Tuesday, August 31

Sedih, kali ni orang lain pulak yang pergi.

Salam semua. Selamat tengah malam. Hmm. Sedih. Terkejut. Tak percaya. Terkedu. Sebab baru dapat berita yang salah seorang lecturer Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia meninggal dunia jam 7 pm tadi sebab penyakit asma. Hmm. Sedih okeh. Pasti seluruh ahli keluarga beliau tengah bersedih sekarang. Shaye ucapkan takziah buat keluarga beliau lebih-lebih lagi kepada isteri beliau. Tak sampai setahun kot dia kawen. Hmm.


Tak dapat nak dibayangkan kalau shaye berada di tempat keluarga beliau. Kami student IT kat UTHM ni turut bersedih atas pemergian beliau. Beliau merupakan salah seorang lecturer favourite student-student sini sebab beliau tersangatlah baik orangnya. Dalam banyak-banyak lecturer, shaye rasa dialah yang paling sempoi. Tak banyak stresskan student. Beliau jugalah panel yang menilai shaye sepanjang Projek Sarjana Muda (PSM) shaye. Jasa beliau tak terhingga sebab banyak tolong shaye masa PSM. Huhu. Thanks, encik.


Hmm, baru je dapat tahu pemergian kawan sekolah teknik shaye semalam, hari ni pemergian lecturer shaye pulak. Sedih. Bila-bila masa je kan Dia nak panggil kita. Hmm. Entah siapa pulak pengganti beliau mengajar kelas kami lepas ni. Sedih sangat. Shaye doakan semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan lagi sekali shaye mintak kepada yang beragama Islam tu, ramai-ramai sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.


En. Jaja dalam kenangan.
(Encik Shahizul Eza Mohd Kiblee)
Al-Fatihah.

Monday, August 30

Merdeka yok | Balik RAYE !



Salam semua. Selamat petang. Seronok ni. Shaye kat rumah sewa tinggal sorang-sorang. So, boleh melayan lagu kuat-kuat. Opppps, puasa. Ok, slow kan tune laptop balik. Hehe. *padahal pakai headphone. Haaa, esok shaye balik raye. Ape dia? Balik RAYE ye kawan-kawan. Gile awal. Nak ikutkan cuti start Jumaat ni tapi shaye buat cuti sendiri. Keadaan tak mengizinkan shaye duduk lama-lama kat sini. Disebabkan semua orang dalam rumah ni dah balik dari last week lagi. Diorang pun buat cuti sendiri okeh. Huhu. Jaat! Tinggal shaye kat sini.


Ok, tiket shaye jam 10am esok, so doakan perjalanan shaye sentiasa dilindungi dan esok jangan lupa kejut shaye okeh? Shaye dah kena insomnia ni. Tak boleh tidur malam, tapi tidur ikut suka je. Haisyyoooh! Masalah-masalah. Huhu. Harap-harap tak tertinggal bas esok. Itu je la tiket yang ada. Kang balik lambat-lambat, lepas raye la ko dapat balik RAYE. Omaigod!


Eh, malam ni merdeka kan? Cepat je rasa kan? Kan? Hehe. Syukur sebab negara kita tetap merdeka sampai sekarang. Tapi sedar tak sedar, kita merdeka secara zahirnya aje, tapi secara dalamannya kita masih dijajah oleh penjajah. Yep, tengok aje la life sekarang ni. Huhu. Takot. Taknak komen panjang, korang tahu sendiri. Apa-apapun, shaye nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke berapa eh?. Renungkanlah pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita zaman dulu. Kalau tak kerana jasa diorang, kita pon takkan baik-baik macam ni.


Korang sambut ke? Puasalah. Takde sambut-sambut kot. Sambut kat masjid dengan surau pon ok jugak. Boleh buat doa-doa ke. Shaye? Shaye seumur hidup tak pernah sambut merdeka kot even shaye lahir bulan 8. Hehe. Yelah, sambut pon tak dapat ape. Keluar tengah-tengah malam dengan ramai orangnye. Bahaye tau. Banyak dah kes malam-malam merdeka ni. Huhu. So, better kita sambut dengan doa je. Okeh?


Gamba zaman mude remaje.


Esok incik cuti, kata nak ajak shaye shopping raye. Tapi tadi kata die dah shopping hari ni. Hmm, takdelah shopping esok kot gamaknye. Ni nak majuk doploh empat jam nih. Takpelah. Nak majuk kenape pon kan? Ok lah, lapaq ni. Kat sini takde jual makanan dah. Benci. Mentang-mentang ramai dah balik, peniaga pon takmo meniaga. Huhu. Babai!

Tips : 7 Cara Bagi Nama Blog/Domain

Salam semua. Selamat petang. Mengantuk hari ni. Tak cukup tidur la. Dah mandi pun tapi still rasa menagntuk. Untuk hilangkan mengantuk, shaye nak bagi tips lagi kat korang kali ni. Ok, ni tips for new blogger ye. Tak kesah sape-sape pon boleh baca jugak. Sharing is caring kan? Haaa, susah ke nak pilih nama untuk blog atau domain korang? Macam mana korang namakan blog korang tu? Ikut suka hati ke ape eh? Ok, ikuti tips yang shaye berikan ni.



1. Baru atau sudah wujud
Kalau boleh, cipta satu nama yang masih baru, yang belum ada orang guna lagi. Kreativiti tu sangat penting. Cepat-cepat letak tangan kat kepala, pejam mata, fikir dalam-dalam.,tido. Agak la kan? Jangan malas pegi buat research! Agak-agak dapat nama tu, pegi research samada dah ada orang guna ke belum. Kalau nama yang korang berkenan tu dah ada digunakan, pastu korang degil jugak nak guna nama tu, korang cuma perlu tambah je nama tu supaya dikomersialkan jadi nama untuk blog korang. Ngerti?


