Thursday, July 29

Library UTHM terbaik oh!

Salam semua. Selamat malam. Sorry sebab shaye bizi dua tiga hari. Haisssyoh! Mesti korang buhsan kan, tak habis-habis bizi. Aduhai. Sorry okeh! At least, shaye updated juge. Ok, hari ni shaye nak promote kat anda semua pasal UTHM. Apekah? Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jangan ngade-ngade tanya lagi. Kenapa eh bila cakap UTHM, orang confius. Isyh ! UTHM terbaik okeh! Terbaik dari ladang. Haha. UTHM sebenarnya baru nak membangun, dan sekarang dah bangun pon. Tak percaye?


Masa mula-mula masuk sini, bangunan semuanya biasa-biasa je. Sekarang ni, pergh! Macam shopping complex wa cakap sama lu! Hahaha. Agak berbangga la jugak sebab dapat jugak merasa bangunan-bangunan baru UTHM. Antaranya ialah, library baru UTHM. Besar okeh. Pergi library macam pergi lawatan sambil belajar. Haha. Terpinga-pinga sebab besar dan cantik. Confirm nak exam nanti ramai berkampung kat sana. Sebab suasananya sangat tenang dan sangaaaatlah selesa. Ok, jum shaye bawak korang !



Tup tup dah sampai. Opppss. Tutup mulut korang tu. Apa korang menungkan tu? Jum masuk ! *Actually, shaye pun ternganga masa mula-mula sampai sini. Haha. Siyes besar gila ! Ibarat nak masuk Pusat Sains Negara je rasanya. Hahahaha !



Kat tengah-tengah library ni ade taman kecik. Agak-agak stress tengok muka orang-orang dalam library, kita buley melepak kat sini sambil tengok air pancut. Seronok ! *Psssstt, kat sini juge buley jadi port untuk korang cuci mata. Opppss! Ampun, incik. Ampun !



Ha, ni la taman yang dimaksudkan. Bukan taman kot, ada tumbuh-tumbuhan kat tengah-tengah library. Cantik. Siapa lalu sini, semua sibuk nak tangkap gambar. Termasuklah kami. Ngeee..



Smile !
Kechek! *Bunyi sound camera handphone.



Agak-agak kalau jalan sorang-sorang buley sesat ni. Banyak jugak kemudahan yang disediakan library ni. Antaranya kafetaria, kedai buku, kedai alat tulis, bilik perbincangan, dan sebagainya. Maklumlah, bangunan library ni agak jauh sket dengan bangunan-bangunan lain. Jadi takdelah kitorang penat berjalan nak ulang-alik atau sebagainya.



Sebelum masuk, kena amek gambar lagi. Kenangan. Kunun-kunun macam kitorang yang rasmikan library ni kan. Hehe.



Zoom in sket gambar. Hehe.



Ok fine, dah masuk. Buku-buku kat sini boleh tahan banyak. Ok la jugak. Semuanya ok. Library ni ada empat tingkat kot if tak salah dan setiap tingkat dibahagikan kepada fakulti masing-masing. Senang sket nak cari buku. Nak duduk study melepak dengan budak fakulti lain pon takpe kan. Tak salah pon.



Again. Bergambar lagi. Aduhai. Takde orang sangat bolehlah nak posing-posing bagai. Cuba kalau padat orangnya. Malu masing-masing. Haha.



Kitorang datang sini pon nak pinjam buku sebenarnya. Pinjam buku kat sini pon senang. tak payah pegi kaunter dah. pakai mesin je semua. Cepat dan jimat masa.



Sempat lagi tengok pameran mengenai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang paling excited baju kurung biru tu. Hahaha.



Agak-agak penat pakai tangga, buley pakai lif ye tuan puan. Hehe.



Ok, itu pemandangan dari luar Library. Cantik kan? *Psssstt, Universiti lain ada tak library macam ni? Gile riak cik Nemo kite ni. Hoho.



Ok, penat dah ? Buku dah pinjam, abang kat kaunter dah ngurat, library pon dah rasmi. Tamat lawatan sambi belajar kita hari ni. Conclusionnya, siapa-siapa yang nak masuk belajar, meh sambung belajar kat UTHM. Tak rugi. Oklah, jum kite balik ! Yeay ! Actually sebab klaz batal, kitorang melencong la ke sini. Hehe.


p/s: Part ngurat abang kat kaunter tu bohong semata-mata ye.Harap maklum.

Tuesday, July 27

Pengalaman Ceramah KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu)

Salam semua. Selamat tengah malam. Semalam shaye kecoh cerita pasal Debaran Nak Pergi Amek Lesen L Semula kan? Terlupa pulak nak cerita pasal pengalaman kedua shaye pergi Ceramah KPP. Apa benda tu? Ceramah mengenai Kurikulum Pendidikan Pemandu. Adanya ceramah ni sebenarnya dapat memberi kita pendedahan pertama sebelum kita bergelar sebagai pemandu di jalanraya tu. Hehe. Haruslah berbangga ye.


Ok, ceramah tu kalau tak silap shaye bila-bila masa pun buley pergi. Dengan bayaran RM70 ye. Bukan free. Ceramah tu berlangsung selama 5 jam. Nak taknak kena jugak pergi dengar ceramah tu. Itu syarat WAJIB nak dapat lesen. So, jangan gedik-gedik takmo pergi. Ok, kitorang pergi ceramah tu Ahad yang lepas. Jam 7 pagi dah kena tunggu pakcik Pusat Memandu tu amek untuk bawak kitorang pergi Pusat Memandu tu.


Itu dia muka-muka yang nak pergi amek lesen. Hehe. Agak excited la jugak. Time menunggu masing-masing duduk berangan nanti nak beli kereta apa. So, untuk pergi ceramah tu masing-masing dalam hati punya semangat yang tinggi nak dapatkan lesen. Sebab tu la masing-masing semangat bangun pagi hari tu. *Bukan main excited lagi.

