Saturday, July 23

Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot (PART 2)

Salam semua, dah baca dah tips pertama? Dah jumpa photographer mana yang uols nak pakai? Kalau betul-betul nak buat pre-wedding sila contact cepat-cepat dan tetapkan tarikh supaya tak la berebut dengan orang lain. Selalunya kalau servis orang tu bagus, harga pun berpatutan ramai orang akan tempah kat dia. So, siapa cepat dia dapat. Dah-dah kita teruskan kepada tips yang kedua.

Tips 2 : Rancang konsep dan Tema
Haruslah rancang siap-siap dengan pasangan nak guna konsep apa. Sebab? Senang nak tentukan tempat dengan baju apa yang nak dipakai nanti. Baju tu biarlah sedondon. kang sorang pakai lain, sini pakai lain nampak macam gaduh besor pulak kan. Haha. Asal nampak kemas, cantik, menarik dan tertarik okay la kan. Ha, jangan lupa pulak baju tu silakan ikut tema ye. Jangan lari tema pulak. Entah cemana rupa kang. Pandai-pandai la uols nak decided nak pakai, mekap, tema cemana. Lagi bagus kalau uols tanya pendapat kawan-kawan atau siapa-siapa yang lebih arif dalam hal ini. Ok, ini adalah antara idea konsep untuk pre-wedding dan tema. Ikut kreativiti uols la nak macam mana kan? Kan? Lagi kreatif, lagi bagus! Yang ni shaye buat research sket dan share kat uols.

Back to school



Sweet kan? Pada shaye eloklah siapa yang bercinta dari sekolah tu buat konsep back to school. Yelah boleh mengimbau kenangan-kenangan silau zaman bercinta. Yelah dulu-dulu masa sekolah mana nak bergambar sangat. So, bila guna konsep ni bolehlah uols duk tunjuk kat anak cucu kisah cinta uols bermula dari sekolah lagi. Lama woooo! 

Movie/ TV inspired



See? Hebat tak? Ini contoh pre wedding yang diinspirasikan dari cerita Rama dan Shita. Perghh! Kalau bajet banyak uols boleh buat pre wedding ikut cerita apa yang uols minat. Ada macam-macam tau. Ada duit, semua benda boleh buat kan. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni :

Star Wars

Avatar. Mampoo?

Fullhouse decor


Yang ini pada shaye siapa-siapa yang ada rumah cantik, mewah dan gah untuk ditayangkan bolehlah buat pre-wedding dalam rumah je. Sebab? Rugilah ada rumah cantik-cantik tapi tamo guna. Okay, kalau takde rumah cantik pun boleh pinjam sehari rumah cantik kawan. kalau diorang takde rumah cantik jugak, silalah sewa mana-mana resort ke, ape ke untuk buat pre wedding tu. Kos tuh! Kos! 

Urban/ Modern




See? Not bad kan? Selalunya konsep ni diorang akan amik gambar kat celah-celah bangunan, lorong-lorong haji taib, eh bukan-bukan. Haha. Lorong-lorong, sudut-sudut bangunan yang cantik la kan. Untuk konsep ini baju tu biarlah seswai ye, jangan tengah-tengah bandar buat gila pulak pakai kain batik dengan pelekat segala. Bagi yang berjiwa bandar takpun malas nak cari port baik punya, belakang opis uols pon boleh buat pre wedding. Jangan risaulah, kalau uols dah upah photographer terbaik, haruslah uols dapat gambar yang terbaik juga.

Landscape



Bagi yang sangat sukakan keindahan alam, eloklah buat konsep ini. Cari mana-mana pemandangan yang cantik macam satu kawasan luas yang penuh dengan bunga ke, duduk tepi laut ke, atas bukit ke, hutan-hutan ke. Seswai sangat! Pasti meletops gambar pre wedding uols nanti kan. 