2.Topik
Ok, korang buat blog nak cerita pasal apa? Kalau cerita pasal something contoh pasal ikan, gunalah nama yang berkaitan dengan ikan. "Fishkek" ke, "Jaws" ke. Haha. Itu contoh, jangan ketawa pulak. Kalau korang boleh menulis dengan baik, ada style sendiri, dan ianya berkaitan dengan topik, pasti korang dapat fikir satu nama yang sesuai untuk blog korang.




3. Kata Kunci
Untuk nama blog, kalau boleh gunakan "kata kunci" supaya orang senang nak ingat. Gunakan satu atau dua kata kunci dan make sure ianya bersesuaian dengan nama yang korang nak guna. Dan make sure jugak "kata kunci" yang korang guna tu senang nak ingat. Faham tak? Macam ni, contoh la kan nama ko "bedah" pastu nak tulis blog pasal masakan.

BedakMasakSedap.com

See? Senang kan nak ingat? "Kata kunci" kat sini ialah "MasakSedap". Tak susah pon nak ingat. Ok, itu contoh ye, ikot korang la nak letak kata kunci ape. Asalkn senang readers nak ingat.




4. Ringkas
Lagi ringkas nama blog korang, lagi senang readers. Tak payah susah-susah nak taip nama blog korang yang panjang-panjang tu. Pastu kalau dah nama pon panjang, entah readers ingat ke idak kan? Contoh la kan pasal "Bedah" tadi. Kalau la korang letak BedahMemangPandaiMasakPunKoBolehke.com Ha, agak-agak kome la kan, sape rajin nak ingat dan taip?? Jangan mimpilah!




5. Asli
Ok, apa-apa benda pun, haruslah ori ye. Hehe. Takmo plagiat atau nak tiru identiti blog lain. Ingat, setiap blog ada keistimewaannya dan kelainannya tersendiri. Jadi, just be yourself. Cipta satu kelainan pada nama blog korang tu.




6.Persaingan
Ada banyak blog dalam dunia ni, tapi tak payah la korang menyibuk-menyibuk nak nama yang lebih kurang sama dengan orang lain. Berapa kali nak cakap, cari kelainan. Bila nama blog kita dah nak serupa dengan nama orang lain, tak ke persaingan tu wujud? Bukan sebab kita takut nak bersaing ke ape, tapi blog korang tu akan berisiko la. Sebabnye, readers akan confius, yang mana satu blog korang. Dari situ, mana identiti korang?




7. Perkara yang harus dielak
Masa bagi nama blog, perkara yang harus elak ialah elakkan menulis nama dengan huruf yang berganda. Contoh : ciknemmmooo.blogspot.com. Bayangkan tak ke susah readers nak menghafal bape banyak huruf "m", bape banyak huruf "o". Kan? Lagi satu, takmo salah-salah eja okeh? Mengarut je. Dan yang paling penting, guna nama blog yang baik-baik. Tak payah mencarut-carut macam orang takde moral. Ngerti semua?


Ok, shaye rasa itu saje tips untuk hari ni. Semoga ianya berguna untuk korang. Nama blog merupakan suatu perkara yang penting, sebab ianya melibatkan first impression readers bila masuk ke blog korang. Faham? Jadi, curilah hati readers dengan nama blog korang dulu. Ok bye, Maceh!

Sunday, August 29

Tenkiu Para Followers !

Salam semua. Selamat tengah malam. Shaye baru bangun tidur ni. Haissyyyooh! Tidur shaye dah tak betul Mane penah tidur malam dah sekarang ni? Huhu. Habislah cik Nemo korang ni dah jadi kelawo malam. Hehe. Harap-harap takde eyebags! Tak suke okeh.


Ok berbalik kepada tajuk, just wanna say Thank You so much too all my followers. Hari ni dah naik 200 orang tapi ape lah sangat kan. Yelah, belog cap ikan shaye ni siapalah yang sudi nak baca kan. Hehe. But its okeh, i don't mind.


Psssst, korang jadi followers shaye kenape eh? Cap ikan pon korang folo kan? Hehe. Takpelah, ape niat korang folo pon, shaye tak penah pakse okeh. Asal jangan gune konsep i folo you, you folo me back. Haissyyyooh! Itu paksaan namenye. Hehe. Ha, tahniah buat Yan Saflina sebab jadi follower yang ke 200. Ala dik, takde hadiah la. Bukan contest pon. Hehe.



Shaye teringin nak buat contest untuk korang, tapi shaye belum punya idea lah! Tengok lah nanti, kalau ada wang lebih shaye buat contest untuk korang okeh? Yang pasti korang yang baca blog ni wajib join and support contest shaye. Haaa, buat yang tak tahu...Sape yang join contest ni ada banyak benefit die jugak. Takdelah korang join contest semata-mata. Hehe.


Ok lah, badan sengal-sengal la. Biaselah mood baru bangun tido, kena perah otak ni mengupdate. Haha. Ok, wish me luck untuk masa depan cik Nemo dan blognya. Eceh! Babai!


*Jap2! Terlupa pulak.. Tenkiu juge kepada silent readers shaye, stalker-stalker sebab selalu singgah blog shaye. Maceh! Even korang tak jadi followers tapi selalu singgah blog shaye, maceh shaye ucapkan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat

Salam semua. Selamat pagi. Salam Ramadhan. Terkejut pagi tadi bila salah seorang kawan shaye memberitahu berita mengejutkan ni. Huhu. Tengok tajuk pasti korang boleh agak yang ada kematian kan? Hmm, yep. Shaye baru dapat tahu yang budak sekolah teknik shaye telah meninggal dunia beberapa hari lepas. Innalilah.


