Tuesday, May 10

Apa Yang Dilihat Mata Kasar, Bukanlah Seperti Yang Kau Fikirkan.


Kadang-kadang orang takkan faham apa yang kita cuba sampaikan
Kadang-kadang orang takkan fikir apa yang kita lakukan
Kadang-kadang orang terus anggap semua perkara boleh ambil mudah
Kadang-kadang orang takkan tahu apa yang tersirat disebalik hati kita


Selalunya orang akan terus menuding jari ke atas apa yang mereka nampak
Selalunya orang akan terus berkata-kata tanpa fikirkan kesan mendatang
Selalunya orang akan terus mencemuh setiap kesalahan yang pernah dilakukan
Selalunya orang akan terus tersenyum tanpa kita tahu apa tujuannya.


Tiba-tiba ada yang memahami kita
Tiba-tiba sinar itu menjadi cerah
Tiba-tiba musim bertukar ganti
Tiba-tiba ada yang menilai kebaikan kita


Tiba-tiba semuanya bagai mimpi
Tiba-tiba masih ada yang tak buta hati
Tiba-tiba kebahagiaan datang sendiri
Tiba-tiba masih ada yang sudi menemani


Kini sinar itu masih belum pudar
Kini sinar itu bakal digilap
Kini semuanya berubah
Kini hidup tetap diteruskan
Kini harus maju setapak lebih


Semoga semuanya lancar
Semoga selalu dimurahkan rezeki
Semoga masih ada yang menghargai
Semoga takkan ada yang membenci


Semoga dilimpahi kasih sayang abadi
Semoga peluang yang ada tidak dimungkiri
Semoga janji ditepati
Semoga Allah melindungi


(Amin, Ya rabbal alamin.)


*Foto semasa keluar sama-sama dengan Mama, my bro, Mimi dan family di Pantai Remis, Selangor

3 comments:

farysa said...

happy happy selalu yer cik nemo =D

cik Nemo said...

maceh...:)

[sutera kasih] said...

amin ya rabbal 'alamin :)

Lazada Philippines