Bakal-bakal pemandu :


Ojie

Kak Ain


Shaye dan Sue. Alaa, tak nampak muka dia la pulak.


Yes nak sampai dah! Nampak tak nama tempat tu? Akademi Latihan Memandu Penggaram kalau tak salah. Pokok tu mengganggu pulak. Tak nampak lorh. Masa sampai ni, agak berdebar-debar la kan. Ibarat orang baru nak masuk sekolah. macam tu la. Hehe




Ok, sampai-sampai je pergi daftar dan uruskan apa yang patut dulu. Agak ramailah jugak yang nak amek lesen. Nasiblah shaye dan kawan-kawan datang awal. Takdelah kena beratur panjang.



Ok, ini kelas kitorang. Not bad. Tapi maybe sebab Batu Pahat ni kampung-kampung, memang tak berapa canggih sangatlah. Takde ceramah pakai Powerpoint ke apa sume. Biase-biasa je pakai OHP (Overhead Projector) lagi. Macam zaman dulu-dulu sket kalau nak dibandingkan dengan tempat yang shaye pergi sebelum ni. Sebab sebelum ni, dia ada la tunjuk-tunjuk video ke apa ke guna laptop. Tapi kat sini, just bagi ceramah, tengok OHP saje. Adush.


Semangat nak lulus ni.



Kesejukan. Hehe.


Ini antara yang nak amek lesen.


Slot pertama memang tak boleh blah, siyes mengantuk gila. Tak pasan la pulak shaye dah tertido masa kelas kot. Haha. Nasiblah cikgu. Dah tak tahan sangat dah. Sampai juling-juling biji mata ni. Yelah, dia just explain apa yang ada dalam buku. tapi memang patut pun macam tu kan. kalau tak, kita tak dapat info-info tu. Maafkan shaye cikgu sebab terlelap seminit dua minit tiga minit. Hoho.


Slot kedua amek kau. Cikgu dia menyeramkan. Haha. Btw slot kedua seronok dan tak sempat mengantuk pon. Cikgu yang misai panjang, yang suka menjerit kuat-kuat secara tiba-tiba, yang boleh tahu rahsia orang ikut naluri, boleh cakap macam-macam bahasa. Pergh, hebat ! Tiba-tiba rasa macam masuk kelas lakonan okeh. Siyes cikgu tu memang pelik. Cara cakap macamlah nak story cerita hantu kat kitorang. pastu sengaja buat loghat-loghat mat saleh takpun ala-ala nyah. Kelakar sampai nak gelak pon takut. Haha.


Ok, ni buku yang kitorang dapat. Pergi mana-mana pusat memandu pon confirm dapat yang sama. Memang berguna sebab semuanya ada dalam buku ni. So, conclusionnya, pergi ceramah hari tu not bad. Satu pengalaman yang baru sebelum menempuh ujian seterusnya. Doakan shaye dan kawan-kawan okeh !

Debaran nak pegi dapatkan lesen L SEMULA !

Salam semua. Sorry guys ! Shaye sibuk semenjak dua tiga hari ni. Ececeh. *Padahal takde kelas. Bukan apa, siang shaye berpuasa. Jadi shaye ni bukan jenis perut yang senang menahan lapar. Bila lapar, otak tak dapat berfikir nak menulis kan. Tengok perotlah kan. Hahaha. *Alasan. Ok, entry lepas Debaran Nak pergi Amek Lesen dah pun berakhir. Keputusannya lesen L shaye memang sudah mati 2 bulan yang lepas. Alahai ruginye la kan. Terpaksa amek SEMULA.


Ok, sekarang shaye duk mengadap baca buku ni aje. Buku apa? Ha, buku ni gunanya sebagai rujukan untuk kita jawap test nanti. InsyaAllah hujung minggu ni kitorang ingat nak pergi amek test. Cepat kan? hehe. malas nak buat lambat-lambat. Nanti naye je bila assignment dah berlambak, takde masa nak buat test.




Buku ni memang bagus. Semua orang yang nak amek lesen WAJIB ada. Kalau tak, kebarangkalian tak lulus test tu sangat besar. harap maklum. Dekat luar buku ni dijual dengan harga RM 12. Tapi dengan Pusat Memandu Penggaram tu, dia jual RM 5 je. Jimat ! Jimat !




Ok adik-adik, jum baca buku meh. Jangan lupa hafal tau papan-papan tanda, Sistem Kejara lah, dan yang paling penting jangan buta warna. Kalau tak, punah harapan kau nak amek lesen. Ngeeee. Dah ! Ape tunggu lagi ! Baca cepat ! Jangan nak berlagak sebab dah pernah lulus dulu okeh ! *Cepat-cepat baca buku.


Tapi tak sampai setengah jam kemudian.



Kroooohhhh.....Krooooohhhh.... Zzzzzzzzzzzzz..


p/s : Tak guna pegi tido.

Sunday, July 25

Tips : Syhh! Tempat dating Anganku


Salam semua. Selamat malam ye. Dah tidur ke? Eloklah kalau dah tidur. Shaye nak bagitahu benda rahsia ni. Kalau dah tidur takde maknanya la korang dapat tahu. *Ye ke? Takdelah, shaye tak dapat tidur. Maybe sebab sekarang bukan masa tidur shaye. Sebelum tidur biasanya shaye akan berangan dulu. Lepas tu baru terlelap. Sebelum tidur korang ingat siapa? Mak ayah? Bagus-bagus ! Shaye pun. Shaye ingat semua. Termasuklah orang-orang tersayang shaye. Boyfren ke? Hahaha. Syyyyhhh ! Kecoh la korang ni. Diam-diam la hai.