Lebih mengejutkan lagi beliau meninggal dalam keadaan yang kita tak sangka-sangka. Astaghfirullahalazim. Tak sangka dia dah pergi dulu, dia yang shaye kenal ialah seorang yang peramah. Banyak cakap la jugak, tapi baik hati. Kenapa dia meninggal? Korang boleh baca kat myMetro|Leher dikelar. Ok, baca susulan berita ye.


KAJANG: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki yang disembelih hingga hampir putus leher ditemui terbaring berlumuran darah di dalam kereta, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dipercayai dikelar dengan pisau sengaja ditinggalkan mati di dalam kereta Toyota Frontier di tepi jalan di Taman Damai Perdana, Batu 9, Cheras, di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, pembunuhan itu disedari seorang pemandu lori yang kebetulan melalui kawasan berkenaan yang terletak berhampiran tapak pembinaan, Katanya, saksi yang melihat kereta itu tersadai di tepi jalan terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di bahagian tengah kereta di celah tempat duduk.

“Susulan itu, saksi berkenaan menghubungi polis yang segera bergegas ke lokasi. Polis mendapati mayat mangsa terbaring dengan kepala terjatuh di bahagian hadapan, manakala badan berada di belakang kereta berkenaan.

“Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan teruk selepas dikelar leher dan kedua-dua tangannya,” katanya.

Katanya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya, selain tidak menemui dompet mangsa, polis juga gagal mengesan senjata digunakan di tempat kejadian selain tiada saksi yang melihat pembunuhan itu.

Namun, katanya, polis percaya mangsa berusia lingkungan 20-an itu lelaki tempatan berketurunan Melayu.

“Kami akan mengesan identitinya berpandukan nombor pendaftaran keretanya.

“Setakat ini, kami belum tahu motif kejadian dan akan menyiasat dari semua sudut termasuk kemungkinan dia dirompak sebelum dibunuh,” ujarnya.

Mohd Shakaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terutama penduduk perumahan berdekatan supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu polis petang semalam menyiasat kemungkinan mangsa adalah pekerja di tapak pembinaan berhampiran yang dikenali sebagai Mursyidul Akmar, 24.


Bagaimanapun ini belum dapat disahkan berikutan tiada keluarga mangsa tampil membuat aduan.


Hampir tak percaya, so shaye bukak Facebook beliau. Penuh wall beliau dengan ucapan takziah. So, betul la apa yang shaye baca dan apa yang diberitahu kawan shaye. Huhu. Takziah buat family beliau. Semoga tabah dengan ujianNya. Dan kepada pembunuh yang kejam tu, semoga memdapat balasan setimpal dengan apa yang dia buat. Ok, shaye mohon yang beragama Islam, sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau ok. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Saturday, August 28

Drama Melayu yang Patut Korang Tonton !

Salam semua. Selamat pagi lagi sekali. Hehe. Shaye tak boleh tidur dari malam tadi. Jadi mood berblogging tiba-tiba pulak ada. Amek, updated secara pukal. Lagi-lagi kawan-kawan lain semua dah balik raya. Dah sunyi-sunyi ni banyak pulak ideanya. So, shaye updated secara pukal takpekan?


Pssssssst, korang layan drama melayu tak? Alooohh, kalau yang student tu jangan bagi alasan takde tv kat rumah. Sekarang tak payah pakai tv pon dah boleh tonton drama ke, semua rancangan tv korang boleh tengok, bila-bila masa okeh. Tak pecaye? Hehe. Ok, antaranya ialah Gua.Com, TV3, DramaMelayu, Tonton, dan macam-macam lagi. Try lah!


Ok, sekarang ni ada tiga drama yang shaye ikuti perkembangan cerita dia setiap episod. So, tak salahkan kalau shaye nak share kat sini? Ok cerita pertama yang shaye rasa korang patut tonton ialah, Janji Kekasih :



Drama ni ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam TV3. Serius besh wa cakap lu! Dengan pelakon-pelakonnya yang mantop! Ia menampilkan Jue Aziz, Ayu Raudah dan Feroz Khan. Memang mantop! Hehe. Cerita ni lebih mengisahkan kepada persahabatan, kekeluargaan, keagamaan dan keinsafan. Patut tonton sebab dah nak habis dah pun tayang kat TV3. Shaye baru lepas tonton episod baru semalam kat web TV3. Nanges okeh. Insaf jugak tengok cerita tu.




Ok, cerita kedua ialah drama Kau Laksana Bulan. Drama ni ditayangkan setiap Isnin jam 8.30pm. Bukan cerita ala-ala P.Ramlee okeh! Name je macam lama-lama gitu. Cerita ni pun besh jugak kalau layan. Pelakon dia pun boleh tahan tak kurang hebatnya. Ia menampilkan Ayu Raudah, Zul Huzaimie, Ashraf Muslim, dan Fizow. Drama ni besh sebab ia diadaptasi daripada novel yang bertajuk Kau Laksana Bulan juge. Ia mengisahkan perjalanan seorang penulis novel. Cerita ni pada asalnye mesti korang anggap cerita cinta biasa tapi BUKAN ye kawan-kawan. Dia ada banyak konflik, triller, dan kejutan-kejutan. Tak rugi tonton, macam panjang je masa cerita ni nak habis.



