Sunday, February 20

Shaye dah mula sukakan dia.

Salam semua. Wazzup! Sorry lah bizi skett tak selalu updated sangat. Minggu ni adalah minggu berjimba. Seronok. Thanks kepada semua yang sudi meluangkan masa. Shaye malas nak balik minggu ni sebab nak seronok-seronok kat sini. Mimi sayang, sabar skett okey? Nanti kak Iya pulang. Minggu ni pegi "Terengganu" untuk mencanting batik. Seriously best gilak. Nanti shaye updated cerita pasal pegi mencanting batik.


Berbalik kepada tajuk. Ehem. Shaye sedang dilamun cinta. Hahaha. Pecaye? Tak payah la pecaye. Shaye sudah mula sukakan si Yoshi ni. Sangat cute. Yoshi ni adalah milik kakak shaye. Baru je shaye jumpa dia dua,tiga minggu lepas. Masa tu Yoshi kecik lagi. Ni shaye datang rumah kakak shaye lagi, dia dah besar panjang. Omaigod. Sangat gebu.


"Psssstt Nemo, bukan kau takut kucing ke?" Hahaha. Shaye takut kucing jalanan saja. Kucing pegi klinik ni shaye tak takut dah. Sebab diorang sangat-sangatlah manja. Kelmarin shaye pergi ikot kakak shaye selamatkan anak-anak kucing yang sakit mata. Omaigod, kesian sangat. Mata anak kucing tu macam dah nak tersembul. Takut dan kesian sangat.


Masa shaye pergi rumah "kakak penyelamat kucing", omaigod rumah dia ada lebih 20 lebih ekor kucing. Feel masa mula-mula masuk rumah. Gilak! Banyaknye kucing. Dan shaye dikerumuni kucing-kucing. Korang bayangkan "ikan Nemo" dikerumuni kucing? Hahaha. Takott okeh. Tapi nasib baik, kucing-kucing tu semua dengar kata.


Dan masa "kakak penyelamat kucing" tu cuba selamatkan anak kucing yang dah lemah tak berdaya tu, tiba-tiba hati shaye tersentuh tengok kesungguhan diorang nak selamatkan anak kucing yang mungkin dah buta. Cara dia layan anak kucing tu (macam seorang ibu), anak-anak kucing yang sangat kelaparan, kucing-kucing lain yang cuba nak tolong anak-anak kucing tu (jilat-jilat badan anak kucing). Dalam hati, omaigod. Apa semua ni? Kucing je kan?


Baru shaye sedar dan terfikir. Kucing pun makhluk Tuhan juga. Sedih dan terharu kau sorang-sorang kat situ. So, sekarang ni shaye dah tak takut kucing lagi Yes yes yes! (tapi mungkin tak takot kucing kakak shaye saje sebab kucing-kucing beliau sangat manja dan gebu)


Nemo dan Yoshi.


Yoshi sibuk nak temankan shaye mengadap lappy.


Senyum Yoshi ! Ramai nak kenal awak ni !

Okey, itu saja. Bai bai.


1 comment:

♡ Sutera Kasih ♡ said...

kucing kitorg dh xde huhu..sbb dorg suka buang najis merata2..jd mak marah huhu

Lazada Philippines