Taman rekreasi dengan penuh warna


Untuk tema dan konsep ini siapa-siapa pun seswai. Lebih-lebih lagi kepada uols yang nak gambar uols nanti macam warna pelangi. Warna-warni gituuuu kan! Kalau taknak pegi Genting, Sunway Lagoon, Berjaya Times Square pon ada kan. Pandai-pandailah cari tempat. Fun fair pon warna-warni apa. Hehe.

Vintage/ Classic





Gila smart! Siapa yang berjiwa lama-lama, minat sesuatu yang klasik boleh ikut tema ni. Merasalah uols nak cari balik props antik-antik segala dengan baju orang-orang lama juga kan.

Picnic and Garden




Yang ni nampak sweet kan? Even ramai orang dah buat tak salah kalau uols buat jugak sebab masing-masing lain-lain photographer, lain pasangan dan lain tempat. Haha. Kalau sama pun, posing pun lain. So, jangan le risau nak buat konsep sweet gituuuuu kan. Mungkin uols boleh pelbagaikan bagi nampak lain dari lain. Contohnya dari segi props, baju dan sebagainya.

Art



Peminat seni lukisan, haaaaa jangan tatau yang konsep ini jugak boleh dimuat pakai tau. Yang suka melukis bolehlah bergambar dengan hasil lukisan uols. Takpun pegilah mana-mana balai seni ke mintak kebenaran buat pre wedding. Tu pon kalau bolehlah. Haha. Kalau takbley, uols boleh curi-curi amek gambar lukisan kat Central Market, KL saja. Tu pon kalau tak kena tangkap dengan pak guard. Jeng jeng jeng!

Smart and Casual



Yang ni lagi sempoi, balik opis boleh terus pegi buat pre wedding. Ha, jimat kos tau. Konsep smart dan kasual ni seswai la kalau siapa-siapa yang bercinta dengan rakan satu opis. Sebab? nak tunjukkan jalan cerita la konon-konon kawan sepejabat. Ewaahh!

White Studio

Konsep ini paling simple pada shaye, tak payah susah-susah cari tempat segala. Yelah kitorang dah pernah buat kan. Datang studio terus photoshoot. Feeling-feeling macam datang kedai gambar nak amek gambar passport tu. Amboi, kemain! Props selalunya dah disediakan. Kerja mudah! Tinggal kau nak menghulur je lah. Haha!

Music



Peminat-peminat muzik juga tak ketinggalan, boleh bergambar dengan instrumen sebagai kenang-kenangan. Mana la tahu kan dapat calon ahli muzik. Apa lagi, silakan ambil gambar bersama instrumen.

Fantasi




Okay last sekali. Ikut lah uols nak konsep cemana pon. Yang ini berdasarkan imaginasi dan fantasi uols. Yelah manatau #tetiba rasa nak pakai costume ke, boleh terbang ke, dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti uols. Lagi unik, lagi bagus. Mencetus idea baru untuk pre wedding kan.

Ha, amacam? Dah penuh idea dalam kepala? Ini baru tips kedua. Sambung tips seterusnya esok lusa okay! Banyak sangat dah ini. Tunggu!


*Sumber gambar adalah ihsan dari pakcik Google.

9 comments:

azalia hjsalleh said...

tq for sharing this ;)
sgt suka. nak berangan kejap lepas nie

Zyash said...

Wah...nak kawen gak...huhu (gatai...huhu)

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

wah... part yg bju skolah n klasik 2 best... boleh la buat berangan... xde calon lg..sob..sob..

enyheartsdiamond said...

eny suka vintage, picnic and fantasy <3

Encik Psychopath said...

menarik. rase nak kawin skrg.

.::WaNiE::. said...

cantiknya gambar picnic tuuuuuu

Cik tikah said...

dah berangan =.=

Durruz Azam said...

thats me.

the whitestudio concept. =)

♥ Cik Cha said...

Best! thanks for sharing

Lazada Philippines