Ok, last sekali Drama Epilog Syurga Cinta! Setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30pm. Cerita dia besh. Jalan cerita asal drama ni daripada filem Syurga Cinta. Ia menampilkan pelakon-pelakon lain daripada movie asal. Dan pelakon utamanya ialah Zizan Nin, Fida dan Mia Sara, si comel. Cerita ni ringan, tak la serabut kepala sangat nak fikir. Layanlah eh? Tak rugi pon. Hehe.


Ok, jum melayan drama !


*Apesal semua cerita mesti kena ada perempuan pakai tudung? Hehe.
*Mak incik kata shaye ade iras Ayu Raudah, ye ke? Ayu Bedah adelah kot. Hehe.


Friday, August 27

Shaye Keturunan Adam


Salam semua. Selamat tengah hari. Opppss, baru bangun ye ni sebab shaye tido lepas Subuh tadi. Maklumlah, bizi kan. Masa tidur pon dah tak menentu. Kebelakangan ni, shaye asyik mimipi buruk je. Kenapa eh? Sebab tidur tak basuh kaki eh? Haisssyyyoooh!


Ok, kita terus kepada tajuk. Ape bendanya shaye keturunan Adam nih? Hehe. Takde, Adam tu actually nama arwah atuk shaye. Semalam, my cousin sibuk suruh buat blog untuk family. Mane dia dapat tahu shaye ade blog pon shaye tak tawu. *Kantui.


So, shaye pun curi-curi masa sket malam tadi, pegi register blog untuk family kitorang. Tak banyak benda lagi shaye letak dalam tu. Sebab info yang shaye dapat pon tak banyak lagi. So, sekarang ni apa-apa aktiviti family sebelah ayah shaye tu, semuanya akan dikongsikan dalam blog iniKeluargaAdam. Ada masa korang jenguklah ye !


Sile support dan Terima kaseh sebab support me!



Blog rasmi cik Nemo>>>>>>>>>>>>www.zaihazrasulaiman.blogspot.com
Blog tak berapa nak rasmi>>>>>>>>www.errapazira-86.blog.friendster.com
Blog sedut-sedut lagu>>>>>>>>>>>www.sedutmp3ku.blogspot.com
Blog incik (check saje)>>>>>>>>>>>www.muhammadfathurrahmanmuaz.blogspot.com
Blog keluarga Adam>>>>>>>>>>>>www.inikeluargaadam.blogspot.com

Wednesday, August 25

Di Sebalik Malam Birthday Shaye!

Salam semua. Selamat petang. Hehe. Maklumlah shaye agak lama tak updated, sekali updated amek ko. Updated secara pukal. Takpe kan? Ok, malas nak cerita panjang lebar, kelmarin ialah hari jadi shaye kan? Hari ni shaye nak cerita apa yang jadi masa malam birthday shaye. Hehe. macam jadi ape je kan? Takde ape, malam tu budak-budak rumah ajak berbuka puasa kat luar kunon-kunon nak celebrate birthday shaye la kan. Kat mana? Kat kepsi! (nama singkatan KFC)



Sampai-sampai, pergh! Ramai gile beb! Semua pon nak makan KFC juge. Gambar kat atas ni masa ni takde orang lagi kat atas. Semua tengah beratur kat kaunter, mana tak nye. Hehe. Shaye? Shaye sebagai birthday gurl haruslah diberi layanan istimewa hari tu. Ecececeh. Diorang pegi beli makanan, shaye cari meja saje. Hehe.


Seronok jugak bukak puasa kat KFC, ramai gile kau. Penuh satu level. Pastu semua budak-budak belajar kot. Family-family semua makan kat rumah kot. At first, shaye bersama Ojie, Kak Ain, Sue dan Niza je bukak puasa. Si Nurul dan Izma datang agak lewat sket. Maybe sebab Nurul ada kelas. So, lambat sketlah kan. So, kami pon meneruskan makan KFC dengan rakusnya. Haha. Ayat tak boleh blah.







Elok-elok sedap-sedap tengah makan KFC dengan lahapnya, tiba-tiba shaye nampak Nurul membawa kek yang penuh dengan lilin dari jauh dan tiba-tiba jugak :


Happy Birthday to You, Happy Birthday To You...


Nak tahu ke sape yang nyanyi? Satu level KFC tu! Korang pakat ke ape? Haha. Spontan je kot. Semua mata memandang kek tersebut nak dituju kat siapa. Omaigod! Omaigod! Rasa nak lari okeh. Jantung dub dab dub dab nak mengaku ke taknak birthday gurl. Haha. Dengan gaya coolnye, shaye bangun and tiup kek tersebut. Hehe. Phhheeewiit!


Mana satu birthday gurl nih? Hehe.


The cake.


Amek berkat.


President and vice President Kelab Single. Cet!

Actually, it was so suprised. Tak bajet langsung yang diorang nak beli kek ape semua. Haisssyooh! Terharu ni. Tapi takdelah shaye nak lumpat-lumpat kat situ pastu nanges-nanges semua. Cool saje. Ape-ape pun tenkiu my friends. Tak sangka korang belikan kek. Tak dapat sambut kat rumah, but I'm feel good bila sambut dengan membe-membe. Kan?


Lepas habis makan diorang ni plan nak pegi tengok wayang la pulak. Haisyyooh! Plan mengejut la korang nih. Dah la pakai selekeh-selekeh saje but nice jugak kan? Kan? *pasan! Oleh itu, sebelum balik harus amek gambar kenang-kenangan dengan pakcik hensem dulu. Peace!



