Friday, December 24

Anjakan Paradigma


there is no hope, no love, there is no turning back ...

I'll be back with a new life ..

goodbye to the past ...

Tuesday, December 21

Sunday, December 19

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

Day 25 – Who are you?


Salam uols. Okeh, ini adalah entri pantas ye. Siapa shaye? Siapa? Siapakah? Shaye copy paste je dari [ENTRI INI] :
  1. Seorang pelajar UTHM, Johor yang sopan santun, baik budi pekerti. *Puji diri sendiri
  2. Amek Ijazah Sarjana Maklumat. *Lantak kome la nak kata bidang IT dah tak banyak kije ke ape. I don't care. Buley?
  3. Masih bujang but not available. *Tak nak curang.Pelis.Pelis. Haha.
  4. Seorang pendiam tak banyak bunyi. Tapi bila dah rapat, sabar je la. Berbunyi-bunyik !
  5. Seorang pemalu. *Saaaangaaaaat!
  6. Sukee dengar lagu dan sukee nyanyi bila stress. *Mengaji pon sukeee!
  7. Hujung tahun ni dah habis belajar tinggal nak praktikal je lepas tu.
  8. Suka pegi zoo tengok binatang, takpun muzium ke, ape ke. Asalkan berbayar. *Dan bukan shaye yang bayar.
  9. Takut kucing ! *Sebab shaye ikan. Buley?
  10. Suke pegi tempat-tempat yang ramai orang tapi kita takkan terserempak dengan kawan-kawan kita. Contoh? Central market, Petaling Street dan lain-lain.
  11. Suka jalan sorang-sorang. Senang. Tak payah tunggu siapa-siapa.
  12. Suka tulis blog, tulis diari, tulis catatan harian. Sebab tak reti nak meluah dengan kata-kata.
  13. Punya sorang anak angkat. Syamimi nama dia. Ye ke? *Kira anak angkat la jugak.
  14. Gila gambar ! Suka tengok gambar, amek gambar dan edit gambar. I liiiikeeeee!
  15. Suka makan asal sedap ! *Itu pasal perut membuncit.
  16. Suka duduk depan cermin dan kadang-kadang cakap sorang-sorang.. Opsss! Bukan gila ye.
  17. Hobi terbaru ! MASAK!
  18. Shaye sayang family shaye !

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.



You will regret when you leave her.

Saturday, December 18

Day 23 – 15 facts about you.



Salam uols. Kita teruskan game. Okeh, today shaye nak bagi beberapa fakta mengenai cik Nemo yang harus uols tahu. Hehe. Dia mintak 15, kita bagi 50. Actually shaye dah pernah buat entri ni kat [ENTRI INI]. SO shaye copy paste je la. Uols boleh baca kat bawah ni. Dats me! :


