Saturday, June 26

Itu Dia Kawan-Kawan Shaye !

Salam Semua. Birthday party siapalah pulak ni kan? Hehe. Saja je nak upload gamba lama-lama. Rinduuuuu ! Ini gambar kenangan masa shaye study kat poli dulu. Poli mana? Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak ye kawan-kawan. Tak tahu lagi kat mana? Kat Tanjong Malim, Perak. Sejam dari KL kalau nak pegi sana.


Yep, teman datang dan pergi. Tapi kenangan pasti terpahat di hati. Sekurang-kurangnya ia menyimpan memori bersama. Susah nak cari kawan sejati sekarang. Ye, kawan sejati. Kawan susah dan senag ye kawan-kawan. Bukan kawan senang-senangan, susah tinggal-tinggalan. Jaat macam tu. Tak baik ok. Bila berkawan biarlah ikhlas.



Ok, buat kawan-kawan sejati kat luar sana amek kek ni. Khas untuk korang dari kami. Hehe !



Seee? Kegembiraan jelas terpancar di wajah kami even kek tu terpaksa letak atas kerusi yang dah nak patah. Maklumlah, rumah sewa perempuan. Lelaki not allowed ! Hehe. Duduk luar je buleh ye. Ini sebenarnya suprise kitorang buat untuk Achik. Bukan Achik Spin ye. Tapi Achik yang mana? Ha yang kena suap kat bawah ni.



Ye, suap dia ! Suap lagi ! Ngeeee....



Giliran orang lain pulak suap !



Ai, macam pengantin la pulak. Kalau la shaye punya birthday nanti diorang buat suprise macam ni, adakah shaye disuap jugak? *Suaplah.Suaplah!


Gila nak kena kerat tangan dengan incik??!
Hahahahha!


Muka dah comot masing-masing. Perkara wajib lepas makan kek, acara baling-baling kek memang dah jadi tradisi kitorang ye kawan-kawan. Laki pompuan sama je, takde belas kasihan. Kejam. Hahaha.



Tengok tu?? Masa ni kat depan rumah sewa kitorang masa dulu. Gila pukul 12am lebih, kitorang main kejar-kejar keliling taman. Shaye lari laju ok. Haha. Gila nak selamatkan diri, tapi hasilnya muka paling comot. *Fikirlah sendiri berapa laju shaye lari. Haha



Ces! Ha, gambar kat atas ni menunjukkan rumah sewa incik masa kat poli dulu. Kitorang setahun lebih berjiran dulu. Rumah depan-depan la jugak. Tapi bukan betul-betul depan la. Beza dua rumah macam tu. Haha. So, hari-hari bila keluar rumah, mengadap muka dia. Tapi masa tu I tak jatuh chenta kat you la sayang. I sibuk jaga adik angkat depan rumah je. Oppppps! Tapi betul orang kata kan?


Tak kenal maka tak cinta.

Raya Datang Lagi !

Align CenterSalam sejahtera semua. Semoga sihat-walafiat sentiasa. Sedang buat apa tu? Tidurkah? Makankah? Jogingkah? *Agaknye takde soalan lain cik Nemo ni nak tanya kat korang kan. Haha. Ok, berbalik kepada tajuk. Sedar tak sedar tak lama lagi kita dah nak dekat raya dah kan? Takdelah lama sangat, lebih kurang tiga bulan macam tu. Aiiiissssyhhh!


Amboi, mengeluh bukan main lagi shaye ye? Hahaha. Bukan apa, ganti puasa belum lagi ni. Kena cepat-cepat ganti lepas ni. Takut terlupa. Isyh. Korang? Dah ganti belum? Bukan untuk perempuan je, lelaki pun dah ramai tak puasa penuh sebulan sekarang. Aiiiiihhh! Ape nak jadi ni? So, bawak-bawak la ganti ye teman yep! *Dah mula kena cakap bahasa Perak. Mana tahu kena duduk kampung. Haha.



