Tuesday, February 15

Bila cik Nemo Homesick

Salam semua. Haisyooh. Seharian berhibernasi, tiba-tiba rajin nak updated belog kan. Hehe. Takdelah, kerja shaye sekarang memang takkan lekat kat rumah. Tak kiralah pukul berapa pun. Bila dah banyak sangat berjalan, mulalah penat sana, sakit pinggang sini. Cis cis cis ! Bila sedar-sedar dari berhibernasi, terus teringat kat rumah. Adush. Mummy, nak balik! Huhu.


Rindu kat Mimi. Sangat! Apelah yang dia buat kat rumah tu. Haisyooh! Minggu ni nak balik ke tak ha? Nak balik ke tak nak? Nak balik ke? Berfikir-fikir macam ape entah. Haha. Bukan apa, kunon-kunon nak pegi “Terengganu” minggu ni. Shaye nak pegi ikot orang mencanting batik. Wahhh! Macam best kan? Pagi Ahad nak mencanting-canting tu. *Bangun pagi ke ko?


Masih lagi berfikir. Maybe balik kejap takpun tak payah balik minggu ni. Tengok lah macam mana. Canting batik atau jalan-jalan kat kawasan rumah pastu terserempak “hantu”. Malas aku. Haiiishhh! Kalau jadi mencanting batik minggu ni, nanti shaye updated story kat korang okeh? Kalau lawa, shaye tayang la. Kalau tak lawa, sorok simpan dalam tong sampah je. Hahaha! Okeh lah, nak menatap gambar Mimi lama-lama.



No comments:

Lazada Philippines