Monday, March 7

I Love You, Ah Cheng

Salam semua. Semoga semuanya baik-baik belaka saja. Sorry lah, lama tak updated. Bizi sket. Bukan sebab hati bunga-bunga ke hape okey, tapi ada banyak program. So, takmo tuduh-tuduh. Shaye tak suka. Sekarang ni memang selalu bizi, sampai nak balik Klang pon takde masa. Huhu. Mari shaye bawak uols kat tempat shaye bercinta dan mendapatkan kebahagiaan bila balik kerja.

Ah Cheng Laksa.

Slurrrrpppp! Teringat oh penangan laksa dia. Memang standard laksa Mama shaye. Shaye dan budak-budak rumah memang kalau stress kerja, harus kitorang lari pecut ke Curve lepas balik kerja. Sebab apa? Bukan setakat laksa je kita boleh dapat kat situ, nak makan nasi, roti, mee kari, asam pedas dan macam-macam pon boleh. Dan yang pasti, semua makanan SEDAP sangat !


Itu muka-muka yang sangat excited bila nak makan. Haisyooohh! Servis dia pon okey. Takdelah nak tunggu lama-lama. Kedai ni tak ramai kot yang pergi. Mungkin sebab tempat dia yang agak tersorok takpun time kitorang datang je, time takde orang. Maklumlah balik keje jam berapa kan. Siapalah nak melepak time-time balik kerja macam kitorang kan.


Sorry lah, kualiti gambar tak berapa nak bagus. Maklumlah kamera handphone tak canggih mana. Tapi kira okey la kan, nampak jugak kan gambar laksa terbaik dari ladang ni? Sangat sedap oh. Haha. Harga? Dalam RM7.90 macam tu kott. Lupa. Shaye kan pelupa orangnya. Kalau nak tambah telur pon boleh, tapi tambah harga la kan. Hehe.


Ha yang itu, Mee Kari. Terbaik jugak. Rasa dia standard macam Mee kari mak kawan shaye tu. Haha. Dia yang cakap macam tu. Tapi memang sedap. Gulp. *Telan air liur. Harga sama je rasanya dengan laksa tadi.


Tadaaaaaaa! Suka suka suka. Masa ni kitorang makan yang pakej punya. Jimat! Tiga jenis makanan boleh dapat dalam RM16 macam tu. Yang penting, shaye haruslah makan nasi. Nasi lemak dia...*thumbs up!*. Dush. *Rindu nak pergi Ah Cheng.


Yang ni Asam Pedas dia. Sedap! Sluurrrrpppp! Kuah dia pekat, secukup rasa. Tak payah balik rumah suruh mak masak pon takpe, sebab rasa dia sama macam mak-mak yang masak. Serius ! Harga dia dalam rm9.90 kot. Lupalah. Yang ni kitorang pergi melepaskan rindu kat Ah Cheng lagi sekali ni hari lain pulak. Hahaha.


See? Tak sabar-sabar nak makan. Muka excited tak boleh blah. Hehehe.


Nasi ape entah tapi ayam BBQ. Gila punya sedap. Shaye makan sampai pejam-pejam mata feeling terlebih. Dush. Lantak orang nak pandang ke hape. Tapi yang pasti setiap kali suap makanan, harus sebut "Sedap wey!", "Terbaik", "Sedapnya", "Eh yang ni, rasa-rasa! Sedap!". Sampailah habis makan. Gila tak?


Ini lagi sorang muka excited nak makan. Hehe. Harga nasi ayam BBQ ni berapa ntah. Dalam rm14 macam tu lah. Sedap punya pasal, biarlah habis wang pun. Haha.


Shaye? Makan laksa la pulak. Terbaik. Taknak pandang kiri kanan dah. Lagi satu sebab shaye dan budak rumah suka datang sini adalah kerana ini tempat makan yang paling tenang dan cool sekali. Sambil makan, sambil dengar lagu-lagu english slow lama-lama. Romantik gila. Sebab tu shaye makan kat sini sambil pejam-pejam mata. Nikmat makan sedap+tenang+damai+cool. Biarlah tak bercinta pun. Tapi seriously, nak pergi sini hari-hari. Plus, orang kedai tu pon dah kenal kot muka kitorang. Hahaha.

No comments:

Lazada Philippines