Gamba ni raya tahun lepas. Rasa macam baru lagi beli baju raya tu, ni nak kena beli lagi dah. Opppss, bukan kena beli lagi ye teman-teman....dah beli dan dah siap tempah dah. Ces ! Ganti puasa tak habis lagi sibuk hantar baju raya. Hohohoh!



Kejap-kejap ! Nak tangkap gambar jap. Senyum semua....! Yeay!




Ok yang belakang, sila senyum ye ! Haha. Masa ni sebenarnya kitorang nak pergi beraya kat rumah membe kitorang. Budak UTHM jugak. Rumah dia dekat sangat dengan Universiti, so kitorang pegi je lah serbu rumah dia ramai-ramai. Masuk ni, dah dua kali raya kitorang pergi. Haha.



Masa ni tak makan lagi. Posing saje lebih. Macam la tak pernah pergi rumah kampung. Aduhai. Bukan apa, rumah dia cantik. Rumah Johor kot chantek-chantek. Ye?? But I tetap likeeee!



Tengok tu? Sanggup ko. Hujan tu sebenarnya. Nak sangat tangkap gambar kat pokok tebu la kunun. Haha. Anak sapo la nih kan. Haha.



Hye ! Shaye Nemo, silalah datang ke rumah Hj Bunawan. Hehe. Seronok! Raya tahun ni nak pergi sini lagi. Ha, lupa pulak nak pesan lagi sekali, yang belum ganti puasa tu sila-silalah ganti ye. Termasuklah shaye. Ini amaran keras.


Agak-agak raya tahun ni dapat tak baju sedondon dengan incik? Tahun lepas sah-sah tak sedondon. Shaye pakai kaler Merah, dia pakai kaler Coklat. Tapi ok jugak, ada ke patut kalau sedondon, dia nak guna baju tu aje buat kawen. Jimat. Kalau tiga tahun raya baju sama, baju tu la tiga persalinan untuk kawin. Gila!



Tak hingin aku !
Hahahahaha~

Friday, June 25

Terserlah Bakat Kekampunganku !

Salam semua. Selamat petang dan semoga happy hendaknya. Korang dah makan? Belum? Sian. Shaye dah kenyang dah tadi selepas selesai berkebun. Gila penat. Bajet nak berkebun petang semalam tapi sebab drama TV3 yang tak henti-henti tayang, tak jadi shaye dan kak Ain nak pegi berkebun. Maklumlah, rumah sewa shaye ni kan besar. *Cakap ala-ala Mak ngah. Berlagak kejap. Ok, antara sebab-sebab shaye dan kak Ain berkeras nak berkebun ialah.....ha, korang tengoklah sendiri. Nah !



Nampak? Ni pokok-pokok pisang ni runtuh. Eh, betul ke guna ayat runtuh? Takpelah, asalkan korang faham kan. Pokok-pokok pisang ni runtuh gara-gara ribut 4-5 hari lepas. Kunun-kunun nak biarkan je, tapi tengok keadaan makin teruk, better kitorang bersihkan. Takut binatang-binatang lain berkampung kat situ je. Hehe.




Ha, ni dia tukang kebun kita. Dengan tak mandinya pergi berkebun. Hep! Hep! Apa gelak? Buat apa mandi? Nanti berpeluh, rugi sebab kena mandi balik. Hehe. Shaye dan kak Ain pergi berkebun. Pssssst, ada macam muka petani ke? Yelah-yelah, petani moden. *Jaga hati. Hahaha~




Ini bukan pisau nak bunuh orang ye. Terpaksa guna pisau dapur sebab takde parang kat rumah. Gila hebat tau. Potong-potong batang pisang guna pisau dapur. Lega. Sebab boleh lepas geram kat batang pisang. Haha. Macam-macam skill guna semata-mata nak tebang batang pisang tu. Tikam, Cincang, Pijak, semualah ! Korang pun buley cuba kalau korang stress!




