Sunday, April 17

Jom Kenali Bloggers

Salam semua. Bertemu lagi kita di belog 50 sen ni. Amacam? Uols tengok #Mentor5 tadi? Shaye tengok part Apdlin Shauki je. Hehe. Sebab suka tengok dia. Comel. Dah dah dah, berbalik kepada tajuk. Actually shaye baru lepas buat blogwalking skett, tiba-tiba rasa nak join Segmen Jom Kenali Bloggers ni. Bukan apa. Saja nak join nak tambah-tambah kawan gitu. Di samping kita boleh tukar-tukar link kan. Siapa nak join boleh klik pada header kat bawah ni. Ha, ni lah tuan empunya segmen ni kalau uols nak tahu.



Okey Cik Reena, shaye menubuhkan belog ni dalam tahun 2009. Ini ENTRI pertama shaye. Shaye menulis sebab minat mendalam terhadap penulisan. Ececeh kan. Takdelah shaye minat menulis belog sebab terpengaruh dalam cerita Impian Ilyana Sunsilk tu. Disebabkan Ilyana dalam watak tu menulis belog, shaye pon nak menulis belog jugak sebab macam best. Tapi bila dah start menulis bukan macam best je, tapi memang BEST!


Actually belog shaye takde ape yang best pon. Banyak benda-benda mengarut dan pasal personal life shaye je. Ada la share skett pasal Tips Dan Tutorial jugak. Tu pon kalau berguna la kan. Ayat nak #sentap sesaje kan. Kan. Haha. Yelah sekarang ni ada ramai blogger-blogger hebat kat luar sana. Ada yang friendly, ada yang sombong gila. Malas nak sebut. Sebab kang ade pulak yang #sentap. Haha. #bajetartis


Idola shaye dalam dunia belog ni? Ermmm. Shaye takdelah baca belog beliau sangat tapi shaye suka cara beliau dalam berblogging. Sempoi tapi best. Beliau memang glamer dalam berblogging lagi-lagi bab bagi tutorial. Mula-mula shaye berblogging, belog yang jadi rujukan masa tu adalah belog beliau. Sebab masa tu shaye memang tak tahu apa-apa pasal blogging. Shaye start blogging sendiri takde nak ikot siapa-siapa pon. Beliau bukan hebat dari segi bagi tutorial, tapi beliau banyak jugak dapat Advertorial dari Nuffnang segala. Beruntung. Tengok le masa beliau kahwin, banyak gila sponsor. Tu sebab dia ada ramai connection antara blogger lain. Blogger yang menjadi idola shaye ialah Ceeramoon. Sekian Terima Kasih. Hehe.


Okey shaye nak tag Segmen Jom Kenali Blogger ni kepada dua blogger comel ini iaitu :

Cik Elyn
Cik Yuz

5 comments:

Anonymous said...

Hampe 3tige orang nie pon same je...

cik Nemo said...

3tige org? siapa?

[sutera kasih] said...

blogging is my life hik2

Cik Elyn said...

hey hey!!! :)

Shairazi Saidin said...

suke afdlin ekkk..HEHE.

Lazada Philippines