Tuesday, March 15

Bila Mami Jarum Junior Pergi Pantai

Salam semua. Sket-sket update belog kan. Siapa pedulik? Haha. Baca je lah. Kang ada orang yang baru balik Paris tu kecoh-kecoh shaye lembab update belog kan. Okey, ini adalah entri sambungan daripada pegi kenduri rumah orang kawen minggu lepas. Lepas pegi wedding tersebut, secara tiba-tiba kami di bawa ke suatu tempat. Gila ah. Berbaju kurung nih. Tak ke macam Mami Jarum pergi berjalan?


Tadaaaaaa... pegi tepi jalan. Eh bukan-bukan. Ini singgah gerai tepi jalan je. Belum sampai tempatnya lagi.


Tadaaaaaaa! Sudah sampai, dari Kajang ke Pantai Remis. Gila berjalan. Semata-mata nak beli hidupan-hidupan laut di sini. Hidupan laut lah sangat. Pssssttt, ini tempat dating dulu-dulu. Menchik. Menchik.


Yaaaaa! Itu dia mami jarumnya! Hahaaha!


Nak beli sayur ke, ape ke semua ada. Buah-buah ada. Fresh-fresh dari kampung punya.


Kepada peminat ikan-ikan laga, boleh beli kat sini. Banyak pilihan. Ikan Nemo takde jual kat sini. Hahaha.

Kepada peminat-peminat arnab kampung, boleh juga beli kat sini. Nak bela ke, nak makan ke ikot suka la kan. Tapi macam mahal je rasa kat sini.


Ha, nak ayam kampung. Beli je kat sini. Tempat ni dah macam pasar zaman dulu-dulu dah tau. tengok sendiri je la. Lagi-lagi kitorang dah siap pakai baju kurung semua. Memang macam zaman-zaman Hang Tuah.


Oh nak beli segala sipot sedut, kepah, lala, kerang semua pon ada. Terbaik, fresh dari laut. Yeaahhh! Itu muka semangat ye kawan-kawan.


Yang ni puteri Hang Li Po nak pergi beli sayur. Hehe. Jangan marah, sayang.


Yeahhhh, beratur nak beli benda-benda alah ni.


Pergi memancing memang le dapat ikan, tapi ikan masin. Hahaha. Ape la nasib kami ni kan.


Bergambar tepi laut lepas buat liputan kat rumah orang kawin tadi.


Sambil-sambil tenangkan fikiran tepi laut, sambil posing kejap. Ada orang cakap baju shaye bau kemenyan sebab pakai baju orang dah mati. Ah gasaklah. Hahaha. Apa-apa pun, lepas pegi pantai ni, masa untuk BBQ pulak bila malam menjelma! Yeahhhhhh!

1 comment:

Anonymous said...

kat sini maen layang2 pon best. tp layang2 sy dh koyak...

Lazada Philippines