Friday, April 30

Cik Hel, Kamu Buat Aku Tersenyum Ketika Aku Kerunsingan !

Salam semua. Rindu tak? Rindu tak? Haha. Shaye bizilah, korang. Sorry tau. Sekarang ni shaye tersangatlah bizi sebab projek akhir ni. Pastu dengan exam nye. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tadi pergi jumpa penyelia projek shaye. Hmmm, kerunsingan di situ sebab tak settle-settle lagi. Ada masalah coding. Runsing ok. Rasa macam nak lari jauh-jauh tapi tak boleh. Jadi, kena bersabar dan terus berusaha. Doakan shaye ok?


Sedang shaye berserabut dan dalam keadaan runsing, cik Hel telah mention kan nama shaye di blog beliau. Hamboi.....cik Hel, bukan main puji lagi. Hehe. Apa-apa pun, thanks sebab link kat shaye. Hasil link beliau, shaye juga dapat merasa tempiasnya. Betul cakap Bean Moreno dalam Tips : Jangan Kedekut Link Kat Blog Korang, tak percaya cubalah ! Hehe. Kebelakangan ini shaye memang jarang updated blog, nak menulis tapi tak sempat-sempat nak tulis. Better tulis report projek kan? Kena dahulukan yang mana penting dulu. Oleh sebab itu, tak ramailah yang nak bertandang singgah kat blog shaye ni kebelakangan ini. Hari ni tiba-tiba je jumlah visitor shaye naik tanpa mengupdate. Ha? Sebab? Nampak sangat cik Hel ni popular. (tepuk tangan)


See? Cute kan? Ini cik Hel
p/s : Pinjam gamba cik Hel kat facebook.

Ok, sebab shaye mintak tips macam mana nak dapat follower ramai sebab shaye lihat, cik Hel punya ramai loyal readernya yang tersendiri. Tengoklah komen-komen kat blog beliau. Follower pulak makin lama makin ramai. Wah ! Dats why lah shaye bertanya kepada beliau. Yep, betul kata beliau yang follower tu tak berapa penting. Shaye pun dah kemukakan sebelum ini kat dalam Konsep Sebenar Follower. Apa-apa pun, thanks banyak-banyak kepada yang sudi menjadi followers shaye selama shaye berblog ni. Ceh. (bajet artis)


Ok, shaye bizi pas nih. Tapi harap korang sudi selalu singgah kat blog shaye yang tak seberapa ni. Hmm, sorry banyak-banyak juga kepada incik shaye sebab tak dapat balik diz week. Sorry yang, betul-betul tak buley balik diz week. Tapi tunggu shaye ok? Ok semua, doakan yang terbaik untuk shaye tau.. 10hb akan datang, present akhir shaye. Doakan ok?

Wednesday, April 28

Road My Trip With My Broadband

Alahai.. Sempat lagi tak rasanya kalau nak buat assignment baru dari Project Alpha ni? Haiiisyyoh, kenapa lambat sangat ya? Bukan selalu hari Isnin ke? Punye lah hari-hari shaye check, bila tak check baru assignment ni nak keluar. Yang peliknya, cepatnya korang dah wat dulu dah. Huhu. Pakai bomoh eh? Huhu. Ok, tak pelah dapat ke tak pun janji shaye join. Hehe.


Ok, tajuk kita pada hari ni ialah "Road Trip With My Broadband" . Ehem-ehem. Sejak bila pulak shaye pakai broadband kan? Pakai wifi kat kampus ni pun dah memadai apa. Ceh. Salah ok ! Sangat tak memadai kalau shaye pakai wifi semata-mata kalau nak online. Shaye seorang yang suka berjalan-jalan. Suka pergi bercuti. Dan pada masa yang sama, shaye juga seorang kaki Internet. Oh sampai kat kaki ko. Jadi, setiap apa yang shaye lalui tu, kalau bolleh shaye nak sematkan semuanya dalam blog shaye. Sekurang-kurangnya bila dah tua nanti ada la kenangan. Hehe.


Jadi korang rasa shaye memang memerlukan broadband kan? Tapi shaye lagi suka broadband yang kecil serta mudah nak dibawa ke mana-mana jua. Senang. Tak payah nak cucuk-cucuk kabel kat laptop ni ha. Sekarang hari-hari orang nak guna Internet. Serius, tak tipu !Shaye ada juga usha-usha broadband kat pasaran, tapi takpelah. Belum cukup mampu. Tunggu kerja kot. Hehe. Alangkah indah jika shaye mempunyai :

Broadband Wiggy P1 Wimax


See? Kecik molek je. Cantik kan? Takpelah mengidam dulu. Mana tahu P1 Wimax keluarkan yang lagi chumel. Oh i like ! Korang tak nak cuba ke? Belilah ! Tak rugi kot sebab tak mahal pun bayaran dia. Shaye study lagi, sebab kat sini dah ada wifi, shaye guna wifi dulu ye. Ikut mana lagi penting. Lagipun benda ni kan kecil, korang buley simpan kat mana saja. Simpan dalam poket, hand beg pun buley apa? Jadi, pegi beli ramai-ramai. Beli sorang satu, sebab nanti berebut pulak kan. Haha.


p/s : Next semester dah kena duduk rumah sewa. Nak pakai broadband ke ha? Wiggy wiggy wiggy ! (mata bersinar-sinar tengok gambar)







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Sikit Lagi, sayang..

Salam semua. Selamat pagi. Semoga ceria hendaknya. Pagi ni takde ape nak update. Bizi. Bizi nak gila tapi taklah bizi mana. Just pening dengan coding yang tak dapat-dapat ni. Ada satu coding je shaye tak dapat lagi ni. Coding untuk apa? Ha untuk ini :


Projek akhir. Penunjuk Lokasi Masjid.
Tak buley tunjuk lebih-lebih. Tunjuk sket je buley.