Ok, kitorang balik rumah dulu. Solat dan buat apa yang patut dulu pastu baru keluar balik. Aiissyyyh! Ape ni anak dara keluar malam-malam ni. Takpe, sekali dan sekala sahaja. Lokasi nak pergi tengok wayang, kat Square mall, Batu Pahat saje. Tak kemana pon. Melayan cerita apa? Cerita :




Disebabkan kitorang datang awal jadi kerjanya ialah amek gambar beramai-ramai. Bab sesi fotografi ni memang i loikeeeeeee! Ok, layan gambar.


Berpusu-pusu nak beli tiket wayang. *padahal kitorang je kot. Haha.


Niza dan Ojie.


Me dan Ojie.


Sue dan Kak Ain.


Kak Ain dan cik Nemo


TQ semua !
TQ for that day!
Kenangan terindah buat kita semua.


*Lepas balik sampai rumah, kitorang pergi sahur pulak kat kedai dekat-dekat dengan rumah.

Ucap Istighfar

Salam semua. Selamat tengah hari. Sedar tak sedar dah setengah bulan kita berpuasa. Semoga kita semua diberkati olehNya di bulan Ramadhan ni. Sorry tak berapa nak updated sangat. Maklumlah shaye agak bizi lately. Tak boleh nak 24 jam menulis. Ini pun curi-curi masa nak updated. Sorry okeh. Syukur ke hadratNya shaye masih lagi bernafas di muka bumi ini. Syukur alhamdulilah kerana shaye masih mampu untuk mengecap kebahagiaan yang dilimpahiNya.


Sorry ye korang if hari ni shaye feeling-feeling ustazah gitu. Tapi kita sebagai hamba Allah tak salah kan kalau nak mengingatkan antara satu sama lain. Berbalik kepada tajuk, kenapa kita perlu istighfar. Ini adalah kerana setiap manusia pasti melakukan sesuatu kesilapan. Tak kira kesilapan kecil atau besar. Dan setiap dosa itu akan kekal tercatit dalam Kitab Catatan Amalan kita yang ditulis oleh dua malaikat yang sentiasa berada bersama kita setiap saat. Dosa itu tidak akan terhapus atau hilang melainkan kita bertaubat kepada Allah s.w.t kerananya.

Maka aku katakan kepada mereka : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." ( QS. Nuh : 10-12).

Seorang hamba, jika ia beristighfar dengan semangat dan roh seperti itu, maka istighfarnya tidak akan sia-sia. Di antara dalil-dalilnya adalah sebagai berikut:

Pertama: seperti telah diungkapkan dari al Qur'an dan hadits tentang keutamaan istighfar, ia ditampilkan dalam beragam bentuk dan secara mutlak tanpa pembatas, sehingga mencakup orang yang masih tetap menjalankan kemaksiatan dan pelanggaran lainnya, maka mengapa kita kemudian membatasinya dengan batasan: "sambil tidak terus menjalankan maksiat?"

Kedua: istighfar --meskipun hanya dengan lidah-- adalah kebaikan yang dapat menghapus keburukan, apalagi jika disertai dengan permohonan yang sangat.

Ketiga: Allah SWT berjanji --dan janji Allah SWT adalah pasti-- bahwa Dia tidak akan menyia-nyiakan amal seorang, dan balasan bagi orang yang berbuat kebajikan. Seperti firman Allah SWT:

"Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik."[QS. al Kahfi: 30]

"Sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan." [QS. Huud: 115]

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya." [QS. az-Zilzalah: 7]

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar." [QS. an-Nisa: 40]

Seperti apa yang kite sedang lihat depan mata kita, pada zaman sekarang ni dah terlalu banyak perkara buruk yang berlaku. Cara hidup kita yang sudah jauh berbeza. Tak macam zaman dulu-dulu. Pengaruh Barat telah berjaya mempengaruhi cara hidup kita. Ye, sangat berjaya. Dengan gejala sosial yang berleluasa, kes buang bayi, kes bunuh, rogol, semuanya terjadi setiap hari. Di mana perginya moraliti manusia? Kemana perginya iman dalam diri mereka? Mana pergi istighfar mereka? Astaghfirullahalazim.


Cuba kita duduk di suatu sudut. Merenung kembali apa yang dah pernah kita lakukan kepadaNya. Dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Cukup ke amalan kita? Cukup ke balasan yang kita berikan kepadaNya? Astaghfirullahalazim. Sungguh aku begitu kerdil dihadapanMu ya Allah. Sama-samalah kita kembali kejalanNya. InsyaAllah.


p/s : Dengar lagu ni dan hayatilah.

Monday, August 23

Happy Birthday Cik Nemo


Muka birthday gurl, tahun lepas.

Salam semua. Selamat jam 12malam. Hehe. Hari ni 23hb Ogos tarikh shaye lahir ke dunia. Actually takde apa nak tulis, sebab shaye agak bizi nak siapkan assignment. Tapi apakan daya, diri ni rasa terpanggil nak menulis. Dan sekarang umur makin meningkat. Haisyyooh! Tak suke oh.


Happy Birthday cik Nemo. Semoga dilindungi Allah selalu. Semoga apa yang dihajati bakal tercapai. Semoga kamu menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Semoga kamu sentiasa cantik di mata sesiapa, bukan cantik dari paras rupa, tapi cantik di hati. Semoga kamu menjadi lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Selamat Hari Lahir cik Nemo. *wish kat diri sendiri.


Komen kat wall sedang bertubi-tubi masuk wish birthday, itu menandakan masih ada juga orang yang ingatkan kita, even ianya hanya ucapan tapi semua tu bermakna buat shaye. Sekurang-kurangnya dapat buat shaye smile kejap. Tapi lagi bagus kalau korang selitkan wish tu dengan hadiah kan? Hahaha. Takdelah, gurau-gurau. Thanks semua! *sob sob sob!