1. shaye? seorang perempuan..haha..ok2..orang kata name shaye ni pelik sungguh..pelik ke? zaihazra bt sulaiman..simple je kan? tapi buktinye masa kecik sampai tadika shaye x berupaya sebut nama sendiri dengan betul..terbelit2 lidah..adush..
2. masa sekola beratur paling depan sekali..tu la..tinggi sangat..tp if ade kena injection, shaye org last sekali coz name start huruf Z..untung2..
3. masa kecik sgt pendiam..masa duk uma penjaga shaye, shaye diibaratkan seolah2 kanak2 bisu.. sbb shaye hanya akan berkomunikasi dengan cara "angguk" dan "geleng" yang bermaksud "ya" atau "tidak". jangan main2..bertahun2 shaye begitu..
4. even shaye pendiam, shaye sgt degil.. kira diam2 ubi berisi..ade je hal yang shaye wat mase kecik..huhu
5. shaye seorang yang pemalu sebenarnye..ceh!
6. shaye seorang yang pelupa..benda2 penting je ingat..hehe
7. sumtimes shaye gagap tak tentu pasal..penyakit datang tiba2..hehe
8. shaye seorang yang berdarah gemuruh..huhu
9. shaye seorang kakak yang garang..adik2 mesti ikot cakap kakak ok!
10. rapat dengan parent..hihi
11. tak suka membaca maybe masa kecik banyak sangat membaca sampai dapat anugerah tokoh dalam program nilam tu..siyes! hehe
12. shaye takkan bercakap bila lapar or penat..so, mintak maaf kepada org2 yang pernah serumah dengan shaye..diorang pon dah faham..hehe..
13. bile sangat penat, tiba2 shaye akan menangis..
14. seorang yang sangat serius bila wat kerja, if buley nak berkerut je muke..bak kata dd shaye sangat huduh bile study..adush..hehe
15. bila shaye sedang wat kerja, shaye tak suka diganggu..senyum pon jangan..
16. bila sedang study, shaye tak suke dengar orang ketawa..hati sangat panas bile dgr..
17. bila saya sakit hati o sedang marah, jangan tegur shaye coz secara tak sengaja shaye akan cakap dalam nada yang jerit2..n bila pegang barang, barang tu akan tercampak o terhempas..tak sengaja ok..hehe..
18. bila shaye sedang happy2, jangan tiba2 cari pasal..
19. bila shaye sedang sedih, shaye perlukan ruang untuk menangis..so, xperlu pujuk2..
20. rela kena marah jerit2, daripada kena marah slow2..touching beb!
21. shaye cepat panas hati, n cepat cool balik..
22. shaye tak suke dipaksa, if shaye tak nak, shaye tetap tak nak..<--degil
23. if shaye nak sumthing, shaye akan dapatkannye dengan apa cara..even makan masa bertahun2..
24. tak buley tdo or study dalam susana yang sunyi sangat, sekurang2nye dengar bunyi kipas pon jadi la...
25. paling susah nak tdo, n susah nak bangun..kena ada org kejutkan tiap pagi..
26. sangat taksub kepada mimpi, if mimpi tak besh, bagi kesan mood shaye pada hari itu..
27. tak buley letak kat panggung tengok cter seram2 o aksi2..terlebih shaye yang terlebih excited suspen nye..tak pasal2 jerit2 sana sini..hiihi
28. sukakan binatang, tapi suka tengok je, tak suke pegang..takott!
29. paling geli cicak, coz banyak kali amek kesempatan curi2 masuk dalam baju shaye..! eee!
30. suka pokok2, bunga2..tapi seumur hidup tak pernah dapat munge..huhu
31. anti orang yang buang sampah merata2..lagi2 tong sampah depan mata..buta agaknye..
32. seorang setiakawan..!
33. ade banyak geng! tapi bukan gengtser ok..! (btul ke eja gengster?)
34. masa skola2 teknik dulu, shaye nakal sgt..huhu..
35. masa SPM kena kick dari asrama..sbb..FLY..terbang...terbang...ceh!
36. tak sanggup tengok slip SPM coz teruk gile..nyesal beb!
37. tak suka penipu, coz dari kecik asek bergelumang dengan macam2 penipu..
38. sangat ego..
39. sangat suka dengar lagu..tak kira lah lagu ape..hehe..1 day tak dengar lagu tak keruan dibuatnye..
40. suka nyanyi..hobi..hehe..
41. sangat suka mengadap komputer..24jam pon tak pe..!
42. fotogenik kot..hehe..! suka camera..!
43. suka masuk kedai stationery, pastu beli pen colour2 banyak2..
44. suka colour2..masa tadika tak puas mewarna..hehe
45. even rumah tak la besar mana, suka lari2 nak gi satu tempat ke satu tempat, kat padang tak nak pulak lari..hehe
46. susah nak tegur org selagi org tu tak tegur kite dulu..hihi..tak reti nak say hye2 ni..
47. tak berapa suka campur hal orang..biarlah shaye dengan hidup shaye..tapi bukan shaye jenis tak bercampur ok..means, shaye tak suke sibuk hal orang..
48. pasal mkn mmg tak kesah, tolak batu dengan kayu je..
49. if dah lapa, tak kesah gi kedai makan n makan sorang2..janji kenyang..setengah orang segan2 kan..?hihi
50. guna prinsip, "kau tak kacau aku, aku tak kacau kau" <--ganas semacam je ayat..


ha, itulah shaye..banyak lagi tapi tak habis kaji lagi pasal shaye..nak tambah buley..tambah kat kumen ok..! =)


Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Kepada Engkau, Engkau, Engkau, dan Kamu,

Firstly, thanks sebab korang dah menghentam aku sekaligus. Korang memang terbaik. Hati aku dah rabak sekarang. Aku memang tak bajet yang korang boleh buat aku macam ni. Engkau, kau buang aku macam tu je. Dan Engkau, aku tak sangka kau berdrama. Dan Engkau, mangsa keadaan, Dan kamu, ibarat lalang. Apehal korang ni? Kenapa libatkan aku dalam masalah korang?