Malam-malam macam ni seronok gila oh berangan. Jum berangan dengan shaye jum ? Dah-dah cepat amek bantal busyuk pastu meh baring sebelah shaye, kita berangan yuk ! Ok, mesti banyak kenangan korang bersama kekasih hati korang kan ? Shaye pong ! *Angkat kaki, eh angkat tangan. Tapi perkara-perkara yang shaye teringin buat atau pergi dengan si dia ialah :


1. Memancing
Haha. Macam lelaki la pulak teringin nak mancing. Ok ape? Kite pegi satu tempat, yang berbayar la. Confirm dapat ikan punye. Duduk berduaan, memancing sama-sama, berpeluh-peluh berpanas-panasan sambil berkerut-kerutan tunggu ikan tak dapat, masa tu la kita boleh spent time together dengan borak-borak pasal masa depan ke, pasal feeling ke, pasal berapa nak jual ikan tu kat pasar ke, ape-ape jelah kan. Tapi kalau salah sorang tak ikhlas better tak payah la kan. Japgi buat gadoh tak pasal-pasal.


2. Pergi Fun Fair terbesar di Malaysia. Ade ?
Korang rasa ada ke Fun Fair yang terbesar ? Taman tema ada la kot kan? Kira besar la tu eh ? Entah, tapi pada shaye nak pergi satu Fun Fair yang macam cerita Mat Saleh tu, besar. Siyes seronok ! Poket kena penuh oh bila nak datang tempat macam ni. Pergi tempat macam ni sangat bagus bila baru lepas gadoh besar. Hilang tension. Tak percaye ? Cobalah !


3. Naik sampan tepi tasik.
Yang ni pun shaye teringin. Penat kan jalan-jalan je, habis hilang lemak-lemak di kaki. Apalah salahnye kita naik sampan, kayuh sampan tu slow-slow. Sekurang-kurangnya hilang pulak lemak-lemak di tangan. Yeke? Haha. Time si dia tengah kayuh-kayuh tu renung tepat kat mata dia. Bayangkan bersungguh-sungguh dia kayuh sampan tu. Pergh, jatuh cinta lagi sekali kot. *Tak sedar orang tu separuh nyawa nak kayuh lagi-lagi korang berat semangkuk. Haha.


4. Makan malam istimewa.
Makan malam istimewa ? Wahhh! Dengar macam nak pergi tempat ekslusif je kan ? Haha. Takde maknanye. Pergi tempat yang mampu aje. Si dia dan korang kena berpakaian lain dari yang biasa, mekap-mekap la sket. Yang lelaki tu, pakai la wangi-wangi sket. pastu pergi kat tempat makan yang tak pernah korang pergi lagi. Lepas makan, bagi hadiah ke. *Pergh ! Seronoknye berangan.


5. Solat di masjid paling cantik.
Yang ni paling besh. Shaye selalu pergi solat di Masjid Shah Alam tu. Siyes cantik. Rasa tenang je. Lepas solat tengok muka masing-masing berseri-seri je. Barulah wujud rasa cinta yang abadi. Chewah ! Lokasi masjid cantik yang lain kat mana ye ? Masjid Putrajaya mesti lagi cantik. nak pergi Masjid Kristal macam jauh sangat la pulak. Hehehe.


6. Bercuti kat sebuah pulau yang air masih biru.
Ape jadahnya air yang masih biru ? Haha. maksud shaye di sini nak pergi bercuti kat sebuah pulau yang lautnya tak tercemar. Tengok je dah boleh nampak ikan kat dasar laut. Seronok tu. Tapi kalau nak cari area sini mana nak dapatnye. Nak pergi jauh-jauh takkan nak pergi balik hari ? Jawapannye, nikah dulu pastu baru buley honeymoon tempat macam tu. Kan? Kan?


7. Berkelah.
Ok, yang ni biasa-biasa je. Tapi shaye teringin nak pergi berkelah siap bentang-bentang tikar duduk tepi tasik atau tepi pantai sambil makan bekalan sama-sama. Makan suap-suap oh. Pastu shaye bacakan dia novel cinta. Tangkap-tangkap gambar sambil kongsi cerita menarik. Masa berkelah, siap pasang lagu romantik. Auuuuuuwwww !


8. BBQ
Tak pernah oh buat BBQ dengan dia. Kan seronok kita main bakar-bakar sama-sama. Dia bakar ayam, kite bakar itik. Opppss, bakar ikan. Sambil bakar-bakar, celet arang kat muka dia. pastu main kejar-kejar sampai ayam dan ikan hangus. Pastu makan sambil kerut-kerut tapi masih ketawa bahagia. Oh, seronok !


9. Menonton teater.
Yang ni pun shaye teringin sangat nak pergi. Tak pernah tonton teater seumur hidup. Nak try lah. Tapi tonton teater bukan sama macam tonton wayang. Kena formal kan ? Entahlah. Nanti dah keje buley kot pergi tonton teater. Shaye kan orang seni, shaye suke pergi tempat-tempat macam tu. Hehehe.


10. Atas bukit.
Opppps, apa kau nak buat atas bukit tu Era ? Bahayes nih ! Bahayes nih ! Haha. maksud shaye bukan duduk atas bukit tu berdua-duaan. Tapi dengan kawan-kawan sekali la. Takpun kayuh basikal sama-sama naik bukit ke. Besh oh ! Main lumba-lumba dengan si dia. Pastu dah penat rehat sama-sama sambil bergelak ketawa. Bahagia tu. Hahaha.


Apa lagi eh ? Errmmm.. Korang rasa ? Eh ? Korang ! Laaaa......tido dah ? Cet ! Buat penat je berangan tau. Haha. Tak gune pegi tido. Esok pagi memang nak kena pukul. Ok lah, shaye pun nak masuk tido ni. Psssstt, korang rasa shaye terlebih berangan ke ? Ah, lantak pi lah. Shaye tahu mesti korang teringin jugak. Kan ? Kan ? Lalalalallala.

Saturday, July 24

Debaran nak Pergi Amek Lesen !


