Thursday, June 9

Tips : Strategi Untuk Mempromosi Blog Melalui Giveaway

Salam semua. Petang-petang hari ini #tetiba jadi rajin nak buat satu tips untuk uols khususnya kepada sesiapa yang nak buat Giveaway. Giveaway selalunya dibuat bertujuan untuk mempromosikan belog kita. Yelah, ibarat dalam dunia marketing jugak dimana kita harus kerap mempromosikan sesutau produk untuk mendapat perhatian dari ramai pihak. Tak kesahlah samada orang tu nak beli produk kita ataupun tak, yang penting mencapai target yang diingini.

Untuk pengetahuan uols, shaye buat Giveaway tempoh hari adalah untuk menghargai readers disamping mempromosi belog dan Zeera Boutiquee kepada my readers. Alhamdulilah Giveaway shaye mendapat sambutan menggalakkan dan mencapai target yang diingini. Thanks again kepada semua. Sebelum shaye buat Giveaway tempoh hari, shaye dah pun buat research sket supaya semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Meh shaye kongsikan kat uols cemana strategi yang dibuat oleh shaye sendiri. Eceh!

Strategi Giveaway Belog Nemomimosh Tempoh Hari


1. Bekerjasama dengan Zeera Boutiquee untuk mendapat keuntungan bersama.


2. Menyebarkan Giveaway Belog Nemomimosh melalui blog dan sebagainya.

3. Masing-masing mendapat faedahnya.


See? Okay macam mana shaye shaye buat strategi tersebut? Meh shaye kongsikan sedikit tips buat semua. Salin ye anak-anak. #ops.

1. Buat satu pemberian yang memang orang betul-betul nak atau suka.




See? Sekarang shaye bagi kebebasan kat peserta untuk pilih 1 antara 8 pilihan yang diberikan di atas. Teruja tak uols bila dengar ada orang nak bagi Giveaway gini. Hehe. Apapun thanks kepada Zeera Boutiquee. Actually shaye bagi 8 pilihan supaya adil untuk siapa-siapa. Agak-agak baju tu kecik, diorang boleh pilih beg. Baju lelaki ada, baju perempuan pon ada. Agak-agak lengan pendek seksi, boleh pilih lengan panjang. So, dari sini  shaye tak meletakkan benteng untuk siapa-siapa join Giveaway ini. Lelaki, perempuan, mak budak, anak dara semua boleh join!

2. Jadikan Giveaway seringkas, semudah yang boleh.
Untuk Giveaway yang shaye buat tu, memang seboleh-bolehnya shaye buat seringkas dan semudah yang boleh. Sebab tujuan shaye di sini ialah untuk MEMPROMOSI sahaja. So, shaye hanya mintak uols Add Zeera Boutiquee, dan kepochi pasal Giveaway ni kat belog uols. Tujuan shaye mintak uols add Zeera Boutiquee untuk bagi credit kat dia jugak sebab dah jadik penaja kan. 

3. Elakkan buat Giveaway dalam satu tempoh masa yang lama.
Ini risiko yang uols kena tanggung. Agak-agak Giveaway uols tu gempak takpun uols memang dah ada nama, blogger letop ke, tak kesahlah nak buat Giveaway berapa lama pun. Tapi make sure jangan amek masa lama sangat sebab benda ni biar bergerak pantas. Jangan bagi chance diorang delay nak join. Agak-agak yang kata nak join tapi tak join lagi, sila ingatkan. Lagi cepat benda ni dikepochi, lagi senang kerja uols. Percayelah.

4. Luaskan network. Makesure semua orang tengah kepochi pasal Giveaway uols.



Time-time macam ni jangan berlagak sombong, bajet letop. Buat Giveaway sila pergi sana kepochi kat mana-mana. Ada banyak medium yang uols boleh guna. Twitter, Facebook, Blogwalking, Triberr dan sebagainya. Rajin-rajin ping kat mana-mana blogger komuniti supaya diorang tahu ade blogger picisan macam shaye ni tengah buat Giveaway. Dan salah satu cara jugak, shaye menetapkan kat Giveaway tu untuk tag 3 orang kawan. So, sekarang ni kite dah ada backup baik punya untuk kepochi pasal Giveaway. Bayangkan sorang join bawak 3 orang, 3 orang join bawak 9 orang join dan seterusnya. Tapi ingat, jangan paksa, desak-desak pulak. Relax sudah. Orang taknak join takpe, kite tak paksa. Diorang rugi, kita yang untung. #jagahati

5. Target!
Buat Giveaway jangan main buat je. Target berapa ramai yang bakal join. Dan sila pejam-pejam mata ingat kawan-kawan blogger lain yang boleh support uols buat Giveaway. Pastu kepochi-kepochi kat diorang untuk join sekaki meramaikan majlis. Lagi ramai lagi meriah kan. Ingat, jangan berhenti promosi sepanjang Giveaway berlangsung selagi tak lepas target. Sampai tamat tarikh untuk join Giveaway, barulah uols boleh tarik nafas lega. Alhamdulilah di sini, shaye melepasi target yang shaye mahu. Belog Nemomimosh dan Butik Zeera dapat benefit masing-masing. Give and Take di sini.

Okay, itu saja tips untuk petang-petang macam ni. Siapa-siapa nak buat Giveaway bagitahu shaye, Insyaallah nanti shaye join. Ceh! Good luck!

1 comment:

Lazada Philippines