Monday, May 2

Hari Makan | Wanita Sedunia !

Salam semua. Ape cer kan shaye tak update belog beberapa hari ni? Maklomlah shaye dah kat Klang, so nak update belog macam takde masa. Lagi-lagi nak berebut PC. Shaye tak bawak balik lappy. Sebab tu la kena rebut-rebut nak guna. Benci-benci! Okay tanpa melengahkan masa, shaye nak story kat uols pasal Jumaat lepas shaye telah mengisyhtiharkan Hari Makan + Hari Wanita Sedunia. Haha.

Actually plan nak deting berdua-duaan dengan cik Fira kita, tapi disebabkan tak dapat nak celebrate birthday sis Natasha sama-sama, shaye pon ajak la dia sekali untuk berdeting secara berjemaah. Kata pon deting kan? Ape kes deting bertiga? So, sis pon ajak la cik Wani untuk berdeting secara berjemaah untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut! Lokasi kitorang adalah Ikano, Mutiara Damansara. Kunon-kunon nak pegi Curve semua tapi at last kitorang menetap kat situ aje. Haha.


Lokasi pertama, satu-satunya kedai Steamboat kat situ. Memang plan asal nak makan kat situ. Makanan dia okay la. Not bad. Sebab sebelum ni dah makan kat situ kan, itu pon orang belanja. Okay, jum tengok muka-muka pada hari tersebut. Attention, wanita SAHAJA ye, lelaki tidak dibenarkan! 




cik Fira serba merah. Kitorang sanggup taknak balik kampung halaman sebab nak berfoyes dulu kan. Dah la pagi-pagi tu takde air. Nasib kitorang la kan dengan tak mandi pergi menumpang mandi rumah sis Natasha. Hahaha!


cik Wani berbaju kurung. Ini pon kitorang kidnap beliau dari opis. #ambekkau dia terus ponteng kerja. Nasiblah skandal dengan bos. Idok le kena potong gaji kunonnya. #EhYeke ? Ikot aku je buat cerita. Hahaha.

Jemput makan yeahhh! Masa makan ni tak hingat dunia bercerita. Kemain! Nasib amek port luar kedai, suka hati kau nak ketawa guling-guling ke hape kan. Diorang jaat tau masa ni, buli-buli shaye. Mentang-mentang shaye blur. Takpe-takpe. Haha.


Birthday gurl. 


Yeayyy! Hasilnya. Setelah membesarkan perut masing-masing kan. Haha. See? Eh sape yang pegang bill tu? Teka-teka. Haha. Yelah-yelah mengaku, shaye menaja lunch hari tu. Memang niat nak belanja makan pon. Lepas ni siapa-siapa punya birthday sila bagitahu, nanti shaye belanja lagi. Haha. Biasalah, gaji ribu riban. #berangan.


Dah habis makan steamboat, tengah seronok jalan-jalan tiba-tiba kitorang menshopping kan diri kan. Haha. Masing-masing tak boleh blah. Kunon-kunon taknak beli, tapi tup tup keluar kedai masing-masing membeli. Shaye dah cakap dah, jangan bawak shaye masuk kedai tu. Kan dah beli. Aiiih! #tepukdahi


Puas shopping tiba-tiba ternampak makanan lain. Bukan kedai Manhanttan Fish tu lah! Nampak benda alah ni. Entah apa benda entah namanya. Lupa. Haha. Maklomlah shaye tak makan benda manis sebab shaye dah sedia manis. Hahaha!  #perasan



Ha ni dia. Ape nama entah. Harajuku Japanese Crepes.


Bukan shaye yang beli tapi sis Natasha. Hehe.


Sempat curik-curik amek gamba pekerja ni tengah siapkan benda alah tu. Macam sedap. Kulit dari popia. Isi dalam tu ikot uols la kan. Tapi siyes shaye tak makan oh benda-benda manis ni melainkan bila waktu-waktu mengidam. #Ops. Rugi je rasa. Aihhh!


