Monday, January 17

Kebahagiaan Dalam Perpisahan di Wetland. (Tajuk nak macam nama lagu la pulak kan)

Salam semua. Selamat malam. Sebelum apa-apa shaye nak bagitahu ini adalah entri bergambar. Mungkin uols bosan tengok entri-entri sedih shaye, so malam ni shaye tulis something yang menggembirakan sket. Sket la kan. Actually shaye nak updated pasal entri tadi. Alaaa yang shaye cakap hajat tercapai tu. Dalam entri INI.


Thanks banyak-banyak kepada yang sudi bawak shaye pegi sana. Memang teringin gila nak pegi. Actually kitorang salah pegi tempat. Nak pegi Putrajaya, tapi tiba-tiba sampai Sepang. Boleh? Hehe. Layan je lah. Tujuan utama nak pegi naik basikal, hapuskan lemak-lemak di peha. Tercapai pon dah kira bersyukur.


Paya Indah Wetland. First time dengar. First time jugak sampai sini. Boleh tahan tempat ni. Macam takde banyak benda tapi kalau nak tenangkan fikiran tu seswai sangatlah. Sebab ianya jauh dari orang. Dan sunyi. Rasa tenang je nak lepak-lepak sini. Kalau pegi dari pagi memang ada banyak aktiviti kite boleh join. Nak memancing pon boleh, nak kayuh basikal boleh, nak poco-poco boleh. Tengok haiwan boleh. Macam-macamlah. Cuma nak cari jalan ke sana macam susah. (Kitorang sesat sebab signboard dia entah apa-apa). Okeh jom layan gambar !



Masa pilih basikal, shaye nak yang kaler putih tu. Tapi tak jadi sebab shaye kan ‘tinggi’.Atas sebab-sebab tertentu kena naik basikal biru. Benchi okeh. Huhu. Itu muka senyum terpaksa kena naik basikal biru.


Standby! Ke garisan! Go! Haha. Excited la kunon muka masing-masing sebab dapat basikal sorang satu. Ini baru nak start muka memang la ceria. Sebenarnya sempot okeh !


Basikalku ‘laju’. Sebab tu asyik kena tinggal kat belakang je. Haha. Ini muka semangat naik basikal. Masa ni peha dah mula kejang-kejang. (Nampak sangat gemoknya)



Tengah kayuh-kayuh basikal, nampak sesuatu.

Nemo: Eh, apa tu???

Amru: Buayalah!

Nemo: BUAYA???! Oh ini la BUAYA? (muka tak boleh blah)

Amru: Itu buaya darat, ini buaya tasik. Haha.

Nemo: Okeh. (usha buaya dengan takott-takott)




Okeh, sambung balik naik basikal. Buaya tu tak buat apa pon. Tido je boring shaye tengok. Gambar kat atas, haruslah shaye di belakang sekali sebab gemok oh. Tak boleh kayoh laju-laju.


See?? Budak gemok ni dah surender. Naik bukit tak boleh kayoh. Kaki gigil-gigil. Hahahaha. Kelakar gila. Serious gigil beb. Naik bukit kena turun sorong basikal jap.


Masa main-main basikal, nampak pakcik-pakcik hensem ni tengah menari poco-poco. Macam best. Pakcik-pakcik kau nampak, kakak-kakak kau tak nampak ye Era? Haha. Lama jugak kitorang berhenti dan usha pakcik-pakcik, kakak-kakak tu joget. (Hafal step la konon)



Okeh, kantoi. Bukan setakat usha je. Entah macam mana tiba-tiba kitorang pon terjoget jugak.Maluuuuuuu.. Haha. Step memang terabor. Shaye bukan penari handalan, nak joget ikot step apa semua. Btw, enjoy kat sini. Pakcik-pakcik situ sporting !



Masa bersuka ria dah tamat, shaye nak tenangkan diri. Duduk sini seswai untuk melayan perasaan. Tenang sangat-sangat. Takde siapa dapat jumpa kau. Takde siapa ganggu kau. Asal jangan buaya tadi sesat kat tasik ni dah la. Mahu kena ngaaaaap! Bahayes.


Budak gemok yang meneruskan single life beliau.


Tema basikal kami ialah blue blue blue. Tapi basikal shaye tempat duduk dia paling ‘tinggi’ kott. Haha. Ini berhenti surau jap. Tunaikan tanggungjawab kepadaNya.


Sebelum balik, amek gamba kenang-kenangan sama-sama. Sorry sebab susahkan korang. Maklumlah, dulu keluar berempat. Sekarang tidak lagi. Semuanya tinggal kenangan. Agak janggal sebab rasa macam something yang kurang. Tapi layan je lah. Konon-konon nak bawak Mimi sekali tapi macam susah pulak nak naik basikal lagi ape semua.



Me, Elin, Amru.


Thanks korang sebab bawak shaye pegi jalan-jalan dan tunaikan hajat yang tak kesampaian dulu. Kalau ada peluang, nanti kita jumpa lagi okeh. Even shaye sudah terputus hubungan dengan salah sorang dari korang, tapi tak salah kan kalau kita semua masih berkawan? Semoga korang bahagia selalu. Kepercayaan, kesetiaan, menghargai antara satu sama lain tu sangat penting dalam perhubungan. Kawen nanti jangan lupa jemput.

Oi Oi Nemo, kau kata nak buat entri happy-happy. Ini macam sedih-sedih. Apa-apapun shaye happy masa tu. Dan shaye sangat bersyukur kerana shaye yakin ada hikmahNya dengan setiap perkara yang dah berlaku. Rasa macam nak pegi lagi oh. Siapa-siapa nak pegi Wetlands dengan shaye tak? Jom?!

3 comments:

Cik Elyn said...

kire oke la kan tempat nie. walaupun bukan WETLAND yang kite nak g tu. kat cni pun name nye watland jugak :)

cik Nemo said...

tahu takpe. cepatlah updated pasal nih ! :P

iBu aDaM aLiShA said...

wah macam best...
tapi nak ker mamat tue bwk aku...
wakakakaka...

Lazada Philippines