Tengah runsing-runsing, sempat amek gambar lagi.



Tapi, weh apesal korang lari???!


p/s : Tahulah shaye tengah serabut ni. Kira ok ape berani post gamba tak chumel kat korang. Sampai hati korang lari. Haha ! Pstttt, ade siapa-siapa tahu tak macam mana coding Array untuk Flash Lite 2.0?

Monday, April 26

Hep ! Biase Iye ye?

Salam uols. Salam Isnin. Ye, selalunya shaye akan menulis pada waktu malam, kemudian publish kan pada keesokkan paginya. Seperti hari ni la kan? Sebab? Shaye agak sibuk kebelakangan ini. Debaran projek akhir dan final exam sering datang dalam mimipi shaye kebelakangan ini. Hehe. Ok, pagi yang indah ini mari kita beramah mesra bukan beramas mesra ye kawan-kawan. Hep !


Ok, perasan tak shaye ada tambahkan satu widget kat sidebar blog ni? Kat mana? Alaaa...uols scroll bawah sket, bawah lagi dan lihat sebelah kanan. Ye ! Pandai! Widget tu sebijik macam yang shaye tunjukkan di bawah ini. Kepada yang memang dah tempek kat blog masing-masing tak perlu shaye bagitahu. Kepada yang masih tak tahu, widget ni akan berfungsi khas sebagai "kaunter pertanyaan" shaye.



Formspring


Ok, uols buley tanya apa saja. Tapi make sure soalan tu biarlah bernas ok? Kalau yang tanya soalan merapu meraban tu, terima kasih banyaklah. Bak kata Aus, kite tak buley jangka apa soalan yang uols nak bagi. Kan? Kan? Shaye seorang yang siyes ni. So, jangan main-main. Pergh. Haha. Ok. Itu saje untuk pagi ni. Ada masa shaye updated lagi !


p/s : Uols, tanyelah! Hehe.

Sunday, April 25

Wah, lelaki sekarang boleh dimadukan?



Salam muhibah semua. Terkejut ok bila baca statement Suami Bermadu kat dalam myMetro semalam. Tak sangka wujud suami yang bermadu. Satu pencapaian yang........? Tak percaya? Uols buley klik SINI. Dah habis baca dah? Kesian ok kat pakcik tu. Tahu-tahu je wife dia pegi kahwin lain. Pergh. Hebat makcik nih. Isyhh. Seram. Apa nak jadi ni sekarang ni? Bukan budak-budak je punya masalah sosial. Pakcik makcik juga. Haissyooh ! Siapa yang patut disalahkan?


Ok, pakcik ni dapat tahu yang wife dia dah pun bernikah dengan lelaki lain bila dia check kat Pejabat Agama samada wife dia ada buat aduan ke tak sebab mereka selalu berselisihan faham. Tapi pakcik tu lagi terkejut ya ampun bila dapat tahu yang Pejabat Agama bagitahu tak perlu risau sebab wife dia dah kahwin lain (ok tipu je Pejabat Agama bagitahu macam tu). Tak tahulah apa Pejabat Agama tu bagitahu tapi yang pastinya, sah wife dia kahwin lain.


Menurut pakcik tu juge, beliau merupakan suami ketiga setelah dua kali bercerai dan kali ni 'dimadukan' pula. Isyh. Seram ok. So, sekarang ni makcik tu dah tinggalkan pakcik tu. Kejap kejap kejap, shaye tak sure la itu 'makcik' ke siapa. Sebab dia tak bagitahu pulak umur wife dia. Entah-entah muda lagi kot. Huhu. No komen, semua masih dalam siasatan.


Motif kat sini ialah, kenapa kita manusia tak pernah puas? Mesti nak lebih kan. Kalau boyfren tak handsome, nak yang lagi handsome. Terkinja-kinja nak pegi mengurat. Yang lelaki pulak, pantang nampak aweks cun dan seksi, mata takkan terlepas pandang. Mulalah mulut terjuih-juih nak suuwiit-shhuwit (betul ke eja ni?). Tapi shaye tak la tujukan kat uols kan, shaye tujukan kat sesetengah orang tu. Yang dah kawen pulak, hargailah pasangan anda. Anda yang pilih, jadi terima seadanya. Salah dan silap tu buley tegur. Jangan hukum pasangan anda dengan curang, khianat dan sebagainya. Hidup ni ada karma kan? Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Hidup dengan penuh kesyukuran, indah kan?

Saturday, April 24

Tips Kekal Chumel !

Salam Sabtu semua. Ini hari hari minggu kan? So, marilah kita lapangkan minda kita dengan membaca sedikit tips dari shaye. Aiseymen, bajet chumel la kan? Hohoho. Ye, shaye tahu siapalah shaye untuk bagi tips macam ni kat uols. Tapi kalau bukan shaye, siapa lagi nak bagi tips? Haha. Ok2, sebenarnya tak semestinya orang yang berwajah chantek atau kacak je yang layak bergelar chumel, tapi ada certain part yang buley buat orang kata kamu chumel. Contoh ? Personaliti kamu. Ok, hari ni shaye tak mahu cerita panjang pasal personaliti ke hape, tapi shaye nak share dengan kamu macam mana nak kelihatan kekal chumel di mata diri sendiri.


Chumel. Orang akan bagi persepsi itu dari segi apa? Kamu yang cute-cute atau kamu yang tembam-tembam? Oh. Yang mane satu agaknye untuk shaye? Huhu. ye, sedang berdietlah ni ok ! Malas nak mengomel panjang, amek ini tips nya :


1. Selalunya bila bangun pagi je, uols terus capai towel pastu mandi eh? Eh, jangan begitu dong. Even uols tak sanggup tengok muke uols dengan rambut serabai tu, luangkan sket masa untuk tatap muka uols tu depan cermin. Lakukan sket urutan wajah kat muka tu. Yang paling penting, pastikan uols senyum kat depan cermin tu even sekejap. Motip? Bangun tidur tu kan permulaan hari, jadi tak salah kan kite mulakan hari dengan senyuman?



