Wednesday, March 23

Kenangan Tingkatan Lima [SPM Mood]

Salam semua. Good morning! Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera. Amacam? Hari ni budak-budak tingkatan lima nak amek result SPM kan? Kan? Semoga mereka dapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Hehe. Cerita pasal budak-budak tingkatan lima, shaye ada sedikit pengalaman yang nak dikongsikan. Semoga ianya menjadi teladan kepada adik-adik di luar sana.


Senang cerita la kan, shaye masuk sekolah teknik start dari tingkatan 4 lagi. Haa, masa tu la baru terdedah dengan dunia-dunia luar. Isyh. Sebelum tu biasalah kan shaye budak sekolah yang tahu pergi sekolah, balik sekolah. Duduk dengan family. Ni bila dah masuk sekolah teknik, kena duduk asrama dan pandai-pandai ko lah nak berdikari kan.


Dan dan pulak sekolah tu masa batch kitorang semuanya terdiri daripada budak-budak nakal. Hamek la. Dengan shaye sekali terpengaruh. Macam-macam hal la shaye ceburi. Shaye bukan nakal sangat actually, shaye follow bagi meramaikan majlis je. Hahaha. Agak-agak senior nak tarik budak junior, shaye pon join. Bajet gengster la kan. Siap buat group lagi. Group ape tau, group anti laki. Hahaha. Padahal bukan anti laki pon, saja nak balas balik kat budak laki sebab diorang buat group anti perempuan juga. Masing-masing siap design pastu tempah baju sendiri baju pangkah laki.


Ponteng sekolah, tak payah cakaplah. Lepas rehat je, budak perempuan yang duduk belakang sekali iaitu shaye dan kawan shaye pasti hilang. Sebabnya? Kitorang dah lari balik asrama. Haha. Agak-agak cikgu tu ajar bosan, pergi pulak tido kat toilet. Ah gasaklah, toilet pon toiletlah kan. Haha. Sekolah tu memang disinari wabak tido tau sebenarnya. Tak kiralah time cikgu mengajar, rehat, prep, pelajar-pelajar dia pasti tido. Haha. Termasuklah shaye.


Masa sekolah dulu, shaye selalu kena buli dengan budak laki kelas shaye. Diorang jaat tau. Shaye tahulah shaye budak second in take. Lepas tu tak lawa. Hitam. Macam-macam diorang buli shaye. Sampaikan dalam hati shaye, tak sabar-sabar nak habis sekolah nak berambus dari situ. Walaupun diorang suka buli shaye, lantak diorang nak panggil shaye ratu tido ke hape. Sebab time kelas shaye suka tido. Kecuali subjek math dengan add math. Shaye suka. Nak kata dapat A tu tidaklah, tapi selalu lulus la kan. Haha. Bila time exam, jawapan kertas add math shaye akan di pass pass dengan budak-budak lain. See? Dah buli, tapi mintak tolong shaye juge.


Bila exam untuk gerak gempur la kononnya, gerak gempur tu ala-ala percubaan. So, soalan sama dengan budak sekolah lain. Yang mana ade contact tu akan buat bisnes jual jawapan. Shaye pon turut terlibat jadi pembeli. Nak beli pon bukan macam nak beli sayur, kena duduk tempat-tempat gelap dan tersorok.


Shaye: Weh, berapa ko nak jual untuk paper jap lagi?
Penjual: Aku boleh bagi dalam RM2.
Shaye: What? Jawapan A B C je pon ko nak jual RM2?
Penjual: Ko nak ke tak nak?
Shaye: Ahhh, taknaklah. Aku jawap sendiri lah!


See? Baik tak shaye? Haha. Ada lagi semangat nak jawap exam sendiri even tengok budak-budak lain dapat soalan bocor. Alohhh, macam le tak boleh bincang dengan orang sebelah. Haha. Tapi siyes, masa tu semua orang tiru-tiru kott. Yang baik gila pon meniru. Tak boleh kata apelah kan. Haha. Cikgu-cikgu pon tak kurang hebatnya. Tengah-tengah jawap exam, tiba-tiba buat spotcheck. Memang ramai gila yang kantui. Fail paper? Perkara biasa kott. Haha. Dapat lulus tu macam dah hebat gila.


Itu cerita pasal sekolah, kat asrama lagilah. Shaye takmo cerita kat sini nanti uols ingat shaye budak jaat. Haha. Setiap malam shaye dengan membe-membe melepak kat pantry. Siap kemas-kemas buat macam rumah sendiri. Tarik tilam dari dorm tu letak dalam pantry. Pastu bawak radio yang dah diubahsuai bateri guna charger handphone, pasang tiap-tiap malam dan memekak. Tiap-tiap malam tak tido, dah jadi macam guard asrama pulak. Bila warden menjerit dari bawah, bukan main merangkak-rangkak ko kat koridor atas. Haha.


