Wednesday, July 6

Majlis #satucintaduajiwa (PART 4)

Hantaran dan Sponsor dalam majlis #satucintaduajiwa....

Salam semua. Tanpa melengahkan masa shaye nak sambung story majlis #satucintaduajiwa ni. Kali ni nak story skett pasal hantaran dan sponsor-sponsor yang baik hati dalam majlis kami kali ini. Eceh! Bajet retis orang nak sponsor. Actually ada ramai sangat sponsor. Antaranya kawan-kawan Mama, sedara-mara. kawan-kawan shaye sendiri dan juga kawan-kawan, dan sedara-mara #tunangkite juga. Ada yang sponsor barang masak, ada yang sponsor bahan mentah, kuih-muih memang banyak sangat orang sponsor. Thanks kepada semua yang sudi sponsor. Antara yang di sponsor dan sempat shaye amek gambar ialah : 


Coklat ni di sponsor oleh sis Natasha untuk hantaran kedua-dua belah pihak. Dats why ada dua coklat yang lebih kurang sama. Tema majlis #satucintaduajiwa ni, untuk sebelah shaye warna temanya ialah Brown + Gold. Untuk sebelah lelaki warna tema ialah Purple+Silver.


Coklat dari pihak shaye.



Coklat dari pihak sebelah #tunangkite.

Simple but nice kan? Comel je. Ada dalam peti ais shaye tak sempat makan lagi. Nampak sedap. Ce tanya sebelah pihak #tunangkite sedap ke tidak. Ngeeeeee. Green Canary Chocolates ada tawarkan macam-macam promosi, kalau siapa-siapa yang berminat boleh jengah Facebook --------> Green Canary Chocolates

Buah-buahan segar.


Untuk buah-buahan ni kawan Mama yang sponsor. Ngeee. Memang sengaja taknak bagi banyak-banyak. Dekut kan? Ecehh! Bukanlah. Tak jumpa bakul besor sebenarnya. Ehehe!


Yang ni hantaran dari pihak #tunangkite. Disebalik rimbunan bunga-bunga, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan tu ada buah-buahan jugak. Gila banyak buah-buahan diorang. #tunangkite kata buah-buahan diorang pun orang sponsor. Ngeee. Jimat!

Kek sedap menjilat jari.


Masa tengah sibuk-sibuk tangkap gambar, #tetiba pulak kek sampai. Kek ni adalah sponsor dari jiran kita. Actually dia sengaja buatkan shaye kek sebab nak tebus balik yang dulu-dulu shaye nak tempah kek kat dia tapi dia tak berkesempatan nak buat sebab hal-hal tertentu. First masa birthday Mimi, yang kedua masa birthday #tunangkite. Frust jugak sebab dia takbley buatkan. Dats why masa tunang, dia nak sponsor terus. Dia memang ada ambik tempahan siapa-siapa yang nak buat kek dari dia. Sedaaaaapp okay! Dalam doorgift shaye ada selitkan sekali muffin yang dia buat. Ramai yang kata sedap. 



Nasib baik kek sponsor, kalau tak takde maknanye tunang-tunang nak potong-potong kek bagai. Aihhhh! Btw, thanks a lot to jiran shaye sebab bermurah hati nak buatkan kek tu. Psssssssttt, masa kawin sponsor lagi boleh? Ngeeeeee! Tapi kalau tak sponsor pun memang nak tempah kat dia jugak. Sebab SEDAP!

Cupcakes dari Cupcakes Land  Kitchen.


See? Cantik sangat kan? Cupcakes ni khas di sponsor oleh #BFF shaye iaitu IbuAdamAlisha dari Cupcake Land  Kitchen. Cupcakes ni shaye bagi ke pihak #tunangkite dari pihak shaye. So , tak tahu apa rasanya. Mak #tunangkite cakap, SEDAP!



So, kalau sesiapa yang nak order kek atau cupcakes yang cantik lagi sedap boleh pergi ke website dia. Siyes semua kek cantik-cantik belaka. Nah------->Cupcake Land  Kitchen


Cupcakes dari PumpkinMummyCupcakes

Ehem, masing-masing baik hati nak sponsor kek, cupcakes semua tau. Yang ni kami dapat sponsor dari   tuan empunya PumpkinMummyCupcakes sendiri untuk dijamu kepada tetamu-tetamu VIP yang datang masa majlis #satucintaduajiwa. Ramai yang amik, cuba dan rasa dan ramai jugak kata SEDAP! Siap mengangkut bawak balik rumah. Jeng jeng jeng!



