Monday, April 4

Culik bini orang buat deting !

Salam semua. Aktiviti hari minggu kembali! Yeahh, shaye memang tak reti duduk diam kat rumah sekarang. Asal ada masa terluang, ada peluang, harus berjalan. Yelah, minggu ni budak-budak rumah semuanya balik. So, shaye tinggal sorang-sorang di rumah. Sangat bosan. Nak deting, takde pakwe. So, shaye culik le kekasih hati pengarang jantung shaye iaitu Puan Nasuha.


Puan Nasuha besfren shaye dunia akhirat. Dia ni dah kawen ye kawan-kawan. Sila jangan ngurat. Kalau nak ngurat, ngurat shaye je. Diulangi sekali lagi, ngurat shaye SAHAJA. Statement nak bikin panas kan. Haha. Lokasi berdeting bersama Puan Nasuha kali ni ialah tempat lepak shaye hari-hari iaitu Curve saje. Sebab shaye malas nak balik Klang, Puan Nasuha datang Damansara. Kalau tak, tempat deting kitorang kat Sunway Pyramid takpon Jusco Bukit Tinggi, Klang. Dah la, jom tatap gambar kitorang sampai bosan. Haha.



Lokasi pertama, haruslah dibawak Puan Nasuha ni jumpa Ah Cheng kesayanganku dulu. Dia datang dah nak tengah hari, so kite makan dulu kat Ah Cheng.


Ye, rambut depan dah panjang, memang serabai aje rasanya. Macam tak mandi pagi pon ada. Eh eh, shaye mandi pagi okeh masa ni.


Shaye suka makan di Ah Cheng kerana.......tempat dia yang tenang. Orang pon tak ramai. Takdelah sesak pastu lama nak tunggu order sampai kan. Masak pon tak berbunyik. So, boleh makan sambil feeling-feeling kat sini.


Nak jimat, minum skyjuice aje. Eceh! Eh bukanlah, shaye tak minum manis. Alohhhh alohhh alohhh!


Dah kenyang, jom le buat senaman kaki. Jalan-jalan cari pakwe. Boleh? Haha. Gila. Meroyan lagi ke kau, cik Nemo?


"Apelah aku nak bagi kat adik perempuan aku sorang ni, dah merajuk dah dia sebab aku tak tegur dia tempoh hari"


Kat mana ada lukisan, kat situ terpacaknya shaye. Isyh, macam dah bertahun tak lepak kat Central Market. Rinduuuuu! Sana banyak lukisan.


"Okey Nas, kau pon kena minat tengok lukisan sebab aku yang paksa. Haha"


See? Mana pergi mesti jumpa ikan Nemo. Tengok lukisan tu.


Eh? Tak rabun rupanya? Haha. Itu spek mata rabun, kalau pakai shaye punya penglihatan memang terbatas. So, boleh berlagak diva kejap sebab kalau ade orang tegor confirm shaye takkan perasan. Lagi satu, shaye pakai spek bagi muke tak dikenali sket sebab takot mana-mana paparazi ke wartawan ke kejar. Hahaha. Poyo perasan #bajetartis


Shaye nak tanya sini, shaye makin kurus ke makin gemok eh? Hahaha. (Berharap uols cakap shaye makin kurus)


Bila cik Nemo tengah cuci mata, sila jangan kacau.


Senyum. Bila nak cuci mata, memang harus tanggal spek. Wajib. Hahaha. Kalau tak, sasaran terlepas!


Dan dan si Puan Nasuha ni nak cari baju anak, even shaye lepak Curve hari-hari, sumpah tak tahu mana letaknye kedai untuk baby. Nampak sangat dah lama shaye belikan baju untuk Mimi. Dush !


Okey, dah jumpa. Kita biarkan hot mama ni cari apa yang patut untuk anak beliau. Hehe. Kalau keluar sama, kitorang memang wajib masuk kedai baby ni.


Kali ni masuk Mothercare pulak.


Ye, shaye takde anak lagi. Anak angkat je sorang. Sekian.


Bila dah jalan-jalan, mulalah. Shaye memang pelahap. Sila faham. Kitorang pegi makan lagi sekali.


Kali ni makan kat Jombali pulak di Tesco. Sebelah-sebelah je dengan Curve.


Okeh itu saje. Harap uols tak muntah tengok gambar kitorang banyak-banyak ni. Hehe. Nanti shaye update aktiviti hari minggu lagi okey.


*Actually shaye takot duduk rumah sorang sebab malam tu kena kacau dengan hantu. Demm!

2 comments:

Cik Elyn said...

kebetulan laaaaaaa. hahaha!

cik Nemo said...

ayat nak same.haha

Lazada Philippines