Dalam banyak-banyak hari jadi, hari ni yang paling tak besh kot. Hmm, entahlah. Maybe sebab shaye agak bizi. Lepas tu kena duduk jauh dari family. Dan no makan-makan as usual! Dats why la! Huhu. Tapi shaye bersyukur hari jadi kali ni jatuh pada bulan puasa, semoga mendapat keberkatan daripadaNya.


Ok lah, shaye nak sambung buat kerja balik. Wish me luck dapat jawap soalan assignment JAVA yang susah ni. Pening buat coding dari tadi. Sape teror coding Java meh sini meh ajarkan shaye? Hehe. Chiow!

Sunday, August 22

Tips : 4 Cara Untuk Tak Nak Bosan Blogging

Salam semua. Selamat tengah hari. Hehe. Dah mandi? Shaye? Mestilah belum kan. Haha. Ok terus kepada tajuk, hari ni shaye nak share kat korang something. Firsly shaye nak tanya, pernah tak sampai satu masa tiba-tiba mood blogging korang jatuh merundum? Bukan sebab bosan saje, sebab-sebab lain contohnya diganggu Anonymous ke, kena kutuk ke, ape ke? Sampaikan tiba-tiba rasa macam nak tinggalkan blogging terus dalam hidup korang? Pernah tak? Kalau pernah, ini caranya untuk korang tetap setia dengan blog korang.


1. Terus Fokus Dengan Kegiatan Harian (Menulis Blog)



Jangan cepat mengalah, terus-menerus menulis blog, buat blogwalking, promote blog, besarkan rangkaian antara satu sama lain, buat Fan page ke dalam Facebook dan sebagainya. Buat semua yang shaye senaraikan tadi dengan sebaik mungkin. Takpun, try cari inisiatif lain yang lebih menarik untuk meningkatkan page rank korang. Ok, kalaulah korang takde masa nak promosikan blog korang, just buat aktiviti teras je contohnya, hanya menulis saje. Blogwalking semua tu lupakan kejap dan buat bila ada masa terluang saje. Yang penting kualiti dalam penulisan.


2. Have Fun With It
Ok, macam yang shaye bagitahu sebelum ni, menulis jangan sebab terpaksa. Korang kena ikhlas dan seronok menulis blog. Kalau korang dalam keadaan terpaksa takpun sibuk mengejar trafik, lama-kelamaan korang akan hilang motivasi diri untuk updated blog. Takpun, korang akan rasa bosan, meluat, menyampah, tak suke, benci, keji dengan 'blogging'. Faham? Ha lagi satu, korang juga mesti tahu apa yang readers suka baca dan apa yang korang tulis tu memenuhi kehendak readers atau pun tidak. Ok, clear? Yelah, kalau korang tulis sesuatu yang membosankan, siapa pulak yang nak baca? Pastu bila readers lari, sure korang bosan dan menyampah terlebih. Haha.



Kalau taknak bosan lagi, ceburkan diri dengan proses design dan promotion contohnya buat banner sendiri, header sendiri, buat contest ke, join contest ke, buat template sendiri, nak lebih menarik pergi buat atau tempah name card sendiri, takpun buat tshirt yang boleh jaja blog korang. Interesting, right?


3. Buat target
Korang mesti nak performance blog korang tu meningkat kan? So, selalulah buat penambaikan. Fikir something yang baru yang dapat menarik minat readers. Itulah sebabnya, korang kena buat target sendiri, supaya sampai satu masa target atau misi korang tu bakal tercapai. Ye tak? Faham tak? Ok, contohnya :

  • Aku nak capai sekurang-kurangnya 100 views sehari
  • Sekurang-kurangnya si sipolan tu view aku hari ni.
  • Dalam sebulan nak capai 10000000 views
  • Sekurang-kurangnya nak dapat 20ulasan dari post.
  • Jagi GuestBlogger dalam MelRomeo.com *Berangan kejap.
  • Kena terjah dengan Eyriqazz *Ecececeh!

Ecececeh, ha contohnya macam tu la. Sekurang-kurangnya ada target korang untuk capai apa yang korang mahukan. Ngerti?




4. Money Money Money!
Suka atau tak, jangan tipulah kalau duit tu jugak merupakan satu motivasi buat korang rajin updated. Yelah, kalau korang penat berblogging tapi hasilnya takde, hilang terus mood nak berblogging. Kan? Relax saje, berblogging la secara sampingan. Jangan berharap pulak nak jadi kaya dalam semalaman. Jangan mimpilah. Bila korang tengok wang dari korang berblogging tu makin meningkat, sure korang juga akan meningkatkan kualiti penulisan.




Kesimpulannya, menulis biar kena pada minat. Takmo la terpaksa. Ada banyak benefit yang kita bakal dapat dengan blogging. Antaranya kita dapat ramai kawan, kongsi ilmu pengetahuan, boleh joint event-event Nuffnang dan sebagainya. Ha, dah cukup empat kan? Itu saja tips untuk hari ni. Esok lusa kalau rajin shaye bagi tips lagi okeh!

Beautiful Eyes Contest By NJ-Lens

Salam. Wazzup guys! Hehe. Takde apa, saja nak join contest lagi. Kali ni contest daripada NJ-Lens. Tertarik dengan hadiahnya. Hehe. Nak tahu apa hadiahnya? Ha ni hadiahnya :


1st prize
a pair of GEO contact lens (any design)
1 cute hello kitty lens case

2nd prize
a pair of GEO contact lens ( 1 tone design)


Ok, ini gambar yang shaye pertaruhkan. Taadaaaaaa! Chantek tak mata shaye? Kalau tak cantek, buat-buatlah nampak cantek. *Kelip-kelip mata pandang kat korang. Haha.