See? Cantik kan? Dari segi hiasan pun cantik. I loikeeeeeeee! Shaye tak sempat nak rasa sebab dah habis dimakan tetamu. Takpelah. Nanti kalau tingin boleh order lagi. Apapun kami rasa sangat bertuahsebab tuan empunya PumpkinMummyCupcakes berbesar hati untuk sponsor majlis kali ini. Ha, PumpkinMummyCupcakes juga ada jual macam-macam jenis kek. Dia buat kek dari rumah je sebab kami datang amik cupcakes kat rumah akak @Suliana ni. jangan terkejut sebab kat rumah dia ada satu bapak peti ais untuk simpan kek. Hehe. Okay-okay siapa yang berminat nak tempah kek atau cupcakes, nah! --------> PumpkinMummyCupcakes

Bahulu Ikan Tapi Bukan Ikan Nemo.


Bahulu ikan ni adalah sponsor dari jiran + kawan Mama. Unik tak? Ngeeee. Dah nama pun Nemo, haruslah ada ikan-ikan untuk hantaran. Simbolik kononnya.  Hehe. Bak kata sis Natasha, ini ada tiga ekor ikan ni mesti anak kitorang ada tiga jugak. Hamboiiih. Kemain tak saborrr nak timang anak sedara angkat. #ops.



Actually ada empat ekor, sekor dia punya ekor patah. Shaye la yang buat. Ganas sangat. #ops. Tapi memang Mama nak satu pun sebab nak rasa. Not bad. SEDAP jugak! Rangup+Lembut+Rapuh+Manis. Teringin nak order? Boleh order dengan shaye nanti shaye tolong tempahkan kat kawan Mama tu. Hehe.

Telur rebus yang takde bunga telur.



Untuk doorgift, untuk pihak lelaki dan kawan-kawan shaye bagi Sapu Tangan (hiasan) + Kerepek + Kuaci + Muffin + Telur Rebus. Haaa...! Meriah kan? Actually Abah nak bagi epal. Tapi macam epal dengan telur, murah lagi telur, berjimat di situ. Tup tup shaye dapat sponsor 150 biji telur dari ibu kandung Syamimi. Alhamdulilah. Berlebih-lebih pulak telur kat rumah ni sebab Abah dah beli 330 biji kalau tak salah. Haiyooh.  

Hantaran dari pihak #tunangkite dan pihak shaye....


Okay cukup-cukup cerita pasal sponsor. Ada banyak lagi sponsor tapi shaye tak sempat amik gambar apa yang diorang sponsor tu. Apapun hampir 60% barang hantaran shaye di sponsor. Yang lain shaye beli sendiri je. Alhamdulilah. Jimat di situ.






Hantaran sebelah shaye tema Gold+Brown, sebelah #tunangkite Purple+Silver. Cantik tak? Ngeee. Shaye tak dapat gambar yang clear dari photographer lagi. Takpe-takpe. Sabau-sabau.




Telur pindang. Maklumlah #tunangkite orang Muar, Johor.


Baju raya untuk shaye tahun ni + Towel.


Sirih junjung + Buah-buahan + Towel +Cupcakes. Bekas Cincin.


Yang ni hantaran dari sebelah shaye. Buah+Puding jambu+Sirih junjung+Potpori+Bahulu+Sejadah dan Tafsir+Towel+Baju raya+Kain pelekat+Coklat+ Cupcakes. 11 hantaran dibalas 9 dari lelaki.


Hantaran dari pihak #tunangkite.


Tempat bekas cincin. Comel kan? Ngeeeeeee!


Baju raya shaye. Hehe. Baju nikah? Nanti-nantilah ye. Jeng jeng jeng!


Cupcakes dari PumpkinMummyCupcakes


Bergambar kenangan dalam bilik dengan hantaran. Yeayyy!

Okay cukup-cukup. Macam dah panjang sangat story hari ni. Sambung esok, kita tengok siapa yang datang majlis. Disebabkan kitorang blogger, blogger-blogger retis yang ramai datang. Ececehh! Sambung esok!

7 comments:

Liyana Aziz said...

x nak pandang benda lain... nak pandang cuppy yang warna purple tu.... grrrrrrrrrrr

.::WaNiE::. said...

urgghhh bergulung rambut tengok cupcakes cupcakeland tu lawa kemainnnn

cik ain said...

x pasan baju kurung raye tu kaler hitam !! Gothic sgt !! :p

cik Nemo said...

@Liyana Aziz : Cantik kan?? Sedap pon sedap!

cik Nemo said...

@.::WaNiE::. : Eleh, mana pegi? Tak mai pong?

cik Nemo said...

@cik ain : memang gothic pon, sama dengan Mimi. Heheh!

[sutera kasih] said...

eeeeeeee bestnya tgk org betunang..sy pun nk betunang jgk la..tp dgn sape?wuwuwuwuwu

Lazada Philippines