Ok, ni hasil yang kitorang dapat hari ni. Jantung pisang tu gila besar kan? Seram nak amek. Pisang tu pulak, kali kedua kitorang amek kat pokok tu. Tak larat dah makan pisang ni. Haha. Daun pisang pulak, kalau ikutkan berlambak daun pisang. Kak Ain nak buang semua. Yang tinggal tu, puas shaye selamatkan. Rugilah buang. Tapi tak tahu nak buat apa dengan daun pisang tu. Hahaha.




Hasil tebang pokok. Kemas tak? Bolehlah kan, daripada gambar yang first korang tengok tu. Batang pisang yang besar tu tak tahu nak potong macam mana. Takde paranglah. Lalang pulak, korang tengok dah bersih sket kan. Separuh ajelah ye. Tak laratlah nak tebas semua. Pakai pisau dapur pulak tu, pengsan!




Ha, banyak ni nak tebang pakai pisau dapur? Pengsan 2 hari ok kalau shaye buat. Takpelah, yang ni tinggalkan untuk pakcik mesin rumput tu je. RM40 sekali mesin rumput rumah shaye ni. Ada siapa-siapa nak taja?




Rumput-rumput macam ni, kitorang cabut pakai tangan je. Jadi, tangan shaye bukan macam tangan Cinderella ye. Tangan shaye dah kasar macam pakcik tukang kebun. Entah-entah, tangan pakcik tukang kebun lagi lembut dari shaye. Huwwaaaaa!



Hasilnya, Clean & Clear kan?



Ok, itu jantung gergasi. Penemuan baru. Kitorang takut dengan jantung tu sebab besar semacam. Besar dia adalah dalam besar lengan shaye ni. Isyh! Takut nak masak. Takut-takut kena la kaji jugak kenapa dia jadi besar macam tu kan? Jadi, kak Ain sila potong. Jap ye kawan-kawan.




Ha! Korang tengok tu. Rupanya dalam dia ada pisang belum keluar lagi. Patutlah! Rasa rugi sangat sebab potong awal-awal. Tapi tak boleh jugak sebab pokok dia dah tumbang kena ribut. Lagipun jantung tu terlalu besar sampai pokok pisang tu sujud ke tanah. Siyes !




Berkebun punya berkebun, jumpa penemuan hasil tanaman baru. Apa itu? Itu pokok terung ok. Buley masak nanti. Haha. Seronok !




Ha, Omaigod! Omaigod! Ada jumpa lagi. Nampak? Pokok pegaga ! Yesss! Buley buat ulam untuk awet muda. Hahaha!


Seronok! Tapi penat gila. Incik pulak merajuk sebab shaye tak mesej dia. Sorry dear, shaye berkebun ni. Bukan mengurat. Isyh3. Yang penting, adakah shaye layak duduk di kampung seperti yang dinyatakan dalam entri Balik Kampung Tanam Jagung ?


Adakah?
*Muke penuh mengharap. Hahahaha!

Thursday, June 24

Tutorial Cara Nak Dapatkan Icon untuk Chatting di Facebook !

Salam semua. Selamat petang. Dah makan? Shaye dah kenyang gila. Alhamdulilah. Ok, hari ni shaye nak bagi sket tutorial untuk korang. Ok, semua ada Facebook kan? Selalu tak chatting guna facebook? Mesti selalu kan? Kan? Ok, satu kelemahan dalam Facebook Chatting tu, dia takde sediakan ikon-ikon untuk chatting macam dalam Yahoo Mesengger dan lain-lain. So, di sini shaye akan tunjukkan inisiatif lain untuk dapatkan ikon-ikon tu untuk Facebook korang.


Firstly, korang mesti guna Mozilla Firefox. Yang takde tu, pandai-pandailah ye download dan install sendiri. Ok seterusnya, pergi link ni, Add-ons for Firefox. Kemudian search add-ons dengan keyword 'facebook chatbar'. Jumpa? Jumpa tak? Tak? Ha amek ni link dia, Facebook Chatbar. Confius lagi? Ni benda kat bawah ni. Nampak?



