Wednesday, September 29

Doakan Beliau Dicucuri Rahmat.

Salam semua. Good moning ! Actually ada banyak benda nak cerita sebab dah lama tak dapat updated kan ? Ni pon shaye curi-curi updated sementara tunggu kawan-kawan lain bersiap nak pegi kelas kejap lagi. Ok, korang dah habis baca drama Epilog Raya Cik Nemo episod 1, 2, 3, 4, 5? Yang belom baca, kalau sudi baca la ye. Hehe. Okeh, dalam Epilog Raya dan sebelum raya hari tu, shaye ada bagitahu kan yang pakcik shaye sakit? Hmm, masa tu bajet beliau pergi meninggalkan kita pagi raya ke, ape ke. Tapi syukur beliau masih kuat masa tu.


Tapi sayangkan, kita sebagai manusia tak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Beliau pergi tanggal 18hb September 2010 hari Sabtu. Kesedihan menyelubungi keluarga sebelah Mama. Beliau juga meninggalkan seorang isteri serta 3 orang anak perempuan. Sayu hati tengok diorang anak-beranak. Dengan siapa lagi tempat mengadu lepas ni. Huhu. Shaye juga turut bersedih. Sampaikan demam terkejut dibuatnya. Maybe sebab masa tengah elok-elok baca Yasin tengah malam untuk jenazah, tiba-tiba balackout kejap sebab maybe ada siapa-siapa salah pasang plug. Terkezut okeh. *Shaye memang penakot. Mengaku.


Pagi Ahad, keesokan harinya, jenazah telah selamat dikuburkan. Syukur kerana semuanya berjalan lancar.





Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan doakan beliau sentiasa dilindungi dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Tuesday, September 28

Hey you! I'm back!


Salam semua. Selamat kembali to myself. Hehe. Sooooooooo sorry okeh sebab tak dapat updated blog untuk beberapa hari. Adush. Jatuh merundum okeh sebab tak updated. Habis lari semua readers shaye! Dush! *Lepuk-lepuk dahi sendiri. Bukan ape ye kawan-kawan. Internet kat rumah sewa shaye tak okeh. Serius! *Cakap gebang. Padahal Internet kena potong.


Rasa macam lama beno tak menulis, kekok jugak le. Sejak raya hari tu kan tak published ape-ape story panas kat korang kan? Ciow! *Panas bontot ade lah! Okeh, banyak story sebenarnye. Tapi bagi shaye story satu persatu okeh. Kang bagi semua habis pulak modal nak menulis. Lepas ni shaye akan updated secara pukal, supaya cerita yang korang baca tu takde la rasa macam basi sangat. *Demm!


Lebih-lebih lagi, shaye agak bizi sekarang. Dah nak final kan, so banyak benda nak buat. Dengan majlis Dinner untuk fakulti shaye lagi, memang bizi oh. Even memang tak sempat nak join contest by Nuffnang pasal Digi Iphone4 tu, shaye memang buat-buat terpaksa tak kecik hati okeh. *Nanges. Incik korang tu? Sampai merajuk-merajuk okeh dibuatnye sebab shaye jarang mesej dia. Huhu. Kesian dia. Demam tu. Doa-doa dia cepat sembuh okeh?


Ok, for the last. Layan lagu ni dulu. Rasa macam sweet gile dengar lagu ni. Simple but penuh alunan. I likeeeee!


Tuesday, September 14

Sinar Itu Telah Kembali

Tahniah buat my beshfren sebab telah selamat bersalin tengah malam tadi. Tahniah juge kepada suaminye Pokyie. Kali ini Nasuha dapat baby gegurl ! Syukur ke hadratNya kerana telah mengembalikan sinar keceriaan kepada sahabat shaye. Alhamdulilah.

Mesti seronok diorang anak-beranak sekarang sebab sebelum ni sunyi sekejap selepas arwah pergi beberapa bulan yang lepas. Huhu. Doakan kebahagiaan mereka berkekalan ya !

Nas, bile nak shopping baju baby nih? Kali ni gegurl, buley kawan dengan Mimi! Yeay! Mesti cute puunye! Apa-apa pun kali ni jaga anak kamu sebaik mungkin okeh! I will pray for you. Take care !

Rindu ke ? Rinduuu cepat, pelis !

