Tuesday, May 31

Kalau Mak Taknak Masak Biryani, Kita Suruh Ma'Cik Yang Masak!

Pagi itu saya dan kawan teringin sangat nak makan Nasi Biryani. Ini semua gara-gara kelmarin kami lalu Restoran Ma'Cik Biryani. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami untuk mencuba makanan di situ. Sampai teringat-ingat dan terbawak-bawak sampai mimpi selagi tak cuba makan kat sana. Serius! Bertempat di The Curve, Mutiara Damansara adalah lokasi "syurga makanan" buat kami. Lebih-lebih lagi ianya berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa tunggu lagi, kami serbu!


Nampak ekslusif tapi kami tetap mengambil langkah berani untuk mencuba restoran berunsurkan Baba dan Nyonya ini. Even masa ni masing-masing tengah sengkek takde duit tapi kami degil jugak. Haha. Teringin punya pasal, sanggup! Terlebih dahulu meh saya cerita macam mana wujudnya Ma'Cik Biryani. Nama pemilik restoran ini ialah Ai Lin Cheah di mana beliau berkeputusan untuk membuka restoran untuk menjual makanan kegemaran beliau iaitu Nasi Biryani. Actually pada mulanya beliau tak tahu pun resepi Nasi Biryani, tapi beliau betul-betul nak belajar daripada buku resepi dan membuat kajian melalui Internet untuk menghasilkan Nasi Biryani yang betul-betul "perfect".


Berkat usaha beliau, wujudlah Ma'Cik Biryani dan antara menu special yang utama di sini ialah Fruit Biryani, Vegetable Biryani, Prawn Biryani, Egg Biryani, Chicken Biryani with Egg, Beef Biryani, dan Mutton Biryani. Harga biryani adalah antara RM16 ke RM20 sahaja.


Restoran ini bukan menawarkan Nasi Biryani semata-mata tetapi ada menyediakan menu lain yang menarik. Selain biryani, pelbagai nasi goreng juga boleh didapati. Bukan nasi goreng biasa-biasa tapi haruslah yang special punya. Jangan tak percaya, tauhu sumbat, kuey teow soup, rojak johor, roti jala dan Ais Kacang pun uols boleh dapat kat sini. Ada lagi kuih-kuih ala kampung yang lain, kalau nak tahu sila serbu Ma'Cik Biryani.


Ma'Cik Biryani mementingkan kualiti dalam penyediaan makanan di mana beras yang digunakan direndam empat hingga enam jam sebelum dikukus. Daging atau ayam untuk biryani juga tidak diasingkan tetapi diletakkan dalam lapisan tengah nasi biryani tersebut sebelum dipanggang sekitar 30 minit. Nampak mudah tetapi cara penyediaan agak rumit lebih-lebih lagi rempah yang digunakan sukar didapati. Mampu nak buat?


Kualiti kebersihan Ma'Cik Biryani sangat terjamin lebih-lebih lagi telah mendapat penghargaan daripada MBPJ sebagai salah satu Premis Bersih dalam Selangor. Servis yang diberi juga sangat bagus. Tiada masalah makanan sampai lambat ke, pekerja bermasalah ke, semuanya "perfect".



Dekorasi restoran juga menarik kerana ia betul-betul berunsurkan Baba dan Nyonya. Dinding bercorak berasaskan kayu-kayu melambangkan jenis rumah Baba dan Nyonya. Gambar ramuan untuk Nasi Biryani dipaparkan di dinding restoran untuk tatapan pengunjung. Selain Saffron, ramuan Nasi Biryani juga termasuklah Cinnamon, jintan manis, jintan putih, serai, biji ketumbar dan air mawar. Unik bukan?



Apa yang menariknya di Ma'Cik Biryani, nasi biryani dihidangkan dalam periuk. Selalunya satu periuk boleh dikongsi dalam 2 atau 3 orang. Kami? Satu periuk seorang. Kelakar sebab ini first time kami ke situ, tak sangka satu periuk boleh makan 2 hingga 3 orang. Dah order kan? Nak tak nak kena habiskan seperiuk seorang.





Masa ini kawan saya pilih Beef Biryani (RM18.80)  dan saya pilih untuk cuba Chicken Biryani with Egg.(RM18.80). Berbaloi sebab rasanya yang asli dan sedap. Seperiuk pulak tu. Memang banyak. Boleh makan sampai kenyang.


Antara pengunjung yang datang ke sini. See? Chinese pun suka makan Nasi Biryani. Satu Malaysia okay.




Apa-apa pun jom serbu Ma'Cik Biryani di mana uols boleh makan Nasi Biryani sepuasnya! Sesiapa yang teringin nak makan Nasi Biryani eloklah datang sini bawak family. Tiru macam saya, makan nasi biryani seperiuk seorang. Haha! 


MA’CIK BIRYANI
Lot 156, Level One, Western Courtyard,
The Curve, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7710 6188
Business Hours: (Daily) 11am - 10pm.

No comments:

Lazada Philippines