Hello guys ! Assalamualaikum. Ecececeh, persis wanita solehah gitu. Hmm, petang Sabtu ni takde aktiviti jadi menulis blog je la jawabnya. Apa korang tengah buat tu? Dating eh? Oppppss ! Haha. Shaye tak buley dating oh. Sebab shaye ka Johor. Jadi bila shaye kat Johor, incik akan kerja siang malam mencari nafkah. *Statement tak buley blah.


Ok, debaran esok ni hampir tiba. Sebabnya? Shaye dan budak-budak rumah nak pergi dengar ceramah esok. Ceramah apa? Ceramah nak amek lesen kereta. Hehe. Ye, di sini shaye nak buat satu pengakuan. Shaye belum ada lesen kereta okeh ! Jadi ni dah last sem baru terkedek-kedek nak pergi amek lesen. Haisyyooh !


Ini muka-muka yang nak pegi amek lesen.
Kecuali tudung hitam di depan dan lelaki di belakang itu. Haha.


Actually shaye pernah daftar lesen, belajar memandu semua. Tapi semua tu before shaye dapat masuk UTHM ni. Lepas dari tu, benti macam tu aje. Rugi ok. Ni tak sure lesen L hidup lagi ke tak. Tapi ramai yang cakap lesen L shaye dah mati. Betul ke? Ok, kat lesen shaye tulis tarikh last ialah 13hb April 2009. Agak-agak korang hidup ke mati?


Hidup ke mati?


Daripada excited nak pergi amek lesen jadi berdebar-debar la pulak esok takut ada masalah pulak. Huhu. Harap-harap esok semuanya berjalan dengan lancar hendakNya. Risau ! Woooooooooo !


*Tekap bantal kat muke.

Tips : Lagu Kesukaan di Blog !



Salam semua. Gud nite. Hamboi.... Sejak akhir-akhir ni pagi petang siang malam shaye updated blog. biasalah mood tengah rajin kan. Lagi-lagi bila datang malam je, mencurah-curah idea nak menaip. Dah macam penulis novel la pulak kan. Tapi malam ni shaye bukan nak story pasal cinta-cinta tapi nak share kat korang pasal lagu yang korang selalu tampal kat blog korang tu.


Ok, ada yang tak suke bila letak lagu kat blog. Ada macam-macam sebab antaranya ialah takut loading blog lambat, pastu yang mana ada sakit jantung tu takut terkejut munyet dengar lagu korang yang tak reti-reti bagi salam tu, buat semaklah dan lain-lain lagi. Ok, for me takpe kalau nak letak pun tapi make sure lagu yang korang letak tu tak buat readers korang fed up takpun menggelabah tak tentu hala. Seelok-eloknya letak yang buley stop kan lagu tu kalau rasa taknak dengar. Takdelah serabut sangat readers kan.


Shaye selalu blogwalking, pergi jengah-jengah blog korang. Ok kat sini ada macam-macam jenis lagu yang shaye dengar. Ada yang ok, sedap didengar, dan ada jugak yang serabut alam bila dengar. Ok, kita tinjau meh.


1. Lagu Nasyid
Yang ni bagus, sekurang-kurangnya insaf kejap readers korang tu kan. Lagu pun confirm yang tenang-tenang dan tak buat readers terkejut munyet bukak blog korang. Bagus-bagus ! Ala-ala islamic sket. Ikut tema la kot kan. Shaye tengok kebanyakan yang letak lagu nasyid ni, lebih kepada blog yang ala-ala islamic.


2. Lagu Rock
Aduhai, yang ni tak bagus. Masuk-masuk blog korang je, terkejut munyet sampai terlompat shaye atas kerusi dibuatnya. Serius ! Yang mana ada sakit jantung tu pasti cepat-cepat pegi makan ubat. So, kepada yang nak letak lagu rock ke, lagu rancak gila sampai tahap terkejut, tak payah la ye. Bawak-bawak simpan je niat tu.


3. Lagu Mat Saleh
Ok, lagu yang ni memang banyak sangat-sangat orang suka tampal kat blog. Serius ! Tapi kebanyakannya lagu slow-slow. Kebanyakannya memang sedap dan lagu yang popular la. Kira kite dengar pun takdelah pelik-pelik sangat. Kalau yang terkena lagu favourite, terus nak dengar banyak-banyak kali kan.


4. Lagu Melayu
Lagu Melayu pon still ramai yang letak. Banyak lagu cinta-cinta la kan. Ok la kalau nak letak tapi kena pastikan lagu tu siapa-siapa pun selesa dengar masa baca blog. Lagu Melayu kita pon banyak jenisnya. Ikut la jugak tema blog korang.


5. Lagu putus cinta
Lagu macam ni selalunya shaye dah tahu dah. Bukak-bukak blog, dengar lagu macam ni pejam mata dah buley agak dah. Pasti orang yang letak lagu macam ni kat blog baru lepas putus cinta takpun pernah kecewa yang amat sangat pasal cinta. Percayelah !


Lagu......Ermmm... Lagu ape lagi eh? Kalau korang tahu sila komen !


Sharing is caring kan....................?


p/s : Ha, cakap pasal lagu kalau korang nak download lagu sila ke sedutmp3ku untuk download lagu. Kalau ada permintaan sila nyatakan jugak. Nanti shaye tolong carikan untuk korang source lagu yang korang nak okeh !

Friday, July 23

Jumaat hari yang indah sebab takde class

Salam semua. Gud moning kepada yang baru bangun pagi tu. Hari ni hari Jumaat kan? Semoga semua mendapat keberkatanNya. hari ni hari Jumaat kan? Hari ni jugak takde class. Jadi setiap Jumaat adalah hari yang indah bagi shaye. Hehe. Pagi-pagi lagi shaye dah bersiap ni. Nak pegi mana? Pergi jalan !

Lumpat-lumpat kejap.

Yep, shaye ulangi, pergi jalan okeh! Sila jangan jeles. Actually shaye tak balik minggu ni. Agak-agak la kan, baru lepas bercuti lama. So, hari ni shaye ingat nak pergi beli barang sket. Maklum lah barang-barang dapur semua habis, barang-barang basuh semua lagi la habis. Bukan nak membazir ok. Shaye ulangi, bukan membazir. Haha.