Ape lagi? Cepat-cepat klik 'Add to Firefox'. Tu, button kaler hijau tu. Tak payah buat muka kerut-kerut. I don't likeeee okeh! Nanti dia ada tanya nak install ke tak, klik 'Allow' terus. Lepas tu korang akan jumpa benda nih pulak.



Ok, Klik 'Install Now'. Jangan garu-garu kepala lagi. Cepat !




Bila benda ni keluar, tunggu kejap. Dia nak install.




Ok, dah siap Install. Klik 'Restart Firefox'. Mozilla Firefox korang akan di restart.


Seterusnya, bukak balik Facebook korang, klik kat Facebook Chatting tu, serta-merta akan terpapar ikon-ikon dia. Contoh, macam nih !



Nampak? Opppss.. sila abaikan apa benda yang kitorang chat tu kan. Haha. Kantui kejap. Perasan tak ada tulisan bold tu? Ha, nak buat tulisan macam tu senang je. Letak * kat depan dengan hujung ayat. Contoh : *Nemomimosh* -----> Nemomimosh (ha,jadi!)


Ok, kalau nak ikon yang lagi power lagi, klik 'Get More Smileys! Click Here' tu. Nampak tak? Tu gambar kat atas tu. Klik aje. Serta-merta akan terpapar benda nih.



Nampak tak link 'download' yang shaye tunjukkan dengan anak-panah tu? Ha, klik cepat ! Step seterusnya, ikut je. Install dan restart firefox semula.




Siap dah ! Macam mana nak jadikan ikon macam tu? Klik kat ikon yang shaye tunjukkan tu.




Korang buley pilih ikon-ikon yang korang nak. Besh kan? Tapi yang tak besh nye untuk ikon yang lagi power ni, membe yang korang nak chat kena install benda ni jugak. Kalau tak, nampak tulisan saje. Ikon yang masa mula-mula kita install tadi tu je, siapa-siapa buley tengok. Hehe.

Selamat mencuba !


p/s : Jangan duk chatting je, keje jangan lupa buat !

Wednesday, June 23

20 tentang cik Nemo !

Salam semua. Selamat petang. Shaye baru selesai presentation untuk Project Keusahawanan Siber. Oh, tak suke ! tak suke ! Tapi alhamdulilah dah selesai. Lepas ni tinggal satu exam dengan satu lagi presentation project. Ok, berbalik kepada tajuk. Shaye telah di tag ! Omaigod ! Omaigod ! *Lumpat-lumpat. Haha. Terima kasih kepada Mia sebab berani tag shaye. Ces, ayat macam gangster kampung seberang. Ok, tag ni pasal ape? Pasal 20 tentang diri shaye. Saja je pun nak updated pasal ni, dah alang-alang kan. Sebelum ni shaye dah buat dah 50 dalam cik Era. Tapi takpelah, mana tahu korang terlepas nak baca ke. Hohoh !