2. Lepas mandi of course uols lapar kan? Ha, yang ni penting. Amek makanan yang berkhasiat. Takpe kalau nak makan banyak tu tapi make sure seimbang. Takdelah muda-muda dah kena darah tinggi, kencing manis, buasir semua. (buasir pun masuk dalam senarai. hahaha). Air masak minum banyak-banyak ok. Tapi jangan minum sampai satu kolam. Kembong jangan salahkan shaye ok?




3. Bila bergaul dengan orang tu, pastikan wajah anda tak lekang dengan senyuman. Senyum tu penting ok. Tapi jangan pulak senyum tak kena tempat. Mereng dah tu. Hahaha. Kalau uols nak tahu, senyuman sebenarnya adalah penawar bagi kemarahan. Tapi bila dah marah tu uols tahulah betapa susahnye nak senyum kan? Kan?




4. Ha, yang ni penting jugak. Cara hidup kamu. Pastikan uols hadapi cara hidup yang sihat. Hindari rokok dan minuman beralkohol. Sedar tak sedar, kesan daripada rokok dan alkohol buley buat kite nampak tua dari umur sebenar. Hati pun kena bersih. Sentiasa berfikiran positif. Buang sifat-sifat jahat tu. Buang semuanya jauh-jauh ok?




5. Pastikan kamu punya rehat yang cukup. Untuk orang dewasa, tidur yang normal antara 6-8 jam macam tu dalam sehari. Jangan terlebih-lebih tidur pulak? Itu tak elok untuk kesihatan. (Shaye selalu terlebih tidur. Mengaku)



Ok, itu saja tips untuk hari ni. Sekian terima kasih.


p/s : Uols rasa shaye chumel?



Ye, budak kecil itu lagi chumel. Shaye sendiri tahu. =)

Thursday, April 22

Lelaki garang vs Lelaki berang !

Salam selamat malam semua. Ini entri yang ditaip atas rasa nak menaip walaupun dalam keadaan yang sibuk. Sorry kalau tak faham. Shaye hanya mahu menaip atas dasar hati yang meronta-ronta ingin menaip. (Isyh apa shaye merapu meraban ni kan?) Ok, tajuk utama kita malam ni. "Lelaki Garang vs Lelaki Berang". Shaye nak tanya la kan, uols selalu tak berhadapan dengan lelaki garang takpun lelaki berang? Ok, sebelum apa-apa let me explain kat uols apa bezanya lelaki garang dengan lelaki berang.



Lelaki garang :
Lelaki yang cepat marah, muke nak berkerut je memanjang, suara dia besar, kadang-kadang sampai tahap menengking, tak pernah senyum. Mulut dia tak payah cakap. Bising. Dan kalau ada peluang, dia akan marah. marah. dan marah. Tapi ada jugak lelaki garang yang mulut senyap. Dia jenis protes dari tingkah laku.


Lelaki berang :
Lelaki macam ni selalunye berjangkit dengan perangai lelaki garang. Tapi dia lagi teruk la. Dia memang suka marah. Tapi marah-marah dia ada la yang terpelanting ke, terpukul ke. Kira bukan setakat mulut je bising, tapi kaki tangan pun turut menyumbang. Yang pastinya lelaki garang memang tak buley kamcing dengan lelaki berang.


Ok, terlebih dahulu jum kita tengok pendapat orang lain pasal lelaki-lelaki berikut. Majoriti tak suka ok. Huhu. : Forum | Lelaki Panas Baran


Sekarang ni bukan lelaki je garang ok, perempuan laki dua kali ganda garang dah. Buktinya? Kat Metro laporan bulan lepas, uols buley klik sini : Diseksa kekasih garang
Tengok tu, sampai diseksa. memang tak patut. Itu bukan garang adik oi, itu berang !


Yang ni pulak, shaye jumpa kat Internet, 8G pada lelaki yang dibenci wanita. Apa bendanya 8G tu kan? Ok, antaranya ialah Garang, Ganas, Gementar, Gabra, Gentlemen tiada, Gatal dan lain-lain. Memang betul pun. Shaye dah baca dah. Hehe.


Sebenarnya, garang atau berang bukanlah suatu cara penyelesaian. Kan? Lagi-lagi kalau budak-budak zaman sekarang ni. Lagi kite marah, lagi kite pukul, lagilah dia memberontak buat benda yang kite tak suka. Ini shaye jumpa satu lagi post : Bengis, garang bukan cara berkesan didik anak


Kenapa uols nak garang? Sebab orang yang uols 'garangkan' tu degil? Dats why la uols garang? No. No. No. Bukan itu jalan penyelesaiannya. Bukan tak buley garang, tapi biarlah bertempat. Tapi part lelaki berang memang shaye tak sokong awal-awal ok. Pleeeeez la jauh dari hidupku. Huhu. Kenapa pulak uols nak berang? Gangster ke ape nak pukul-pukul orang? Haiisyyooh !


Sebenarnya semuanya bermula dari sini :


Kepala hotak eh silap-silap, "Psikologi"


Kenapa uols nak garang atau berang kalau uols tahu cara-cara nak psiko seseorang tu tanpa meninggikan suara atau memukul? Ingat, marah dan pukul bukan jalan penyelesaian ! Lagi dibuat lagi ada. Salah satu cara psikologi yang lebih berkesan ialah yang bisa mengalahkan semua benda, yang bisa lembutkan hati seiapa saja ada satu je :




Kasih Sayang yang takde dijual beli.


Percayelah !

