Tuesday, July 12

Nuffnang Twisties Heros Party | Teater Mak Dara Nyonya.

Salam semua. Moning! Yuhuuuuuu! Aktiviti hari minggu kembali. Kesian shaye kan. Kawan-kawan dah jauh, so kena buat aktiviti hari minggu sendiri-sendiri saje. Haiyooh! Ni nak hapdet skett pasal aktiviti hari minggu ni. Ahad lepas shaye join #tunangkite pi Nuffnang punya party. Nuffnang Twisties Heros Party katanya. Tatau apa-apa main join saje. Hehe. Bertempat di The Bees, Jaya One, KL. First time pegi sana. Tapi takpelah dapat makan kira okay la kan. Jimatt belanja. Yeahhh!


Tak ramai sangat yang datang. Blur blur shaye rasa sebab ramai yang shaye tak kenal kat sana. Haha. Pastu tak tahu ape pengisian sume shaye tatau. Blur blur gila. Disebabkan shaye peneman je, tak payah amek tahu pun takpe kott. #ops.


See? Dapat goodies lagi. Suka suka suka! Abaikan tangan orang yang sibuk tuit tuh. Syuuuh syuuuhh! #ops


Ehem, kitorang pakai kuning hari tu. Sebab tema kena pakai kuning atau merah. Gitulah gamaknya. Haha. Pstttt, first time pakai kuning. Taknak pandang baju sendiri sebab cerah sangat rasanya. Silau okay. Haha!  Adush.


Shaye jumpa Cik Lily kat situ. Itu yang pakai baju merah tu. Dia bagus tau. Setiap event Nuffnang uols boleh nampak muka dia. Rajin sangat! Dah boleh jadik orang kesayangan Nuffnang dah ni. Ngeeeee!


Okay, masa untuk Hagemaru kesayangan shaye makan. Hagemaru? Jeng jeng jeng! Orang tertentu je faham.  #tetiba. Hehe. Rugi rasanya tak makan masa ni sebab shaye sebenarnya baru lepas makan kenduri. Dah nak kawin kan, so kena diet skett. #ops #berangan.

Lepas makan kitorang chow secepatnya untuk ke destinasi seterusnya. Keji kan? Datang makan je. Haha. Tapi takpelah, kitorang nak pi tengok teater sebenarnya. Teater Mak Dara Nyonya. Kat #tunangkite punya belog ada story pasal teater ni. Nak tahu pasal Teater Mak Dara Nyonya lebih lanjut boleh baca SINI.


Teater ni dipersembahkan kat MATIC, Jalan Ampang. Ia bermula pada 6 - 12 Julai 2011. Apapun teater ni best! Tak kering gusi melihat lakonan Fara Fauzana, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Yaakob, Norzizi Zulkifli, Sherry Abdullah dan Zaifri Husin.


Sepanjang teater ni dipersembahkan, shaye sangat terhibur dengan lakonan Sherry Abdullah yang membawakan watak Nyonya. Siyes lawak gila. Diorang gunakan lenggok bahasa lama-lama. Tapi langsung tak membosankan sebab intonasi dan sebutan diorang sedap dan lucu kadang-kadang. Lakonan Fara Fauzana, Misha Omar dan juga Sarimah tak kurang hebatnya. Semua pandai berlakon. Hehe. Ayat yang shaye takbley lupa :

"Wangnya udah basah, gimana nih?!" - part Nyonya kena paksa keluarkan duit dari celah2 baju.
"Ekornya tidak enak, tuan!!!!!!!!!!!!" - Nyonya letak tangan kepala sambil tayang muntut mantap.
"Meoooooww! Kucing dapurmu di sini" - Panggilan manja Fara Fauzana kat laki dia. Haha.
"Ekornya mantap sekali ya" - Sarimah tak puas hati tengok muntut Nyonya lagi hebat dari dia. Haha.

Ada banyak sangat part yang kelakar tapi shaye dah lupa. Tu lah banyak sangat ketawa. Dan lakonan Juhara Yaakob sebagai Halimah juga tak mengecewakan. Siyes dia pandai bawak watak dan sangat menghayati susah senang dan perjalanan hidup sebelum wujudnya Jamu Mak Dara. Hehe. 


Akhir kata, kalau masih tak terlambat uols pergilah serbu pergi tengok Teater Mak Dara Nyonya. Tak rugi. Best! Last malam ni kott! Nak tahu lebih lanjut? Layari www.makdaranyonya.blogspot.com

4 comments:

cik helena said...

tak pernah tgk teater :(

Nur Misnan said...

mesti best dapat tengok teater...
ceceta sikit mcm mana... ok tak?

Hanim Mahali said...

tak pernah dapat tengok teater... hope one day i will...

CikLilyPutih said...

patutlah balik cepat.. sekali pusing je dah hilang ek hehehhe nice meeting u

Lazada Philippines