20 Tentang Cik Nemo


  1. Seorang pelajar UTHM, Johor yang sopan santun, baik budi pekerti. *Puji diri sendiri
  2. Amek Ijazah Sarjana Maklumat. *Lantak kome la nak kata bidang IT dah tak banyak kije ke ape. I don't care. Buley?
  3. Masih bujang but not available. *Tak nak curang.Pelis.Pelis. Haha.
  4. Seorang pendiam tak banyak bunyi. Tapi bila dah rapat, sabar je la. Berbunyi-bunyik !
  5. Seorang pemalu. *Saaaangaaaaat!
  6. Sukee dengar lagu dan sukee nyanyi bila stress. *Mengaji pon sukeee!
  7. Hujung tahun ni dah habis belajar tinggal nak praktikal je lepas tu.
  8. Suka pegi zoo tengok binatang, takpun muzium ke, ape ke. Asalkan berbayar. *Dan bukan shaye yang bayar.
  9. Takut kucing ! *Sebab shaye ikan. Buley?
  10. Sekarang ni tengah short sem, minggu depan dah nak balik dah. Tak sabar !
  11. Suke pegi tempat-tempat yang ramai orang tapi kita takkan terserempak dengan kawan-kawan kita. Contoh? Central market, Petaling Street dan lain-lain.
  12. Suka jalan sorang-sorang. Senang. Tak payah tunggu siapa-siapa. *Tapi sekarang tak buley sorang-sorang dah. Oppsss!
  13. Suka tulis blog, tulis diari, tulis catatan harian. Sebab tak reti nak meluah dengan kata-kata.
  14. Punya sorang anak angkat. Syamimi nama dia. Ye ke? *Kira anak angkat la jugak.
  15. Gila gambar ! Suka tengok gambar, amek gambar dan edit gambar. I liiiikeeeee!
  16. Suka makan asal sedap ! *Itu pasal perut membuncit.
  17. Suka duduk depan cermin dan kadang-kadang cakap sorang-sorang.. Opsss! Bukan gila ye.
  18. Hobi terbaru ! MASAK!
  19. Shaye sayang family shaye !
  20. Shaye sayang incik shaye !


Cukup 20 kan? Puas fikir ni. Haha. Itu saja. Later. Nak berehat !

Tuesday, June 22

Balik Kampung Tanam Jagung !

Salam semua. Selamat pagi ye adik-adik ! Cuti sekolah ke sekarang? Hahaha. Topik kita hari ini ialah balik kampung, sama-sama tanam jagung. Semalam Mama baru amek Abah dari Ipoh. Alhamdulilah selamat sampai rumah. Tahu-tahu je Mama call bagitahu something yang tak besh. Ye, sangat tak besh !


Mama : Era, tadi Abah bagitahu yang dia nak duduk kampung lepas pencen.. !
Era : Hoh? Ye ke? Abah betul-betul ke? Main-main je kot. Ngeee....
Mama : Entahlah. Dia kata nak duduk sana. Buat rumah kat sana. Rumah kat sini, dia nak jual !
Era : Hoh? Mama biar betul. Kenapa nak jual !
Mama : Dia kata dia nak buat rumah kat sana. Bukan kat rumah Opah tu, tapi belakang rumah dia kat pokok durian tu. Dia kata nak tebang pokok-pokok tu pastu bina rumah !
Era : Era taknak duduk kampung..........................!
Mama : Hahaha. habislah kau. Macam mana nanti nak kenduri. Takde orang kenal. Huhu.
Era : (senyap)


See? Tak besh kan? Shaye takmau duduk sana. Tak besh. Shaye tak kesah rumah kampung ke apa tapi ulu sangat. Kedai runcit pun susah nak cari. Bus lagi la tak pernah jumpa. Huhu. Shopping complex? Jangan mimpilah. Haha. Macam mana ni korang? Susahlah nak dating nanti ! Elok-elok rumah dah dekat, tapi shaye nak pindah pulak. Tapi tak sure lagi kot. Harap-harap Abah tukar fikiran. Ngeee.....



Hai, teman oghang Bote ! Ate meh la duduk sini !


Oh TIDAAAAAAAAAK !


p/s: Nampak gayanye, kena kawen cepat-cepat ni. Alasan taknak duduk kampung. Hahahahah~

Monday, June 21

Main Masak-Masak !

Salam semua. Selamat Malam ye. Dah tidur ke? Awal sungguh. Today shaye teringin nak masak Nasi Ayam. Buley? Haha. Yelah, dah duduk rumah sewa ni asyik makan lauk telur, sardin, ikan bilis je. Hari ni masak la elok-elok sket. Lagipun ada tetamu. Membe group membe datang buat discussion. Alang-alang buley jamu. Hehe. Nasi Ayam ni tak guna banyak modal. Ayam je yang mahal pun. So, buat je lah kan.


