Tuesday, April 19

Jalan-jalan jumpa Nazim Othman & Zawen Hero Remaja | Deting Time

Salam semua. Aktiviti hujung minggu kembali. Minggu lepas shaye memang malas nak balik rumah. Yelah mengenangkan nak berpeluk-peluk dengan minah-minah dalam komuter tu. I geli-geli okey. Kalau dengan mamat-mamat takpe. Oppss! Haha. Takdelah, tak hingin pon. Actually penat nak balik rumah. Yelah, minggu lepasnya baru balik kan. Lagipun mahal le taxi nak balik rumah sewa. Dah macam harga tambang tiket balik Batu Pahat okey.


Kunon-kunon taknak balik, melekatlah kat rumah sewa kan? Tapi tak berjaya jugak. 24 jam mengadap lappy sampai rasa nak muntah pon ada. So, kitorang decided la pergi OU. Actually dalam banyak-banyak shopping complex kat Damansara ni, kitorang memang jarang pergi OU. Ni saje je pergi kunon-kunon nak tukar selera la kan. Yelah, kata pon jalan-jalan cari pakwe kan. #muntahhijau


Tengah seronok berjalan-jalan sambil menguruskan peha dan mencuci mata, tiba-tiba "Eh eh ada apa ni?" Wahhhh! Ada event lah. Event Speed Date with the Cleo Bachelors. Wahhh! Ni yang lagi best cuci mata ni kan. Harus tengok. Eh bukan bukan. Wajib! Haha. Berlangsung pada 16 April 2011 Lower Ground Floor, One Utama pada jam 2pm-5.30pm. Yeahhhh! Shaye di sana!


Masih tak percaya? Ha itu bukti shaye di celah-celah gadis lain mencuci mata. Nak lagi best, shaye mencuci mata sambil makan karipap sedap. Aummmm! Jemput semua. Jemput tengok aje lah kan. Haha.


See? See? Dorang tengah beramas beramah mera dengan gadis-gadis atas pentas. Nampak gayanya semuanya sangat peramah. Takde pon yang pemalu-pemalu kucen. Itu nampak tak lelaki yang pakai rantai tu? Itu Zawen Hero Remaja 2004 tu. Muka super duper cute tapi badan dia, pergh! ada ciri-ciri #lelakibadang tu. Haha. Takpe-takpe #lelakibadang definisi shaye macam ala-ala Apdlin Shoki je. Hehe.


Shaye pergi berdua aje. Yelah, dengan siapa lagi nak deting kan? Kan? Yang ni namanya Fira. Budak rumah shaye. Bakal pemangku Presiden Rumah Perlindungan Orang Meroyan. Dan jangan lupa, shaye masih lagi presiden rumah tersebut okey. Taknak kalah. Shaye memang #gilakuasa. Harap maklum.


Heh? Itu Itu ! Pelakon tu. Actually shaye tak tahu pon nama dia. Shaye nampak tag nama dia tulis 'Nazim'. Okey-okey ini baru google, nama dia Nazim Othman. Memang hensem wa cakap sama lu bila tengok depan-depan. Haha. Lama jugak la kitorang stay situ tengok dorang ni. Haha. Suka suka suka !


Dah penat tengok abang Nazim, opppps "abang" katanya. Haha. Takdelah dah lepas tengok Nazim tu kitorang tengok Zawen pulak. Muka super duper cute lah. Haha. Muka dia macam Anding AF pon ada. See? See? Dapat gambar latarbelakang dengan Zawen pon jadilah. Oh #lelakibadang. I loikeeeeeeeeeee! Hahaha!


Jalan-jalan haruslah lapar. Kau tengok tu orang takde duit makan kat mana. Haha. #ambekkau ni namanya tak sedar diri ni. Alohh kitorang makan kedai biasa-biasa aje pon, tempat aje lawa. Ape nama kedai ni eh? Haa, Old Asia Cafe. Harga standard cuma kedai lawa sangat sampai takde orang berani masuk kott. Sebab masa kitorang pergi tu takde orang pon.


Siap ada bantal lagi untuk cover perut bila kenyang. Makanan dia? Ermmm. Even dah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Tv3, tapi pada shaye biasa aje. Ah Cheng jugak tetap di hati. Tapi bukan tak sedap. Not bad lah kan. Sedap jugak sebenarnya. Isyh bila lah Ah Cheng nak masuk Jalan-Jalan Cari Makan Tv3 kan.


Nyonya Fried Rice With Crispy Prawn


Vietnamese Grilled Chicken


Macam biasa, di mana ada lukisan pasti di situ ada shaye. Eh yang itu Fira. Shaye paksa dia tengok lukisan. Jadi orang seni sekejap. Shaye tak pastilah, semua lukisan ni pertandingan di bawah Nandos kott. Banyak budak UITM yang masuk. Siyes cantik-cantik semua.


Shaye suka lukisan yang ni. Cantik.


See? Mimi pon boleh buat kott. Lekat-lekat crayon tu bagi jadi bentuk ayam Nandos.


Dah la tu, penat berjalan. Opsss lupa nak cakap, tema kitorang keluar hari tu adalah tema putih. Suci, tulus dan bersih. Lama dah kott shaye tak pakai putih. Hehe. Okeylah jumpa lagi untuk aktiviti hujung minggu akan datang. Maceh.

No comments:

Lazada Philippines