke online? Of coz la kan? Tapi kat mana korang suka surf Internet tu? Kat ruang tamu? bilik? dapur? *untuk tukang masak je.


Ok, shaye seorang student. Memang hari-hari kena surf Internet. Banyak benda nak buat. Ececeh. So, kalau nak online terpakse la mengharapkan wifi kat kolej ni. Sebab tu lah, korang akan nampak shaye angkut laptop ni kat mana saja demi mendapatkan signal wifi. Sedih tau. Tak kesian ke kat shaye, incik Nuffnang? Sekarang ni banyak promosi pasal P1 W1max ni:




Kalau ada peluang, nak juge cuba. Agak-agak incik Nuffnang buley bagi tak? *tanya sambil angkat-angkat kening. haha~



Ha, berbalik kepada tempat kegemaran shaye untuk surf Internet kat hostel ni, sebenarnya shaye flexible. Kat mana-mana pun shaye suke asalkan dapat Internet dan tempat itu selesa. Tapi tempat yang paling shaye suke dan selesa ialah:


Ini!!


Eh silap! silap! Bukan kat meja ni! *kantui.






Ha, dah tentu la meja yang dah disediakan kat hostel ni kan. Meja shaye bukan kat atas ni tau. Malas nak amek gambar meja sendiri, so shaye pinjam gambar kat makcik Google je.hehe. Tapi lebih kurang macam ni la mejanya. Takde almari2 kat tepi ok, rimas la pulak. Ok, shaye suke yang kosong je. Depan mata buley tampal-tampal gambar ke, ape2 jelah. Dan sebab shaye suke duduk kat sini ialah :


  • dapat online secara berjemaah dengan rakan serumah sambil tukar-tukar fikiran.
  • dapat jeling-jeling orang sebelah dapat Internet ke tak.
  • ini tempat shaye, takde orang lain buley duduk.
  • dapat feeling-feeling macam duduk kat cybercafe gitu. haha!


ok, itu saje untuk hari ni.
Anda buley rujuk pada link ini.
Project Alpha Season 2



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, March 18

Jawapan korang betullah!

Salam semua. Ok, seperti yang dijanjikan mesti korang tertanya-tanya kenapa shaye pakai baju merah tu kan? kan? Kepada yang add facebook shaye dah tentu korang tahu, sebab shaye sempat upload gambar kat situ. Hehe. Pandailah korang! Tak pecaye shaye kawen. Tapi betullah kan. Takkan la kawen tak ajak. Kejam. Sebenarnye, shaye ditugaskan jadi pengapit sepupu shaye. Dia dah takde sape nak jadi pengapit, so shaye pulak dipilihnye. Tapi takpe, baju sponsor. Heheh. itu shaye sukee!


Majlis berlangsung pada 13hb Mac 2010. Tarikh bertuah! Sebab? Genap setahun shaye & incik muaz. Ok berbalik kepada cerita, lokasi bertempat di Pekan Pasir Panjang, Sekinchan. Selangor. Shaye dari Johor hari Jumaat tu dan oleh sebab itu, pagi Sabtu tu jugak shaye dan family balik kampung. Pasal baju pengapit, memang tak sempat nak fitting ke hape semua, main pegi je butik tu.


Sampai butik :

Shaye: Salam. Kak, shaye pengapit Syatila.
Mak Andam: Ha, Syatila kata color maroon kan?
Shaye: Aaah.. *sambil mata pandang semua baju-baju kat butik tu.
Mak Andam: Ha, pilih je mana-mana..
Shaye: Hoh? Pilih sendiri ke? Yang mane satu baju pengapit?
Mak Andam: Kat sini semua baju pengantin, takde baju pengapit. Tapi pakai yang tak menyerlah sangat pun takpe.
Shaye: Hoh? Pakai baju pengantin??! *terperanjat.
Mak Andam: Takpe, ha amek yang ni. Ni tak over sangat.
Shaye: Huhuhu..yang lain takde ke?
Mak Andam: Yang ni ok. Jap cuba ukur. Ha,muat2!
Shaye: Iye?? Thanks akak. *Blur.


Terus bersiap. Korang tengok2 sekitar majlis ok?


Ha, ni pelamin die. Tema majlis ni oren gold gitu. Package dia memang murah. Baju 12pasang+pelamin+gambar = RM2000 je.. Murah kan? Ok la tu. Hehe.



Kelepak kelepak kelepak kelepak kelebum kelebum kelebum bum bum!!
*ape tu?



OMG! OMG! Pengapit lelaki dah sampai! Oppps. silap. Pengantin lelaki dah sampai..!


Yeay. Ketibaan pengantin lelaki bersama rombongannya. Tunggu ye cik abang. Opps!



Ye! Pengapit perempuan bersama pengantin perempuan sudah keluar. *ayat tak buley blah.
Tengok le shaye jumpe banyak kamera sampai lupa pengantin kat sebelah. Haha!



Saat paling indah bila jadi pengapit ni bila dapat makan makan beradab. Haha. Pasal makan shaye memang suke! Sukee! Pengantin amek la berapa banyak gambar pun. Pengapit nak makan dulu. Haha!



Disebabkan kejelesan yang melampau oleh sepupu shaye yang lain, diorang pun join shaye makan. Haha! yang malu-malu tu rugi la. Eh korang, jemput makan ye. Sedap nih.



Kepada pengantin Syatila&Nizam. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat ok? Jangan gado-gado. tak suke.



Ok, mari bersanding. Kipas jangan tak kipas nemo oi..haha.



Gambar kenangan nih.



Raja sehari.



Ini nenek kitorang. Tetap anggun di mata cucu-cucnya.



Ini sepupu shaye Uji & Sara.



Gambar diorang beramai-ramai. Makcik-makcik + Anak dara ok..



Me with Nana.



Me with Sara.


Itu sahaja. Kali ni jadi pengapit tak la penat sangat. Jap-jap nak tanya korang. Betul ke jadi pengapit tu nanti kita lambat kawen? Huhu.
Apa komen korang? Betul ke?

Kalau betul, habislah! hehe~
Lazada Philippines