Saturday, April 2

Selamat Datang April


Salam semua. Selamat hari Sabtu. Pagi-pagi ni shaye duduk sorang-sorang kat rumah sewa. Budak rumah semua balik. Kenapa shaye tak balik? Sebab shaye ada urusan di sini. InsyaAllah minggu depan shaye balik Klang. Bukan balik saja-saja tapi balik atas urusan juga. Urusan la sangat kan. Hehe.


Pejam celik pejam celik cepat je kan dah masuk bulan April? Bila fikir-fikir balik dah banyak perkara shaye lalui. Dah macam-macam orang yang shaye jumpa, shaye berkawan. I’m move on perlahan-lahan. Alhamdulilah, sejauh mana shaye pergi Allah tetap tunjukkan jalan untuk shaye. Allah sentiasa bersama shaye untuk tunjukkan yang mana baik dan buruk. Yang mana benar, yang mana palsu. Yang mana ikhlas, yang mana penipu. Syukur alhamdulilah.


Sorry kalau entri kali ini ada yang buat sesiapa terasa. Bukan niat shaye untuk tujukan kepada sesiapa. Cuma shaye nak berkongsi dengan uols rasa syukur yang tak terhingga dengan apa yang telah shaye jalani dalam tempoh permulaan tahun 2011 ni. Terima kasih untuk semua yang telah banyak bagi sokongan dan jadi peneman masa shaye susah. Thanks sangat. Shaye mintak maaf sebab shaye takkan dapat balas apa-apa cukuplah doa shaye untuk semua.


Perjalanan hidup ni masih panjang, ada banyak lagi dugaan dan cabaran yang bakal shaye tempuh. Doakan yang terbaik buat shaye. Masa depan shaye, cita-cita shaye, semuanya masih terkumpul dalam kepala. Tak terluah lagi, tak tercapai lagi. Tak tahu apa yang telah di atur olehNya. InsyaAllah shaye akan berusaha untuk berjaya di masa hadapan.


Soal cinta dan jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Shaye serahkan semuanya pada Mama dan Abah, diorang tahu yang terbaik buat shaye. InsyaAllah. Pengalaman lama buat shaye serik bercinta. Mama dengan Abah pon tak galakkan shaye bercinta lagi. Tapi tak bermakna hati shaye harus ditutup untuk lelaki. Rahsia Allah. Kita tak tahu kan?


April, shaye rasa ianya bulan permulaan untuk shaye memulakan hidup sebenar. Yelah, shaye dah kena cari kerja dari sekarang. Lagi 2, 3 bulan tempoh praktikal shaye tamat. Shaye juga perlu bersedia untuk “hari tersebut” juga. Shaye perlu bersedia semuanya dari segi fizikal dan mental. Tanggungjawab shaye akan jadi lebih besar sebab shayelah yang sulung. So, doakan yang terbaik untuk shaye ye semua.


*Menangis dalam kesyukuran. Boleh? :’)

2 comments:

akid azami said...

waa menarik entri ni!! Macam jadi 1 cerita! :D

cik Nemo said...

perli ke hape? haha

Lazada Philippines