Wednesday, May 25

Jom Pekena Laksa Ah Cheng? Betul-betul from the North!

Setiap minggu memang tak sah saya dan rakan-rakan berkunjung ke Ah Cheng Laksa. Bukan apa, penangan laksa yang tak dapat dilupakan buat kami nak datang selalu ke sini. Adalah satu kerugian pada sesiapa yang tak pernah ke sini. Percayalah.


Asal-usul Laksa Ah Cheng telah jelas dinyatakan dalam laman webnya, di mana 56 tahun lalu sepasang suami isteri yang berniaga Asam Laksa di pekan kecil Alor Setar, Kedah. Dan perniagaan itu telah di ambil alih oleh anaknya, Ah Cheng sejak 10 tahun yang lepas. Dan kini perniagaan Ah Cheng Laksa telah pun berkembang dalam kawasan Lembah Klang. Buat masa ni Ah Cheng Laksa boleh didapati di : e@Curve, Cold Storage,Ikano, Giant,Stadium Shah Alam, The Summit, USJ.


Apa yang istimewanya Laksa Ah Cheng ialah, rasa dan aromanya yang asli. Ikan yang digunakan sangat segar dan isinya banyak. Sekali cuba, pasti perut kami kekenyangan dengan ikan. Berbaloi dengan harga yang dijual. Walaupun Ah Cheng adalah pengasas Ah Cheng Laksa, jangan risau kerana semua makanan yang dijual adalah Halal. Apabila masuk kedai pasti dah terpampang sijil Halal dari Jakim. Dari segi kebersihan memang terjamin bersih. Servis di sini juga sangat baik. Dan yang mengejutkan tiada servis cas yang dikenakan. 


Selain laksa, Ah Cheng Laksa juga berkonsepkan kopitiam yang menjual menu-menu lain seperti Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Lemak Ayam Special dan sebagainya. Cuma yang istimewanya, Ah Cheng Laksa telah menambah menu lain seperti Mee Kari, Bihun Kari, Nasi Ayam BBQ, Nasi dan Asam Pedas Ikan Pari. Pada mulanya kami ke sini, menu laksa adalah menu utama kami, tetapi dah lama-kelamaan kami mencuba menu lain dalam Ah Cheng Laksa tak kurang juga hebatnya. Selain itu, Ah Cheng Laksa turut menawarkan promosi murah melaui set-set yang telah ditetapkan. 


Contoh :
Set A : Nasi Lemak Ayam Rendang + Laksa + Mee Kari = RM18

Perbandingan dengan harga biasa,
Nasi Lemak Ayam Rendang = RM 8.90
Laksa = RM 7.90
Mee Kari = RM 7.90




Nampak tak perbezaan harga? Dengan set-set yang ditawarkan, kami takkan terlepas peluang merasa semua jenis makanan sekaligus. Siapa tak mahu cuba kan bila dah ditawarkan dengan promosi murah. Antara keistimewaan lain yang menarik minat kami ke sini ialah persekitaran dan suasana kedai yang tenang dan senyap. Dengan muzik yang tenang sambil menikmati hidangan sedap, tentunya Ah Cheng Laksa menjadi pujaan hati kami.


Buat masa ini, Ah Cheng Laksa sedang menawarkan peluang bisnes bagi sesiapa yang berminat nak membuka kiosk untuk Ah Cheng Laksa. Siapa yang berminat bolehlah menghubungi atau ingin bertanyakan sebarang pertanyaan:


ahchenglaksa@hotmail.my
012-3046200 (S.Y.Tan)
www.ahchenglaksa.com.my

1 comment:

Mohd Shukri Fadzillah said...

ko buat aku lapa la pagi2 ni... aiiii

Lazada Philippines