Aku bersyukur sebab semua ni terjadi kat diri aku. Aku redha dengan setiap perbuatan korang. Aku takkan berdendam. Sebab aku tahu dendam aku takkan luak pun untuk korang. Mungkin tanpa aku, korang bahagia. Apa yang korang nampak tu syurga. Bagos. Bagos sangat. Aku doakan korang bahagia dengan jalan yang korang dah pilih.

Engkau, aku terkilan sebab kau sound aku macam tu. Engkau tak tanya aku apa yang terjadi. Engkau pentingkan diri sendiri. Engkau hanyut. Bagos. Perlu ke aku selamatkan kau? Sebab kau dah pun campak aku jauh-jauh, aku doakan kau bahagia dengan syurga yang kau cipta sendiri.

Engkau, aku tak sangka rupanya kau ada niat tak baik dibelakang aku. Baik punya kau bertopeng. Aku ingatkan kau nak mintak tolong dengan aku tapi rupanya kau berniat sesuatu. Pelislah, sedar diri tu. Kau tu siapa? Kau tak ingat keluarga kau? Kenapa kau nak kawal dia? Ikot suka kau la kan. Kalau kau rasa kau bahagia, kau boleh pergi sekarang.

Engkau, aku memang nak sangat-sangat jumpa dengan engkau. Aku tak tahu kenapa kau nak muncul dalam hidup aku. Engkau datang macam racun. Aku tak pasti samada kau tahu akan kewujudan aku dalam hidup kau. kalau tak tahu, bagoslah. Sebab luka kat hati kau takkan sama macam luka di hati aku. Tapi kalau memang dah tahu kewujudan aku dalam hidup kau, tapi kau memang sengaja hancurkan hati aku, memang kau akan kena. Aku takkan berdiam.

Kamu, aku dah penat. Kamu macam lalang. Pelislah berdiri atas hati sendiri. tak perlu sibuk-sibuk nak jaga hati orang. Kalau kamu berniat nak bahagiakan semua orang, go ahead. Tapi tolong pergi dari hidup aku. Sungguh, aku bukan bidadari syurga yang punya hati yang sangat kuat untuk melawan semua ni. Aku juga bukan Power Rangers Pink yang boleh lawan semua musuh-musuh aku. Jangan jadi pengecut. Kamu dah buat salah, jadi berhadapanlah dengan masalah itu sebetulnya. Bukan hanyut dengan kesalahan kamu tu. Lagi lama kamu simpan, lagi derita aku di sini.

Ok, itu aja. Sorry if kata-kata aku menyakitkan. Bukan niat aku mengaibkan sesiapa sebab aku yakin, siapa pun takkan faham apa yang aku tulis ni melainkan Engkau, Engkau, Engkau atau Kamu yang baca entri ni. Sorry sebab aku pon ada salahnya. Dan aku mintak maaf kat korang kalau aku sendiri tak dapat puaskan hati semua orang. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab pinjamkan aku kebahagiaan, kepercayaan, kesetiaan, dan keperitan. Aku akan ingat semua ni sampai bila-bila. Dan aku akan jadikan ni semua sebagai pengajaran.

Terima Kasih.

Yang ikhlas,
Aku Bukan Siapa-Siapa.


Thursday, December 16

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Wazzup uols ! Salam semua. Firstly, sorry sangat-sangat kalau dah lama gila tak updated belog. Tak perlu tanya kenapa sebab ianya akan melukai shaye. So, shaye hanya meneruskan game ni, dah alang-alang nak dekat tahun baru, so shaye siapkan semuanya sekali. Tahun baru, harus bukak buku baru, right?


Ok, maksud disebalik nama belog shaye. Nemomimosh, there is so much behind this smile. Okeh itu shaye gunakan pada setiap header shaye. Start from by my blog name, Nemomimosh. Asal nama Nemo adalah hasil gelaran dari rakan-rakan. Diorang kata bentuk muka shaye macam ikan Nemo. Omaigod. Same keh?