My Dream Destination

Entri hari ni dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Hehe. Salam semua. Hamboi-hamboi... cepat je uols updated pasal tugasan minggu ke 8 ya? Baguslah uols, peka. Hehe. Kali ni shaye agak lambat sket. maklum la bizi. Tak kesah la dapat ke tak dapat kan. Tapi kalau dapat kira rejeki kan. kan? hehe. Ok, my dream destination...hmm..tak jauh. Kalau buley shaye nak pegi ke satu tempat yang tenang, nyaman, sejuk. Kat mana tu? Ha..Tu dia gambar dia dah mai dah.. Dah mai dah.. Haha.


Bali, Indonesia




Seronokkan kalau dapat bersantai kat sini. Jemur-jemur kulit yang dah tak layak dijemur ni. Jalan-jalan tepi pantai pakai topi gedik, pastu spek mata gelap. Lelaki lalu depan mata, buat-buat pose sopan-sopan Mak Ngah sket. Alah alah alah...Hahaha...Pastu pegi jalan-jalan cuci mata. Ni kalau pegi honeymoon seronok la. Hehe. (Berangan tak sedar diri)





Lagi-lagi kalau semuanya ditaja. Oh, besh gilak! MAS taknak bagi tiket free kah? (Kelip-kelip mata harap-harap dapat tiket free. Sapo la nak bagi kan?)


Ok. Sebab shaye sukekan Bali :

  1. Nama dia yang simple. Senang je nak sebut. Ala-ala limau bali gitu. Hahak !
  2. Boleh tenangkan fikiran. Dengar cerita kat sana banyak tempat yang chantek-chantek. Indah-indah. Sekurang-kurangnya kita boleh lari kejap dari kesibukan yang tak henti-henti ni.
  3. Kat Bali ada pantai-pantai terbaik ! Bersih ! Shaye nak mandi-manda kat situ. Kesian ok kat sini asyik takde air. Kalau ada pun air keruhnye la hai. Huhu. Nak wat camne. Terpakse. Tak besh.
  4. Shaye suka benda-benda yang berseni ni. Jadi, kat sana ada jugak elemen-elemen seni. Shaye nak tengok puas-puas. Amek gambar semahunya.
  5. Bila gambar semua chantek-chantek, dah tentu korang jelez sebab shaye pegi sane. Haha. Motip? Saje nak bagi korang jelez. Hehe.

Jum pegi Bali? Ewah ! (macam la banyak wang)






Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Wednesday, April 21

Semangat Membara Nak Exam !


Tiba-tiba gamba logo. Haha. Takde gamba lain nak letak.


Ok, salam semua. Entri ni dibuat hasil daripada pencurian masa, sebab kejap lagi nak pegi exam. Ok, wish me luck for my first exam ok? Ape? Of course I'm ready ! Hehe. Soalan objektif buley la. Kejap lagi exam subjek Kenegaraan. Oleh sebab itulah, dari semalam mood patriotik tu tersemat dalam jiwa ni. Ececeh. Mood tu kena ada. Sorry ok tak sempat nak updated apa-apa semalam. Ni updated sket pun jadilah. Bizi oke !


Sebab apa shaye siap awal hari ni? Sebab pagi-pagi lagi takde air. Apehal la time nak first exam ni tiba-tiba takde air pulak. Tapi diorang kata memang dah selalu dah. Aiyooo.. Hep ! Jangan tuduh-tuduh shaye tak mandi pulak. Mandi. Guna apa? Air satu botol. Serius tak selesa. Tapi ok jugak la dari tak mandi kan? Takpelah, mana tahu takde air hari ni sebenarnya dia nak keluar soalan exam senang. Haha. Mengarut !


Ok, uols. Ada masa shaye updated lagi oke ! Wish me luck !

Monday, April 19

Budak-budak sekarang, jangan perasan bagus !

Salam sejahtera buat semua. Sekarang shaye nak berkongsi cerita pada semua. Macam ni, semalam shaye kan baru pulang Johor. Jadi, semasa dalam bas awam untuk perjalanan ke hostel, bas tu angkut beberapa golongan remaja. Umur dalam anggaran 15-18 tahun macam tu lah kan.


Ada beberapa orang budak perempuan, dalam 3-4 orang macam tu. Sorang berpakaian agak seksi lah. Dia pakai singlet pastu mekap-mekap sket. yang lain tu macam biasa-biasa. Dan ada dua orang budak lelaki ni. Dress up ala-ala nak pegi KL gitu. Hehe. Mula-mula bajet diorang ni satu geng rupenye tidak. Kenapa ?


Naik bus semua kecoh-kecoh. Ibarat orang melaungkan "Ikan keli sekilo 5 hengget ! 5 hengget !" kat pasar pagi. Bising macam tu lah kirenye. Entah kenapa diorang ni berlagak macam bagus. Sang lelaki tiba-tiba bersuara :


Lelaki A : Adush, ko ade bau ketiak tak ? Aku rase macam ade bau ketiak der !
Lelaki B : A'ah la der, aku ada bau ketiak la ! Busuk gile !
Lelaki A : Eh, wa tak tahan la duduk kat dalam bus ni. Bau ketiak kuat sangat !
Lelaki B : A'ah la. Isyh, ni sah dari ketiak diorang nih !


Sang perempuan tak puas hati. Agaknye memang diorang dah bergaduh dari bus stop lagi :


Perempuan A : Alaah. ade wa kesah ke? Ketiak lu yang busuk, cakap orang !
Perempuan B : Entah, setakat baju pasar malam wa tak pandang la der !
Perempuan C : Ha...tak maluuuu...baju pasar malam. Kita tak main la baju pasar malam. Kite baju beli kat butik ! (dengan nada yang menyampah)


Sang lelaki membidas :


Lelaki A : Ah, daripada pakai kasut sekolah, ape barang? Kitorang pakai kasut converse !
Lelaki B : Entah, buat malu je pakai kasut sekolah. Eee..tolonglah! Orang tak pandanglah !


