Wednesday, March 16

Ber BBQ sampai rumah terbakar.

Salam semua. Good morning semua. Ini adalah entry auto-publish. Jam 7 am uols dah boleh baca belog cik Nemo. Itu pon kalau uols bangun awal la kan. Haha. Lagi satu, ini adalah sambungan dari entri sebelumnya. Entri mana? Alohhh entri Bila Mami Jarum Pergi Pantai. Lepas je jumpa hidupan-hidupan laut, malam tu ape lagi? BBQ lah ! Haha. Suke suke suke.


Ketam bakar dengan cheese. Sluurrppp!


Yang ni pulak sebagai pembuka selera. Sedap!


Yeahhhhh, dah nak siap tuh.


Jemput makan semua. Sedap! Ketam fresh punya!


Psstttt, sedap tu sedap jugak. Dah balik baru shaye tahu kisah disebaliknya. Actually, masa shaye turun ke kedai sorang-sorang, rumah terbakar sebab diorang boleh tak perasan api dah menjulang-julang. Hahaha.

Mari kita baca cerita dari pihak yang berkenaan :

Situasi kecemasan

Seorang isteri sedang sibuk menyiapkan makan malam, si suami sedang sibuk membantu, tiba2:-

Suami : Bau apa ni sayang

Isteri : bau apa? bau abg bakar arang utk BBQ lah kan

Si suami pun menuju ke dapur utk melihat apa yang terbakar (sedangkan jarak isteri dgn dapur tak sampai 4 meter)

Suami : Ya Allah, cm mana boleh terbakar nie

isteri : apa yang terbakar? (masih blur2)

Sambil itu mata si isteri telah menangkap pada api yang sedang marak, sepantas kilat si suami membuka dan mematikan laluan gas dr tong gas

suami : syg...sayang cepat ambik air.....

isteri pun dgn sgt lemah lembut ambik cawan yang agak tinggi dan menadah air...( hahahahah sementara nak tgu air penuh api dah hanguskan rumah)

sebaik melihat keadaan tersebut, si suami pun menghala ke arah isteri, mencapai cawan tersebut dan menyeduk air di dalam sink yang digunakan untuk membersihkan kerang, lantas menggunakan air tersebut utk memadamkan api seraya berkata:

suami : berapa lama nak padam kalau tadah air cm 2?

isteri : dah tu kalau x tadah nak buat cm mana

hhahahahhaha.......(cerita ni kalau di baca mgkin tak lucu, tapi sekiranya korang ada ditempat kejadian pasti korg pecah perut

dalam hati isteri : terbakar jer kot...bukan nya apa2 pun...hahahahahaha



See?? Nasib lah masa shaye naik rumah, tak rentung diorang-diorang ni. Hahaha. Boleh pulak macam tu. Nasib baik. Dan kami menikmati makan malam dengan seronok sekali. Thanks kepada yang berkenaan. Yeahhh!


8 comments:

Cik Elyn said...

paling suke tgk itu ketam. grrrrrrrrrrrrr :P

Anonymous said...

teringat makan ketam kat muara taun lepas 3 ekor sy bedal sorang. tapi rasany kamu punya ketam lg sedap... nyam3

cik Nemo said...

yep. memang sedap!

Anonymous said...

sepat stim pn sdap.

cik Nemo said...

anonymous: byk tulang hokey!

Anonymous said...

sb tu sy xsuke ikan....

Natasha said...

hahahahhah sengal...siap copy paste tuh......mangkuk hayun tol

cik Nemo said...

natasha: ini namenye dipendekkan cerita..hahahaha

Lazada Philippines