So, daripada nama tersebut shaye sambungkan jadi Nemomimosh. Actually mimosh tu ada seorang hamba Allah yang selalu sambung-sambung kan nama Nemo tu bila panggil shaye sebagai penyedap nak sebut. shaye pon dah tak ingat siapa. Sorry! Hehe. So, shaye guna Nemomimosh sebagai nama belog. Yeay !


There is so much behind this smile tu kira macam misi belog ni la kan. Belog ni berunsurkan personal. Tak tahu la tang mana ilmiahnya. So, kehidupan itu pon ada pasang surutnya. Tapi shaye akan tetap senyum. Senyum demi menyembunyikan kegembiraan atau kesedihan yang shaye alami suapaya semua orang senang hati. Itulah motif shaye guna ayat "there is so much behind this smile" tu.


Okeh itu saja. Itulah maksud disebalik nama belog shaye.

Wednesday, December 15

Day 19 – Your reflection in the mirror



Ratu Kebaya Wannabe!
BOLEH?


*Seriously aku nak kurus!

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex



Salam semua. Sorry sebab shaye tak berapa rajin nak update belog. Jiwa kacau sekarang. Huhu. Jadi shaye akan menruskan tanggungjawab shaye dengan meneruskan game. Bulan ni memang gila la. Tak berilmiah langsung dah belog ni jadinya. Okeh, terus kepada tajuk. 5 perkara yang menjengkelkan shaye mengenai orang yang berlainan/sama jantina.

1)Gedik
Okeh, actually shaye memang cukup tak suka tengok gurl-gurl kat luar sana yang gedik terlampau. Dengan kata lainnya ialah mnggelenyar (bahasa apekah ye?). Bukan apa, bukan tak boleh nak gedik-gedik kat bf korang ke mana-mana laki ke (sebab shaye pon kadang-kadang gedik), tapi berpada-pada la ye. Jangan over sangat sampai orang lain pon naik meluat dengan perangai korang tu. Apa kes nak menggedik? Nak tunjuk hot keh? Dan jangan ingat semua lelaki suka gurl yang gedik-gedik ayam ni. Ei, pelislah.

2)Mencarot
Yang ni pon shaye tak suka. Sket-sket carot. Bukan sayor carrot okeh. Mencarut maksud shaye. Sket-sket carot. Takde salah apa pon carot. Time marah dah confirm ko carot kan? Tapi takkan time suka pon nak carot? Haisyoooh! Tak suke oh orang macam ni. Tak elok sebab kalau budak-budak dengar dia akan terikut. So, behave sket. Hidup ni macam penuh dengan CCTV. Jangan syiok sendiri nak mencarot.

3)Bajet bagos
Tak perlu nak tunjuk bagos sangat. Bajet semua benda ko tahu. Padahal ko tahu cakap je, buatnye tak. Tak gemar oh shaye. Kalau ko tahu pasal sesuatu tu, bawak-bawak la cakap elok-elok. Ni tak, ko kutuk-kutuk kawan ko sebab bodoh lagi ada. Tak payah buat kawan la orang macam ni.

4)Buang sampah merata
Alam sekitar ni dah cukup tercemar. Pantang nenek moyang shaye kalau tengok orang yang tengah jalan-jalan, tup tup tangan sebelah jatuhkan sampah pastu buat-buat tak nampak. Omaigod? Padahal tong sampah tak sampai berapa kaki pon dari ko buang sampah tu. Takpun, bukak tingkap kereta, tup ko baling sampah keluar. Cis! Memang la kita ada tukang kutip sampah, Alam Flora semua. Tapi sampai bila nak bersih negara kita ni kalau ada orang-orang yang suka buang sampah ikot suka. Pakai smart-smart tapi tak sayang alam sekitar, terima kasih shaye reject anda awal-awal. Haha.

5)Buaya
Lelaki-lelaki gatal kat dunia ni ramainya la. Huhu. Kalau jalan kat shopping complex tu, ada la mamat-mamat yang berpeleseran ngurat-ngurat anak dara. Haisyyooh! Tak gentlemen langsung. Shuwiiit, bila perempuan tu cari ko pegi tutup muka. Ape ntah. Cukup-cukuplah buaya Bujang Senang je yang menggatal. Isyh3.