Sebab kalau kat rumah, memang tak sukee nak ke dapur lagi-lagi sejak Mama dah tak keje. So bila nak masak sendiri ada step yang lupa-lupa. Jadi kita confirmkan dengan tuan guru dulu. Haha. Ape lagi, sebelum masak, tanya Mama dulu. Terkedek-kedeklah pegi call Mama tadi. Ces !


Nah, jemput makan.



Dah kenyang banyak makan hari ni. Isyh2.


Amacam? Ok tak? Buley jadi chef ke? Hahaha. Tak hingin ok. Agak-agak bila shaye dah kawin dan beranak pinak buley jadi macam Kak Ina KL tak tulis resepi-resepi untuk korang? Haha. Ada masa ke nak menulis resepi. Hohoh. Mana tahu anak dah berderet. Adush! Takmo-takmo ! Hahaha.


p/s :
-Perut kembung hari ni. *Ayat tapis, ayat betul ---->perut buncit.
-Teringat kenangan masuk pertandingan masak anjuran Maggi dan Kit Kat peringkat daerah masa sekolah dulu-dulu. Kenangan tu! Hahaha~

Sunday, June 20

Selamat Hari Abah !

Salam Semua. Hari ni hari bapa ke? Ces. Asal hari bapa je mesti shaye terpinga-pinga tak tahu. Patutlah kat TV bergilir-gilir cerita pasal bapa. Hehe. So, dikesempatan ini, shaye juga ingin ucapkan hari bapa kepada seluruh dunia. Kat abah shaye tak wish pulak. Sebab? Takde kedit oh nak call. Tapi bila ada kedit pun call ke untuk wish? Segan oh !


Hari ni juga Helmy adik shaye register ke Politeknik. Dia dapat sambung belajar kat sana. Kat mana? Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Errrmm.. Jauh ok. So, anak-anak abah dah jauh masing-masing. Shaye di Johor, adik di Kedah. Eloklah seorang Utara, seorang lagi kat Selatan. Semoga dia jadi lebih berdikari dan matang. Sekarang kat rumah, tinggal Paly je la teman parent shaye. Confirm sunyi punya. Nasib baik Mimi ada. Hehe.


Ha, ni adik shaye yang nak pergi sambung belajar kat Kedah tu. Emy. Muka dia sebijik macam Abah masa muda tapi dia hitam. Abah putih. Pastu Abah lagi hensem. Haha. (Emy, ko jangan marah)



Yang ni Paly, tak tahu la ikut muka siapa. Hohoho.


Ok, sempena Hari Abah ni, shaye nak ucapkan semoga Abah sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Thanks di atas setiap pengorbanan yang telah Abah lakukan. Tengok cerekarama TV3 malam tadi, insaf kejap. Huhu. Semoga satu masa nanti shaye dapat membalas budi Abah yang telah susah payah besarkan anak-anak dia yang degil ni. Thanks Abah.


Shaye sayang Abah !


Gamba masa raya hari tu.




Eh? Ada kena-mengena dengan hari bapa eh letak gambar ni? Hahaha. Layan !


p/s : Baju raya tahun ni nak kaler ape eh? Oppps! Ganti puasa dululah! (Padahal dah beli)

Friday, June 18

Pengalaman Susah Mengajar Erti Hidup



Salam semua. I'm back ! Lama sangat tak update rasa kekok. Macam hilang idea nak menulis. Tapi shaye tak mahu stop menulis. Sebab menulis is my passion. Hehe. Seperti yang dinyatakan dalam entry lepas shaye tak dapat menulis atas sebab tersebut. Malas nak cerita panjang lebar pasal tu, lagipun hutang-piutang semua hampir diselesaikan oleh kami. Asalkan dapat balik Streamyx kat rumah ni pun dah cukup bagus. Bersyukur. Tapi bil air, api, harap-harap tak mengalami nasib yang sama sebab memang ada tunggakan dari budak-budak lepas jugak. Habislah!