Sang perempuan still nak menang :


Perempuan A : Eh, biarlah nak pakai kasut sekolah pun. Ada wa kesah?
Perempuan B : Entah, pakai kasut sekolah baru rasa muda! Daripada lu, pakai converse pun beli kat pasar malam !
Perempuan C : Ha...tak maluuuu.. beli kasut kat pasar malam.. (Still dengan nada menyampah)


Sang lelaki tak puas hati :


Lelaki A : Dah la baju nampak ketiak. Dia tak perasan ketiak dia berdaki. Hahaha!
Lelaki B : Tahu takpe, Weh ! Aku rasa balak lu mesti malu lah dengan lu!
Lelaki A : Tahu takpe, Weh ! Balak lu mesti malu nak mengaku lu makwe !
Lelaki B : Entah ! Biasalah stok pakai buang je !


Sang perempuan jadi panas :


Perempuan A : Eh, lu balak wa ke? Ada wa kesah?
Perempuan B : Entah, muke macam korang ni, sket pon kitorang tak kesah la !
Perempuan C : Ha...tak malu....dah la pakai baju bundle, kasut pasar malam.. (Nada menyampah)


Begitulah, diorang bidas membidas sampailah bus tu agak penuh. Mana tak, sang lelaki kat depan, sang perempuan kat belakang. Cakap jerit-jerit ibarat bus dia yang punya. Sang lelaki tu pulak, duduk kat sebelah pakcik tua. Mesti pakcik tu takut. Bila sang lelaki tu dah turun, salah sorang dari budak perempuan tadi ke depan, panggil bf dia. Pergh, bf dia duduk memang dekat gila dengan budak-budak lelaki tadi. Senyap. Malu. Marah kot. Aiiisyoo.


Hmm.. Apa yang shaye nak tunjukkan kat sini, mana pegi sikap hormat budak-budak ni? Tak tahu nak kata apa. Ayat masing-masing terpengaruh cerita Adnan Sempit. Aisyyooo, budak-budak zaman sekarang. Tak tahulah apa dalam kepala mereka. Dia tak nampak benda-benda yang baik, tapi masing-masing nak tunjuk bagus. Biasalah budak-budak baru nak up kan? Tak elok bergaduh sesama sendiri. Kalau iye pun nak tunjuk siapa bagus, mestilah kena pada tempatnya. Ni kat dalam bas tu jugak ko nak bergaduh, pekik-pekik kan.

Anak munyet pun tak perasan bagus.


Hmm..Pendapat uols macam mana? Macam sekarang cerita pasal budak Halimaton umur 15tahun yang sibuk sangat ugut parent dia sebab nak kawin tu, takpun budak pandai yang menyamar jadi kerabat diraja tu. Ape kes ? Apa dalam kepala diorang sekarang ya ?

Friday, April 16

Tips Menulis Blog dengan Berkualiti

Salam rindu dan sayang dari shaye. Oppss. haha. Ok, hari ini terdetik shaye nak bagi korang satu tips. Ala, tips biasa-biasa je. Tapi takpe kan kalau nak share dengan korang? Ha, kali ni shaye nak berkongsi tips mengenai bagaimana nak menulis blog secara berkualiti. Sebenanrnya, kualiti penulisan korang tu juga mempengaruhi dalam peningkatan trafik. Jadi, untuk mendapatkan kualiti, mutu dan keunggulan dalam blog anda, meh ikut petua cik Nemo meh.

1. Fikirkan satu topik yang sedang hangat takpun memang dah terbuku kat hati korang tu. Pastikan topik tu seswai dikongsi dengan orang lain. Point kat sini ialah bila korang menulis tu tak lah "SS" kan. Hehe. (SS=Syok Sendiri)



2. Jangan lupa buat sket review pasal topik yang korang nak buat tu. Anggap je macam korang nak siapkan tugasan yang lecturer bagi. Buat sket rujukan, mana la tahu kot-kot topik korang sama dengan orang lain. Ingat! Jangan plagiat.


3. Sebelum menulis, bahagikan isi-isi kandungan dan buatlah sket huraian setiap isi yang korang nak masukkan tu. Jangan malas amek buku nota & pen untuk start mengarang. Alaa, kalau malas sangat pun conteng jelah kat mana-mana dulu. (Jangan conteng buku adik nak skola pulak)



4. Masa nak start menulis, sila pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa. Ini supaya senang dan lancar je korang dapat idea. Lapangkan fikiran. (bukan macam shaye, tengah kejar budak. Adui)


5. Mood masa menulis sangatlah penting. Jangan menulis masa korang sedang teramat marah, emosi yang menggila, dalam keadaan sakit dan sebagainya. Mood korang ni juga akan mempengaruhi fikiran maka tercetuslah entri yang tak waras. Tu sampai ada yang nak kena dakwa la, saman la.


6. Pastikan apa yang anda tulis tu ada moral of the story/ mesej/ conclusion. Jangan merapu meraban macam orang sewel. Blog juga mencerminkan diri anda.

7. Dalam penulisan, kekemasan tu sangat penting. Jangan sekadar hanya nampak cantek dimata korang je.Format penulisan, korang buley review kat mana-mana blog lain.



Ok, itu saje untuk tips hari ni. Kita jumpa lagi di lain hari.

Monday, April 12

Cemburu yang maksima !

Salam semua. Perkenalkan ini Alya. Baby baru yang shaye ceritakan. Cute kan? Dia baru 3 bulan lebih. Dah nak seminggu jugak Mama jaga dia. Tak banyak ragam. Jarang menangis. Cuma selalu kembung perut je. Isyh3..


Memang sangat senang jaga dia. Suka senyum dan cakap sorang-sorang even kita tak faham bahasa baby kan.. Haha. Just uruskan dia je. Memang senanglah! Tapi yang makin susah jaga sekarang ni ialah :
Nur Syamimi


Sejak ada Alya, Mimi jadi nakal tau. Susah nak kawal dia. Lagi-lagi bila shaye main dengan Alya, dia sibuk-sibuk tak bagi. Asal ada peluang, dia akan pukul Alya tau. Isyh3. Risau. Ini semua gara-gara cemburu yang maksima.

