Friday, September 30

Mana pergi semangat berblogging?

Salam semua. Bertemu lagi kita dalam belog sawang-sawang! Kesian kan, pemalas sangat hapdet belog ni. Haihhhh! Yelah kalau dulu-dulu paling lama pon shaye tinggal belog ade la seminggu dua, ini tak. Kesian sangat! Okaylah meh shaye senaraikan apekah penyebab yang buat shaye jadi tetiba malas nak menghapdet belog.

1. Bizi sangat dengan life baru.
Seperti yang uols tahu ataupun ade lagi yang tak tahu? Shaye dah jadi wanita bekerjaya kononnya sekarang ni. Eh eh boleh tak tukar "wanita" jadi "gegurl"? Macam tua pulak rasa. Okaylah sekarang shaye dah jadi gegurl bekerjaya sekarang ni. Biarpun kerja tak seberapa tapi masih bersyukur sebab adalah pendapatan daripada duduk rumah goyang kaki menghabiskan beras.

Balik kerja tak menentu, selalunya dah petang-petang takpun ke malam. Ikut suka la nak balik bila pun asalkan kerja siap on time. So, bila dah balik rumah terasa penat okay sebab seharian mengadap skrin monitor kat opis. Dah tu nak menghadap lappy pon tak daya. Seminit dua terus terlelap. Bangun-bangun esok pagi terus siap-siap pegi kerja. Nak hapdet time bila? #gelengkepala.

Sabtu Ahad? bulan ni bulan raya kan, tiap minggu dipenuhi dengan open house okay. Takde chance nak melekat kat rumah. Just imagine, dalam Sabtu Ahad tu ada dalam 7-9 buah rumah nak kena jejak. Layaknya jadi VVIP sekarang. Okayy siapa nak jadi PA shaye sila email resume okay! #kemain.

GambarSuatuKetika : Ini bukan gambar shaye pergi open house tapi orang yang mai rumah nak merisik anak dara Pak Leman katanya. #pekupmuka.

2. Mengumpul idea untuk mantapkan entri alasannya
Kononnya shaye tengah mengumpul idea untuk di tulis dalam belog ni. Kemain perah-perah idea siang malam. Hapdet tak jugak. Sometimes banyak idea yang lalu, tapi bila dah sampai depan lappy nak menaip terus jadi lupa. Dan dan tu jugak rasa topic yang nak ditulis macam tak best.

GambarSuatuKetika : Dah lama tak hang out sorang-sorang. Masa ni gigih pergi fun fair sorang-sorang. Sukaaaaa! Eh aiskrim tuh lama tak makan. Ngidam pulak.

3. Menulis derap (draft) yang tak siap-siap.
Selalunya time free kat opis, bertubi-tubi idea nak menulis tapi kena tahan-tahan la jugak kan, takkan nak menulis belog kat opis. Ada jugak kena tempik takpun potong gaji kan. So, shaye pun menulis banyak derap (draft) kat dalam satu buku nota. Kemain siap tulis pendahuluan, penutup, isi kandungan segala macam karangan darjah enam tu kan. Tapi……..nan ado kau hapdet?

GambarSuatuKetika : Sebab pemalas hapdet, nah senyuman paling manis untuk semua.

4. Rasa tergugat dengan blogger-blogger baru.
Makin ramai blogger-blogger baru yang cepat naik, tapi tak tahu lah atas faktor apa. Ada yang boleh menulis entri dengan sangat baik, dan ada jugak hampeh. Rasa tergugat? Idok le teman, tapi cuma rasa rendah diri dan tak yakin nak menulis dah. Lemah semangat sangat teman ni ye! Kononnya. Propah semata!

5. Menghilangkan diri dalam dunia maya.
Bajet retis sangat kan. Sebab kite tak larat sangat nak layan peminat jadi buat masa ni kite nak berehat kejap dalam arena belog. Boleh buat alasan gitu? Alasan mintak kaki sangat kan. Pedulik. Sometimes shaye rasa makin lama makin banyak yang tengah stalk shaye. #perasaanbukanperasan. Ye mungkin ada yang berniat baik tapi kita tak tahu apa niat disebaliknya kan? Kan?

Siapa shaye? Hanyalah insan biasa-biasa macam semua. Haters? Tak sure shaye ni punya haters ke tak. Ada ke tidak eh? Shaye tak paksa uols suka shaye ke apa ke asalkan tak ganggu hidup shaye. Sebab? Rimas rimas rimas! Tapi sebenarnya…

“My haters are my motivators”

GambarSuatuKetika : "Yes?? Tak suka saya?"

Okaylah itu saja, shaye dah tak pandai dah nak tahan mata sampai lewat malam, tiap malam harus tidur awal. Rahsia awet muda katanya! #berangan sangat. #okbai

No comments:

Lazada Philippines