Wednesday, July 6

Majlis #satucintaduajiwa (PART 3)

Detik perkenalan...

Salam. Pagi-pagi ni shaye nak sambung part seterusnya, biar cepat habis kang uols #muntahhijau baca story pasal majlis #satucintaduajiwa ni pulak kan. Ke uols memang nak tahu. Ngeee.. Dah baca senyap-senyap tau. Boleh? Harapan. Hehe. Okay, pertunangan ni sebenarnya telah mengejutkan ramai pihak. Semua macam tak percaya, terperanjat boboi, dan macam-macam reaksi yang shaye terima sebab shaye tak pernah cerita pasal #tunangkite kat siapa-siapa kecuali yang betul-betul terdekat. Itu pun time nak dekat-dekat majlis baru shaye bagitahu.

Shaye dan #tunangkite first time jumpa dalam hujung bulan 12 tahun lepas. Itu pun jumpa dengan kawan-kawan. Masa tuh shaye tengah berkabung sebab putus cinta ditengah jalan. Kenal macam tu aje, takdelah rapat mana sebab masa tu shaye feeling-feeling player sebab kawan dengan siapa-siapa saje. #ops. Mesej pon tak sebab takde tukar-tukar no fon pun. Dalam hati dah tersemat taknak bercinta-bercinta bagai sebab memang tak dinafikan frust dan serik habis. So, gunakan masa frust tu untuk bergembira dengan kawan-kawan saje.

Dipendekkan cerita, setelah apa yang shaye lalui dalam 2 3 bulan seterusnya, kami contact balik. Sebagai kawan okay. Dating? Tak pernah. Bercinta? Tak jugak. Ngeee. Kali ketiga shaye jumpa dia, shaye bawak jumpa parent terus. Sebab? Masa tu alang-alang dia nak menghantar balik Klang. Jeng jeng jeng. Tatau apa niat disebaliknya. Kali ke enam kami berjumpa, dia bawak shaye jumpa parent dia sebab ada kenduri arwah adik dia. 

Sesampai je di rumah lepas jumpa parent dia, tahu-tahu je sis call bagitahu yang family dia nak mai merisik. Dah siap call Mama dan dah dapat persetujuan mak dia dah. Oooo emmm jiii? What the? Cepatnya??? Seramnya. Merisik? Again? Kenapa tak tanya shaye dulu? Macam-macam yang bermain difikiran. Tak tahu apa yang tersemat dalam hati. Tapi shaye terima saje sebab ikut kata hati. Suka? Memanglah suka. Ngeeeee. So pertemuan kali ke tujuh family dia datang KL teman kami pi cari cincin risik. Pertemuan ke lapan, family dia datang merisik. Gila tak?


Perkara pertama yang buat shaye terima ialah, FAMILY dia. Shaye rasa happy dan bahagia bila dengan family dia. Even kita orang luar tapi kita boleh rasa kasih sayang yang tersulam dalam family dia. Family dia sangat bahagia dan sangat mengambil berat kat anak-anak dia. Apa yang buat shaye terharu, even salah sorang dari mereka dah takde, setiap Ahad mereka satu keluarga mesti pergi ke kubur untuk ziarah. Masa tu dah mula jatuh hati dengan family dia. Dan majlis merisik selamat dijalankan pada 10 April 2011 bersamaan dengan anniversery Mak Abah #tunangkite. 11 April pulak birthday #tunangkite.


Persetujuan dibuat, tarikh 3 Julai diambil untuk majlis #satucintaduajiwa. Semuanya ditetapkan oleh mak ayah kedua-dua belah pihak. Kami sebagai anak ikut je. See? Dah macam zaman dulu-dulu tau. Sampaikan ada orang kata shaye kena kawin paksa sebab shaye tak pernah cakap ape-ape pasal nak bertunang. Muka pun tak excited, biasa-biasa je. Sebenarnye shaye taknak beriye takut benda tak elok jadi. Pengalaman lepas buat shaye serik. So, better plan elok-elok dan tawakal je. 

Siapa #tunangkite?

 #engkuF #abamjanggutlukis #bloggerretis dan sekarang #tunangkite semua tu gelaran yang shaye guna dalam twitter untuk dia. Perkenalan yang sangat singkat dan kami ditemukan oleh insan yang bernama Natasha. Detik perkenalan kami ada diceritakan dalam blog sis Natasha. Dan kami ingin berterima kasih yang tak terhingga kerana kalau tak kerana adanya insan yang bernama Natasha ni, takde maknenye kami sampai tahap ini.


#tunangkite seorang yang manis, bijak, menyenangkan, sopan santun, pemalu sangat (dengan shaye je). Apa yang shaye suka mengenai dia, dia sangat menghormati shaye dalam segala hal. Dia sangat memahami, sangat bersabar bila diuji. Jeng jeng jeng. Shaye suka uji tahap cemburu dia. Tapi dia cool dan matang. Dia juga seorang blogger. So, dah tentu dia faham macam mana dunia blogger ni kan. Ngee.


Disebabkan sepanjang perkenalan kami bukan bercinta macam pasangan biasa tapi macam kawan biasa, shaye takbley terima kalau orang kata dia boyren shaye. Dats why shaye akan cakap "Shaye takde boyfren...............tapi shaye ada bakal tunang". Yeay! Bukan sebab nak jaga status, tapi serik. Taknak cerita benda lama. Itu saja. Dia memang tak dapat title boyfren, tapi dapat title #tunangkite terus. Ngeeeeeee. Kan sayang kan? #muntahhijau


Okay, boleh #muntahhijau ramai-ramai sekarang.



Alhamdulilah. Duda anak dua dengan janda anak satu bersatu.

Next part shaye nak story pasal antara sponsor dalam majlis #satucintaduajiwa pulak. Yeay! Kami sangat berbesar hati sebab ramai yang sponsor macam-macam. Murah rezeki. Okay, sambung nanti. Zassssssssssssssss!

8 comments:

Liyana Aziz said...

sweet sangat kak... eheheheheh...
betul, kalau kita senang dengan famili dia, kira ok la tu... mesti rasa disayangi kan?? heheheheh

.::WaNiE::. said...

tolong urat senyum saya cramp =.=

Natasha said...

perghhhhh...bukan kerana saya jodoh kamu smpai tahap ini, segalanya kuasa Allah.....semoga kamu berdua berbahagia sayang, dan ssemoga kasih syg kita bertiga juga kekal hingga akhir hayat

cik Nemo said...

@Liyana Aziz : Yep memang rasa disayangi sangat. :)

cik Nemo said...

@ .::WaNiE::. : Senyum2 nape pulak? haha.

cik Nemo said...

@Natasha : InsyaAllah. Amin. :)

[sutera kasih] said...

owhh mcm tu..ok2 faham dh jln cerita nemo..sbb sy kenal nemo since before dgn si dia yg dh putus kan..
see, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg yg sgt manis utk nemo..
org yg sabar always dpt hadiah istimewa dr DIA :)

cik Nemo said...

sutera kasih: bersyukur sgt..:)

Lazada Philippines