Okeh, itu saja kot. benda ni mintak 5, so shaye bagi 5 je la. Bagi lebih pon tak dapat hadiah pon. Okeh uols, see you soon!

Tuesday, December 14

Day 17 – How you hope your future will be like.

Salam semua. Selamat malam. Entah apa la nak jadi kat anak dara sorang ni. Game ni orang lain dah habis main, shaye terkedek-kedek nak siapkan. Ahhhh, pedulik lah. Haha. Okeh, terus kepada tajuk ye. Dia tanya macam mana masa depan yang shaye harapkankan. Uiiissssyhhh! Ini soalan macam nak mintak keje.



Setiap orang akan ada angan-angan dia sendiri kan? Kan? Begitu juga dengan shaye. Dan shaye juga yakin takde siapa kot nakkan masa depan dia gelap, hancur, berkecai. Actually shaye taknak kongsi apa angan-angan shaye kat korang sebab kalau tak tercapai, malu je. Haha. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk masa depan shaye dan semoga shaye menjadi orang yang sangat tabah untuk harungi liku-liku kehidupan akan datang.

Monday, December 13

Ketulusan Hati


Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Berat.

Ya Allah.
Dugaan apa yang kau beri ni.
Mungkin begitu besar untuk aku pikul sekaligus.
Kuatkan aku.
Tabahkan aku.
Bimbinglah aku.


Aku tak cukup kuat.

Monday, December 6

Day 16 – Your view on homosexuality.

Salam semua. Wazzup everybody! Okeh tajuk hari ni macam susah sket. Shaye bukan tahu sangat pasal homoseksual ni. Ini pon siap buat research kat Internet sebab kalau shaye bagi info yang salah, shaye juge yang kena dengan uols kang. Hehe. Haisyooh! Firstly, shaye nak tanya apa uols tahu tak apa benda tu homoseksual ni?

Homoseksual
Istilah homoseksual lazimnya merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.Istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.

Okeh, sebut pasal gay dengan lesbian ni kita sendiri pon dah tahu kan ape kejadahnya ini semua. Hehe. So, sama-sama lah kita jaga diri supaya tak terpengaruh dan tak tergolong dalam golongan-golongan ni. Kalau ada kawan-kawan yang macam tu, bawak-bawak lah nasihat diorang okeh. Diorang jadi macam tu pon ada sebab-sebabnya. So, kita sebagai kawan kena bantu diorang. Itu saja. Malas nak explain panjang-panjang. Hehe.


Even rambut shaye kerinting macam Maggi, shaye STRAIGHT okeh ! Tidak syak lagi !

Sunday, December 5

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Salam semua. Bertemu lagi kita di pagi buta yang sunyi ni. Hehe. Time sunyi memang seronok mengarang. Banyak idea kot. Firstly, sorry okeh sebab lama tak sambung game 30 days challenge of blogging!. Ini pon macam dah terlebih hari je. Dush! Takpelah, shaye janji shaye akan selesaikan jugak game ni tak kira la zaman bile pon akan habis. Cet!


Okeh, topik kita kali ni dia duk tanya la pulak apa benda yang kita takkan tinggalkan rumah tanpanya. Haisyoooh! Busybody betol kan? Kan? Hoho. Kejap eh shaye fikir. Selalunya normal la kan orang takkan tinggalkan rumah tanpa wallet, wang, dengan handphone. Tu je la kot yang shaye takkan tinggalkan. Kalau tak, gilak aku dibuatnya! *Padahal hari ni je dah tertinggal wallet kat dashboard kete incik. Meroyan shaye dibuatnye.

Tapi sebenarnya, benda yang shaye takkan tinggalkan setiap kali keluar rumah ialah.....sekeping hati yang mencintai seorang lelaki dan anak angkatnya.


*Muntoh. Poyo la weh!

Jembalang di tengah malam.

Salam semua. Moning! Moning la sebab dah lebih jam 1 am ni. Actually shaye dah sampai rumahku syurgaku dah malam tadi. Sayu jugak bila nak tinggalkan rumah sewa tu semalam. Saja je gerak lambat-lambat dari rumah. Maklumlah lepas ni entah bila lagi nak duduk Johor tu. Huhu. Kawan-kawan pun entah bila dapat jumpa lagi kan. Huhu. Semua tu akan jadi kenangan buat shaye dan kawan-kawan. I will miss you all, guys!


