Wednesday, June 8

Kalau Dah Nuffnang Bagi Tiket Wayang Free, Harus Pergi !!

Salam semua. Rasa macam dah lama gile tak kepochi pasal diri sendiri kat belog. Maklumlah, alasan tegar shaye, BIZI BIZI BIZI. Lagi-lagi baru lepas buat giveaway kan, lepas tu duduk update belog pasal giveaway je sampai tak hingat dan kekok nak update belog. Mana pegi aktiviti hari minggu? Mana? Mana? Katakan LEM___ kepada cik Nemo. Shaye rela tadah mata. Hahah! 

Baru-baru ni shaye dapat invitation dari Nuffnang untuk Premiere Screening cerita Hoodwinked Too : Good vs Evil. Saja-saja je pon pegi komen-komen kat Nuffnang tup tup dapat. Bila dah dapat, pergi je lah kan. Dekat lagipun. Curve je. Jalan kaki pon takpe. Eceh, bajet kaki kuat. Baru je lagi tengok movie tu. Ada la 2 hari lepas 6 JUN. Jam 9.30pm kat Cathay Cineplex e@Curve.


Ha, dapat 2 tiket FREE. Nak pi dengan siapa? Haruslah pergi dengan gurlfren bila takde boyfren. Lepas balik kerja terus siap-siap pecut pegi Curve. Haha. Kalau dulu nak pergi Nuffnang punya Premiere Screening punyalah payah sebab dulu kan duduk Klang. Nak pi sendiri takde lesen. Harap orang je lah kan. Sekarang? Tidak lagi. #angkatkeningziana


Sementara tunggu movie kitorang sempai pi terjah Ah Cheng jap. Gila ah. Bajet nak pi Celcom kejap, bila urusan takbley buat jalan-jalan kat Curve tu. Takbley tahan bila lalu Ah Cheng. Mesti nak makan laksa semangkuk dua. Alohh sori awak kite tak ajak, nanti kita pi sama okay? Kita belanja. Eceh!


Aihhhh lambat pulak masa ni rasa nak menunggu movie start. Masa ni nampak lah blogger-blogger letop berkeliaran. Nak tegur tapi takot. Hehe. Antara blogger-blogger yang shaye nampak malam itu ialah Cik Epal, Nisa Menaip, and the gang. Ada yang shaye tak berapa kenal sangat kott. Maklumlah shaye jarang jumpa blogger-blogger depan mata. Hehe. Ha, tak lupa juga, shaye jumpa si Ceri_Ijau. Kawan lama tapi first time jumpa. Hehe.


Wayang nak start, cepat-cepat kitorang masuk. Shaye dan gurlfren juga bersama beberapa orang rakan. Idoklah segan sangat nak pegi kan. Hehe. #ops shaye tak review pasal cerita ni ke? Okay jum baca komen ringkas kuasa dua shaye :

Hoodwinked Too : Good vs Evil.


Cerita pasal si Red Riding Hood ni nak menyelamatkan nenek dia yang kena culik dengan Nenek Kebayan. So, dalam cerita ni dia banyak ceritakan perjalanan dia dengan kawan-kawan untuk cari nenek dia. Uols patut tengok kecomelan Hansel & Gretel dalam cerita ni. Aihhh, cerita ni sangat seswai ditonton oleh budak-budak kecik sebab banyak yang tak logik. Biaselah kan. Haha. Budak kecik boleh dia nak tipu, shaye? Errr, sket-sketlah! Haha. Uols tengok je lah sendiri nanti sebab cerita dia not bad. Kelakar okay! Apa yang shaye mampu komen pasal cerita ni ialah : Kelakar, Comel, Pentipu, Sweet dan Romantik #tetiba (ok part romantik shaye tipu). Hahaha!! Nah tengok trailer dia :


So, kalau cerita ni dah keluar nanti sila tonton okay!

3 comments:

cherry_ijau said...

eh eh . kite pown ade kat cni .. (^_~)

Finaz Jaafar said...

aww..bestnye ! kite pn dapat taw tiket tu tapi tak dapat gi pun=(

Ery Farieha said...

ee jelesnye
tak pernah dpt lagi
dah bertahun blogging
sobsib :P

Lazada Philippines