Sampai pantry tersebut disita sebab kitorang yang kantui dengan warden, ponteng prep tapi pegi tido kat pantry. Siap kena kejut dengan warden lagi. Masa tu boleh shaye mamai-mamai dan tenung je warden tu lama-lama. Nasib le kawan shaye tepuk belakang shaye sedarkan diri masa tu. Adush. Semua orang bengang okey sebab pantry kena sita. Bukan pantry blok kitorang saje, sampai ke pantry budak laki. Gila penangan. Hahaha.


Lagi satu, sekolah kitorang tu tersangat banyak hantu. Tiap-tiap hari, tiap-tiap masa mesti ada kena histeria. Sampaikan ustaz dah tak tahu nak buat apa, dia hantar budak-budak histeria pergi hospital. Berapa kali asrama tu di 'pagar' tapi 'roboh' jugak. Sebab? Budak-budak ada yang main spirit. Sampai satu hari tu shaye tak dapat lupa, sekolah kami diserang. Gila ramai budak kena histeria. Berjangkit-jangkit kau dari satu dorm ke satu dorm. Bukan budak perempuan je. Budak laki pon sama. Histeria bersilat-silat. Pergh!


Masa kat asrama dulu, shaye dengan kawan-kawan suka buat bisnes. Macam-macam bisnes la asal budak-budak bagi duit. Haha. Bisnes tindik-tindik, cukur kening, iron rambut, gunting rambut, jual megi, jual gula-gula, cokelat, kopok, jual baju, semualah kott. Mana yang boleh jual tu, habis kitorang jual. Seronok kott bila kite ketuk-ketuk setiap bilik sambil menjual. Itu pon senyap-senyap takut warden nampak. Berlari-lari kau bawak bungkusan besar gila. Bukan nak takot hantu ke hape. Sebab shaye rasa masa tu kitorang tak takot hantu langsung, sebab kitorang lagi takot warden. Sampaikan ada satu malam tu diorang nampak hantu pocong tepi asrama, boleh diorang berkumpul ramai-ramai pegi tengok. Gila ah.


Macam dah terlebih panjang kan shaye cerita? Nak dipendekkan cerita, shaye dan kawan-kawan akhirnya kantui fly asrama. Padahal benda tu semua orang buat, tapi dah nasib badan, kitorang kantui. Dan dan tu lah kena buang asrama. Padahal paper last SPM subjek Kimia lagi seminggu aje. Mak shaye punya la mengamuk. Apa lagi mak bapak kawan-kawan shaye yang lain. Tapi masa tu tak rasa nyesal pon. Entah. Sebab kitorang fly sebab nak pergi bukak puasa kat luar aje pon. Nasib masa tak kantoi masa fly merayap sampai ke KL. Masa kantoi tu kena berdepan dengan Pengetua, Penolong Kanan semua. Gila ah! Takkan lupa. Nasib lah kat sijil SPM, kelakuan baik. Haha. Selamat!


Family shaye tak amek pon shaye tau. Diorang biar je shaye kat asrama tu. Masa tu shaye dengan ada sorang lagi budak yang family dia taknak amek. Gila semua orang pon nak pandang-pandang semacam kat kitorang. Haha. Kelakar. Gengster la konon. Tapi memang shaye mengakulah kan, masa SPM memang shaye tak belajar betul-betul pon. Rugi okey. Result SPM memang tak payah cakaplah. Hampeh. Kalau dulu-dulu belajar betul-betul takdelah sekarang ni nak buang masa belajar lama-lama sebab mula dari bawah. Yelah, Kena amek Diploma dulu, pastu Degree. Syukur shaye sentiasa dapat peluang untuk sambung belajar even result memang hampeh.


So, kepada adik-adik kat luar sana, takmo ikot perangai kakak okey. Belajar betul-betul. Dan kepada yang nak amek result SPM hari ni, kepada yang dapat result bagus tu, alhamdulilah. Teruskan cita-cita anda. Yang result tak berapa nak best tu, takpe. Rezeki ada mana-mana. Biar lambat asalkan cita-cita nak sambung belajar tu ada.


Sekian Terima Kasih.

7 comments:

Jawa a.k.a USERMODE said...

pehal gambar sume takde kaitan? XD mana gamba time skolah?

cik yuz said...

haha...kazenku gengster rupemyer....sy skema!sume takut nk dekat..hehe

Anonymous said...

krenye ko nk ckp ko pandai add mathla kn??

cik Nemo said...

jawa: memang la takde. dulu2 mana ade kamera handphone! tak sempat amek gamba!

cik Nemo said...

cik yuz: harus gengster! Hahaha

cik Nemo said...

anonymous: tadelah hebat mana.hahahahha!

cik yuz said...

ceh..gengster konon...balik kampung muka suci jer...haha

Lazada Philippines