Start from today, bermulalah kehidupan baru shaye. Eceh! Bajet dah terlepas dari UTHM ke cik Nemo oi? Haha. Belom lagi ye kawan-kawan. Shaye perlu menjalani praktikal dulu. InsyaAllah shaye akan belajar bersungguh-sungguh. Hehe. Lusa dah nak pergi Johor balik dan amik barang kat rumah sewa. Huhu. Haisyooh!


Start praktikal patotnya 20hb ni tapi company tu nak start lambat sket. Start 3hb Jan. So, boleh berfoyes-foyes lagi. Eceh! Ada hati kunon! Yelah, lately my life is suck. So, kena la pegi tenang-tenangkan hati, hibur liburkan diri bersama teman. Baru tadi jumpa Mimi, she was so cutee. Bertambah ayu dan dah pandai cakap sket. Rinduuuu! Mimi pengubat hati shaye. Bila jumpa dia, hati jadi tenang.


Actually takde ape nak cerita, just nak bagitahu yang shaye dah pun selamat sampai rumah petang tadi. Incik yang amek dari bus stand tadi. Hmm. Ok lah you all, shaye tak berapa rajin lately nak menulis. Nanti i will updated dari masa ke semasa. Rindukan shaye okeh!


Amek, video jembalang dari shaye! Good Nite!


Thursday, December 2

Kenduri Kesyukuran

Salam semua. Syukur alhamdulilah dengan kudrat yang diberikan, shaye dah pun habis menjawab final exam dengan tenang. Even ada certain soalan shaye memang tak dapat jawab, tapi shaye bersyukur yang shaye tak mati kutu kat situ. Sekurang-kurangnya, 5 paper shaye amek, dan 5 paper tersebut takde satu pon soalan yang shaye tinggalkan kosong. Alhamdulilah.


Exam dah pon habis. Belajar kat sini pon dah selesai. Dan sekarang, tinggal nak buat praktikal je. Shaye dah confirm dengan company tersebut. Area Damansara Perdana. Huhu. Bukan dekat-dekat dengan rumah, so shaye terpaksa menyewa kot nanti. Tengoklah macam mana. So, nanti korang akan dengarlah bebelan shaye sepanjang buat praktikal kat sana. Hehe. Company tu siap bagi jawatan masing-masing dah. Takott! Jawatan shaye kat situ sebagai Software Programmer. OMG!


Actually memang shaye dalam bidang IT tapi major shaye ialah Multimedia. Jadi shaye tak banyak kepakaran dalam buat software semua. Serius takott. Tapi bila fikir-fikir balik dan ingat-ingat balik apa yang ditekankan dalam Bengkel Insaniah yang shaye dah pergi hari tu, hidup ni kena mengamalkan konsep Life Long Learning !


Konsep ni mudah je. Supaya kita keluar dari takuk yang lama, keluar dari tempurung. Jangan sekat peluang yang ada. Grab it ! Jangan jadikan sempadan itu alasan untuk berjaya. Entah, semangat berkobar-kobar ni even hati jiwa kacau. Damn!


Selama tiga tahun duduk kat Johor ni, selain shaye dapat ilmu, shaye juga telah alami macam-macam pengalaman, cabaran, dan erti hidup. Even "tak seronok" lagi banyak dari "seronok" kat sini, shaye tetap bersyukur dengan peluang yang telah diberikan. InsyaAllah dengan berkat usaha, ilmu yang shaye perolehi akan shaye gunakan untuk masa akan datang.


Terima kasih shaye ucapkan kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat, keluarga shaye, anak-beranak angkat shaye kerana tanpa mereka siapalah shaye. Takde apa yang dapat membalas jasa mereka, hanyalah doa shaye titipkan buat semua. Tanpa mereka, sunyilah hidup shaye dan tanpa mereka juga akan terpadam sinar keceriaan shaye. Syukur kehadratNya kerana telah meminjamkan shaye sinar kebahagiaan yang tidak akan shaye lupakan. Shaye akan tetap menyayangi semua sampai keakhirnya.


Teruskan membaca belog cik Nemomimosh. Shaye sangat menghargainya.




*Jempot tambah nasik! Jempot Jempot!
Lazada Philippines