Tuesday, July 5

Majlis #satucintaduajiwa (PART 2)

Disebalik tabir Majlis #satucintaduajiwa

Salam. Kita sambung part 2 pulak. Persiapan demi persiapan telah dibuat sejak selesai majlis merisik tempoh hari. Majlis kali ni rancang dengan begitu rapi. Hep hep. Bukan kami yang plan, tapi kedua belah mak abah kami. Ngeee. So, anak-anak buat biasa biar diorang plan. Ramai yang kata majlis #satucintaduajiwa ni macam majlis besor padahal takpun. Biasa-biasa je. Jemput pun orang terdekat saje. Ok meh kita tinjau preparation sehari sebelum majlis.


Pacak pelamin pun sebab dah alang-alang dengan pakej. Pelamin+Baju+Mekap = RM400. Murah kan? Siapa yang berminat boleh usha Butik Andaman Bduet yang bertempat di Telok Panglima Garang, Selangor.


Pacak khemah? Sebab rumah shaye kecik aje. So, nak jemput ramai kena pasang khemah. Kalau tak tatau la diorang nak makan kat mana. Kalau ikutkan nak sumbat semuanya kat dalam rumah siyes memang tak muat. 


Sehari sebelum majlis, memang jiran-jiran dengan kawan Mama dah pun bertandang ke rumah untuk rewang. Gila meriah. Tak sangka yang datang memang ramai gila. Kalau dah namanya kawan Mama memang ramai macam ni la. Ini pun ada yang takbley datang.


Kau tengok tu dah macam rewang untuk kawen tau. Huhuhu. Bersungguh-sungguh diorang buat kerja. Tukang masaknya adalah kawan-kawan Mama jugak. Lain menu, lain orang yang masak. Kelakar bila ada sampai satu tahap diorang berebut bawang siap mengadu dengan Mama. Haha! Btw, thanks kepada semua masa ni.


Budak comel ni harus ada dengan shaye. Malam rewang katanya. Rewang hari tu start jam 3petang sampai tengah malam. Meriah sangat! Ini baru tunang, dah kawen entah macam mana. Haiyooh. #tepukdahi.


Malam tu memang penat gila. Shaye? Ke hulu hilir siapkan makanan untuk orang-orang rewang. Semua orang sangatlah subuk. Masa yang ada rasa macam tak cukup. Actually tugas shaye ialah setelkan doorgift, nasib baik ada kawan-kawan Mama yang datang tolong.


Antara bahan-bahan masakan. Ngeeeeeeeeee!


Ehem, itu Abah tengah borak-borak dengan jiran-jiran. Macam tak percaye je. Maklumlah Abah kan pendiam orangnya. Hehe. Masa malam rewang lelaki tak ramai sangat sebab Abah ajak lelaki rewang masa pagi majlis. Malam rewang tu yang sebelah perempuan just masak-masak dan sediakan bahan je.


Tengok tu. Kesian sangat tengok kawan-kawan Mama buat kerja. Nampak masing-masing muka dah penat sangat tau. Yelah sebenarnya ada masalah skett pasal bahan-bahan masak. Tapi bagus sebab diorang pandai handle. Sebenarnya ini first time kami buat kenduri, dats why ramai kawan-kawan Mama yang dah selalu buat kenduri datang tolong. Alhamdulilah.


Pemandangan dari luar rumah malam rewang.


Kawan-kawan Mama yang tolong bungkus telur. Feeling-feeling kawen pulak aihhhh! Ngeeee.


Doorgift untuk semua. Ada yang terlepas pandang nak bagi mintak maaf sangat-sangat. Sebarang kesulitan, kekurangan harap dimaafkan tau. Okay, itu saja cerita disebalik tabir majlis #satucintaduajiwa. Alhamdulilah. Gambar pagi-pagi masa sebelum majlis shaye tak sempat nak amek la. Sibuk sangat-sangat. Aihhhh!

Eh, shaye asyik cerita pasal majlis je kan? Siapa #tunangkite tuh? Cerita seterusnya dalam part seterusnya. Jeng jeng jeng!

7 comments:

eykameow said...

persiapan mcm org nak nikah terus tau. masa eyka igt tak rmai...tapi.....huhuhuhu..

ehh ehh kite tahu spe tunang die...kikikiki!

.::WaNiE::. said...

siap doorgift

kelass

intanurulfateha said...

seronotnyeee~ hepi for u dear! next entry plssss!

cik Nemo said...

@eykameow : Kalau time korang jemput tau!

cik Nemo said...

@.::WaNiE::.: Saje je pun. rugi tak mai!

cik Nemo said...

@ intanurulfateha : amboi, dah macam baca novel segala. haha

[sutera kasih] said...

wahh..ada doorgift gak..

Lazada Philippines