Monday, September 26

Berangan nak jadi hackers ye? Tunggu masa je aku nak amik tindakan kat budak ni.

Hello guys! Ya ampun gila punya lama biarkan belog ni terbiar tak di update. masing-masing dah tanya apa kena tak hapdet kan. Sorry lah, tadek masa sangat dah bila dah start kerja ni. Lagipun lifestyle dah berubah. Shaye bukan lagi student yang boleh goyang kaki, lepak sana sini bila-bila masa. No no no! Sekarang masa tu sangat berharga buat shaye. Jadi, setiap masa digunakan dengan sebaiknya insyaAllah.


Actually shaye sedang berpanas hati dengan budak yang SUKA sangat nak hacked fesbuk shaye. Ini kali ketiga shaye di hacked. First, on my birthday. Agak kurang hajar kan? Apa yang dia buat? Mencerobohi akaun facebuk shaye dengan menukar DP bajet bagus dia, then tulis status bukan-bukan. Pada mulanya shaye boleh bersabar. Okay shaye faham budak ni baru nak belajar benda baru, but WHY ME yang jadi mangsa? 


Baru-baru ini shaye di hacked lagi, dan kali ini dia melampau. Tak pernah seumur hidup shaye bagi password facebook ke, ape ke, kat siapa-siapa. See? Sesuka hati dia je kan? Memang tak guna. 



Ingatkan dia just sepahkan wall je, tapi betul-betul dia sebarkan my password. Panas hati okay. Even dia bagi my password kat #tunangkite sekalipun, for me tadek siapa-siapa pun yang boleh tahu password shaye. Itu pon belum tentu dia sebarkan kat sorang je kan. Itu privasi aku, kau siapa nak sebarkan? 




Actually shaye tak faham cemana seorang yang nak jadi hackers ni boleh PANDAI sangat pergi bagitahu siapa victim dia, apa kaedah yang dia guna, dan yang paling penting SIAPA DIA. Kan? Disebakan kau kawan adik aku, please respect me as a sister juga. Mungkin for you benda ni suka-suka but for me this is serious thing yang aku boleh buat report ke atas segala aktiviti kau.






Tak susah sebab kita dah ada CyberSecurity sekarang, dalam kes ini shaye boleh buat report dan boleh masuk dalam kes Cyber Harrasment  di mana kau takde keje lain monitor segala apa aktiviti aku dengan menggunakan keylogger. Bukan setakat kau monitor aku je, tapi kau menceroboh dengan menulis status yang bukan-bukan dan siap upload gambar dari group mana kau datang. PANDAI kan? Silap-silap aku boleh report kau satu group dan satu-satu group tu sekali tertangkap.

Dari group Dragon Force ye?


Ape jadahnya keylogger tu? Nanti shaye explain dalam entri akan datang. Shaye pun budak IT juga, shaye juga tahu segala selok-belok juga. So jangan ambik mudah boleh? Shaye tahu siapa kau. Bio kau. So, please stop hacking me. I'm fed up okay? Shaye tak suka carutkan sesiapa so please do respect me too. Nak aje shaye hebahkan your account facebook kat sini but dats really not me nak mengaibkan orang. 


Apapun, tamo menulis panjang. Dah besar pandai-pandai fikir sendiri. Ilmu yang diperoleh itu gunakanlah untuk kebaikan, bukannya perkara yang sia-sia dan mengenakan orang. Kelak diri sendiri yang terkena semula. Ingat, hidup ini penuh dengan karma. Sekian.


"Kalau ilmu dapat dicari dengan niat, pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini"

7 comments:

Zinedine Zaiddin said...

dedahkan aje sape budak tu kak. HAHA!

fiezahkecik said...

susah betul kalau orang ada ilmu tapi tak digunakan sebaiknya ni. haih.. sabar je la yea.. meyh meyh g repot dia

Anonymous said...

kata budak IT, takkan kena hack sampai 3 kali?

*something to think about*

Maybe your email got hacked? If your computer have been installed with keylogger, please remove it. Otherwise, please remote your computer.

Another possibilities:
1. U didnt changed your password after your fb was hacked for the 1st time.
2. U're using the same email. After your fb has been hacked for the 1st time, I strongly recommend u to change your email. Use different email. There's a method call "email recovery" the hackers can use if they knew your email.

cik Nemo said...

Anonymous :

Yep 3 kali, sebab tak tahu yang kat pc tu memang ada installed keylogger jugak. bila tanya my brother baru tahu.

Setiap kali kena hacked memang dah tukar email dan password segala tapi kalau dia dah guna keylogger kat sana still dapat tahu.

Now kite dah install "keyscrambler" buat sementara. haihhh.

MrPayid said...

keylogger bnyak pasang kat cc.. nemo pernah serve kat cc kot.. anyway copek2 la use new email and change da password.. org kalau nak pedajal kita sonang ajo skrg ni eh

Anonymous said...

hurmm nk elak kn dri di hack .. sng je.... buat password lebih dri 10 digit... klu 10 digit.. memg seng di hack... sebb mesti orng2 buat no tell kn??? so buat 10 digit ke atas.. susah skit nk hack... jd lambt.. :D..buat password... berserta no dgn huruf (campur2) insyaallah x ley orng nk hack.. budak yg buat tuh .. hantr virus je kt laptop dea.. dgn guna onlinee =,='' ajar g2... ad ilmu salah guna apew daa =,=''

Anonymous said...

klu da taw tuh yg CC deaorng ad keylonger.. tggl laa hack.. dgn buat dgn bentuk (Run) kasi rosak hard disk g2...

Lazada Philippines