Friday, March 18

Baju Biru, Biru Biru Alam

Salam semua. Ok, hari ni kena menaip pantas sebab dah hari Jumaat kan. Aktiviti minggu lepas tak habis tulis lagi kan. Nanti tambah aktiviti esok lusa tak nyempat-nyempat nak tulis. Huhu. Ni sementara supervisor tak sampai-sampai opis better update kejap. Haha. Apa punya anak buah le ni kan. Okey, minggu lepas shaye berkesempatan pegi ke laut dalam melawat spesies-spesies shaye. Oppsss! Spesies lautlah!


Thanks to my friend sebab tiba-tiba bawak shaye pegi sini. Actually ini adalah tebusan janji-janji beliau untuk bawak shaye ke tempat-tempat yang shaye nak pergi suatu ketika dulu. Antaranya, nahhhh! Dapat pegi Aquaria KLCC. Yes yes yes ! Jom!


Hensem tak katak ni? Hehe. Shaye amek gambar dia baik punya posing tau. Siap senyum lagi. Katak hidup okeh, bukan katak yang diawet sebab shaye nampak nafas dia turun naik. Nervous ke jumpa shaye? Haha. Nasib bukan putera katak, kalau tak aku ciom dah. Haha.


Teruja gila kot, sebab macam pegi pasar pagi. Banyak gila ikan sedang berenang. Eh? Macam pelik je ayat kan? Ah gasaklah. Shaye masa ni? Macam orang tak pernah tengok ikan. Dush. Nasib la tak bawak Mimi, kalau tak sure dia takmo balik. Mimi pon suka tengok-tengok ikan ni. Sebab masa kecik selalu bawak dia tengok ikan.


Teruja kau tengok benda silinder ada ikan tu. Terus amek gambar. Masa ni ada ramai yang nak amek gambar, shaye buat muka garang kat orang lain, semua takut nak amek gambar kat situ. So, dapat jugak amek gambar. Ok, tipu.


Cantik. Air biru-biru sebab lampu biru ke hape ha?


Ha, Itu itu itu! Belangkas. Haha.


Ikan pelik ni. Kepala petak.


Yeay! Dah masuk terowong dah. Suka suka suka.


Uisssshhhh! Shaye dengan ikan ape tu heh? Ikan jaws ke ikan paus? Opppsss, sila abaikan perut shaye yang menggelembung-gelembung tu. Entah tali pinggang aku buat hal pulak. Dan sila abaikan flash terlampau dari kamera canggih kawan shaye tu. Haha.


Ha! Itu itu itu! Ikan pari ke hape eh? Kan? Besar gila. Muka macam orang, seram okeh. Nak makan pon takott. Agak la kalau nak menyiang tu rasa macam nak bunuh orang je rasa. Gila tinggi shaye imagine. Haha.


Oh ramainya manusia.


Yang besar gila tadi tu ikan pari, yang ni pon ikan pari jugak ke ha? Confiused lah.


Tengah berkomunikasi dengan ikan-ikan tuh. Siyes, rasa macam nak culik je ikan-ikan tu buat goreng. Geram gila tengok, rasa nak makan je. Nyammmm!


See? Runsing skett la sebab semua sibuk datang sini nak tengok ikan. Apa takde hari lain ke? Hoi Nemo, kau ingat Aquaria tu bapak kau yang punya ke? Opppss!


Jeles sebab tengok diorang semua pandai berenang tapi shaye tak pandai berenang. Lemas lagi adalah. Demm!


Itu sotong kurita yang glamer tu. Iyelah tu.


Ni kat akuarium besar tu. Best gila rasa macam duduk dalam tu aje.


Haruslah amek gambar kenangan buat tatapan uols. Wahhhh!


See? Shaye jumpa Sipot Resakse! Oppps bukan. Ini nama dia Siput Kurita. Gila besar tau.


Itu obor-obor ye anak-anak. Sangat cantik bila dia pancarkan lampu-lampu kat obor-obor ni.


Macam lukisan kan? Padahal duduk depan akuarium. Rasa tenang pada tarikh keramat tersebut. Buat apa runsing-runsing? Tenang sudah.


See? Inilah yang shaye cari-cari dari mula shaye masuk Aquaria ni. Dalam banyak-banyak ikan, shaye jumpa seekor je ikan Nemo. Dia takde kawan, main sorang-sorang je kat situ. Even ada banyak ikan-ikan lain kat situ, dia masih boleh berdikari dengan sendiri kat situ. Kesian. Tapi shaye tetap rasa dia istimewa antara ikan-ikan lain. Sekian terima kasih. Lepas ni jom pegi Hi-tea kat Menara KL !

4 comments:

Jawa a.k.a USERMODE said...

meh lak alo berani datang umah sy. hahaha..takyah gi aquaria. umah saya sendiri pun da macam aquaria. XD

k.h.a.l.i.l.a said...

wawahhh.... penah nak dtg cni. tp dtg lepas jalan2 dulu tempat len. sampai sini dh malam. dah tutup......-_-" padan muke... huhuuu

cik Nemo said...

jawa: hahaha. takde makne siap nak dtg rumah pegi tengok. angkut lah pegi aqua fair tuh!

cik Nemo said...

khalila: aloh2 siannye..takpe, aquaria tuh belum tutup lagik. boleh dtg lagik..:)

Lazada Philippines