Monday, June 13

First time tengok teater bangsawan! Oh Alang Buana hensem!

Salam semua. Good morning semua. Pagi-pagi ni shaye nak update pasal aktiviti hari minggu. Hehe. 10 Jun 2011 hari tu shaye pi tengok teater. Ni kali kedua shaye pi tengok teater, sebelum ni kan shaye pi tengok Teater Terima Kasih Cinta kan. Baru-baru ni pi tengok teater lagi. Kali ni beza sket sebab kali ni shaye pi tengok Teater bangsawan. First time okay! Best la kan bagi orang berseni macam shaye ni. #perasan


SINOPSIS :
Peti harta peninggalan Orang Kaya Awaluddin telah menjadi rebutan tiga orang anaknya, Samsinar, Kidam dan Alang Buana. Pertengkaran berlaku di kalangan mereka apabila peti harta itu hilang. Perkara ini di bawa ke pengadilan Dato’ Wakil Raja. Mereka bertiga telah diberikan sebatang kayu panjang sejengkal oleh Dato’ Wakil Raja bagi mencari siapa yang mengambil peti harta tersebut. Kayu panjang sejengkal akan menjadi lebih panjang daripada ukuran asal jika pemiliknya adalah pencuri.

Perasaan takut menyelubungi diri Alang Buana lalu memotong sedikit kayu miliknya. Pada waktu pengadilan, ketiga-tiga beradik telah menyerahkan kayu masing-masing dan diketahui peti itu telah di ambil oleh Alang Buana. Tiga beradik masih tidak berpuas hati kerana masing-masing ingin memiliki harta tersebut. Maka Dato’ Wakil Raja telah menyerahkan setiap seorang sebilah anak panah dan meletakkan selengkap pakaian orang kaya Awaluddin di suatu tempat di Pekan Sari untuk ketiga beradik diuji siapakah yang paling tepat memanah hati bapa mereka. Barang siapa yang berjaya, orang itulah yang berhak memiliki harta tersebut...saksikan kesudahannya.

Bangsawan ini menampilkan lakonan hebat oleh pelajar, graduan dan pensyarah ASWARA. Juga turut menampilkan persembahan nyanyian oleh M.NASIR, SAFURA YAACOB dan ZEHRA ZAMBRI.

Lakonan Oleh :
NORZIZI ZULKIFLI : SAMSURI
SYAZWAN HASHIM : ALANG BUANA
FATHANAH AMIRAH : SAMSINAR
YUSMAR AFFENDI : KIDAM
SHARUL MIZAD : DATO LELA SETIA
EKMAL YUSOF : AWALUDIN
ELIZA MUSTAPHA : DATIN KAMSIAH
ROSMAN ISHAK : DATO TEMENGGONG
MAZLAN TAHIR : SULTAN
NAJUA NASIR : PERMAISURI
RIME NAZREN : DATO BENDAHARA
SETH HAMZAH : TOK KETUA
MUZAFAR SHAH A.JAIS : DATO BENTARA
SYED ATIQ WAN LONG : PENGIKUT DATO LELA SETIA

10-12 Jun 2011
Jam : 8.30 malam
PANGGUNG BANDARAYA

Tiket : RM 5.00 (tempat duduk terhad)





Komen : 
Not bad. Satu pengalaman baru untuk shaye yang baru first time tengok teater bangsawan. Dah macam orang-orang lamo je rasa. Hehe. Pelakon utama dia yang pegang watak Alang Buana tu hensem. Nama dia Mohd Syazwan. Ada iras-iras ex-boyfren shaye. Siapa? Alohh Ashraff Muslim yang baru tunang tu? Tak kenal? Sah-sah shaye kuat #berangan ni. Haha. Selingan-selingan dia buat pun best. Ada Safura lagi tau. Masa tu dia siap nyanyi lagu hits dia, "Sedalam Mana Cintamu". Feeling habis! Dua kali jumpa Safura, hari tu masa Teater Terima Kasih Cinta. Ni jumpa lagi. Hehe. Btw, pelakon-pelakon dia semuanya berbakat. Jalan cerita menarik. Shaye bajet cerita si Tanggang je ending dia jadi batu, rupanya Alang Buana pon sama. Kesian. Uols tak tengok? Rugi-rugi. Takpe nanti ada teater bangsawan yang lain pulak, jangan lupa serbu. 

p/s : Mohd Syazwan aka Alang Buana, #jomcouple? #larilajulaju. Hahaha!

2 comments:

cik helena said...

tak pernah tgk teater..lain kali ajak lah nemo!

Liyana Aziz said...

two of them are my lecturer and the other one is my uncle.. hukhuk.. ta[pi x dapat tengok! grr.. last time tengok teater siti zubaidah..

Lazada Philippines