Thursday, June 23

Selesai Sudah Majlis Tersebut. Ehem! (Entry Bergambar)

Salam semua. Nak hapdet cerita dah basi boleh? Sorilah, shaye memang bizi lately. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Even dah habis praktikal, tapi #tetiba pulak bizi dengan kerja sendiri. Freelance lah konon. Ha siapa-siapa nak ngedit gambar meh bagi shaye. Eceh! Kembali kepada tajuk, baru-baru ni berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu shaye. Sabtu sebelah perempuan, Ahad sebelah lelaki. Dah kata pun rumah dekat-dekat. Idok le nak nunggu lama. Majlis berlangsung kat kampung halaman shaye Sekinchan, Selangor. Layan gambar je la eh, masa kenduri sebelah perempuan, kitorang satu family smapai lambat. So, takde gambar. Ni gambar pergi hantar rombongan pengantin ke rumah lelaki.


Sebelum gerak pi rumah pengantin, harus amek gambar dengan pengantin juga. Yelah, semalamnya tak dapat amek gambar, ni balas dendam.



Bersama sepupu sepapat. Rinduuuuu kat diorang. Seronok dapat berkumpul lagik. Lama gila kott tak balik kampung atas sebab-sebab tertentu.


Hai, shaye cik Nemo. 17 tahun.


"Ohoooooi, ape tunggu lagi, mari bergerak serbu rumah pengantin!"





Dah sampai, bergambor je kejenye kitorang ni. Haha. Rumah dekat sangat. So, mekap pon tak nyempat cair. Haha. Agak-agak shaye kawen nanti nak ke dorang-dorang ni ngantor pengantin? #berangan


Sampai-sampai kena makan beradab. Senak perut wehh sebab makan duduk camnih. Kesian pengantin tak makan pon sebab senak agaknye. #ops. Hahaha. Apepon, shaye kalau dah nampak makanan tak pandang kiri kanan. Bab-bab makan pengantin, i loikeeeeeeeee! Sekian.


Selamat pengantin baru Suziela dan Firdaus. Eh #apekes laki dia nama F jugak? Haha. Takpe-takpe, kitorang sepupu-sepapat dah cadang nak cari calon laki sume nama start dari F. Sekian. Apapun semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Gila kau, ini dua orang ni dah bercinta dekat 10 tahun tau. Hebat! 

3 comments:

cucu umie said...

wah satu kg..memang lh senang nak balas blik kunjugn..semoga pengantin tu hidup bhagia..amin

cik ain said...

#BFF nampak comel disituu .. Muke ade seri panten. Okbai ! :p

✿ cikcimi said...

erk memang pesen makan beradap atas lantai dalam uma ea?

Lazada Philippines