Sunday, January 30

Tips : 10 Tips Putus Cinta

Salam semua. Huhu. Baru shaye perasan nak dekat sebulan lebih, belog shaye ni ala-ala macam tengah berkabung je. Isyh. Tak patot tak patot. Malu je orang baca. Sorry kalau shaye lagi banyak meroyan daripada tulis sesuatu yang lebih berinfo sket. Sorry guys. Emosi tak berapa stabil. Asyik meroyan je. Bagi masa sket. Haha. Haisyyohh! Okeh hari ni shaye nak bagi tips. Tips seswai untuk diri shaye sendiri atau orang lain kot. Tips mengatasi kekecewaan dari putus cinta. Haaa. Hambek kau. Huhu.

1. Menangis
Menangislah. Nangis sampai kering air mata pun takpe. Sebab dengan menangis kita akan rasa lega. Tipulah putus cinta tak sedih. Kalau agak-agak hati batu tu tak nangis pun takpe. Tapi tak puas kott sebab tak rasa lega. Shaye? Hahaha. Sangat lega kott. (Sampai kering bijik mata haa)

2. Bersendirian
Ambil masa untuk bersendirian. Bukan untuk meroyan ye kawan-kawan. Untuk kita motivated diri sendiri supaya kita jadi lebih tabah dari sebelumnya. Pergi je mana-mana yang uols nak pegi sorang-sorang. Tapi jangan pergi tempat yang membahayakan pulak. Ingat-ingat la sikit. Serious, kekuatan tu akan wujud dalam diri uols.

3. Meluahkan kepada rakan terdekat
Pendam-pendam pon tak guna. Uols kena ada someone yang boleh dengar keluhan hati korang. Bukan setakat dengar je, tapi yang boleh bagi nasihat kat uols. Dan pastikan kawan yang uols luah masalah tu boleh dipercayai dan bukannya jenis kepochi. Kalau tak, cerita uols jadi gosip panas le jawabnya.

4. New branding
Yang ni kira macam dah nekad la kan nak mula hidup baru. Ubah sket cara hidup uols. Mungkin dari segi pakaian ke, ape ke, tak kesah la kan. Asalkan uols tak nampak diri uols yang lama. Buat je la apa pon, potong rambut ke, sekarang ni suka makan kuih ke, sekarang ni suka tak mandi ke. Buat pembaharuan. (Ini adalah proses melupakan)

5. Family is everything
Masa-masa macam ni family ialah segalanya. Dekat dengan family. Sebab diorang lagi faham kita macam mana pun. Hargai diorang. Percayalah bila kita dekat dengan family, kita takkan rasa sket kekosongan pun. Trust me. Buatlah aktiviti apa-apa pon. Kalau duduk dekat-dekat tapi tak menegur baik tak payah. Hehe.

6. Lupakan dia
Ada banyak cara kot nak lupakan dia. Cara paling senang pegi hantuk kepala kat dinding sampai uols hilang ingatan. Sure lupa terus. Hehe. (Jaat ko ye Nemo) Ada banyak cara. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Ikot uols la taknak contact dia ke, nak buang barang-barang pemberian dia ke, nak buang semua gambar-gambar kenangan uols ke, nak bakar semuanya ke, terpulang kalau uols rasa buat semua tu berbaloi. Shaye? Tak perlu kot bakar-bakar. Panggang je. Haha. Takdelah, ape yang shaye buat ialah "berpaling" if ternampak dia. Macam mana? Fikir sendiri.

7. Berjimba
Tak guna meroyan terperap kat rumah. Pergilah keluar jalan-jalan hiburkan hati. Tapi jangan pergi tempat bukan-bukan pulak. Even uols dah bebas tapi tingkah laku kena jage ye kawan-kawan. Hehe. Ajaklah kawan-kawan pergi bersuka ria sama-sama. Tak la bosan keluar sorang-sorang kan. Pegi shopping, tengok wayang ke, karaoke keh, syioook tu. Hehe.

8. Sibukkan diri
Sila sibukkan diri anda. Jangan menong-menong fikirkan masalah tu. Kalau yang takde kerja tu, pergi cari kerja. Buat je la apa-apa aktiviti sekalipun. Jangan berdiam diri saja. Kalau tak, perasaan sunyi tu tiba-tiba wujud tanpa dijemput. Benchi.

9. Berdoa
Jangan pernah berhenti berdoa supaya diri jadi lebih tabah. Doa yang terbaik je. Dan jangan pulak busuk hati doa yang bukan-bukan kepada ex uols tu. Tak baik berdendam. Sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Mungkin kita tak nampak hari ni, tapi esok lusa siapa tahu kan?

10. Cari pasangan baru
Tips paling mudah. Pergilah cari pasangan baru. Haha. Siot je kan. Tapi pastikan hati uols betul-betul dah sembuh. Jangan pulak cari pasangan lain semata-mata nak balas dendam atau jadi tempat pengganti sunyi. Kesian nanti orang lain jadi mangsa. Cinta tak boleh dipaksa. Dia akan datang sendiri. For me? Tak ready lagi kott. Malas. Kerja lagi bagos.


Akhir kata.



I'm Single. And I'm Ok !

3 comments:

amir aizat said...

hahah mcm interesting!

cik yuz said...

suke point yg last tu..heheh

♡ Sutera Kasih ♡ said...

'sy single, sy okey.'

mcm penah dgr tagline ni tp cuma kena ubah words single tu je hehe


jgn sedih2 k..single is much more better than double trouble..

Lazada Philippines