Betapa susahnya takde Internet kat rumah. Ibarat macam takde letrik dengan air tau. Nak buat kerja semua terbantut. Nak buat assignment, kena online kat kampus. Tu pon hari-hari shaye angkut laptop ke hulu-hilir. Takpelah, pengalaman hidup susah. Haha. Dengan takde duitnya. Hebat! Sampai jalan kaki dari kampus ke rumah. Nak dekat 10km tau berjalan. Tapi hasilnye? Tengok muka still maintain happy lagi. Haha. Tak percaye?



Sekarang pun dah rajin masak kat rumah. Shaye dah ada hobi baru la. Memasak. Haha. Tapi risau jugak bila dah masak, makan pun mesti nak banyak sebab takde limit. Aduhai. Tapi takpe, semua ini terjadi ada hikmahnya. Shaye belajar erti bersyukur dan menghargai. Dan satu lagi, cara macam mana nak senyum happy padahal dalam poket tinggal 50sen. Haha. Gila betul. Short sem kali ini memang mencabar. Now kelas untuk short sem dah pun tamat, sekarang just sibuk dengan test, projek, dan presentation saja. Selesai semua hal, boleh balik. Part tu shaye sukeee..


Apa-apapun shaye bersyukur tak mati kelaparan kat sini.
*Ayat gila sadis. Sape nak taja shaye kat sini, meh. Silakan. Ceh ! Buley masuk program tv3 Bersamamu nih. Hoho. Tidak !


p/s : Hari ni shaye masak tomyam dengan telur dadar. Korang dah mamam?

Tuesday, June 15

Update Secara Pantas !

Lokasi : Kampus UTHM
Masa : 8.46am


Good morning ! Sorry lama tak updated. Internet kat rumah kena potong! Hell kan? Budak sebelum ni tak bayar, so dapat kat kitorang, kena potong. Mana nak cari rm400 ? Gila ! Ni pun update curi-curi. Kesian.

Got to go.

Ada Seminar.

Semoga korang merindui shaye. Selalulah lawat ok.. Ada peluang, shaye mesti update punya. Jangan lupa tinggal jejak, cepat or lambat, shaye akan jejak kamu juge.

Later!

Rindu!

Wednesday, June 9

Rumah terbakar panggil Bomba...!


Bom..bom..ba..bomba...bomba !

Pasukan anggota bomba !
Satu Malaysia !





Salam semua. Korang tengok tak cerita ni? Alaaa..kat tv3 Senda Pagi. Cerita ni dah lama disiarkan kat tv3 setiap Khamis jam 11pagi. Apa yang menariknya, kali ni dia cerita pulak pasal kehidupan ahli-ahli bomba tu. Bila dah namanya Senda Pagi kat tv3, dah tentu ceritanya kelakar. Kadang-kadang rasa macam entah apa-apa tapi takpelah sekadar buat kita senyum pagi-pagi kan.. Haha.



Sekarang ni kita dapat tengok, habis semua kerja dah jadi drama. Polis, Doktor, Pertahanan Udara, Pertahanan Laut dan banyak lagi. Seronok jugak layan kadang-kadang. Jadi minda kita dibukakan sedikit untuk faham dengan tugas-tugas diorang ni. Cerita Da Bomba ni, shaye tak pastilah samada dia masih tayang kat tv3. Ke dah ganti cerita lain pulak? Takpelah. Buley tengok lagi kat web TV3 kan.



Shaye bukan apa, tertarik dengan lagu dia. Haha. Kelakar tapi sukeee nak ikot nyanyi sekali. Hehe. Apa-apa pun, pagi-pagi shaye buley ketawa tengok ragam dalam cerita ni.



p/s : Sape yang teringin jadi Bomba meh layan cerita ni. Tu pon kalau masih tayang kat tv. Takpe, web tv3 confirm ada.

Tuesday, June 8

Kalau dah namanye Orang Bujang....