Kesian Mimi. Ada suatu masa, Mama main-main dengan Alya. Mimi tengok je tak berkelip dan senyap-senyap air mata dia bergenang. Sedih je. Dia tak biasa dapat adik. Sebab dia anak last. Bila dia pukul Alya, Mama marah. Serta-merta dia menanges. Alya menanges sebab kena pukul, Mimi menanges sebab jelous. Tapi dua-dua Mama peluk. Hehe.
p/s: Mama kata even dah ada Alya, dia still sayang Mimi.

Saturday, April 10

Mari sayang, kita bercanda?



Hello guyz! Ni shaye nak bagitahu yang hari ni shaye nak balik Klang. Yeyeah! Excited ok. Kali ni memang betul-betul dah lama tak balik. Lama tak jumpe family, incik dan Mimi. Nak tahu? Kat rumah dah ada sorang lagi baby gurl. Mama jaga. Aliya nama dia. Tak sabar nak tengok dia. Hehe. Tergugatlah Mimi. Haha. Takpe, Mimi tetap nombor satu.


Tapi ni balik tak lama. Sebab balik Study Week je. Patutnya Study Week mana orang balik, tapi kat sini semua balik. Huhu. Lagipun shaye memang lama tak balik. Sedih. *feeling balik Raya la pulak. Ni tak tahulah apa aktiviti kat rumah ni. Moga-moga shaye punya masa nak buat kerja & study. Tak buley bersuka-suka sangat ye, Nemo.


Semangat nak balik, tapi barang satu pun tak packing lagi. Opps, lupa. Bukan bawak balik apa pun kan? Hehe. Bawak benda-benda yang perlu je. Malam ni ada dinner untuk Fakulti shaye. Tapi shaye tak join. Takde bajet. Sorry ya korang. Dinner semester depan confirm shaye join. InsyaAllah.


Hari ni takde tips. Tunggu jelah idea tu datang. *selalu ade tips ke? Idea ni datang tak boleh dipaksa-paksa. Kena ingat tu. Tapi bila dah start berblogging ni, selagi tak updated selagi tulah otak ni berfikir, berpusing-pusing, diperah-perah untuk menulis. Entah. Shaye menulis dari segi pemerhatian, pendapat, luahan, pengetahuan. Dan semuanya shaye kongsikan di sini. Dan apa yang shaye dapat? Kepuasan. Lagi-lagi bila tengok makin hari, makin ramai yang bertandang. Ye, blog shaye hanyalah blog picisan. "Aku menulis bukan kerna nama..", tiba-tiba feeling Ramli Sarip pulak kan. Haha.


Oklah, pagi-pagi shaye agak merepek. Yang penting japgi dalam selepas subuh nak bersiap pulang. Doakan shaye ok? Yang penting nak makan nasi lemak tepi bus stand japgi. Yeyeah!


p/s : Korang, doakan shaye selamat sampai tau. Daa~

Friday, April 9

Besh Sangat ke Slot Akasia AdaMaya TV3?

Salam semua. Shaye lihat ramai yang promote cerita AdaMaya slot Akasia TV3 yang bermula pada 6 April lalu. Jadi shaye tertanya-tanya besh ke cerita tu? Nampak macam banyak sambutan. Ke sebab pelakon cantek dan hensem dalam cerita tu? Tertanya-tanya Ai ok.. Hehe. Jadi, shaye pon cari kat You Tube. Ni jelah yang jumpa.





Sebab pelakonnya Lisa Surihani, i like. Chantek. Haha. Ha, jalan cerita macam cerita "I'm Not Single". Shaye suke cerita tu. Hehe. Sambungan ke atau die buat cerita tu semula dalam bentuk drama? Btw, sebab kat hostel ni takde TV, nak jugak tengok besh ke tak cerita ni bila balik rumah Study week nanti. Hehe.

Thursday, April 8

Trimas Nuffnang!



Yeay yeah yeay! (lumpat-lumpat)
Senangnya dalam hati.
Dapat invitation dari Nuffnang.
Tengok "Date Night"
tapi.......
nak pegi ke ke tak?
...
...
...
...
...
...
...
...
...
jap, kena tanye incik dulu.. =)

Dengarlah penjelasanku. Ini tempatnya, Sayang..

Salam rindu dari shaye. Maklumlah lambat sket update. Bizi ok sekarang ni. Banyak sangat benda yang nak dibuat. Firstly, sorry to my incik sebab buat kamu terkapai-kapai sorang. Adush. Next week dah start study week. InsyaAllah shaye pulang. Rasa macam dah sebulan tak balik. Bukan rasa-rasa, dah memang sebulan pun. Huhu. Rindu.Rindu.Rindu. Dah lama tak makan sedap. Makan kat sini kena catu sebab nak berjimat. Hmmm..


Pasal PSM, alhamduilah semuanya berjalan lancar. Tinggal peta je nak lukis bagi siap. Penyelia je tak sempat-sempat nak pegi jumpe dia. Adush. Tengoklah macam mana. Korang doa-doa la projek shaye tu sukses ok? Shaye akan cuba sebaiknya. Sekarang shaye taknak fikir apa dah. Lepas seksa PSM ni dah kira lega. Lega yang amat!


Exam tak lama lagi. Hmm. Harap-harap shaye buley cover semua subjek. Semester ni macam takde tips pulak dari lecturer. Study je la ape yang patut kan? Sebenarnya semester ni agak tertekan untuk budak-budak yang amek PSM. Takpe, doa-doa ya?