See? Muka bangga.


Okay masa untuk jalan-jalan cari pasal. Semua dah kenyang dah boleh jalan-jalan untuk hancurkan lemak-lemak tepu di peha dan di perut. Hahaha.


Lepas jalan-jalan, nak melunaskan hajat di hati lagi. Hajat nak makan kat Fruit Land. Yeahhh! Suka suka suka. Pernah makan sini? Best la jugak! Jom korang?!


cik Fira, sila pilih menu. Bukan mesej-mesej boyfren. Eh eh, hari ni hari wanita kan? Cett!


See? Takde mesej-mesej boyfren. Saya tadek boyfren, shaye okay! 


Menu makan petang kami. Popia ketam. Sedap! Buat sendiri pon boleh ni. Bukan susah pon, tapi dah ada jual kat kedai ni, makan je lah kan. Kalau tak kitorang, sape lagi nak beli. Boleh? Haha.


Seperti yang uols tahu, shaye memang tak makan manis kan? Kan? Tapi makanan kat sini shaye boleh telan. Sebab dia tak manis! Honey Dew Lolo ni sumpah tak manis. Menepati tahap manis dalam badan shaye. Sedap! Macam biasa, bila dah sedap haruslah makan dan feel sampai pejam-pejam mata. Hahaha!


Itu cik Wani dan cik Nemo. Fruit Land adalah destinasi last untuk majlis makan-makan kitorang. Lupa nak bagitahu, makan petang kami ditaja oleh cik Wani. Maceh cik Wani !  Tak boleh nak lama-lama sangat sebab masa mencemburui kami. Dah petang sangat dah. Dalam jam 5pm kitorang dah gerak balik. Stay rumah sis Natasha dulu untuk tengok cucu-cucu baru dia pastu baru balik. Shaye pon ada hal nak diselesaikan pastu terus balik Klang. 

Apa-apa pun hari tersebut merupakan hari ceria buat kami berempat. Hilang stress kejap sebab pecah perut ketawa memanjang. Takpe-takpe, nanti kita keluar sama lagi okay! Uols nak ikot? Jom! Ingat, perempuan saje ye! Kata pon Hari Wanita Sedunia. Kan?????!

4 comments:

Salmiza S. said...

sonoknye.... =)

.::WaNiE::. said...

sakit pipi sebab ketawa !!!

thanks korg sbb sudi kidnap saya sampai saya memonteng kerja hahahha

saya_arief said...

jeles.

Selangorlicious said...

Wah dah boleh lah ni! Apa lagi jom masuk pertandingan foodster makan-makan Selangorlicious!

Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda semua! (ajak lah kawan-kawan dan orang kampung sekali!)

Jangan ketinggalan untuk mengikuti posting kami yang terkini tentang Pertandingan Foodster Selangorlicious, pertandingan Mingguan SELANGORLICIOUS, dan lain-lain lagi aktiviti menarik!

HADIAH
Hadiah Pertama – RM5,000 cash + Pakej Percutian
Hadiah Ke-2 – RM3,000 cash + Pakej Percutian
Hadiah Ke-3 – RM1,500 cash & Makan Malam di

Restoran Terpilih

Hadiah Saguhati – 3 x RM500 cash & Vaucer Makan

Malam

Fotografi Terbaik – RM1,000 dan Kamera Digital SLR
Tempat Ke-2 Fotografi Terbaik – Kamera Digital
Hadiah Saguhati Fotografi Terbaik - Kamera Digital

Tarikh tutup, 12 tengah malam 31 Mei, jadi cepat hantarkan penyertaan!

p/s: kalau menang jangan lupa belanja kami :D

Ikuti kami di facebook: http://www.facebook.com/pages/Selangorlicious/128365257231873

Ikuti kami di Twitter: http://twitter.com/#!/Selangorlicious

Jumpa di sana (di sana, di sana, di sana, di saaaaanaaaaa)

Lazada Philippines