Salam semua. Aik? Bukan baru semalam pura-pura ada Husband ke? Hehe. Maklumlah, pura-pura je pun. Bukan betul-betul. Hmmm, hari ini takde kelas. So, shaye duduk terperap je dalam bilik. Malas nak pegi mana-mana dengan cuaca panas kat luar tu. So, malas jugak nak pergi keluar beli makanan untuk makan tengah hari. Jadi, bila dah duduk sorang dalam rumah tu ape lagi, masaklah ! Hehe. Ape korang ingat shaye tak reti duduk dapur eh? Hohoho !



Nah, menu tengah hari kita. Sangat mudah disediakan dan jimat. Hari ni shaye makan lauk sardin & kentang goreng buatan sendiri. *dah tu je stok kat dapur. Takde hiasan ape semua. Jimat. Tapi bersyukur, dapat isi perut pun jadilah ye. Hehe. Kata pun bujang, takkan tak biasa kot makan macam ni?




Dah, jum makan. Jemput ye? Apee?? Mintak resepi? Dah-dah, jangan buat lawak ye. Bukan masak ikan siakap pun. Masak ikan sardin je pun. Hahaha. Dah, jemput makan. Nyam-nyam !


p/s : Ada sesiapa yang sudi nak sponsor stok dapur shaye? Opppss! Hahaha~

Monday, June 7

Lagenda Budak Setan hebat ke?

Salam semua. Selamat petang ye kawan-kawan. Heboh sana-sini pasal cerita ni. Haissyohh. Bab-bab tengok wayang ni shaye memanglah yang terlembab sekali. Huhu. Tapi kalau ade cerita-cerita besh barulah terkedek-kedek nak pegi beratur kat panggung tu. Hehe. Baru-baru ni kawan shaye pergi tonton Lagenda Budak Setan ni. Dia kata besh tapi sedih. Huhu. Nak tengoklah macam ni !


Tapi agak-agak bila shaye balik Klang? Hehe. Sempat ke nak tengok kat panggung? Shaye bukan selalu balik pun. Ces ! Nak ajak incik la macam ni. Heheh !




Dengar cerita, ni cerita yang telah diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan tu. Memang popular dulu novel tu. Shaye pun baca ok masa sekolah dulu tapi dah tak hingat dah jalan cerita dia macam mana. Huhu. So, jum tengok cerita ni?!

Thursday, June 3

budak pandai !

Salam semua. Hehe. Hari tu balik rumah shaye melepaskan rindu bersama Syamimi disayang. Now umur dia dah setahun lima bulan macam tu. Gigi pun dah tumbuh sket-sket. Chumel ok ! Gigi depan dia macam shaye, jarang kat tengah. Haha. Tak pecaye?

Mimi, tunjuk gigi sket ! Ngeeee!




Ok, Kak Iya pulak nak tunjuk gigi jarang tu. Cak !




Hehe. She is so sweeeeet ! Sebab dia dah pandai cakap sket-sket. Sebut pun semua tak betul lagi, tapi dia suka cakap. Haha. Memang budak-budak masa ni dia jadi bijak dan cepat belajar. Hari-hari shaye akan tanya :


Shaye : Syamimi...Syamimi.. Mimi gosok gigi tak?
Mimi : ....cok! (sambil angguk-anguk) *padahal berus gigi pun takde.
Shaye : Mimi mandi tak?
Mimi : .....di! (sambil angguk-angguk)
Shaye : Bunyi anjing macam mana? *sebab dia takut anjing.
Mimi : Auuw! Auww! (sambil wat muka chumel)
Shaye : Bunyi kucing?
Mimi : Nyaaaauuw... (selembut-lembutnye)
Shaye : Bunyi ayam?
Mimi : Aaaayem!
Shaye : Salah la Mimi, bunyi ayam... kukkuuuuuk!
Mimi : Kokkooooo.....
Shaye : Bunyi lembu ?
Mimi : Bum bum !
Shaye : Syamimi nak pegi mana ni?
Mimi : Jum jum!


Sweeeeeet kan? Haha. Dia la penenang hati shaye. Pengarang jantung shaye. Rindu-rindu budak kecil ni !
Lazada Philippines