Aiseymen, nak keluar dah. Kawan dah tunggu nak gerak dah.


I will updated later.

Tips : Hati Senang, Blogwalking Riang !


Gambar sekadar hiasan. Gambar muda remaja.


Salam semua. Gud morning. Ok, ini adalah entry auto-published. Takde maknanya shaye larat menulis pagi-pagi buta macam ni. Shaye memang macam ni, bila pagi otak lembab sket. Tapi bila malam barulah nak aktif. Macam-macam nak buat. Hehe. Ok, last entri cerita pasal kisah cinta kan? Ok, stop kejap pasal cinta-cinta. Sure korang nyampah-nyampah but I don't care, sebab tak nampak. Haha.


Ok, kali ni shaye nak bagi tips. Tips mudah je. Kalau nak ikutkan, dah ramai kot bagi tips macam ni. Tapi takpelah, sekadar nak berkongsi kan. Takkan menyalahi kot? Ok, korang selalu blogwalking tak? Of coz la rajin kan? Hehe. Shaye? Shaye ikot mood jugak. Tapi selalunya shaye akan blogwalking secara pukal. Korang tinggal je jejak, cepat atau lambat shaye pasti akan balas kunjungan korang tu.


Ok, di sini shaye nak berkongsi tips macam mana korang nak menyenangkan hati orang yang tengah singgah kat blog korang tu supaya dia nak singgah dan tetap singgah dan terus menyinggah blog korang. Benda yang korang kena buat ialah :


1. Susunan dan Kekemasan Blog
- First orang datang blog korang, sama la macam kau datang beraya kat rumah orang. Bukannya tahu kat mana toilet, kat mana bilik, kat mana dapur apa semua. Pastu, confirm kita nak datang beraya kat rumah orang tu dalam keadaan selesa. Selesa di sini bermaksud, dalam keadaan bersih dan cantik. Sama juga dengan blog. Susunan tu sangat penting. Jangan ada yang senget ke kiri, senget ke kanan. Haisyoooh ! Penin oh. Semua tu memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi, biarlah blog korang tu simple but nice to view. Kan?

2. Buang segala widget-widget tak penting
- Yang ni pun penting jugak, korang letak widget macam-macam nak buat apa? Untuk korang ke atau untuk readers? Kalau ianya memudahkan readers takpelah nak letak banyak mana pun, tapi make sure orang lain nak loading page korang tu tak amek masa yang lama. Yelah, kite excited nak bukak page kau tapi kena refresh banyak-banyak kali. At last, tak jadi baca. Kan rugi tu. Isyh tak patut.

3. Say NO to warna -warni kehidupan !
- Please la takmo tulisan yang colourful. Penin kepala ok nak baca. Cuba bayangkan, blog dah kaler terang. Sekali tulisan, amek kau warna-warni dah. No no no ! Takmo macam tu ok. Dulu-dulu pon shaye suka jugak warna-warni tapi bila baca-baca balik, sendiri pulak serabut. So, kepada tulisan warna-warni tu, tukar ye kasi tulisan tak terlampau kaler-kaler sangat.

4. Letak gambar yang menarik
- Yang ini penting juga. Kalau shaye, shaye lebih suka post yang ada selingan gambar-gambar. Sebabnya ialah mata kita akan cepat letih kalau mengadap tulisan semata-mata. Lainlah kalau korang ada secret admire ke apa, sure diorang kecik-kecikkan mata baca blog korang yang hanya teks semata.

5. Isi kandungan biar macam karangan betul
- Yang ini bukan shaye galakkan korang tulis karangan berjela cecah lantai ke apa ok. Takdelah, bila menulis tu, pejam mata kenang balik zaman sekolah darjah enam. Cikgu cakap apa? Bila nak menulis mesti ada pendahuluan, isi-isi, dan last sekali apa murid-murid? Ye, pandai. last sekali mesti ada penutupnya. jangan biarkan cerita tergantung macam tu aje. Faham adik-adik ? Sebabnya ialah taknak bagi readers fed up dan buhsan.


Ha, itu saja kot buat masa ni, ada masa shaye tambah lagi apa yang korang patut buat. barulah hati readers senang nak baca blog korang. Lagi satu, kalau buley takmolah sombong-sombong sesama sendiri kan. Bertegur-tegur la supaya kita buley berkongsi pengetahuan. Tak gitu? Hehe.


Itu saja tips pagi ini. Harap-harap dapat membantu. Maceh !

Thursday, July 22

Ubahsuai



Salam semua. Shaye dah tukar imej blog shaye. Ok tak? Ok tak? Haha. Tak tidur malam ok. Ni ada lagi benda-benda yang shaye nak tambah lagi sebenarnya tapi bawak-bawak sabar ye. Bagi shaye buat slow-slow. Kang ada jugak monteng class japgi.


Buat yang baru datang blog ni, sori oh tak hingat pulak nak amek gambar sebelum blog ni diubahsuai. Excited sangat la kunun. Takpelah, korang tatap je lah blog selepas diubahsuai okeh! Ok lah you all, shaye nak bersiap pergi kelas. Later oh !

Announcemnet !


My Blog is UNDER CONSTRUCTION !


So, jangan tanya-tanya kenapa blog shaye jadi senget-senget, kaler pelik-pelik ke hape ok?
Tengah ade mood nak godek-godek benda alah ni.
Wish me luck ! Hahaha.

Wednesday, July 21

Kak Iya Hilang !


Kak Iya mane? Mane?


Salam semua. Haha. Seronok ok berborak dengan Mimi petang tadi. Actually dia baru lepas balik dari kampung. So, masa sebelum balik hari tu tak dapat jumpa dia. Sebab dia balik kampung mengejut. Huhu. Merindu ok. Tadi Mama call bagi Mimi cakap. Terkejut ok, dia dah pandai cakap. Cute gila. Hati rasa nak balik je. Haha.


