Saturday, July 23

Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot (PART 1)

Salam semua. Yuhuuuu! Shaye kembali lagi. Sorilah tak hapdet belog sebab tadek idea pastuh bizi sangat dengan kerja sendiri. Ececeh. Okay-okay kali ni shaye nak kongsikan sket tips untuk uols. Tips ape? Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot. Shaye baru lepas buat sket research nak share kat uols, banyak sangat jadi shaye buat part by part okay?

Apekebendanya pre wedding ni segala? Jap eh nak gugel.

Pre wedding atau pra wedding adalah sesi fotografi sebelum majlis pernikahan atau majlis persandingan sepasang mempelai dan tujuan pre wedding adalah untuk kegunaan pasangan tersebut menceritakan yang mereka bakal berkawin atau mereka sudah bertunang! Dan kadangkala gambar yang di ambil untuk kegunaan majlis mereka nanti contohnya : Kad kahwin, gift dan juga untuk slide show dll.

Eh, post wedding pulak?

Post wedding adalah gambar mereka selepas majlis perkahwinan. Biasanya gambar akan diambil keesokan hari selepas majlis kerana kemungkinan terdapat kekangan masa pada hari majlis tersebut. Ada juga yang shot gambar selepas setahun sekali dengan baby mereka. Ataupun ada yang ingin mengambil kemudian kerana baru memenuhi bajet. Ada juga yang shot post wedding bagi mengingati anniversary perkahwinan mereka.

Shaye tak berapa pastilah yang kitorang dah pernah buat pre-wedding ke belum sebab akan buat jugak tak lama lagi, tapi yang pastinya kitorang ada buat beberapa photoshoot untuk kegunaan tertentu. Semuanya ala-ala pre-wedding segala. So, dengan pengalaman tersebut meh kita kumpulkan sebagai persediaan nak buat pre-wedding.

Tips 1 : Survey
Benda pertama yang uols mesti buat ialah survey mana-mana pakej yang menarik. Biar cantik dan puas hati. Jangan lupa pastikan harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi-baloi. Tak payah cari yang mahal-mahal segala tapi gambar tak seberapa. Kat sini shaye ada beberapa cadangan mana-mana servis photography yang hebat dan menarik. Uols boleh survey jugak. Kalau tak nak pakai untuk pre-wedding boleh book untuk kahwin ke kan. Kalau ada yang lain, uols boleh kongsikan jugak kat sini. 




Gambar yang last tu bukan pre-wedding tau. Haha. Itu gambar pre-engagement. Boleh? Kitorang amek sebelum tunang hari tu. Amik dalam studio je tapi gambar semua cantik-cantik dan puas hati. Takdenye orang buat pre-engagement bagai. Sebenarnya kitorang nak gunakan salah satu gambar tersebut untuk hantaran. Itu saja. Sebab dah ada gambar ala-ala pre-wedding dalam studio, untuk pre-wedding sebenar kitorang plan nak buat outdoor pulak. Jeng jeng jeng!

Ok, lepas buat survey dan dah dapat servis photography mana yang uols nak guna, dah siap tempah semua baru kita terus kepada tips kedua. Tunggu!

1 comment:

nazliahnazeer said...

snapt pixel photography.
fb page - snapt pixel
http://www.facebook.com/samfesto
0199548955

Lazada Philippines