Friday, August 12

Ada Apa Dengan August?

Salam semua. Salam rindu, salam Ramadhan buat yang beragama Islam.

Ehem, Rindu tak? Rindu kita tak? Gila lama tak hapdet belog rasanya. Seriously takde masa sangat nak menjengah belog. Banyak entri-entri yang dah simpan-simpan jadi draf. Lama-lama bila dah basi cerita tu terus delete sajork. Kesian kan. Ada yang bajet-bajet dapat idea siap tulis-tulis draf kat buku nota tapi tak sempat-sempat nak taip kat belog. Haiyooh. Bila dah start keje, bizi sangat. Malam dah penat kadang-kadang tertido bersepah-sepah siap pakai baju kerja lagi. Nak tido lambat pon dah takbley sekarang sebab taknak time keje mengantuk pastuh takbley fokus dan last-last keje tak siap. Tekanan kang naya je. Huhu.

Tapi bizi sebizi alam shaye pon, masih lagi ambil tahu kisah-kisah kawan terdekat. Macam-macam berita, macam-macam perkara yang berlaku dalam bulan August ni. Ok baru-baru ni semua dah kepochi-kepochi gambar pre-wedding kitorang dah keluar kat FB. Haiyooh tak sempat shaye tengok dorang ni dah komen-komen. Apapun sangat berpuas hati dengan hasil kerja Dreyanzcolor Photographer. Nak tengok gambar? Sekeping dua je dah la eh. Nah!



Ok tak? Seputih salju gituuu. Nak tengok gambar lain? Tak payah la kang makan hati pulak. Hehe. Dan esok nak photoshoot raya pulak. Eh? Minggu depan shooting videoclip lagu raya, bulan depan berlakon filem. Ok shaye tipu. Jangan percaya. Bajet #retis ke hape kan.

Dalam mengecapi bahagia, shaye dikejutkan dengan berita Fabby dah takde lagi di dunia ini. Even shaye lagi suka dengan Yoshi tapi pasti terasa bila Fabby dah takde. Hmmm.Sebab bila datang rumah kakak shaye, pastinya Fabby yang jadi penyambut tetamu. Taknak tulis banyak-banyak takut kakak shaye sedih, apapun semoga kak Natasha bertabah. Lama sangat tak jumpa dia sejak mentunang. Rinduuu, tatau bila ada masa nak jumpa.

 
Fabby tetap dalam ingatan kami.

Dalam kesibukan shaye sampai takde masa nak borak-borak dengan #BFF tersayang Ain dan IbuAdamAlisha. Harap-harap mereka baik-baik saja. Lama sangat tak #yiomyiom dengan diorang. Baru-baru ni sempat  #yiomyiom dengan IbuAdamAlisha. Alhamdulilah, bulan-bulan puasa ni dia pun dapat rezeki Ramadhan. Syukur! Tapi seriously sampai sekarang still tak percaya dengan berita yang dikhabarkan. Apapun semoga semuanya okay dan lancar. Amin.

Rindu nak deting lagi dengan #BFF shaye.

Dalam rindu merindu teman-teman, nampak pulak gambar-gambar seorang kawan kat FB, kawan gaduh hari-hari masa kat Politeknik dulu. Pantang dekat. Haha. Btw, tahniah Chumel sebab dah jejak kaki kat sana buat umrah. Sumpah aku jeles gila dengan kau. Siap upload dan update hari-hari perkembangan kau kat sana. Haihh.


Alhamdulilah.

Oh ya, tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan August, Happy Birthday! Semoga sentiasa dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Eh birthday cik Helena 9 August eh? Happy Belated Birthday cik Helena ! Ingat Semanis Kurma selalu tau, sila kumpul soalan untuk ditanyakan dalam kelas nanti. Haha. Eh birthday shaye pon bulan August juga. Dan semua kawan-kawan yang lahir bulan bulan August pon shaye ingat sebab pada shaye orang yang lahir bulan August adalah special dan comel. Eh?  Eceh!

For me, August adalah bulan cinta. #tetiba

Okay lah, nanti shaye sambung membebel lagi! Happy weekend uols! Muaaahh! Selamat berpuasa kepada semua.

7 comments:

nurul diana said...

comelnyeee :)

Encik Psychopath said...

ogos adalah bulan sy putus cinta :(

tapi gambar photoshoot tu sweet !

farysa said...

nnt wedding jgn lupa jmput yer =)

hamzah ian said...

comel betei.. tahniah ye

cik ain said...

Tu laaaa #bff .. kite pun dah busy gilak skrg. For me, august adelah bulan JK. bai~

iBu aDaM aLiShA said...

ehem...alhamdullilah rezeki ramadhan..ogos plak sgt bahgia wat masa skng..masih lagi berpuasa..:) miss u laaa...

iBu aDaM aLiShA said...

miss u laaa...:'(
bile nak jpe nie..
lama2 kang xleh plak...
anyway alhamdullilah rezeki ramdahn dan bulan ogos sgt bhgia..:)

Lazada Philippines