Mama cerita, sampai-sampai je dia cari shaye dalam bilik sebab selalu dia yang kejut shaye bangun pagi. Bukak-bukak pintu bilik je kosong. Dia panggil "Iyaaaa!". Takde sahutan. Dia duduk kat tepi tangga panggil shaye mana tahu duduk atas kan. Dia panggil lagi "Iyaaaaaa!". Still takde sahutan. Mama pun cakap "Ei, kak Iya takdelah. Dah balik!" Takdeeee".


Dengar Mama cakap macam tu, mengamuk dia lari-lari keliling rumah sambil nangis-nangis. Kesian oh. Tak puas jalan le tu. Dats why la Mama call bagi dia cakap tadi. Dia siap bawak beg yang incik belikan, semuanya dah siap sendiri letak pampers, susu dia. Pastu cakap dengan shaye dalam telefon. Psssst, ajak keluar ke hape? Hahaha.


Tak cukup dengan call, shaye buat video call. Tapi sayang kat rumah takde webcam. Mimi je buley nampak shaye. Tapi shaye dengar je lah suara diorang kat rumah tu. Mama kata dia sukeeee gila. Tak bagi tutup komputer pastu asyik cium-cium monitor. Ha, lepas rindu kau Mimi..


Baru tinggal seminggu, dah besar dah dia. Siap banyak cakap. Cepatnye kau membesar. *Tiba-tiba rasa diri ni tua. Hahaha. Nak balikkkkkk!

Friday, July 16

Susah Sangat Tak Payah Pakai Gula, Tak Payah Pakai Minyak. Boleh ke?

Salam Semua. Selamat petang. Semalam hebohkan minyak, gula naik? So, dengar-dengar cerita malam tadi ramai yang berpusu-pusu pegi isi minyak full. Kesian ok. Tapi nak buat macam mana kan. Ini sumber daripada Berita Harian. Ok, ini harga baru untuk Gula dan Minyak di mana Gula (RM1.90) dan RON95 (RM1.85). Haisyyyyyooooh !


Keputusan penyelarasan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan beberapa perkara penting. Nak tahu sebabnya klik
SINI takpun klik SINI. Ini pula kenyataan dari Perdana Menteri mengenai penyelarasan harga bahan api dan gula. Korang boleh klik SINI.



Bila minyak, gula dah naik, mesti semua pon dah nak naik kan sekarang? Siapa pulak taknak untung. Peniaga mesti menggunakan kesempatan ni untuk dapatkan untung lebih. Takpun peniaga pun takde cara lain nak maintainkan bisnes diorang. Kesian. Tapi kerajaan telah memberi amaran kepada peniaga yang membebankan pengguna. Peniaga yang dikesan cuba menaikkan harga secara keterlaluan akan dikenakan tindakan mengikut
Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.




So, apa komen anda? Haisyyoooooohhhhhh!
(Mengeluh kuat-kuat)


p/s: Incik kata pasni dating naik moto je, kete simpan kat rumah. Tidaaaakkk! Hahaha~

Thursday, July 15

Nantikan Satu Pembaharuan

Salam semua. Salam tengah malam. Tiba-tiba nak mengadap blog la kan. Takde keje ni shaye duduk belek-belek blog shaye ni. Tiba-tiba rasa buhsan dengan template dengan header sendiri. Dalam hati mulalah nak tukar itu tukar ini. Yelah ibarat perempuan nak tukar perabot rumah, macam tu la gamaknya kan. Alololoh.


Tengoklah nanti, bila ada masa terluang shaye nak tukar header. Agak lama shaye tampal header kuning tu. Buhsan pulak tengoknya. Lepas tu nak tambah apa yang patut. Kasi nampak mata korang selesa nak membaca blog cap ikan shaye ni.


Tengoklah macam mana nanti. Dalam kepala macam-macam tapi tak banyak masa nak buatnye. Hehe. InsyaAllah. Nantikannya!


p/s: Japgi bila tukar entah apa-apa jadi entah kat blog ni. Hehe.

Monday, July 12

Jelajah Pancing Bersama Nemo !

Salam semua. Selamat tengah malam ! Ok, ini adalah entri auto-publish ye. Disebabkan shaye masih di rumah tak sedar-sedar diri nak balik Johor, shaye agak sibuk dan masa untuk menulis agak terhad. Tengoklah esok lusa shaye balik, berkoyan-koyan entri korang boleh baca. Khas buat korang.
Ok, hari minggu yang lalu, shaye telah pulang ke kampung halaman sebab ada majlis pertunangan my cousin dan secara tak langsung dapat berkumpul dengan sedara-mara. Hasilnya? Sangat seronok ! Nak tahu apa aktiviti shaye?

Itu dia ! Memancing ikan ye, bukan memancing boyfren. Shaye tak buat kerja-kerja macam tu. Rumah nenek shaye ada sawah padi, jadi kitorang pun pergi meluangkan masa kat sawah untuk jadi petani kejap. See? Cute tak petani ni? Hahaha. Gilos!

Masih tak percaya lagi rumah nenek shaye dekat dengan sawah padi? Ha, ni dia gambar padi yang belum masak lagi. Ye kot belum masak. Teka je la. Hehe.

Tahu tak betapa bengkek nya memancing bila kita tunggu berjam-jam. Berpanas-panas tapi tak dapat ikan? Geram je tau. Tapi nak memancing kena bersabar. Tapi muka shaye dah tak boleh sabar kan?


Sambil memancing tengok view sawah padi. Sangat indah ciptaan Allah kan. Subhanallah. Rasa tenang je. Sebab cantik ! Sebijik macam lukisan. Kan?




Tiba-tiba terdengar suatu jeritan, "Arrrrrrgggggggggggggggggghhhhhh! Arrrrggggggggh!!!!!!!!". Terkejut dan nampak adik sepupu kitorang berlari-lari sambil jerit lagi. "Arggggggggghhhh!"


