Monday, August 15

My Dream Post Wedding Potraiture

Setiap pasangan pasti tercalit impian dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang termeterai dalam penyatuan dua jiwa. Perkahwinan adalah kontrak seumur hidup yang dipersetujui dua insan yang sedang bercinta mahupun tidak. Detik-detik perkahwinan adalah saat yang terindah bagi setiap pasangan di mana setelah berjaya menempuh beberapa tahap iaitu apabila si gadis dirisik oleh si teruna, kemudian melangkah ke satu tahap bertunang dan akhirnya bernikah.

Biar saya kenalkan diri kepada semua, saya si gadis yang hatinya dicuri oleh si teruna. Kami baru saja menempuh tahap yang kedua iaitu bertunang dan menunggu masa untuk disatukan kurang dari dua belas bulan dari sekarang. Kami bukanlah seperti pasangan lain yang telah lama bercinta, tetapi kami baru sahaja mengenali hati budi masing-masing. Dan sudah pastinya kami menyimpan rasa dan perasaan tersebut sebagai bekalan setelah sah menjadi suami isteri nanti. Dan saya yakin, detik tersebut adalah detik terindah bagi kami.

Pelbagai perancangan yang telah dibuat bermula dari sekarang termasuklah persediaan dari segi sebelum, semasa dan selepas perkahwinan memandangkan detik tersebut semakin menghampiri. Buat masa ini, kami masih belum menetapkan tempat untuk berbulan madu, tapi sedang berangan-berangan kununnya nak pergi Bali. InsyaAllah. Kalau murah rezeki, hajat di hati nak buat post wedding sekali. Maklumlah, kami ni kan gila gambar.

Ehem, jangan ditanya apa impian untuk post wedding sebab ianya adalah impian kecil yang mungkin mudah je nak melakukan tapi memerlukan kepakaran untuk photographer tersebut dalam menjadikan gambar-gambar tersebut sangat menarik dan menggagumkan. Lokasi untuk post wedding dalam bilik yang berhadapan dengan laut, di mana kami hanya memakai pakaian tidur atau pakaian biasa pada waktu pagi dan seterusnya terserah kepada photographer untuk mengambil gambar kami dalam shot yang terbaik.



Lebih kurang macam gambar kat atas ni tapi takde pakai macam ni kan, pakai sopan-sopan dan takde lah pulak nak buat aksi ranjang ke apa, gambar biasa je. Gambar tengah nikmati saat berdua mengadap laut, gambar tengah breakfast, gambar tengah bergurau senda dalam bilik, gambar menyuruk-nyuruk dalam selimut ke, gambar tengah bersiap nak keluar jalan-jalan dan banyak lagi. Ok just imagine eh, bila kita pergi honeymoon siapa je yang nak ambil gambar itu semua sedangkan semua tu kenangan. Saya lebih suka gambar yang natural contohnya macam gambar kat bawah ni. Dan saya lebih suka kalau gambar post wedding dalam keadaan Black and White.






Untuk sebelah petang, pastinya nak ambil gambar berdua di tepi laut tengah menikmati sunset. Pastinya dapat hasilkan gambar-gambar terbaik dengan tempat yang menarik!






Simple kan konsep post wedding yang saya impikan. Harap tercapai suatu hari. Buat masa sekarang ini, terlalu banyak servis fotografi yang hebat-hebat di luar sana. Dan setiap daripadanya mempunyai kehebatan, keunikan, kekuatan masing-masing dalam memaparkan hasil yang terbaik. Tetapi ada satu servis fotografi yang berjaya menarik perhatian kami dari segi hasil kerja mereka iaitu Detik Indah Photography.







Sumber gambar : Detik Indah Facebook

Sejajar dengan nama Detik Indah Photography, hasil kerja mereka berjaya memaparkan dengan setiap detik-detik bermakna dalam setiap gambar yang diambil. Biarpun sekeping gambar tidak mampu mengucapkan sebarang kata, namun melalui Detik Indah Photography ia dapat menceritakan setiap bibit cerita dengan keunikan tersendiri dalam gambar-gambar yang dihasilkan. Dan itulah yang kami mahukan di mana setiap detik tersebut dapat disemadikan dalam sebuah album gambar hebat yang bakal dijadikan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. InsyaAllah.


Setiap kenangan dan Detik Indah tidak mungkin dapat dipisahkan. 

Klik SINI untuk join contest dan uols berpeluang menang hadiah hebat! Pakej photoshoot untuk post wedding yang bernilai RM1500! Try lah! Khas untuk bakal pengantin je tau! 

3 comments:

Ery Farieha said...

homaiii
bestnya dah pk psl dream wedding
kite takde pk lagi -.-

cik Nemo said...

Ery: Haha, sbb nk join contest la kena fikir. :P

syAzAnA said...

cantik kott! mintak2 menangg! Aminnn!

Lazada Philippines