Thursday, February 24

Sewaktu Blogger Lain Pergi Tengok Pelancaran Movie Ratu, Shaye Membawa Hati Pergi Teater Muzikal "Terima Kasih Cinta"

Salam semua. Tajuk je pun dah bernada jeles kan? Kan? Hahaha. Kelmarin dorang-dorang ni pergi berjimba kat eCurve untuk pelancaran Ratu The Movie. Oh jeles. Tapi jeles shaye diobati dengan pergi menonton teater muzikal "Terima Kasih Cinta". Suke suke suke. First time kott pegi tengok teater. Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya jam 8.30pm. Kalau uols berminat nak tonton pada hari lain boleh refer jadual persembahan kat SINI :

Sinopsis teater muzikal "Terima Kasih Cinta"

Mengisahkan 5 kisah cinta yang penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan.

Kisah bermula dengan Haris yang merupakan seorang suami yang setia dan seorang ayah penyayang. Keluarganya sangat beerti bagi dirinya namun kebahagiaan itu mula runtuh dan berantakan. Adakah dia mampu untuk menyelamatkan kebahagiaan keluarganya yang kian jauh menghilang.

Cerita seterusnya menyajikan Rubiah seorang wanita yang berjiwa kental tetapi kesepian. Dia menemui cinta dengan seorang pesara guru,tapi kehidupannya dengan cinta baru ini sangat menguji kesabaran dan ketahan jiwanya. Mampukah dia untuk menghadapi semua itu dengan kekuatan yang ada.

Azlan, seorang penerbit majalah yang kaya dan berjaya, memiliki segalanya yang diidamkan setiap manusia. Namun, ia masih merasa sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Apakah mengejar kesempurnaan dan keutuhan membantunya mengungkap kunci menuju kebahagiaan?

Dyan adalah kakak yang bertanggung jawab dan hanya menginginkan yang terbaik untuk adiknya. Tapi Dhani benci campur tangan Dyan dalam hidupnya. Tapi terjadi yang bakal Dyan hadapi akan merubah segalanya dan masa depan adiknya.

Arianna dalam usaha untuk mencari kekasih yang dicintai. Sepanjang perjalanan, dia bertemu Taufiq, lelaki pemalu dan baik hati, yang membantunya mencari kekasihnya yang berada di kota. Tapi seperti kesukaran dan kepayahan mencari dan mendapatkan semula kekasihnya, dia semakin sedar bahawa apa yang dia cari adalah tepat di depan matanya?

Kelima cerita yang terlibat di dalam Terima Kasih Cinta ini saling jalin-menjalin antara satu sama lain untuk menunjukkan kekuatan dan keajaiban cinta.





Antara pelakon popular yang terlibat terdiri daripada Latif Ibrahim, Safura, Diddy, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Shajiry Damery. Lakonan dorang memang mantop!


See? Dapat autograf dorang. Siyesly malu gila kott nak mintak. Hahaha. Lagi-lagi masa mintak kat Anding. Nasib le kawan shaye temankan. Kalau tak, pengsan. Boleh? Wooot woot! Nak amik gambar dengan diorang, tapi disebabkan shaye sorang-sorang, malu gila kott. Tengok dari jauh sambil buat muka ego pon cukop. Dats why la tak banyak gambar nak bagi korang tengok. Hahaha.


Okeh, komen shaye pasal teater muzikal ni. Disebabkan jalan cerita pun kita dah boleh agak kerana cerita ni kan diadaptasi dari filem Cinta, dengan adanya pelakon-pelakon mantop ni shaye rase teater ni best. Semuanya sangat menjiwai watak dan suara diorang memang best! Mantop! Keseluruhannya, BEST.


Kepada siapa-siapa yang berminat, masih lagi boleh menonton. Korang boleh beli tiket kat SINI.

2 comments:

paan sabri said...

rasanye teater lg best dr movie, sbb tgok dorang act live kan? tp so far tak pernah lg la pg teater.. huhu..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam singgah dan folo blog ini..

saya lum pernah lg tgk teater..nak gak rasanya tgk huhuhuhh

Lazada Philippines