Thursday, March 3

Bagi Semangat pada Yoshi Dan Fabby !

Salam semua. Okey kita sambung cerita tertunggak seterusnnya. Ini adalah cerita basi shaye pergi Cat Show di Kelana Mall ahad lepas. Okey nak dipendekkan cerita, cat show bermula dalam jam 11am. Huhu. Buah hati shaye ambil bahagian kan, so kena la bagi semangat kat Yoshi. Kami sampai awal gila dalam 9.30am macam tu. Pertandingan kucing ni adalah anjuran kedai Jejari Pet bersama Kelab Kucing Malaysia. Ada macam-macam kategori yang dipertandingkan termasuklah "Cutest Cat", "Longest Cat", "Unique Cat", "Active Cat" dan macam-macam lagi. Okey jum tengok meooooooooooooooooooowwwww bersama !


See? Pelik-pelik kan kucing ni? Takde bulu. Bukan sebab kena cukur tapi memang jenis macam ni. Macam garang tau. Dia menang kucing takde bulu yang aktif. Mungkin sebab dia tegur setiap orang yang tengok dia. Hehe.

Tengok kucing ni. Pemalas kan? Dah la muka garang. Terbaring je. Moody kott. Kesian. Shaye dah cuba tegur-tegur dia tapi macam itu la posingnya. Cett, takmo bekerjasama langsung tau.

Itu tengok hamster tu. Semua dah tidur kekenyangan. Lepas makan, diorang tido sempit-sempit kat tempat makanan tu. Comel tapi rasa macam susah je nak bela. Hehe.

Tengok, chomel tak Yoshi? Dia je yang paling muda kat sini. Dah la gebu sangat! Setiap orang yang datang confirm berhenti main-main dengan Yoshi. Yoshi pon bukan main suka lagi. Dah nampak dah bakat dia bak kata tuan dia. Psttttt, hari tu dia curi-curi masuk bilik nak tido dengan shaye okeh. Cett!

Yang ni kucing Garfield nama dia (suka-suka aku je bagi nama). Gemok gila. Takott!

Yang ni Fabby. Chomel. Seibu dengan Yoshi lain bapak.

Yang ni muka macam kucing pemalas yang mula-mula tadi. Tapi beza dia tengok bulu. Banyak gila. Gebu! Ini kucing ni dah buat muka macam ni, confirm dia tengah stress sebab tak nampak tuan dia. Kesian.

Yang ni bulu dia macam kucing biasa kita tengok. Mungkin dia kawin dengan kucing bulu banyak sebab tu jadi macam ni. Chomel jugak.

Antara yang hadir menyaksikan kucing-kucing ni beraksi. Eceh!

Semua kucing yang bertanding memang kucing-kucing yang hebat belaka. Semua ada kelebihan masing-masing.

Yang ni menang kucing terpanjang. Gila panjang tau. Besar pulak tu. Ini namanya kucing Minkun(betul ke eja). Memang spesies ni besar-besar belaka. Lepas tu kucing ni garang la jugak, dia akan manja dengan tuan dia je.

Cat Fair & Exhibition at Kelana Mall

26 & 27 hb Feb 2011.

Proses kira markah. Kucing-kucing dipertandingkan.

Yang ni untuk bahagian "Cage berhias"

Dah macam pelamin okey. Hehe.


Last sekali, acara penyampaian hadiah dan persembahan.

Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Penatt gilak juga masa ni. Penat menunggu kott. Haha. Yoshi takde rezeki tapi Fabby menang "Pakaian Beragam". Suka dia dapat hadiah. Hehe. Hujung bulan ni ada lagi Cat Show lagi, kat mana shaye tak pasti. Yang pasti, budak-budak ni masuk bertanding lagi. Hehe.

3 comments:

Mallisa Nadia said...

Rajin betol tuan belog nie melayan kucing ye.. huhuhu bagus2.. kucing tuan blog nie memang cute gile.. :P

Nazatul shima said...

hehe..ni mesti fans kucing nih...hehehe..:D

Cik Elyn said...

waaaaaaaawawawa~
kenapa ku tidak tahu.....

Lazada Philippines