Sunday, May 15

Terima Kasih Kepada Penaja Pelamin, Hadiah, Tapi Shaye Merajuk dengan Abang Photographer!

Salam semua. Amacam? Setelah Blogspot.com bermasalah 2 3 hari ni, semua blogger susah hati tak dapat nak update story baru. Ni Blogspot.com dah okay terpaksalah shaye update kat uols cerita-cerita basi. Huhu.  Nak update pon dah hilang idea sebenarnya. Tapi takpelah, baca je la apa yang shaye nak story kat uols. #sentap

Berbalik kepada tajuk, haaaa....ape kes kan? Siapa pulak yang penaja pelamin bagai semua kan? Nak kawen dah ke? Teeeeeeeeeet! #berangan. Nak dijadikan cerita la kan, masa Hari Ibu hari tu, shaye plan dengan Mama nak hang out sama-sama pergi KL. Padahal shaye sepatutnya pegi photoshoot hari tu. Cemana boleh lupa. Terpaksa postpone. Adush. Photoshoot apa? Teeeetttt! #berangan


Di tengah kotaraya gituuuuuww. Haha. Saja-saja je pon sebab nak cari barang sket kononnya. Tak cukup Klang, Shah Alam, KL pon nak pi terjah. Kalau dah namanya kaki jalan kan. Mama gerak dari Klang, shaye dengan Niza gerak dari Damansara. Actually shaye takde plan apa-apa pon untuk Hari Ibu. Hadiah pon takde maklumlah poket tengah kering. Kesian. Tu pon keluar dengan Mama, Mama jugak yang belanja. Aihhh! Sorry Mama. Hehe. Okaylah kan, wish pastu hang out sama-sama pon jadilah. #alasan

Actually kitorang pegi jalan-jalan area Sogo, Jalan TAR. Kat sana ada banyak benda best kononnya. Nak dijadikan cerita, setiap kedai kitorang masuk. Sampailah satu kedai ni. Dari luar memang lawa. Kedai bunga-bunga. Main masuk je pon. Takde niat apa pon. Seswai sangat kepada siapa-siapa yang nak kawen ke, nak tunang ke sebab dia ada jual banyak benda-benda hantaran, perhiasan semua. Tiba-tiba ada orang dalam kedai tu tanya shaye :

Pekedai : Errr, cik ... nak tanya.
Nemo : Ye saya?
Pekedai : Cik, yang ni mak Cik kan? (sambil tunjuk Mama)
Nemo : Ye kenapa ya?
Kawan pekedai : Ha, betullah! (muka excited)
Nemo : Kenapa eh? 
Pekedai : Cik datang dengan mak kan? Hari ni kan Hari Ibu, Cik boleh naik tingkat 3 buat hadiah untuk Ibu Cik.
Nemo: Hah? Buat hadiah?
Pekedai : Cik naik je, jangan risau tak kena bayar.

Bila orang dah kata tak kena bayar kan. Shaye pon cepat je lah naik tingkat 3. Tak tahu mana hala pekedai tu bawak shaye. Tahu-tahu je nampak sesuatu dari satu sudut hujung kedai.


Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Waaaaaaaahh! See? Cantik kan? Siap pelamin bagai. Eh pelamin ke? Gasaklah. Haha. Actually diorang memang saja buat benda macam ni khas buat Hari Ibu. Tugasan yang diberikan untuk shaye ialah, buat sendiri hadiah untuk Mama. I mean, buat hiasan. Hadiah diorang sponsor. Time-time macam ni lah kan belajar cemana nak buat hantaran nanti. Belajar basic-basic. Siap ada cikgu yang mengajar tau.


Yeahhh! Dah siap! Actually sepanjang shaye duduk situ ada sorang abang tu ambilkkan gambar, gambar masa buat benda tu, gambar sampaikan hadiah kat Mama, gambar peluk-peluk dengan Mama semua ada. Diorang kata nanti diorang emailkan gambar. Tapi, TAKDE PON! Tu yang nak merajuk dengan abang photographer tu. Nanti kau aku datang kedai tu aku tuntut! Nasib baik shaye sempat amek gambar guna handphone sendiri. Ada jugak kenangan kan?


Nak bagi hadiah tu kat Mama siap announcement satu kedai kau. Haha. Ketar-ketar jugaklah kan. Eceh! Macam nak announce banyak-banyak pulak kan siap baca teks atas kertas padahal nyebut berapa patah je pon. #tepukdahi

"Hai, saya Era. Selamat Hari Ibu buat Mama, sila naik ke tingkat tiga. Ada sesuatu untuk Mama. Sekian Terima Kasih"


Dah lepas aktiviti Hari Ibu sempat amek gambar lagi kat kedai tu. Siyes, lawa tau barang-barang dalam ni. Tu yang sempat amek gambar. Itu cik Niza kita a.k.a Cek_Gebu (Twitter) Tak tahu lah boleh amek gambar ke tak. Nasiblah!


Ingat dia sorang je ke nak bergambar? Gambar tuan belog juga harus ditampal dalam belog ni okay.


Ehem, nak pi mana lagi ni? Barang dah dapat. Puas hatilah sebab barang yang shaye pilih tu cantik. Pastu shopping lagi apa yang patut kan. Hehe. Agak-agak macam dah penat berjalan baru Mama balik. 


Kitorang? Dah penat-penat pon tak hingin lagi nak balik. Sempat lagi melepak kat A&W minum-minum. Haus gila sebab banyak sangat berjalan.


Jemput minum semua. Ececeh! Lepas minum-minum bukannya terus balik tapi berjalan pegi area Jalan TAR. Syurga! Hehe. Macam-macam benda diorang jual. Nak tahu shaye bawak balik apa? Jeng jeng jeng!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 Manis tak?
InsyaAllah tak lama lagi kononnya. Eceh! 
:)

1 comment:

Salmiza S. said...

wah! jelesnya... ape nama kedai tuh... nnt next hari ibu, boley pegi... ngeee... =)

Lazada Philippines