Shaye : Apesal tu weh?
Erni : Entah.
Adik sepupu : Wehhhhhhhhhhh! Besar! Besar!!! Keli!! (sambil lari-lari pegi kat tempat nak letak ikan tu)
Shaye : Laaa..dapat ikan ke? Besar ke? Tak nampak pong?
Erny : A'ah. Mane ikannya?

Shaye : Laa.. Aku ingat besar gila. Jerit macam apa je. Hahahaha.
Erny : Tahu takpe. Haha.


(Itu kata-kata dari orang yang tak puas hati sebenarnya sebab tak dapat-dapat ikan lagi. Hahahaha)

Tak sampai berapa minit, tiba-tiba :

Yesss! Akhirnya. Satu-satunya ikan yang shaye dapat tangkap! Itu dia ! Anak ikan haruan! Hahaha. Muka bangga gila, terus suruh adik snap gambar.

Sabar ye anak haruan. Shaye nak amek gamba kenang-kenangan dulu. Haha. Muka bangga gila. sampai terlupa tak mandi lagi dari pagi. Hahaha~

Tengah sedap-sedap memancing, mak-mak kitorang ajak makan. Aiiiiisssyh! Potong betullah! Kalau tak, mesti dah dapat ikan besar. Ecececeh. Alasan kan. Hahaha. Ha, gambar kat atas ni, tu la rumah nenek. Ada kebun sket kat tepi.

Part makan memang shaye tunggu. Macam biasa, kalau takde bakar-bakar tak sah. Asal jangan bakar sampah sudah. Haha. Itu dia, nyam!

Sejak ada pangkin kat luar, takde makan kat dalam dah. Makan ramai-ramai kat luar rumah tepi kebun. Sooooo seronok ! Bertambah muncet lah perotku. Adoi!


Sampai sini je lah rancangan Jelajah pancing Bersama Nemo, next time kite pancing lagi ok !
p/s : Tingin nak ajak incik mancing sama-sama.

Saturday, July 10

Bajet Muda

Salam semua. Shaye sebenarnya baru pulang dari Bukit Jalil sebab teman adik shaye beli tiket balik Kedah. Ini first time dia naik bus jauh-jauh semua. Jadi shaye sebagai kakak yang matang, pergi temankan dia. Mula-mula Mama hantar kat stesyen Klang Central tapi tiket takde, dats why la kitorang ke kL terus. Sana confirm banyak tiketnya.

Pagi-pagi bangun malasnya nak bersiap. So, pakai je la tshirt zaman muda-muda dulu. Nasib baik muat. Makeup pun ala kadar macam mak minah nak pegi pasar je. Pakai crocs je. Takde kasut heel bagai. Sempoi saje. Bajet tak jalan-jalan pun. Tahu-tahu kena pergi kL. Aduhai, I tak biasa ok. Haha. Selekeh gila rasa. Tapi takpelah, bukan nak berdating pon.

So, tadi merasa la naik bas macam zaman dulu-dulu. Sebab shaye bawakkan beg silang adik shaye, handbag simpan dalam beg dia. So, terserlah muda remaja shaye kan. Haha.


Bro Emy : Hahaha. Kelakar la kau ni.
Shaye : Apesal??
Bro Emy : Dress up macam muda-muda dulu.
Shaye : Hahaha. Biaselah. Aku kan muda lagi.. !
Bro Emy : Haha. Muka kau muka matanglah. Jangan tipu.
Shaye : Eley! Haha.

Lepas hantar dia terus shaye balik rumah. Lepas ni pandai-pandailah dia nak naik bus dari kL macam mana. Incik dah risau shaye jalan sorang-sorang. *Alah...dulu shaye biasa je jalan sorang kan. Sebelum kenal la. Hehehe.

Jadi lepas ni, shaye nak makan pegaga tiap hari, jus pegaga, takpun takmo minum ais dah. Shaye belum tua lagi lah! Haisyyyoooh!


p/s : Nasib baik tak jumpa budak bawah umur. Baru nak test ngurat.. Opppsss! Kasi panas incik.. Hehe.

Kau Banci, Aku Banci Kau Balik !

Salam tengah malam semua. Harap-harap anda tak biarkan misteri menyelubungi diri anda. Haha. Bajet nak cerita hantu la tu? Sumpah sakit kena tampar dengan Mimi. Dia tak bagi kita cerita misteri kat dia. Terus dia lepuk puk puk kita. Ok, hari ni shaye nak cerita pasal banci-membanci ni. Bukan benci-membenci ok.


Korang tahu ke banci tu ape jadahnye? Korang tahu tak pasal Hari Banci Penduduk dan Perumahan Rakyat 2010? Banci ni dibuat untuk memudahkan kerajaan nak buat perancangan atau dasar untuk membangunkan kawasan tersebut. Ha, kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik je kat backlink.


Ok, sebenarnye shaye nak story kat korang yang hari ni ada orang datang rumah nak banci. Shaye tengah seronok main masak-masak kat dapur dengan Mama masa tu. Jadi, yang datang tu seorang pemuda. Berkemeja smart-smart. Ingatkan nak jual barang rupanya nak banci. Takkan nak halau pulak. Tak baik. Korang tak tengok ke iklan kat TV tu suruh bagi kerjasama. Hehehe.