Ok, kalau korang nak join contest ni jugak, boleh klik banner bawah ni. Agak ramai la jugak yang dah join. Saje je try-try masuk. Hehe. Korang pon tahu kan, shaye nak lens. Dan kalau buley ianya percuma. Ecececeh !




Syarat-syaratnya :
  1. Be NJ-LENS follower. *sudah!
  2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog *sudah!
  3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens. *beres!
  4. Edit photos are acceptable. *ahaaa!
  5. We only accept 1 photo for each entry. *memang bagi 1 je pon!
  6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry. *done!
  7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar. *okeh!
  8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box. *beres!

Wish me luck !

Saturday, August 21

Tutorial: Cara Untuk Buat LinkWithin

Salam semua. Selamat malam. Buka apa ye tadi? Hehe. Shaye dah makn sihat. Alhamdulilah pagi tadi pegi Bengkel (lesen memandu) semuanya berjalan lancar. Macam mana bengkel tadi? Not bad. Biasa-biasa je. Buring kot sebab tak banyak yang kitorang dapat belajar. Haisyyoooh! Takpelah. Abaikan saje. Yang penting, lesen dalam tangan. Hehe.


Ok berbalik kepada tajuk, malam-malam macam ni terdetik pulak nak buat tutorial. Maybe berguna untuk korang. Takpelah kan? Sharing is caring. Ok jangan buang masa lagi, apa jadahnye benda LinkWithin tu? Ok, LinkWithin tu ialah satu widget yang berupaya untuk memaparkan post yang berkaitan (related post) untuk setiap post yang korang dah buat. Ok, apa kelebihannya widget ni?


Senang saja, ianya merupakan satu kaedah lain yang boleh menarik minat readers untuk stay lama sket kat blog korang. Yelah sebab ianya memudahkan readers untuk terus pergi ke post-post lain yang menarik minat diorang. Ha, ini juga merupakan satu trick untuk menarik minat readers! *cakap dengan penuh semangat. Jap-jap, tak nampak lagi ya apa bendanya LinkWithin tu? Ok tengok gambar kat bawah ni. Takpun tengok kat setiap post shaye, mesti ada benda ni. Itulah dia LinkWithin.



Ok, cepat semua. Get ready! Kita pasang benda ni kat blog kita okeh? Taknak pon takpe, tak paksa. Mula-mula korang just pergi ke web LinkWithin. Dah? Ok, korang akan nampak benda ni.




Apa lagi? Isi form tersebut ye. Isikan email korang, yang untuk Blog Link tu isikan url blog korang okeh? Untuk Platform, depends la korang guna apa, Blogger ke, WordPress ke, pilih saje. Untuk Width pulak, pilih 3stories dah ok dah. kalau banyak-banyak kang nampak semak pulak. Ikot suka korang la ye. Bila dah isi semua, klik Get Widget seperti yang ditunjukkan dalam gambar kat atas.




Dah? Ada jumpa benda ni? Ok ikut step dia. Klik Install Widget tu. Shaye tunjuk anak panah tu. Ikot saje ye.





Dah? Ok masa ni serta-merta dia aakan keluar benda ni. Relax. Pilih blog mana yang korang nak letakkan LinkWithin ni. Contoh kat atas tu ye. Pastu ikut korang la nak letak apa tajuk dia. Bila dah isi, klik Add Widget.





Ha, dah masuk dalam Page Element korang dah. Masa ni jangan kelam kabut sangat. Nampak tak LinkWithin tu berada di atas? Jadi, sila drag dia ke bawah ye. Ikut macam dalam gambar di atas.




Dah siap dah? Apa tunggu lagi, cepat-cepat Save ye. Then, siap! Korang try la View Blog korang, pasti ada benda LinkWithin tu kat blog korang.


Ok, Selamat Berjaya! Itu saja tutorial untuk malam ni. Nanti shaye buat lagi. Sebarang pertanyaan sila drop komen okeh! Maceh!

Shaye tak sehatlah.



Salam semua. Selamat malam. Haisyyyoh! Shaye tak berapa sehatlah. Esok pagi-pagi lagi shaye kena pergi Bengkel (untuk amek lesen memandu). Selsema saje. Batuk-batuk sekali. Huhu. Tak suke oh. Hingus leleh-leleh ni. *Anak siapalah ye. Haha.


Ini mesti gara-gara petang tadi shaye terlebih rajin. Huhu. Nak tahu kenapa? Petang tadi shaye pergi potong rumput tepi rumah masa hujan renyai-renyai. Aduhai. Menyesal la pulak. Tapi takpe, sekurang-kurangnya pecah sket lemak di lengan ni. Batuk ni still tak baik-baik lagi beberapa hari ni. Ubat lama dah habis, ubat baru ni baru nak makan.


Ha, mak kepada Mimi masuk wad lagi. Dah seminggu kot Mimi duduk kat rumah shaye tu. Kesian dia. mesti rindukan family dia. Korang doa-doa la ye mak kepada Mimi tu sembuh. Doakan shaye sehat semula jugak ye. Bukan apa, shaye risau if mak kepada Mimi tak sembuh-sembuh, mana tahu dia taknak hantar Mimi kat rumah dah. Adush. Takmo.


Ok korang, shaye nak berehat ye. Esok kena bangun awal lah. Siapa ada ubat selsema lebih? Bagi kat shaye buley? Hoho. Ok lah, babai sume! Esok shaye tak updated tau. Shaye pergi Bengkel. Tengoklah esok lusa shaye updated lagi okeh!

Friday, August 20

Tips : 4 Cara Mudah Untuk Menaikkan Trafik Blog Anda.

