Wednesday, May 11

Bila Bos Ajak Datang Rumah. Ehem!

Salam semua. Good Morning! Awal tak update belog hari ni? Haha. Shaye kat rumah sewa. Tak pegi keje pon sebab takde air kat rumah. So, terpaksalah ponteng. Kan? Kan? Nasiblah dapat CEO baik. Hehe. Pagi-pagi kitorang email tak boleh datang kerja hari ni, dia siap reply "Okay no problem, take care". See? See? Hehe.

Okay ni nak cerita aktiviti minggu lepas, aktivitinya ialah.............masak-masak di rumah bos! Yeay! #ops actually yang ni bos lain. Dia bos bahagian marketing. Panggil je Cel. Dia ni asal dari Ghana. Actually dia ni teringin sangat nak makan masakan Melayu. I mean, home-made la kan. Dah banyak kali plan, tapi tak jadi sebab kitorang ni selalu balik kampung halaman. Hehe. So, last week kitorang takde apa aktiviti lagipun tengah sengkek masing-masing kan. Terus nak pergi masak-masak kat rumah dia. Hehe. So, pagi-pagi lagi dia datang jemput kitorang kat rumah sewa pastu bawak pergi Tesco untuk beli barang-barang masak. Yeay! 


Kau tengok ape benda dia beli? Siap beli blender bagai. Maklumlah rumah bujang, apa benda pon takde. Sanggup dia beli. Hehe. Actually dia bukan beli blender je, kuali, senduk semua dia baru nak beli. Haha. Good. Good!


Ni baru sket kitorang ambek. Banyak lagi sebenarnya kitorang ambek. Kau nampak kitorang siap beli jantung pisang bagai. Haha. Takpe, bos bayar. Hehe. So, apa yang kitorang teringin nak makan, masa ni lah kan. Syhhhhhh! Haha.


Sempat lagi nak posing. Orang semua tengah sibuk-sibuk membeli, kitorang ambek gambar. Tesco je pon, tapi siapa peduli? Haha. #ops lagi satu kau jangan tanya kenapa shaye pakai tudung. Haha. Ayu di situ. Tettttttt!


Ha, cepat. Banyak lagi yang kita nak beli ni. Jangan posing depan kamera je. Aihhh! Kalau shaye takpe. Kan! Masa ni bos pegi cari kuali, bolehlah nak shopping barang dapur sambil ambek gambar merata. Alohhh korang anggap jelah kitorang bukan pergi Tesco tapi Muzium. Hahah!


Okay bos, dah boleh bayar. Maceh! Apesal semua orang nak pandang-pandang pelik ha masa Cel bayar? Siap ada yang bisik-bisik lagi. Pelik eh kalau perempuan Melayu keluar dengan foreigner? Hey, dia bukan sugardaddy kitorang lah. Apa lah diorang fikir kan? #soMalaysian


Okay dah sampai rumah bos. Bergerak! Bergerak! Pantas! Pantas! Ececeh! Shaye mando keh? Haha. Itu yang berdua kat hujung tu gefren bos nama dia Manahel dengan Mamud programmer dari India tempat keje kitorang. Diorang pon ada sekali. Tahu apa diorang tengah buat? Masa ni la shaye duk train diorang potong kangkung. Hahaha! Jaat! #ops dah diorang nak belajar sangat. Kita bagilah diorang buat apa yang patut. Kan!


Si Mamud ni memang rajin bebenor. Seboleh-boleh nak belajar masak. Nak tahu cemana masak masakan Melayu. So, setiap kali buat itu ini dah nak kena explain bagai. Dah macam masuk pertandingan masak peringkat antarabangsa pulak. Yelah nak kena speaking bagai. Hahah.


Sebab si Mamud ni nak tolong sangat, #ambekkau. Kitorang bagi die buat popia ketam kat depan dengan cik Fira. Ha, lapang sket dapur. Senang sket shaye nak beraksi. #ops. Hahahah!


Yeay, kami sedang beraksi di dapur. Aummm! Masing-masing lapar masa ni.


Lapar-lapar sambil tengok TV. Sabar ye, nak masak special ni. Eceh!


Siap!


Menu hari tu, Jantung Pisang Masak Lemak, Kangkung Goreng, Sambal Sotong, Siakap Sweet Sour, Sayur Campur. Eh apesal macam banyak sayur eh? Takpe, I likeeeee! Jangan ingat budak IT boleh pegang komputer je. Masak pon retilah. Yang nak mintak no telefon, tinggalkan komen di bawah dengan segera. #lempangdirisendiri


Sebelum makan harus ambek gambar dulu. Yeay! Hehe. Seronok okay. Ada family kecik kat sini. Eceh! Alhamdulilah, takde yang sakit perut ke hape sebab diorang ni mana reti sangat makan pedas. Masing-masing  kepedasan tapi diorang suka. Ewah. Bak kata Cel, makanan ni pedas tapi still nak makan lagi sebab sedap. Siap tambah-tambah nasi. Alohh ibarat korang makan sambal belacan la kan, pedas tapi nak makan jugak. 


See? Muka kenyang masing-masing. Si Mamud siap dah bersandar kat dinding lagi. Haha. Cel dah start ngantuk-ngantuk nak tido.Kantui letak pil tidur. #ops. Kau jangan macam-macam Nemo. Hahaha. Takdelah, agak la kan kalau nak letak. Biasalah lepas makan harus ngantuk.


Muka happy masing-masing. Tapi hari tu kitorang masak dengan sangat berhemah okay. Makan di dining room, bukan di bedroom. Haha. So, jangan la fikir bukan-bukan. Apa-apapun thanks Cel sebab menjimatkan kos makan kitorang pada hari tersebut. Apa-apa pun, hari tu BEST! Lepas ni agak-agak kalau tengah sengkek, offer diri pergi masak-masak kat rumah dia lagi. #ops.

2 comments:

.::WaNiE::. said...

fuhhhhhhh kemain !!!

masak lemak jantung pisang

so kampung uols !! nak nak nak !!

Salmiza S. said...

nice boss u have! =)

Lazada Philippines