Ok, proses banci pun bermula :

Pemuda : Aaaaa..berapa ramai yang duduk kat rumah ni tak termasuk anak yang belajar?Shaye : Owh..yang duduk sini? 3 orang.
Pemuda : Rumah ni sewa ke beli?
Shaye : Beli.
Pemuda : Kereta ada berapa buah?
Shaye : Satu je.
Pemuda : (Tulis-tulis dan tanya-tanya soalan lain. Kali ni Mama pulak yang jawab semua. Malas aku. Terus pegi dapur masak a.k.a gadis setia. Tapi shaye dengar la apa diorang cakap)


Bila Mama dah menjawab, tak boleh blah. Siap hidang goreng pisang lagi. Mama pulak yang tanya dia macam-macam :



Mama : Ni datang banci ni belajar lagi ke ape?
Pemuda : A'ah. Kat UITM,Shah Alam. Akak, Nama suami akak ape?
Mama : Nama suami akak _______________.
Pemuda : Nama akak?
Mama : Akak _______________.
Pemuda : Oh ok. (tulis-tulis lagi)
Mama : Ko belajar amek kos ape? Diploma ke ape?
Pemuda : Degree. Amek bidang komputer.
Mama : Eh same la dengan Era. Tapi ko dapat belajar dekat senang. Anak makcik belajar jauh.(Pergh, mention nama shaye. Panas je dengar)
Pemuda : Oh ye ke? Kat mana?
Mama : Johor. UTHM.
Pemuda : Oh ye ke. (Tulis-tulis lagi)
Mama : Ko umur berapa? Mesti muda lagi kan?
Pemuda : 22.
Mama : Owh, muda la. Anak makcik tu dah nak masuk 24 dah bulan 8 ni.
Pemuda : Ye? Ingatkan sebaya saya.


Berborak dan berborak lagi. Tahu-tahu je pemuda tu sebenarnya rumah dia dekat dengan kampung Mama la jugak. Siap cerita pasal mak dia nak carikan jodoh untuk dia lah ape sume. Gila betul. Haha.


Lepas dia balik, shaye cakaplah dengan Mama :

Shaye : Mama ni kenapa? Dia datang banci kita ke, Mama yang banci dia?
Mama : (Ketawa-ketawa) Biarlah, Mama kan peramah.



Conclusionnya, berilah kerjasama untuk Hari Banci Penduduk dan Perumahan Rakyat 2010 yang bermula pada 6 Julai 2010 hingga 22 Ogos 2010.

Thursday, July 8

Tutorial Snow Effect Pada Blog

Salam semua. Semoga sihat sentiasa. Ok, hari ni shaye nak bagi sket tutorial yang sangat simple dan sangat mudah. Tutorial apa? Ni korang perasan tak blog shaye dah ala-ala cerita Winter Sonata ada salji turun? Hehe. Korang nak try jugak? Meh shaye ajar meh.


First, sila login account blog korang. Macam biasa pegi Add gadget. Kat mana? Klik Dashboard>Design>Add Gadget>Html/Javascript. Lepas tu copy kod di bawah ni :

Untuk kaler putih :

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script>


Untuk kaler hitam :

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script>


Pilih mana kaler yang korang nak ye. Hitam atau putih, jangan copy dua-dua sekali pulak. Pilih salah satu aje. Last sekali, Save. Lepas tu korang boleh Preview. Serta-merta akan ada snow effect kat blog korang. Kalau taknak dah benda snow effect ni atau korang rasa musim Winter Sonata korang dah habis, Remove aje macam biasa.


Selamat Mencoba.

Monday, July 5

Merajuk

Takde mood nak menulis.
Sebab?
Rasa macam takde siapa yang datang bertandang.
Sebab?
Sebab shaye tak menulis.
Jadi nak salahkan siapa?
Salahkan shaye.

Friday, July 2

Kesayangan-Kesayanganku


*Sorry, takde banyak gambar la kat PC ni. Update blog guna PC rumah. Macam ni la gayenye.

Salam semua ! Rindu tak? Rindu tak? Tertanya-tanya tak ke mana cik Nemo pegi? Ngee.. Sebenarnya shaye pulang ke rumah. Yeay ! Seronok ok. Short sem dah habis, so nak buat apa lagi shaye duduk bertapa kat Johor nun? Dah sebulan lebih tak balik. Tak besh ! Tak besh ! Actually semalam shaye baru sampai. Penat. Takde masa nak update. Tapi kena update. Kalau tak korang rinduuuu. *Perasan.


Cuti pun tak lama. Jadi kena manfaatkan cuti yang singkat ni. Shaye nak luangkan masa bersama kesayangan-kesayangan shaye. Baru hilang stress. Ececeh. Semalam awal-awal lagi incik dah tunggu kat ktm. Dapat jugak dia bawak singgah ke masjid Shah Alam yang chantek tu. Sebabnya? Shaye teringin nak solat kat situ waktu malam. Selalu pegi time siang-siang saje. Bila malam kan chantek. Hilang stress.


Perut masing-masing dah membuncit tapi asyik makan makan dan makan ! Haissyooh ! Tadi pegi makan Oblong. Sedap. Entah macam mana la nak kurus shaye ni. Esok pulak shaye nak pegi jumpa Nasuha. Risau ok. Mak buyung tu bulan 9 ni nak bersalin, buley lagi ajak berfoyes. So, esok shaye ak pegi cuci mata bersama Puan Nasuha kat Sunway Pyramid. Ada siapa-siapa nak ikot? Haha.


Hari ni baru dapat jumpa Mimi. Omaigod rindu gila ok. Dari pagi sampai petang, dia asyik ciom-ciom shaye je. Peluk-peluk tak hingatlah. So, berkepit je dengan shaye sepanjang hari. Shaye tertido kejap pagi tadi, elok je dia kejut. Macam ni :

"Ma........ngun ngun ngun..!"

So sweet. Kejut goyang-goyang badan shaye sambil ciom-ciom shaye. So, tak sampai hati shaye nak tido semula pagi tu. Opppps, lupa nak explain. Kenapa dia panggil shaye Mama? Shaye ibunya kah? Takdelah, dia memang macam tu. Kadang-kadang dia panggil shaye "Iya" je. Bila ngade-ngade panggil "Ma". Hoho !


p/s : Esok Mimi takde kat rumah. Sebab tu Mama bagi peluang berfoyes dengan Puan Nasuha.
Lazada Philippines