Salam semua. Ha, rindu dengan cik Nemo tak? Rindu tak? *Perasan. Haha. Takdelah, sori tau shaye hilang idea oh nak updated blog. Shaye kat rumah dah pun dari kelmarin. Maklumlah balik kampung. Nanti shaye ceritakan dalam entri akan datang ye. Buat masa sekarang, mood nak mengupdated hilang. Haissyyoooh! Puas dikerah-kerah kepala ni. Pegi blogwalking semua pun cerita pasal raye lagi. Shaye pun nak cerita jugak. tapi nanti-nantilah ye. Tak bersedia lagi nak tunjuk gambar raye. *artis keh ko? Mungkin sebab hari itu belum tiba. Opppssssss! (Tutup mulut). Ok, babai! Nantikan cik Nemo dalam Epilog Raya cik Nemo okeh!

Wednesday, September 8

Ramadhan Hampir Meninggalkan Kita, Raya Bakal Menjelma

Salam semua. Sedar tak sedar Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Sayu hati ini. Maybe esok atau lusa kita menyambut hari raya aidilfitri. Mesti semua orang seronok kan sebab nak sambut raya. Shaye juge okeh. Tapi semua kegembiraan itu menjadi duka apabila mendapat tahu bahawa salah seorang dari pakcik shaye sedang tenat. Hmm, semoga beliau kuat semangat dan Allah berikan beliau keajaiban supaya dia bangun untuk menyambut raya pada kali ini.


Kesempatan ini, shaye memohon ampun dan maaf kepada semua di atas kecelaan shaye dalam menulis, meluahkan, perkongsian shaye selama korang betandang ke blog 50sen shaye ni. Terima kasih kepada semua. TQ sebab menyokong shaye. Semoga aldilfitri kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

p/s : Mintak tolong sama-sama doakan pakcik shaye okeh?

Tuesday, September 7

Lagu Baru Yok!


Terpaksa guna gambar lama. Gambar dah pupus kat PC rumah ni.

Salam semua. Selamat petang! Sorry lah, lambat sket updated blog hari ni. Kepala pening-pening sket. Haisyyooh! Takde ape kot nak story hari ni. Actually shaye dah updated lagu-lagu baru kat sedutmp3ku. So, tak payah kerut-kerut, jom pegi http://sedutmp3ku.blogspot.com/ untuk mendownload lagu-lagu yang korang suke.



Apa kelebihan sedutmp3 nih? Okeh, dalam blog sedutmp3 ni shaye tak letak widget pelik-pelik dan shaye dah susun semuanya supaya kemaaaaass dan teratur. Takdelah serabut korang nak menyedut kan? Lagi satu, if korang download kat sedutmp3 ni, dia punya loading cepat wa cakap lu. Tak rugi punye. Hehe. So, cepat-cepatlah download okeh!


Okeh, hari tu ade yang request lagu OST Epilog Syurga Cinta nyanyian Fida kan? kan? Ha, dah boleh download dah. Ada request lain tak? Mane tahu shaye boleh carikan source untuk korang. Ngee.. Okeh la, kepada yang mendownload maceh banyak-banyak okeh ! Selamat menyedut!

Sunday, September 5

Katy Lim Lian hina Islam?

Salam semua. Good morning! Amacam? Sekarang shaye dah rajin updated blog pagi-pagi. Itu maknanye ape? Shaye bangun awal! Dan pengsan bile petang. Hehe. Takdelah, sekarang ni shaye cepat penat. Dalam jam 8 malam je pun shaye dah start mengantuk. Bila dah tido awal, bangun pon awal la. Pastu time tu la rajin nak masak sahor bagai. Then dah malas nak tido.


Ok, pagi-pagi ni shaye baca blog dari Eyriqazz, KancilBiru, Yanmie , AmazingNara semua updated cerita pasal si Katy Lim Lian ni. Apehal ni? Isyh. Suke je menghina Islam ye? Siap dah masuk berita TV3 dah. Tak patot. Tak tahulah ape masalah dia ya? Hmmm, selama duduk kat Malaysia ada masalah ke dengan agama Islam? Islam mengganggu dia ke? Persoalan di situ.





Sumber gambar : Amazingnara


Takmo komen panjang lebar pasal ni. Hanya si Katy Lim ni je tahu kenapa dia buat macam tu. Maybe dia terlupa kejap yang kita ada undang-undang. Kan dah kena siasat oleh Suruhan Komunikasi dan Multimedia Malaysia tu. Ikuti laporan dari Utusan Online mengenai Facebook Li Lian disiasat. Agak-agak wujud ke pemilik akaun Facebook ni? Entah-entah, teeeeeeetttt!


Apa-apa pun, kalau betullah perkara ni berlaku, harap dia diambil tindakan tegas. Laman sosial bukanlah sutu medan untuk kita bergaduh sesama sendiri. Kemana hilangnya moraliti kita sesama sendiri? Haisssyooooh! Penat mengeluh. Diharapkan kita sama-sama menghormati antara sesama sendiri. Jauhi pertelingkahan, elakkan pergaduhan. Baru je lepas merdeka, macam-macam hal lah!

