Friday, August 5

Tips Membeli di Baram / Param

Salam semua. Yuhuuuuu! Entri taip laju-laju ni. Maklumlah masa nak mengadap belog ni sangat terhad sekali. Yelah, pagi petang bizi kerja, balik dah penat selalu sangat tertido pastuh mula lah nak berjaga tengah malam. Haiyooh. Ok lah, hari ni nak share tips membeli di Baram / Param. Apekah? Baram / Param adalah nama singkat budak-budak sekarang duk guna. Sama je maksud dua-dua.

Baram = Bazar Ramadhan
Param = Pasar Ramadhan

Masuk hari ni dah empat hari kita berpuasa, baru semalam shaye menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Yelah, balik keje pon dah lewat kan, tak sempat nak singgah-singgah. First time pegi, pergghhhhhhh! Ramainyaaaaaaaa! Bestnyaaaaaaaa! Sukanyaaaaaaaaaa! Okey ini tips yang nak dikongsikan. Eceh!

1. Jangan bawak duit banyak-banyak
Ehem. Pastikan uols tak bawak duit banyak-banyak sebab biasalah bila dah nampak macam-macam makanan depan mata, dengan perutnya laporrr, mulalah nafsu membuak-buak nak beli itu ini kan? So, sila terhadkan duit yang uols bawak. Ingat, membazir tu amalan siapa? Syaitonnirojim. Ate kalau ye pon syaitan sume dah kena ikat, pandai-pandai la kome berjimat. Usah diikut perangai syaitan. Kalau boleh terhadkan berapa je yang uols nak belanja. Seploh hengget je ke sehari, lima hengget ke, dua hengget pon jadik. Penjimatan di situ!

"Hoi, kau nak beli satu Baram/Param ke?!"


2. Plan apa yang nak dibeli
Silalah plan apa yang uols nak beli, apa yang mengidam sangatt. Tulis list nak beli apa. Maklumlah sampai Baram/Param akan dapat suatu aura yang kita susah nak kawal mana satu kehendak, mana satu keperluan. Ate list tu janganlah panjang sangat sampai ke kaki. Sket-sket sudah! Beli apa yang patut je la. Agak-agak makanan tu tak berapa sihat atau memudaratkan kita kalau makan, tak payahlah gedik nak beli. Cukuplah ala kadar je bila berbelanja. Kan! 

"Besorr benor perot nak nelan semua ni"


3. Pakai sopan.
Pakailah sopan-sopan skett sebab semua yang datang situ puasa kan. Kena jaga mata. Semalam shaye pergi pasar ada jugak yang selamba pakai sexy gilaaa pegi Baram/Param. Memanglah takde orang negur tapi beragak skett. Ate puasa ke ko rupe gituuu? Haiyoooh! 


"Errmmm kak, faham tak sopan cemana?"


4. Jangan buat muka ketat
Tahulah uols tengah laporrr, orang ramai pulak tuh bersesak-sesak kan. So, relax sudah, jangan moody macam nak makan orang pulak. Memang takde orang kesah pun ate mana tahu temu jodoh ke kan? Tetiba. Haha. Takdelah, semalam shaye pergi bazar ramadhan nak membeli macam-macam jadi tak jadi nak beli. Sebab? Kat bazaar ramadhan tuh dah jadik tempat reunion tau. Jumpa balik semua kawan-kawan sekolah la, kawan tempat keje la, pakwe lama la. Eh? Haha. So, bila dah pegi bazar ramadhan tu mesti jumpa kawan-kawan lama so tamo muncung-muncung, tamo sombong-sombong okay! 

"Kitorang laporrr jugak tapi kitorang masih mampu buat muka comel"

Apapun pada shaye, Baram/Param ni adalah suatu tempat dimana semua orang berkumpul nak beli makanan dalam satu tempoh jangkamasa yang sama. Masa tu lah kita boleh jumpa kawan-kawan lama, baru nampak muka jiran-jiran, baru nak senyum-senyum dan tegur orang-orang kawasan rumah. Kat situ wujudnya satu keharmonian antara kita dengan penduduk setempat. Okay pasnih siapa nak buat reunion jom pegi Baram/Param! Bluekk! :P

4 comments:

Salmiza S. said...

bgus tips nie , tapi mmg baram/param nie mrupakan tmpat pertemuan bgi smua jenis org, kawa, bks ckgu, jiran, sedra, junior, senior, semualah ! :)

Encik Psychopath said...

buat muke lapa. Insyaallah dapat diskaun.

azalia hjsalleh said...

amalkan sikap bersederhana ;)

fiezah91 said...

wah wah! bagus tips ni. hahaha. agak kalo bawak duahenget je cukup tak?ekekeke :P

Lazada Philippines