Friday, April 22

Lega sangat-sangatlah!

Salam semua. Selamat petang. Petang yang cuacanya tak berapa nak baik. Adakah uols berada di bawah awan yang sama? Kat sini hujan lebat, guruh petir semua ada. Kelmarin lagilah teruk, pokok-pokok area rumah shaye tumbang-tumbang macam baru kena taufan. Risau. Bayangkanlah kan, tingkat 21 pon boleh banjir. Tapi memang salah kitorang pon tak tutup tingkap bilik. Nak pengudaraan yang baguslah sangat kan. #ambekkau banjir. Tak pasal-pasal kongsi tilam dengan roomate. Haisyyooh! Hehe.


Sorrylah uols, dua hari belog ni tak diupdate. Hilang macam tu aje kan. Actually shaye agak sibuk uruskan hal report ape semua. Yelah, shaye punya tempoh praktikal kan belum habis lagi. Baru tadi lecturer datang melawat untuk kali kedua. Lepas ni lega skett sebab dah selesai present projek dan report semua dah siap. Lega okeh! Diulang sekali lagi, LEGA OKEH! Sebab lepas ni dah selesai urusan, tunggu konvo aje.


Selama beberapa minggu shaye buat dunno je dengan hal-hal penting lain sebab shaye nak lepaskan hal-hal praktikal shaye dulu. So, lepas ni boleh fokus kat benda lain pulak. Suka suka suka. Tadi masa nak present punya pucat muka masing-masing. Yelah dah lama tak present katanya. Haha. Apa-apapun semuanya berjalan dengan lancar tadi. Syukur alhamdulilah.


Kejap lagi shaye nak balik Klang, doakan keselamatan shaye okay! Lepas ni sure shaye agak bizi untuk persediaan akan datang. Banyak benda nak dibuat, banyak benda yang nak dirancang, banyak duit yang nak digunakan. So, uols doakan yang terbaik untuk shaye okay. Pssssttt, ada kerja kosong tak? Kalau ada bagitahu! Excited pulak rasa nak pegang duit sendiri.


Balik Klang hari ni first time pakai baju kurung gara-gara baru lepas present tadi, sure sejuk hati mak shaye. :P

4 comments:

cik yuz said...

hujanla makcik......seronok dah lepas..kite ni nk exam,pecah palo den

jaya jr said...

baju kurung laa lawo..hihi

Cik Elyn said...

take care tau. kat sini pun cuaca tak brape elok :)

QASEH MANSYA said...

siannyer..take care

jom tgk entry terbaru
http://qasehmansya.blogspot.com/2011/04/sapa-nak-edit-header-untuk-blog.html

Lazada Philippines