Saturday, March 19

Putar-putar dan Hi Tea di KL Tower !

Salam semua. Good morning! Alhamdulilah, tengah-tengah malam baru line Internet nak ok. So, shaye siapkan entri auto publish awal-awal sebab esok kan hari minggu. Dah confirm-confirm jadual padat takde masa nak update belog setiap masa. Nah amek bekalan entri-entri ni. Baca kalau-kalau bosan kan, rindu-rindu ke. Perasan haku ni.

Ini adalah entri sambungan daripada pegi Aquaria, KLCC minggu yang lepas. Lepas pegi Aquaria, tiba-tiba pegi KL Tower la pulak. Membe shaye kata nak pegi Hi Tea, tak bajet pulak nak pegi tempat tinggi-tinggi ni. Gila. Gayat okey. Tapi dah orang nak belanja, yes yes yes! Jimat wang haku.


Chuak masa ni. Sebab tak boleh bayang tinggi mana la kan nak naik. Actually, ni first time shaye naik KL Tower tuh. Semua pekerja dia baik-baik dan sangat bersopan. Hensem-hensem dan lawa-lawa kau. Haha. Sempat cuci mata.


See? Bila dah naik atas tu takdelah gayat sangat. Tapi siyes masa naik lift yang laju gila tu dah pekak-pekak telinga. Tinggi tempat shaye makan tu sampai ke tingkat paling bawah ialah 282 meter. Tinggi oh.


Siyes shaye macam orang kampung. Tahu pegi je. Sebab? Terkejut kau restoran ni bergerak. Dia berputar slow-slow mengelilingi supaya kita boleh tengok satu KL. Pernah dengar pasal Restoran Berputar Seri Angkasa? Shaye mana la tahu. Haha. Gila ah. Ingatkan sebab kesan dari gempa bumi ke hape. Yelah, faham-fahamlah. Tsunami kott minggu lepas. Huhu.


Itu muka excited. Baru lepas makan nasi kott. Muka kenyang sambil fikir nak makan apa pulak lepas ni. Haha. Perot perot perot. Memang manja tau.


Dah kenyang tuh, tapi tamak nak makan benda lain pulak. Bukan habis pong. Haha. Biaselah orang kampung. Kampung Kelang pulak tuh. Hahaha. Lawoklah.


Pusing punya pusing, putar punya putar. Uissshh! Itu itu itu! Dah sampai KLCC. Rasa macam shaye lagi tinggi dari KLCC tu kott. Hehe.


See? Bukti shaye lagi tinggi dari KLCC. Hehe. Bila perut dah kenyang, hati dah senang, masa makan dah tamat, kami pun pulang dengan membawa haluan masing-masing. Apa-apa pun korang pon patut cuba makan kat sini. Sedap pon sedap. Siyes. Kalau berminat boleh buat reservations kat SINI. Takpun kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web terus dengan klik SINI.

1 comment:

syufaa said...

waaa..seronoknyee..xpnh gi citu lg! huhu..

Lazada Philippines