Tuesday, April 5

Bercinta Sesama Blogger?

Salam semua. Tengah-tengah malam ni rajin pulak buat blogwalking. Tiba-tiba nak buat tajuk ni pulak. Bukan apa, saje je. Nampak macam menarik aje. Hehe. Yelah, dah lama jugak lah shaye berbelogging ni. Cuma tak berapa nak aktif aje. Menulis suka-suka, tulis apa yang rasa nak tulis. Sebab shaye tak suka sangat bercakap, shaye lagi suka menulis. Boleh?

Berbalik kepada tajuk, dunia blogging sangat meluas sekarang. Siapa-siapa pon boleh menulis belog. Tapi mampu ke diorang maintain menulis? Nak bagi maintain readers bertandang tiap hari, mampu keh? Nak buat orang follow kau beribu-riban macam cik Epal tu. Eceh! Bajet kau mampu lah eh, cik Nemo? Hahaha. Okeh, disebabkan ramai yang menulis belog sekarang, sure ada yang bercinta sesama blogger kan? Kan? Actually shaye tengok ada banyak gosip-gosip antara blogger sekarang ni. Isyh3. Jeles.

Apa yang best nya bercinta sesama blogger ni? Actually shaye pon tak tahu sebab shaye pon bukannya bercinta dengan blogger. Tak pernah kott. Shaye buat blogwalking tadi, kumpul point dari belog-belog lain apa yang best nya bercinta sesama blogger. Baca aje lah ye.

1. Berkongsi Minat Yang Sama
Dah nama pon sama-sama blogger kan? Dah tentunya minat diorang ni sama. Yelah, masing-masing boleh share info sama-sama. Bila kita dah menulis belog, kita akan masuk dalam dunia blogging itu sendiri. Yelah kalau tak, kang bila si A cakap "Sayang, awak nak tahu tak? Hanis Zalikha tu balas komen saya!". Then si gurlfriend A ni pon jawab "What?? siapa Hanis Zalikha?! Awak curang keh?". Kan dah buat gaduh tu. Isyh3. Takpon berbuih mulut nak explain balik semua-semua tu. Kalau dah dua-dua nya blogger, takdelah nak ada perasaan jeles tak tentu pasal sebab masing-masing punya minat yang sama dan faham situasinya.

2. Join Gathering Sama-Sama
Bila ada gathering ke, event Nuffnang ke, ape-ape ke, kalau dapat boyfriend tak pun gulfriend yang tak sporting dah payah nak pegi. So, tak best la macam tu kan. Dan dan dapat pulak yang kaki kongkong. Kena jugak kau cover-cover tak tentu hala. Dah tentu-tentunya kau tak boleh nak join sesi beramas mesra bersama blogger-blogger lain. Kesian. Takpun kalau dapat pergi pon, banyak nau syaratnya. Ni kalau dah sama-sama blogger, boleh pergi sama-sama. Takde banyak cerita. Tak kesahlah depan orang kau nak buat-buat tak kenal ke. Yang penting takde apa masalah nak join gathering semua.

3. Tumpang Glamour
Pastu dan dan la boyfriend ke gurlfriend korang yang blogger tu glamour tahap dewa. Ape lagi, sila tompang glamour diorang untuk naikkan trafik belog korang. Haha. Tak dapat kikis duit dia, kita kikis la trafik dia. Jaat. Omaigod. Takdelah, masing-masing boleh buat backlink antara satu sama lain. Support memasing kan. Kang kalau dah kaye pon sama-sama jugak.

4. Jimat Kos Untuk Dating
Blogger nak deting memanglah sangat jimat sebab diorang ni biasanya selalu dapat tiket-tiket wayang free takpun pergi mana-mana dengan diskaun macam-macam. So, memang jimat kos lah setiap kali deting kan? Asal dapat makan free, pergi. Asal dapat tiket wayang free, pergi. Jangan lepaskan peluang. Lepas tu buat lah review, dapat bayaran pulak dari Advertiser. Harap-harap dengan cara macam ni, diorang ni cepat kaye lah kan pastu bolehlah kumpul duit untuk kawen. Kan? Hahaha.



Apa-apa pun shaye suka ayat dari bro Ben Ashaari daripada entri Best ke bercinta sesama Blogger? ni:
Kalau nak bercinta gak sesama blogger , selesaikan dengan segera.. Suka ?? Bertunang terus nikah.. senang ... jangan panjang kisah cinta tu .. bukan apa , dari blog penuh pembaca terus hilang pembaca .. Jangan lupa , kita bukan pelakon filem SEMBILU !

2 comments:

ataicha said...

bercinta sesama blogger?..
menarik tapi takut nanti.. gaduh2 blog plak jadi tempat luah perasaan.. bahaya tu..

Mr Strider said...

erk..ade ek..org bercinta sesama blogger??xtau laa plak..maklum laa.org baru berblog..hahaha

Regards,
-Strider-

Lazada Philippines