Sibuk-sibuk pun, tapi shaye takkan tinggakan blog. Korang tinggal jejak, cepat atau lambat shaye pasti akan jejak anda semula. Ok? Kepada yang selalu komen-komen blog shaye, time kasih banyak yang tak terhingga. Yang selalu klik Nuff shaye, beribu time kasih diucapkan. Selalulah singgah-singgah ok? Hmmm..bila dah bizi ni dan masa nak tenangkan fikiran tu pulak tak banyak, korang tahu tempat mana yang shaye fikirkan macam terasa nak pegi?


Sekolah Rendah






Sebab?
  1. Kat situ kita akan dapat ketenangan yang luarbiasa sebab kita akan tersenyum sorang-sorang sebab tak tahan tengok gelagat budak-budak kecik.
  2. Boleh mengimbau kenangan masa zaman kecik-kecik dulu. Kira lupe la sekejap masalah sendiri.
  3. Kalau budak-budak tengah bersukan, buley jugak cuci mata ngurat cikgu sukan diorang. Selalunya cikgu-cikgu sukan diorang kacak-kacak. Ceh. Haha.
  4. Kalau makan kat kantin sekolah rendah, bihun sup baru 50sen. Nasi lemak pun sama. Air sirap 30sen. So, dalam erti kata lain, BERJIMAT!
  5. Entah-entah bila dah duduk kat situ buley pulak join diorang main kejar-kejar. Ada point disitu. MENGURUSKAN BADAN secara tak sengaja.


Tapi, korang ingat senang-senang ke dapat masuk sekolah rendah? Confirm kena halau dengan guard. Mana tahu muke korang iras penculik ke.. Haha. Shaye dapat masuk pun sebab berniaga buku masa semester lepas. Seronok ok!



Yang tak besh bila diorang panggil "Makcik, buku ni berapa eh?"
Rase nak pukul ok. Tapi tak pukul pun. Senyum je. Haha. Jaat.
(tak sedar tua)

Tuesday, April 6

Kambing Kalis Cinta !

Salam semua. Seperti yang dijanjikan dalam post Zaman Gile Remaja hari tu, kali ni shaye nak story kat semua pasal pengalaman shaye di ladang kambing. Yeay! Actually shaye ke sana sebab atas tugasan untuk subjek Keusahawanan, jadi kitorang nak interview la pakcik yang punya ladang kambing tiga ekar ni. Hehe. Ok, kenape kitorang memilih penternak kambing? Sebab kitorang rase beliau adalah antara usahawan yang berjaye dan nak kelainan sket dari group lain yang just interview company-company biasa.


Ok, ladang kambing ni terletak kat Kampung Parit Kadir,Senggarang. Sampai-sampai kitorang kat situ terserempak dengan anak pakcik tu yang tengah kejar kambing. Hehe. Seronok ok. At first, memang tak biasa. Lagi-lagi time tu buley pulak shaye pakai baju kurung. Adush, tersalah tempat la,Nemo oi. Tapi kambing-kambing kat situ semuanya manja-manja ok. Terus sukee dengan kambing-kambing tu. Lagipun kambing-kambing kat situ semuanya tak busuk. Agak pelik. Ntah-ntah diorang dah biasa mandi pastu satu geng dengan Pakcik Janggut kot.



Tengok tu, bukan setakat manje kambing-kambing ni. Diorang mesra kamera jugak tau. Masa mula-mula naik kandang kambing tu, diorang macam tahu-tahu je. Semua sibuk nak dengar ape yang kitorang interview pakcik tu. Hehe. Ha, untuk pengetahuan korang, kambing yang belakang ni jenis Sannex. Kambing ni khas untuk tenusu. Korang nampak dia kurus kering kan? Sebab tu la dia tak sesuai untuk sembelih. Ini kambing import tau. Jangan main-main. Setakat naik kapal terbang, diorang tak heran dah sebab dah selalu. Haha.



Ha, kenapa diorang minum susu botol? Sebab ibu diorang tak mampu tak susukan diorang. kesian ok. Ibu diorang kena breast cancer. So, die punya tempat menyusu kena potong.



Senyum! Tengok? Pandaikan! Lupa nak bagitahu, bukan kambing jenis ni je yang ada. Kambing jenis lain pun ada. Yang ni khas untuk tenusu je.



Ha, ni antara kandang kambing yang ada kat situ.



Dah macam orang dari Pejabat pertanian pulak. hehe. Bila dah interview pakcik tu, barulah minda shaye ni terbuka sedikit pasal bisnes. Pakcik tu kata, nak start bisnes kena ada ilmu pasal bisnes tu. Modal bukan soal pertama. Bisnes ternak kambing ni selalu kita lihat, sembelih, korban. Tu je kan? Tapi sebenarnya kita kena kembangkan sket minda kita tu. Sebenarnya banyak benda kita buley wat dengan menternak kambing. Antaranya kita panggil:

Mas Hitam : Najis (Baja pokok)
Mas Putih : Susu (Kosmetik, Keju)
Mas Merah : Daging (Sate, Makanan)



Cute kan? Kan?

Ok, bukan setakat tu je buley jual, tanduk kambing pun kite buley jual. Untuk hiasan, takpun untuk buat sikat rambut. Kulit dia kita buley guna untuk buat kompang. Sebab kulit lembu dah kekurangan sekarang. Untuk info korang jugak, darah kambing pun kita buley guna untuk menggantikan darah manusia. Tapi semua tu dalam kajian pihak UM. Shaye pun tak berapa faham lagi.



Perasan tak ada kambing mengintai kat belakang. Haha.

Tengah kitorang borak-borak dengan pakcik tu sambil minum cendol, terdetik shaye tanya pakcik tu nak buat apa dengan kayu yang berlonggok banyak. Pakcik tu jawab, beliau nak tambah kandang kambing. Dalam perancangan beliau, beliau nak adakan 'Kandang Kambing Selebriti'. Sebab? Memandangkan beliau banyak berurusan dengan artis-artis yang berminat nak ternak kambing, beliau nak adakan satu kandang khas untuk diorang. Sebab, senang bila ada event, artis-artis tu takpayah susah-susah cari kambing kat luar sana. Gunakan khidmat pakcik tu je.



