Monday, April 25

5 Tips Untuk Memilih Topik Belog

Salam. Sihat? Kalau sihat, syukur alhamdulilah. Kalau tak sihat, sila segera jumpa doktor. Yelah, kalau sakit-sakit macam mana nak baca belog 50 sen ni kan? Kan? #perasan. Shaye duk refresh-refresh belog ni sambil berharap ada update dari tuan belog. Boleh? Haha. Actually nak update belog tadek idea. So, pergi sana-sini buat blogwalking cedok ilmu sana, cedok ilmu sini. Tup tup tiba-tiba je la kan dapat idea nak bagi tips kat uols.

Tips hari ni idok le banyak. Ade 5 tips untuk blogger kat luar sana. Tips apa? Shaye nak kongsikan uols tips untuk memilih topik belog. Yelah, kadang-kadang ada blogger yang shaye tengok diorang memang la kalau boleh setiap jam nak update belog tapi pengisian entah apa-apa. Tajuk tak payah cakap, memang kelam kabut kita nak baca tapi at last, hasilnya? Menghampakan. Jangan terasa sebab shaye pon sama je kadang-kadang. Haha! Takmo macam tu ye dek non. Sama-sama meh baca sedikit tips ni.


1. Memilih topik yang uols betul-betul gila nak buat
Dunia blogging ni makin lama makin meluas. So, banyak gila topik-topik yang diutarakan. Macam-macam jenis topik dipaparkan, macam-macam cara diolah kan? So, just be yourself. Pilih topik yang betul-betul uols suka, tetapkan label untuk belog uols. Contoh la kan, kalau belog uols merupakan belog resepi, tulis pasal resepi, kalau pasal sukan, tulis pasal sukan. Haaa, gitu. Sebab bila kita dah start menulis, automatik akan wujud passion yang tak boleh menghalang kita dari menulis.


2. Memilih topik yang uols suka bincangkan dengan orang lain
Ada sesetengah blogger suka menulis untuk diri sendiri, ada jugak yang mengamalkan konsep 2-way. Yang ni baru betul-betul belog yang sukses sebab ia melibatkan penulis dan juga pembaca. Idok le syok sendiri kan? Kan? Antara caranya ialah kalau ada readers yang bagi komen yang membina kat belog, jangan abaikan. Kita boleh jadikan ianya sebagai topik baru untuk next entri. Itu pon based on their comment la kan.


3. Memilih topik yang uols rasa tak kesah berdebat dengan orang lain
Dunia blogging memang akan wujud pelbagai variasi pendapat-pendapat dari pembaca. Ada yang suka, ada juga yang tak suka. So, buatlah topik yang sihat supaya kalau ye pon nak berdebat, semuanya secara sihat. Takkan ada yang bakal menyerang secara peribadi. Kalau ada pon, sila enjoy membalas perdebatan mereka dengan respon yang positif.

4. Memilih topik yang tak terlalu menyentuh isu sensitif
Makin ramai yang mengikuti perkembangan belog uols, makin ramai haters sebenarnya. Boleh? Haha. Takdelah. Cuma sentiasa get ready je mana tahu kena serang secara peribadi. Kena tadah mata je lah baca komen-komen yang menyakitkan hati. So, untuk mengelakkan perkara tersebut sila pilih topik yang tak terlalu menyentuh isu sensitif. Tak payah la nak letak elemen kutuk mengutuk dalam belog. Tak best!


5. Memilih topik yang buat anda enjoy!
Bila menulis, kita bukan sekadar nak bagi ikut sedap rasa hati kita, dalam masa yang sama curah la skett ilmu, share la apa yang patut kan. So, nak pilih topik, pilih topik yang uols rasa best kalau nak buat research. Yelah, disamping uols dapat ilmu, dapat info, kan seronok bila kita dapat share sama-sama. Dan pastikan info-info takpun ilmu ke ape ke yang berkaitan kena la betul, bukan uols reka-reka sesedap tangan nak menaip kan.

Haa, cukup 5 kan? Kalau lebih kena bayar la skett. Haha. Maklomlah, shaye kan mata duitan. Tak pasal-pasal. Tapi kan, yang paling penting dalam menulis tu adalah kualiti penulisan tu. Biarlah kualiti seiring kuantiti. Tak guna kita update setiap masa tapi pengisian tak berasas. Ewahh! Macam belog aku bagus sangat aje. Idok le. Shaye update belog pon malas sebab sibuk skett sekarang. Tapi idok le tak update langsung.

Akhir kata, sila ingat KUALITI SEIRING KUANTITI. Tak payah kejar trafik sangatlah, tak dapat ape pon. Kalau agak-agak nak kejar populariti pon, tak payah la. Nyusahkan lagi ada kott bila dah famous amos nanti. Biarlah orang kenal kita dengan personaliti kita sendiri. Itu aje celoteh cik Nemo petang-petang ni. Actually, tengah curik tulang masa kerja boleh bagi tips. Haha!


Dah la tak payah pening-pening kepala nak updated belog. Jom pegi makan cik Nemo belanja. Nak makan ape? Cepat, nak order ni ! Haha. #ajakajakdinosour namanya.

5 comments:

FiQx said...

name saye tetaufiq , sye xde blog :(

OreO HitaM said...

Blogwalking.
Thanks for sharing

cik ain said...

maaf ye kalau belog 5sen kite banyak syok sendiriiii . kesahhhhhh ~ :p

Nazatul shima said...

gud tips...thanks nemo! hehehe.. :)

Cik Elyn said...

bagus tips nie :)

Lazada Philippines