Saturday, April 16

Tips Menguruskan Peha Cara Saya!

Salam semua. Actually shaye baru balik dari One Utama tadi. Takde benda nak update sebab sekarang ni takde story sangat yang boleh shaye share dengan uols. Hehe. Okey lah, kali ni shaye nak bagi tips menguruskan peha dengan cara shaye sendiri. Eceh. Bajet peha sendiri dah kurus sangatlah kan. Padahal tak jugak. tapi shaye rasa dengan cara shaye ni kalau dipraktikkan selalu adalah sangat berkesan. Sila percaya. Berikut adalah tips menguruskan peha ye kawan-kawan.

Apa yang diperlukan :

Sedikit wang
Beberapa teman comel uols

Cara-caranya :

Caranya adalah semudah ABC. Melalui Twitter, Facebook, Blogger atau mana-mana teman, uols boleh contact diorang untuk menuju ke Curve, Tesco, Ikano, Ikea atau nak lagi jauh One Utama. Berjumpa teman-teman comel tiap-tiap minggu. Tiap-tiap hari pon boleh. Tempat-tempat tersebut adalah tempat di mana uols boleh nampak muka shaye selalu terpampang kat situ. Haha. Sebab dekat sangat dengan rumah.


Okey untuk setiap shopping complex yang uols masuk, pastikan uols berjalan dari hujung bangunan ke hujung bangunan. Dari pintu masuk sampai hujung pintu keluar. Nak tawaf sepuluh kali pon takpe. Lagi satu, kalau shopping complex tu ada sepuluh tingkat sila gagahkan diri untuk panjat sampai sepuluh tingkat tu. Dan jangan lupa masuk ke setiap kedai, dan gunakan sedikit wang untuk berbelanja. Nak shopping tak hingat dunia pon takpe. Sebab uols akan lupa yang sebenarnya uols tengah membakar lemak-lemak peha secara tak sengaja.


Kalau agak-agak uols taknak gunakan wang untuk berbelanja, jangan risau! Uols boleh cuci-cuci mata pandang sana-sini sebab yelahhhh mana tahu jumpa artis ke kan. Haha. Yelah, shaye duduk sini pastu berkampung kat Curve tu hari-hari, dah berapa ramai artis shaye selalu nampak. Hehe. Takpun kalau taknak jugak cuci mata, uols boleh window shopping saje. Takde masalah janji uols tetap berjalan dan jangan berhenti selagi kaki tak rasa macam nak tercabut. Sebab kalau dah nak tercabut tu dah sah-sah sel-sel lemak nak mengecut.


Hebat bukan? Jom try!


Blueekkkk! :P

4 comments:

nano said...

heheh,tip yg amat2 berkesan,,,smbil mguruskan begduit skali,,hebat,,kihkihkih

[sutera kasih] said...

hehe tapi kat sini xda smua tu :P

Anonymous said...

duduk taman tun nampak

ezzamalik said...

wahh haha.superb lahh haha

Lazada Philippines