Wednesday, April 20

Open Gigs 2011

Salam semua. Good morning. Semoga pagi uols lebih ceria dari biasa. Pagi ni shaye nak share dengan uols mengenai Open Gigs 2011 yang bakal diadakan tak lama lagi. Di bawah kerjasama stesen radio Duniamuzik.fm, beberapa atris tempatan akan buat persembahan. Begitu juga dengan beberapa resident Indie band antaranya ialah Kid Power, Fly'z, Anonymous, Happy Sibling (tak confirm lagi), dan Apple Green(juga belum confirm). Mana-mana band yang nak buat persembahan boleh bagitahu shaye, nanti shaye tolong sampaikan kat Mama Rozi.


Actually shaye dapat tahu pasal info ni dari Mama Rozi, Mama Rozi ni deejay radio Duniamuzik.fm tu merangkap CEO radio tu juga. So, dia ajak ramai-ramai la kan. Tapi bagi yang berumur 18 tahun ke bawah tu sila dapatkan kebenaran ibu bapa dulu takpun ajak sekali ibu bapa datang Event ni. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kemalangan atau pergaduhan atau apa-apa juga insiden buruk yang berlaku.


Tapi jangan risau, pihak penganjur dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia akan menjaga dan mengawal keselamatan sepanjang event berlangsung. Provokasi juga adalah dilarang sama sekali. Diharap semua yang hadir dapat memberikan komitmen dan menjaga disiplin dan menunjukkan moral yang terbaik.


Dan yang paling penting, masuk adalah PERCUMA. Boleh datang bawak beramai-ramai tau. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang nak buka gerai makanan atau apa-apa jua yang HALAL dari segi Syarak dan tidak melanggar undang-undang Malaysia. Bayaran minima juga akan dikenakan untuk tujuan pembersihan. Selain itu, apa yang menariknya majlis bakal diakhiri dengan "Joget Lambak"


Tarikh : 7 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 3pm-12am
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Perpat Indah, Klang.


p/s: Nak tahu cik Nemo pergi ke tak? Korang pergilah cari mana tahu jumpa shaye kat sana!

3 comments:

ayu jue said...

lame gile tak dengar radio..huhu...

kfc said...

dunia nk kiamat pun masih nkkn hiburan.

bila nk ajak orang g ceramah agama ni?

Mr. K said...

best2.. bley join ni

Lazada Philippines