Monday, March 14

Menyelesaikan misi untuk jadi pelukis jalanan!

Salam semua. Gila ah. Ini entri basi. Shaye nak updated dari minggu lepas lagi, tup tup hari ni baru nak updated. Gila bizi. Bizi berjalan kott. Haha. Okeh ini adalah entri pantas. Shaye taip laju-laju time keje ni. Curi tulang kejap. Last week, shaye dan rakan-rakan telah pergi melukis batik lagi. Kami pergi ke sini lagi atas sebab minat yang mendalam terhadap batik. Minat mendalam tu. Ayat nak gempak.


Itu dalam beg plastik tu adalah batik yang shaye dah siapkan minggu sebelumnya. Dah siap matikan kaler sume. Minggu hari tu gila tamak shaye nak buat sampai dua batik, kali ni satu cukoplah. Haha. Yang penting, kepuasan. Pergh!


Pakcik tu dah kenal dah muka kitorang. Sebab asyik datang sini belajar pasal batik je. Sesiapa yang berminat lebih lanjut nak tahu pasal batik, boleh add pakcik ni kat Facebook--->Ismail Batik


Adik ni adalah antara tenaga pengajar. Hebat kan? Budak-budak pon dah diterapkan dengan benda-benda seni macam ni. Dengan cara macam ni, batik takkan pupus di mata dunia sebab adanya generasi-generasi baru yang boleh majukan batik ni.


Yang ini shaye punya. Belum siap lagi. Masa ni datang dah lambat, agak panas oh kena berjemur. Serabut nak kaler benda alah ni. (padahal memang takde mood sangat nak mewarna masa ni)


See?? Panas tuh tempat shaye mewarna tu. Haha. Takpe, tunduk-tunduk sudah. Tapi last-last tak tahan, tukar tempat jugak.


Ye, masing-masing sedang semangat mewarna batik. Kitorang jeles dengan orang sebelah kitorang sebab dia ada tenaga pengajar yang tolong dia kaler. Maklomlah, first time. Hehe.


Orang pertama yang siap. (Ada orang tolong bolehlah kan. Jeles)


Shaye meneruskan perjuangan. Mewarna dengan penuh teliti la konon. (Kalau takde cat tumpah, takpon kaler terlebih-lebih line bukan shaye lah tu)


Yeahhhh, dah nak siap!


Antara hasil-hasilnya. Next time datang sini, baru amek lukisan-lukisan ni. Belum kering, harus ditinggalkan buat tatapan pengunjung. Bai Bai lukisan!

7 comments:

saya_arief said...

sangat cantik

||| PöJìé PööH ||| said...

Sila ajak saya lain kali atau saya akan merajuk T___T

PojiePooh; Hanya Satu...

cik Nemo said...

arief: maceh..:)

cik Nemo said...

pojie: shaye telah mengajak kamu tetapi malangnya lukisan dh siap masa tu..:P

fatihah syazlina said...

hai :D nak taye tmpt lukis batik ni kat mana ? and berapa rm ? sorry banyak tanya hehe

cik Nemo said...

fatihah: kat Taman Titiwangsa.tiap minggu ada..RM10/RM12 per lukisan. :)

Anonymous said...

wah...batik air tangan cik era. kalau sy nk beli boleh?

Lazada Philippines