Ha, ni la tuan punya ladang. Jangan pandang sebelah mata ok, pakcik ni ade Degree dari UM ok. Beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan 6ribu. Dan sekarang aset beliau dah nak cecah setengah juta. Hebat kan? Korang berminat nak menternak kambing? Pakcik ni nak buat pusat latihan khas untuk sesiapa yang berminat. Bolehlah korang belajar selok-belok dalam bisnes menternak. Tapi bak kata pakcik tu, mesti tahan dari segi fizikal dan mental.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi pakcik tu terus :

Encik Mazlan bin Tarib (a.k.a Manja)
Kambing Kalis Cinta.
Kampung Parit Kadir,Senggarang.
83200 Batu Pahat. Johor.
019-7064836

My Favourite Sport

Salam semua. Kali ni shaye nak cerita pasal sukan kegemaran shaye. Kejap. Kejap. Korang rasa shaye ni jenis yang suke bersukan ke? Haha. Tidaklah sama sekali. Shaye kaki bangku ok. Takot bola. Orang kejar bola, tapi shaye lari dari bola. Aduhai. Nak main lompat-lompat tinggi sume dah tentunya tak cukup kaki. Nak main baling-baling lontar peluru ke, tak cukup tangan la pulak. Bukan apa, bukan sebab geli-geli berpeluh ke apa. Tapi stamina tak berapa kuat. Haha. makan sayur berkoyan-koyan tapi no komen...Hehe.


Sukan ape ya yang korang rasa-rasa seswai dengan jiwe dan raga shaye? Lumba lari? Jangan berangan. Lompat pagar. Lariik! Tak mau ok! Sebenarnye ada satu je sukan yang paling shaye gemari. Tak pastilah ia dikira sukan ke tak. Nak tahu?


Ha, ni lah dia. Sukan tayang ketiak. Oppss! Haha. Takde maknanye shaye nak pakai macam ni kan. Tak pasal-pasal kantui segala lemak tepuku. Auuuww!



Ye,sukan paling santai dan mengeluarkan peluh ialah Senamrobik! Satu..Dua..Tiga! Tiga lagi..Ayuh! Yeay! You can do it, beybeyh! *berangan lebih.

Sebab shaye suke Senamrobik ialah :

  1. Disamping anda terkinja-kinja senamrobik, buley beramah mesra dengan peserta lain.
  2. Buley bertukar-tukar nombor telefon.
  3. Membandingkan lemak masing-masing supaya lebih bekerja keras lagi.



Ha! Tinggi lagi kak. Korang nak join ke? Jum?
Dengan syarat :



Kepada lelaki-lelaki yang nak join shaye tu, sila menggunakan produk Adidas ni je ok? Yang tak guna tak buley join. Haha.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, April 5

Beware Adik Rafiqin Darwisy!

Haiyaa.. Allahyarham Din Beramboi baru saja meninggalkan kita. Sampai hari ni kita semua terasa akan pemergian beliau. Tapi dah keluar dah desas-desus yang ada sorang budak ni mengutuk arwah. Nama dia Rafiqin Darwisy. Umur 14tahun kalau tak silap. Aduhai, ape kena adik oi? Orang yang pegi tu, hormat-hormatlah sket kan? Ha,ni shaye dapat dari sumber-sumber tertentu. Adik Rafiqin, sila minta maaf.


Ni antara komen-komen yang menunjukkan kekurangan asam garam beliau :








Menurut sumber yang dipercayai, inilah budaknya. Muka cute kan? Isyh3. Habislah kalau ada siapa-siapa amek tindakan. Aiyookk. Tak tahu. Agak-agak ade ke orang nak amek tindakan kat dia ni? baru 14tahun. Ha, kat facebook dah ade dah group :

Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!



senyum-senyum ye dik?

Sunday, April 4

kenapa benchi Memey?

Salam semua. Hari ni shaye nak cerita gosip pulak. Tiba-tiba je rasa nak tulis kan. First of all, takziah kepada family allahyarham Din Beramboi ataupun nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Satu Malaysia turut merasa kesedihan dengan pemergian beliau. Ok, berbalik kepada tajuk utama, kenapa korang benchi sangat kat Memey? Shaye jadi tertarik untuk menulis sebab shaye suke Memey tu (habislah korang anti aku pulak pasni) Haha. Sabar. Sabar. Shaye tak bersalah. Maksud shaye suke dia bukan sebab kes dia dengan Norman tu. Tapi shaye suke sebab cara dia berlakon sume. Gaya dia. Chantek. Bila shaye search kat google je, takde pun yang isu yang elok-elok pasal dia. Kesian ok. Banyak respon yang shaye tengok, ayat yang berunsur maki-maki, hina menghina, kutuk mengutuk. Adui.


Memey oh Memey.
Bukan setakat ada talent je, tapi chantek kan? Shaye sukee. Hehe.




Pasal kes dia dengan si Norman tu biarlah diorang selesaikan sendiri. Pasal tu, shaye pun tak buley nak komen ape. Tak tahu nak salahkan siapa. Lagipun benda dah nak jadi.




Takde la. Bukan apa. Kita semua pun manusia biasa kan. Semua takkan lari dari melakukan kesilapan. Pada yang dah buat silap, pandai-pandailah dia tebus balik salah dia tu. Kita ni yang takde kena mengena dengan dia, tak perlulah nak tunjuk hebat menghukum dia. Sedar tak sedar korang kutuk-mengutuk tu pon dah jadi dosa. Pastu dah terang-terang korang tunjuk contoh yang tak baik. Betul tak? Renung-renungkan.


Tapi sebenarnya shaye rasa korang dah tersilap la. Yang sepatutnye rasa benchi meluap-luap kat Memey ni bukan ke dia?

Lazada Philippines