Saturday, September 4

Buat Header

Salam semua. Good morning! Ok semua, sorrylah lately i'm bizi gila. Hoho. Duduk rumah ni dah macam nursery okeh. Pening kepala. Terus batal niat nak buat anak sedozen.. Haha. Okeh, ni pon sambil menaip, sambil jenguk-jenguk budak ni. Haissysoooh! Semalam sampai mengamuk-ngamuk shaye dibuatnye. Huhu. Batal puasa


Ok, pagi tadi lepas sahur ada mood pulak nak tukar-tukar header. Hehe. But not for this blog okeh. Masih terlalu awal lagi.Sambil jeling-jeling budak ni sebab tumpahkan air Setakat ni shaye tolong design kan header untuk blog incik Mu'az dan blog sedutmp3 shaye. Kalau nak baca blog-blog lain, klik aje kat nama blog okeh. Hehe. Incik ko dah updated tu pasal Berbuka Puasa bersama Abah cik Bulat, pergi baca cepat.

Header blog incik

Header blog sedutmp3

Amacam ok tak? Kalau okeh, angkat tangan. Tak okeh diam-diam ye. Hehe. Shaye memang sukeeee bab design-design ni. Sebab dulu pernah ada pengalaman praktikal dekat company pengiklanan. So, kita belajar semua pasal design logo company, product dan macam-macam lagi. Ok, cerita pasal header, kalau nak tengok header-header shaye yang lama, boleh klik SINI.


Okeh shaye ingat nak berbisnes sket, kalau ada sesiapa yang berminat nakkan khidmat shaye buat header cap 50 sen ni, boleh email shaye di errapazira_86@yahoo.com okeh? Harga boleh runding. Ececeh. Serius nih. Bukan main-main. Okeh, maceh!

Thursday, September 2

Mereka Memahaminya.

Salam semua. Moning guyz! Puasakah? Hehe. Shaye dah kat rumah ni, kejenye jaga budak-budak kecil je kat rumah. Now dah ade baby baru kat rumah. Umur dalam 1 tahun 3 bulan. Fahrin namanye, ala-ala artis gitu. Asyik nangis je rindu Mama dia. Even ade baby lain tapi dalam hati shaye tetap Mimi okeh. Mimi lagi tua, umur dalam 1 tahun 7 bulan kot. Hehe. Dia tak pandai cakap penuh lagi, hujung-hujung je dia pandai sebut. Ok, uols. Layan je hasil berborak dengan Mimi :

Nemo: Mimi, Mama mana?
Mimi : Je.... (Keje)
Nemo: Abah???
Mimi : Je.... (Keje)
Nemo: Amat mana? (Abang Mimi)
Mimi: Je.... (Keje. Padahal sekolah)
Nemo: Aril Mana? (Abang Mimi lagi satu)
Mimi: Je.... (Semua kot die cakap keje)

Confius shaye dia faham ke tak, pastu nak menguji dia faham ke tak ape dia cakap, shaye pon tanya :

Nemo: Mimi mana?
Mimi: (sambil tepuk dada) Mimi....! (nak tunjuk dia kat sini)
Nemo: Kak Era mana??
Mimi: Ni...! (Tunjuk shaye)
Nemo: Owwwhhh..pandai.. (faham rupenye)
Mimi: Ashh?? (Mu'az??)
Nemo: Errrrr?? (Terkedu)....Keje....Hahaha. (Tak sangka okeh dia tanya shaye macam tu)

Haha. Teringat video kat atas ni, kanak-kanak memahaminya.
p/s: Tak boleh taip panjang-panjang. Mimi nak tengok Gorilla kat YouTube

Wednesday, September 1

You memeang style lah!

Hye, shaye cik Syamimi



cik Syamimi, You memang style lah! Bila You amek gambar ni? Tahu-tahu je dah ada kat komputer kat rumah ni. Haha. Btw, i loiiikeeeeee this picha. Seksi You! Haha. Ok nak tahu shaye di mana sekarang?


Rumahku Syurgaku


Seronok gila. Alhamdulilah dah selamat sampai rumah malam tadi. Cepat gila shaye cabot dari Universiti. Takpelah, orang lain lagi cepat okeh. Sahaye ketinggalan la jugak. Semalam incik bawak pegi shopping baju raye untuk jalan-jalan. Yeay! Suke suke suke. Haha. Kejap lagi cik Syamimi datang. Excited + rinduuuuu gila kat dia. Tak sabar! Ok, chiow! I will updated later!
Lazada Philippines