Salam semua. Selamat tengah hari. Puasa tak? Jangan tak puasa okeh. Kecuali yang betul-betul ada alasan kukuh tak buley puasa tu takpe. Dah lama kan shaye tak bagi tips? Ok hari ni shaye nak share satu tips untuk korang. Salah satu keluhan yang paling kerap shaye dengar dari blogger adalah kenyataan bahawa tidak kira seberapa banyak korang updated, masih lagi susah nak mencapai lebih dari 100 views sehari. Jadi hari ni shaye nak bagi tips yang tak seberapa untuk korang untuk naikkan trafik blog korang. Yelah, sekurang-kurangnya bertambah orang nak view blog korang kan.


Ok, taknak cakap banyak (cakap ke?) shaye nak tegaskan kat sini, untuk follow 4 steps yang shaye bagi ni korang perlu habiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam setengah sehari. Kalau terlebih masa lagi bagus. Hehe. Mana tahu korang jenis full time 24 jam melekat depan laptop sebab blog ke kan. Hehe. Ok, langkah-langkahnya :


1) Buat Entry Da Boom! (Killer Articles)


Brainstorming

Ape jadahnye cik Nemo ni? Haha. Jangan cakap begitu okeh. Shaye betul-betul bagi tips ni. Maksudnya ialah buat satu entry yang korang rasa sangat menarik minat pembaca nak singgah blog korang. Untuk langkah ni korang perlukan 1 jam untuk brainstorming, mengkaji terms yang korang tak berapa faham dan sebagainya. Ingat! Pastikan info dalam post korang tu tepat dan boleh dipercayai. Jangan pandai-pandai reka cerita. Kalau agak-agak nak buat pasal gosip ke, kritikan ke, pastikan tak menyentuh isu sensitiviti pembaca. Please beware!


2) Rangkaian


Networking

Rangkaian ni sangatlah penting ye saudara-saudari. Lebih-lebih lagi yang baru bermula blogging. Rajin-rajinkanlah diri buat blogwalking. Untuk langkah ni, korang perlukan masa selama 30 minit. Lebih pon takpe. Ikot koranglah kan. Bila blogwalking tak payah la sombong sangat, drop la komen kat blog yang korang singgah tu. Korang buley jugak tinggalkan link post baru untuk senang diorang nak baca post baru korang tu. Lagi bagus kalau korang kenal-kenal dengan blogger tu sendiri, ada banyak laman sosial dah sekarang ni. Facebook, Yahoo Messenger,IM,Google talk dan banyak lagi. Kalau ada yang buat gathering tu, join je la. Tak rugi pon, Buley share ilmu dan pendapat. Buat blog jangan kejar duit saja ye, cari kawan pon buley.


3)Promosi.


Promotion


Langkah seterusnya ialah promosikan blog korang. Jangan bila dah buat satu post tu korang senyap-senyap je tunggu readers. Kalau tak promote, mana readers nak tahu wujudnya blog korang tu kan? Macam mana nak promote? Ada banyak cara. Antaranya korang boleh ping post baru korang kat GengBlogger, Innit Nuffnang. Kat Facebook pun buley, dah banyak dah group-group yang korang boleh join di mana korang boleh tinggalkan link post terbaru korang kat situ. Antaranya @Kelab Blogger, ha lagi apa ya? Korang mesti tahu punya. *shaye dah lupalah!


4) Normal post

Ha, tadi shaye suggest suruh buat entry da boom kan? Hehe. Relax. Tak payah la buat entry macam tu hari-hari, buat seminggu sekali pon ok. (Untuk orang yang tak banyak masa macam shaye) Yelah, ingat ye. Buat entry janganlah sebab terpaksa. Jangan sebab nak kejar trafik takpun wang semata. Nanti minat blogging tu makin berkurang. Percayalah. Ok, untuk normal post ni, tulislah entri macam biasa dan make sure bukan entri yang takde motip. Kalau buley biarlah ia berguna kepada readers. Pastikan penulisan kamu tu berkualiti. Shaye dah bincang sebelum ni dalam Tips Menulis Blog Dengan Berkualiti. Korang buley refer. Okeh?


Ha, itu saja tips untuk hari ni. Next time shaye bagi tips lain pulak okeh! Try lah. Usaha tangga kejayaan. Itu barulah jiwe sebenar blogger. Yeay!

Thursday, August 19

Shaye nak lens tu.

Salam semua. Good morning everybody ! Sehat walafiat ke? Hope semua sehat sejahtera hendakNya. Ok, berbalik kepada tajuk kita pada pagi ini ye tuan puan, shaye nak lens. Huhu. Ok, before ni dalam entry Main-main mata, shaye ada tanya kat korang kan lens mana satu yang cantik ?


Tapi korang tak komen pun. Sentap okeh. Apesal? Tak okeh ke? Yang incik pulak kata shaye ni terlebih membazir. Huhu. Sentap dua kali okeh. Tak besh! Jaat tau. So, disebabkan shaye taknak membazir, secara tiba-tiba shaye telah join contest dari Angelic Shoppe. Saja suke-suke.


Hadiah yang ditawarkan ialah :

Dress ini. Tapi shaye takmo.


Handbag ini. yang ini pon shaye takmo.


Lens. Yang ini shaye maaaaauuuuuu! Haha.


So, di sini i need your vote. Vote lah shaye *Ececeh. Buat muke tebal kejap. Caranya? Mudah saja. Korang ada Facebook? Add Anglic Shoppe as your friend dulu. Tunggu dia approve, then klik link INI, pastu cepat-cepat klik butang Like okeh? Dats all. Itu saja. Tq muaaah2!
Lazada Philippines